"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah."
....Hebatnya Pencipta..... -----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?
Radio Islamik (Indonesia)
" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "
Suara Bacaan Yang Tetap Diingati
Berita Kepada Kawan
Pengorbanan
Logo KPM Kini
Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini
Monday, December 29, 2008
MUTIARA KATA
"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah."
Friday, December 26, 2008
Selamat Menyambut Tahun Baharu Hijrah
Begitu banyak fadlilat Awal Muharram ini untuk kita raikannya. Semoga kita dapat mengamal dan menghayatinya. Selamat menyambut Awal Muharram pembuka pintu iltizam serta azam yang menjurus ketaqwaan. Sekian, Wassalam.
Thursday, December 25, 2008
Monday, December 22, 2008
TERIMA KASIH BUAT JURULATIH UTAMA
Friday, December 19, 2008
Menjana Kecemerlangan Melalui Kajian Tindakan
Kita sebagai guru sentiasa menghadapi masalah sedemikian sewaktu P & P. Kita amat mengharapkan agar pengajaran kita dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar... sekali ajar semuanya dah faham...Tetapi realitinya, hanya sebahagian yang dapat memahami dalam masa yang agak singkat, tetapi sebahagian yang lain kurang memahami atau tidak memahami langsung apa yang diajar. Jika perkara ini berlaku, adakah kita akan meninggalkan mereka dengan tajuk itu ?.. Masuk tajuk baru, tajuk lama masih tak faham.. lama kelamaan pelajar ini akan menjadi bosan dan tidak akan berminat dengan mata pelajaran berkenaan. Pembelajaran dah tak banyak maknanya, akibatnya pencapaian akademik mereka tidak seberapa. Mengharapkan kecemerlangan, entah di mana.
Tugas kita ialah mengatasinya dengan inovasi P & P. Sentiasa membuat perancangan yang baik sesuai dengan kebolehan pelajar seterusnya bertindak, membuat pemerhatian serta mereflek. Seorang guru yang baik akan melaksanakan perkara berkenaan dalam sesi P & P mereka. Dan sebenarnya mereka telah menjalankan Kajian Tindakan ( Action Research ) tanpa mendokumentasikan apa yang mereka telah buat.
Kajian Tindakan secara mudahnya melakukan inovasi P & P mengikut tahap pencapaian pelajar agar semua pelajar dapat manfaatnya dalam setiap tajuk yang diajukan walaupun berbezakan aras kesukarannya. Kajian Tindakan dilakukan oleh guru mata pelajaran untuk kepentingan mereka sendiri. Kejayaan P & P adalah merupakan kejayaan mereka dan kejayaan anak murid mereka.
Sehubungan itu, pada 14-17 Disember 2008, Jabatan Pelajaran Kelantan telah menganjurkan Kursus Kajian Tindakan Peringkat Negeri yang dihadiri oleh seramai 48 orang guru. Guru yang terdiri dari pelbagai opsyen ini telah diberi kursus oleh seramai 7 orang JU Kajian Tindakan yang begitu berpengalaman.Adalah menjadi harapan, agar semua guru yang terlibat dapat mengaplikasikan dapatan kursus ini demi peningkatan kecemerlangan akademik mata pelajaran mereka dan seterusnya dapat dikongsikan bersama dengan rakan guru yang lain.
" ... hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok akan lebih baik dari hari ini.." Itulah namanya KEMAJUAN.
Sekian, Wassalam.
Saturday, December 13, 2008
.. Low Achievement-High Threatment..
Assalamualaikum !
Apa yang menarik dalam membicarakan hal ini ialah kepentingan kewujudan PPS dalam menjayakan Dasar 60:40 . Kita sedia maklum bahawa dasar ini amat penting dalam melahir dan membudayakan masyarakat akan kepentingan sains dan teknologi yang akan menjadi sebahagian keperluan kehidupan manusia. Untuk mengikuti kelas aliran sains di tingkatan empat, pelajar yang layak seharusnya mempunyai keputusan minimum C dalam Sains dan minimum C dalam Matematik setelah keputusan PMR diumumkan. Walau bagaimana pun, pelajar yang memperolehi C C ini sebahagian besarnya mempunyai fobia takut kepada sains menyebabkan mereka beralih ke aliran sains sosial.
Pusat Pembelajaran Sains yang diwujudkan ini menyediakan platform untuk mengajak pelajar yang C C ini memasuki aliran sains dengan segala keperluan pendidikan disediakan. Di Kelantan, terdapat 2 pusat iaitu di SMK Kemahang dan SMK Chiku 2 di mana pada tahun 2009 akan melahirkan generasi sulungnya untuk mengambil SPM dalam aliran sains ini.
Apa yang kita tahu, bahawa pelajar sedemikian mempunyai pencapaian agak rendah jika dibandingkan dengan rakan mereka yang terus ditawarkan memasuki aliran sains. Atas kepentingan inilah, guru-guru amat perlu memberikan perhatian kepada pelajar mereka dengan pengkaedahan pengajaran berkualiti dimana pelajar mendapat pembelajaran berkualiti.
Bagaimanakah kita sebagai guru sains dan guru matematik dapat membantu meningkatkan penyertaan pelajar yang berkelulusan minimum C C ini memasuki aliran sains dengan penuh keyakinan seperti rakan mereka yang lain. Mereka ini low achievement tetapi mereka boleh dibantu oleh kita sebagai guru dengan memberi high treatment kepada mereka... kerana itulah tugas kita.
Insyaallah Dasar 60:40 akhirnya dapat dicapai... jumpa lagi, Wassalam.
Friday, December 5, 2008
SALAM AIDILADHA
ASSALAMUALAIKUM
Perayaan Aidiladha atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban membawa pengertian sendiri khususnya dalam aspek bina insan. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Pengertian ini menjurus kita semua supaya melaksanakan tugas dengan baik untuk mendapat pahala dan meninggalkan tugas yang tidak baik untuk mengelakkan dosa.
Hanya sekadar itu dari saya... Selamat Menyambut Aidiladha.. Maaf Zahir Batin..WASSALAM
...BELAJAR DOH TAPI TAK FAHAM!!!
Pengisian SMEReC2008 ialah mengenai kepentingan ilmu Sains dan Matematik dalam membawa negara ke arah negara maju dengan pembangunan modal insan yang hebat demi menambahkan kekuatan daya saing menghadapi cabaran dalam abad ke 21 ini. Ianya amat bersesuaian sebagai satu platform untuk guru sains, guru matematik, pembuat dasar, pembangun kurikulum dan yang berkepentingan dalam memperkasakan modal insan ini.
Satu perkara yang begitu menarik perhatian saya ialah isu Belajar Doh Tapi Tak Faham ( Learning Without Understanding). Ianya mungkin telah dilalui oleh semua orang termasuk kita sendiri. Dengan kata lain, proses pembelajaran agak sukar atau tak berlaku, nanti natijahnya ialah tajuk atau mata pelajaran berkenaan akan dilabelkan sukar. " Tak payah masuklah aliran sains, susah ........". Sindrom ini masih terbawa-bawa hingga ke hari ini. Bagi konteks kita, adalah sukar untuk Kementerian Pelajaran Malaysia mencapai hasrat Dasar 60:40 menjelang tahun 2010.
Apakah sebabnya ?. Mengikut dapatan yang dicadangkan, perkara ini boleh diatasi secara berhemah oleh guru mata pelajaran berkenaan. Mereka perlu meningkatkan mutu pengajaran dengan pelbagai pengkaedahan pengajaran bermula dengan aras rendah diikuti aras sederhana dan aras tinggi. Kita golongan guru perlu ada pedagogy-content-knowlegde yang secukupnya. Kita guru sains dan matematik sentiasa mengatakan bahawa belajar sains dan belajar metematik itu mudah, maka menjadi tugas kita agar anak didik kita juga akan mengatakan demikian kerana mereka telah dipermudahkan oleh kita... sebabnya pengajaran yang dibuat oleh kita begitu mudah difahami dan dihayati oleh mereka.
Tapi itu semua bergantung kepada perancangan dan kerjabuat yang lebih sistematik oleh kita..Proses pengajaran yang baik oleh guru akan menjadikan proses pembelajaran yang baik oleh pelajar. Semoga sesi persekoahan 2009 diisi dengan penuh makna.Sekian.. WASSALAM
Monday, November 24, 2008
MESYUARAT SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK BERSAMA JPN DAN PPD
Antara pengisian mesyuarat
i. Ucapan pembukaan oleh YBrs Ketua Sektor Pengurusan Akademik
ii. Pembentangan aktiviti dan refleksi tahun 2008 dari semua Ketua Unit
iii. Taklimat Kewangan oleh KPP Bahagian Pendidikan Guru
Intipati ucapan pembukaan banyak menyentuh mengenai pencapaian dan kecemerlangan pendidikan negeri kelantan berdasarkan keputusan peperiksaan awam terutamanya mengenai UPSR 2008 yang baru saja diumumkan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dari kalangan pengurusan di Jabatan , di PPD dan Pengurus Sekolah serta semua guru-guru yang terlibat.Semoga gerak kerja untuk tahun 2009 nanti akan lebih terserlah kejayaannya.
Bagi sesi pembentangan aktiviti serta refleksi 2008, saya mewakili Unit Sains Jabatan Pelajaran Kelantan telah memberi fokus kepada dapatan mengenai PPSMI. Dapatan dari JPN dan KPM telah menjadi bahan rujukan sebagai persediaan untuk merancang dan melaksanakan program atau aktiviti ke arah penambahbaikan PPSMI. Pemantauan dan bimbingan dari KPM/JPN/PPD akan diperhebatkan demi membantu guru mengimplimentasikan segala hasrat dan dasar KPM kearah meningkatkan kecemerlangan ilmu dan sahsiah diri pelajar.Peranan pihak sekolah juga amat diharapkan agar pemantauan dalaman sentiasa berlaku secara berkala dengan niat bukan mencari kelemahan guru tetapi membantu guru dalam peningkatan mutu serta amalan P & P yang berkesan.
Bagi sesi bersama wakil BPG, fokus diberikan kepada penggunaan sumber kewangan untuk digunakan dalam memberi latihan profesional semua guru berdasarkan keperluaan berasaskan pedagogical-content-knowledge di mana akhirnya peningkatan P & P berlaku.
Mesyuarat diakhiri dengan majlis penutup yang telah disempurnakan oleh YABrs Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan.Dalam ucapannya, beliau menyarankan agar semua pegawai yang hadir berperanan untuk merealisasikan "CAKNO PENDIDIKAN KELANTAN TERSOHOR 2010".
Untuk semua rakan pendidik, marilah sama kita semua jayakan... WASSALAM
Friday, November 21, 2008
BENGKEL PEMANTAPAN P & P PUSAT PEMBELAJARAN SAINS (PPS)
Pada 17-20 November 2008, pihak Unit Akademik Menengah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan bengkel pemantapan P & P untuk guru-guru di bawah program Pusat Pembelajaran Sains (PPS). Seramai 80 orang guru dari Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang telah menghadiri bengkel ini. Guru dari Kelantan terdiri dari guru SMK Chiku 2, Gua Musang dan SMK Kemahang, Tanah Merah.
Mata pelajaran yang terlibat ialah Biologi, Fizik dan Matematik. Mereka dipandu oleh Moderator yang dipilih khas oleh Bahagian berkenaan. Bengkel ini dijalankan di SMK Tanjung Mas, Pengkalan Chepa, disamping melibatkan guru-guru berkenaan, ianya melibatkan pelajar Sains Tingkatan 4 sekolah tersebut.
Banyak input yang berguna telah diperolehi oleh semua yang terlibat. Kami bertiga iaitu saya sendiri, En. Wan Ahamad Ibrahim dan En. Hussain Ab. Ghani telah diamanahkan bertugas sebagai urus setia sepanjang berlangsungnya program ini. Pegawai Bahagian berkenaan yang hadir ialah Dr. Mazniah Md Jaafar (Ketua Unit Akademik Menengah), En. Abu Hashim dan En. Salamaon.
Ucapan terima kasih kepada Pegawai kementerian yang sudi memilih Negeri Kelantan Darul Naim,negeri Cik Siti Wan Kembang,Tanah serendah sekebun bunga sebagai tempat untuk melaksanakan bengkel ini. Terima kasih kepada yang terlibat sama dalam menjayakan bengkel ini - Pengetua SMK Tanjung Mas (tempat dan kemudahan), KPP BTP Negeri Kelantan (rakaman video) serta pengetua yang membenarkan bas sekolah mereka diguna untuk pangangkutan guru dari tempat penginapan ke sekolah berkenaan di mana sesi perbengkelan berlangsung.Juga terima kasih kepada pelajar yang terlibat. Kata mereka.. bengkel ini menyeronokkan.
Ya.. jika guru seronok mengajar dengan pelajar seronok belajar, maka berjayalah matlamat P & P ini. Semua bergantung kepada kita sebagai guru. Sekian, terima kasih...WASSALAM
Monday, November 10, 2008
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT-HASILNYA KEJAYAAN
(Foto Ehsan Pn.Zalina Zakaria: 21 November 2008.Pearls International Hotel, Kuala Lumpur)
Kata orang 'Bulat air kerana pembentung,Bulat manusia kerana muafakat'. Dengan diketuai oleh YBrs. Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Kelantan, pasukan ini dengan tajuk "Office Delivery System" telah berjaya menjadi johan keseluruhan KMK peringkat kebangsaan tahun 2008. Tidak sia-sia usaha dan kesungguhan ahli pasukan membuat persediaan yang rapi sehingga dinobatkan dengan title berkenaan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan.. khas buat rakan dari Sektor Pengurusan Akademik dan PPD. Usaha Tuan telah mengharumkan nama jabatan.Motto "Tiada Hasil Kecuali Kecemerlangan" rupanya boleh dijelmakan asalkan kita berusaha untuk mendapatkannya.
Sekian, Terima kasih...WASSALAM
Sunday, November 9, 2008
BERKERJA BERSAMA
ASSALAMULAIKUM..
Antara pengisiannya ialah pengkelasan data mengikut jenis dan lokasi sekolah, pembersihan dan penyediaan CD data setiap PPD,kompilasi data serta analisis dan penyediaan pelaporan PPSMI Fasa 2. Mesyuarat berakhir dengan pembentangan pelaporan setiap PPD.
Ucapan berbanyak terima kasih di atas kerjasama semua Pengetua dan Guru Besar dalam menjayakan kajian ini. Sokongan dan komitmen Tuan amat diharapkan.
Terima kasih... WASSALAM
Friday, November 7, 2008
IBADAH HAJI TELAH TIBA LAGI...
Khusus buat rakan pendidik yang akan berangkat mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, saya mewakili Unit Sains, Jabatan Pelajaran Kelantan mendoakan agar Tuan selamat berangkat, selamat mengerjakan ibadah dan selamat kembali dengan mendapat haji yang mabrur... semoga semakin bertambah intergriti dan tanggungjawab kita bersama dalam melaksanakan tugas mendidik anak bangsa kita yang akan menjadi pewaris kepimpinan nanti.
Sekian... WASSALAM.
Friday, October 31, 2008
THE EARTH: A LIVING PLANET
Wednesday, October 22, 2008
KITA PELAKSANA SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN
Friday, October 10, 2008
DOAKAN KEJAYAAN ANAK KITA
Kami hadir tepat jam 6.45 petang, sempat bertemu ramai rakan-rakan persekolahan diera awal 70'an di mana di sini anak kami akan menempuhi PMR minggu depan iaitu pada 13 hingga 17 Oktober 2008. Setelah azan maghrib berkemundang, ibubapa yang memenuhi mussala SMK Kota mengerjakan solat secara berjemaah, diikuti dengan solat hajat dan bacaan YASSIN.
Setelah selesai mengerjakan solat Isya', ucapan penghargaan dan terima kasih telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Pengetua SMK Kota. Beliau telah memberi input yang begitu berguna buat ibubapa yang hadir bagi membantu kejayaan anak-anak mereka. Antaranya ialah kita sebagai ibubapa hendaklah mengurus anak kita dengan kasih sayang, memberi pemakanan yang baik, mengingatkan anak-anak agar menjaga masa tidur mereka, bersama mereka mengerjakan solat dan mendoakan kejayaan.
Jelas pada pandangan dan pengamatan saya, harapan semua ibubapa yang hadir ingin melihat kejayaan anak-anak mereka adalah begitu tinggi. Kejayaan anak adalah kejayaan mereka.Demikian juga rakan guru yang hadir bersama dalam majlis ini menginginkan bahawa anak didik mereka ini berjaya mengharumkan nama sekolah.
Inilah antara senario yang berlaku di sekolah ini dan ianya juga merupakan salah satu pengisian yang dibuat oleh semua sekolah di negeri ini. Terima kasih kepada semua rakan pendidik yang amat prihatin, juga untuk semua ibubapa yang sentiasa bersama membantu ke arah meningkatkan mutu dan kecemerlangan pendidikan di negeri tumpah darah ini.
Marilah kita bersama doakan kejayaan mereka...semoga mereka berjaya dengan cemerlang..INSYAALLAH
Tuesday, October 7, 2008
IKTIBAR RAMADHAN
"Institusi Ramadhan" telah banyak mengajar kita tentang antara lainnya ialah kesabaran, saling bantu membantu, hormat menghormati,bertanggungjawab serta berintergriti. Pengajaran ini begitu amat berguna kepada kita semua sebagai warga pendidik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mendidik anak bangsa untuk menjadi anak didik kita ini sebagai insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.
Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas kepada rakan pendidik yang begitu bertungkus lumus melaksanakan tugas membimbing dan membantu pelajar untuk menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan bermula pada 13 hb. Oktober 2008 ini. Budi dan jasa murni Tuan/Puan dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan di negeri ini begitu bermakna. Bersama kita mendoakan agar anak didik kita beroleh kejayaan. Kejayaan mereka itu sebenarnya merupakan kejayaan kita.
Semoga kita dapat bersama Ramadhan 1430 Hijrah...INSYAALLAH
Saturday, September 27, 2008
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Tuesday, September 23, 2008
TUGAS MURNI TANPA MENGIRA MASA
Syukur Alhamdullilah kita semua dapat melaksanakan ibadah puasa dengan baik.Semoga impaknya kita mendapat pahala berganda serta kesihatan yang semakin baik.
Puasa bukan menjadi penghalang untuk kita tidak melakukan kerja. Malah puasa dapat mendorong kita melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik lagi.
Pada bulan yang mulia ini, pihak KPM melalui pegawainya telah melaksanakan pemantauan ke sekolah-sekolah di negeri ini. Pemantauan berfokus kepada isu yang berkaitan dengan PPSMI dan PPS.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.
Dipos dari Hotel Copthorne Pulau Pinang-
Sempena Mesyuarat Bersama Bahagian Pendidikan Guru
23-26 September 2008
bersama Tn.Hj. Mohd Yunus bin Yusoff-Penolong PPD (Sains Matematik) Kuala Krai
Saturday, September 20, 2008
KEPADA ALLAH KITA BERSERAH
Wednesday, September 17, 2008
Food Habits Tips during Ramadhan
Come Ramadhan, our diet is radically altered. Our meals get condensed in mornings and evenings, with no intake in-between for an extended period of time. For some of us, the intake of oily foods skyrockets. These changes in diet aren't well received by everyone. Dr. Farouk Haffejee of the Islamic Medical Association of South Africa(Durban) has created a list of recommendations for dealing withRamadhan in a healthy fashion. They deal with common problemsencountered in Ramadhan.
Fadhilat Ramadhan
Dari Meja KPP
KAMI SENTIASA SEDIA MEMBANTU ANDA
Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kami untuk menjayakan segala dasar dan program yang ditetapkan ..demi menjayakan hasrat dan harapan Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah melahirkan Modal Insan yang cemerlang berorientasikan Sains dan Teknologi
Senarai Pegawai Unit Sains
Jabatan Pelajaran Kelantan 2008
1.Ketua Penolong Pengarah - Hj. Wan Mohamed Zuri bin Wan Abdullah
2.Penolong Pengarah - En. Nassir bin Mohd Noor
3.Penolong Pengarah - En. Mohd Razali bin Abu Talib
4.Penyelia Pelajaran - En. Che Zulkifli bin Abdullah
Senarai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Sains Matematik)
Pejabat Pelajaran Daerah 2008
1. PPD Kota Bharu - Cik Zakiah bt Idris
2. PPD Pasir Mas - En. Ismail bin Mohamed
3. PPD Bachok - Cik Halizah bt Mohd Zain
4. PPD Pasir Puteh - Pn. Zalina bt Zakaria
5. PPD Tanah Merah - En. Hussain bin Abd. Ghani
6. PPD Kuala Krai - Hj. Mohd Yunus bin Yusoff
7. PPD Gua Musang - En. Wan Ahamad bin Ibrahim
8. PPD Tumpat -
9. PPD Machang -
10.PPD Jeli -
HARAPAN KAMI KEPADA TUAN:
TUAN JUGA SENTIASA BERSEDIA MEMBANTU KAMI
KERJA BERSAMA KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT YANG SAMA
Terima Kasih
"Dapatkan Pahala Yang Melimpah Ruah Sepanjang Bulan Ramadhan Ini"
Sunday, September 14, 2008
KESAN RUMAH HIJAU
Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.
Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.
Antara kaedah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan
Saturday, September 13, 2008
Jantung - Kitar Kardiak
Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular (atrioventricular valves) akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam ventrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, dan injap sabit (semilunar valves) terbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium.
Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung. Pada masa ini, darah di dalam aorta akan mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak berlaku kerana penutupan injap sabit.
Bunyi jantung yang kita dengari adalah disebabkan oleh penutupan injap atrioventrikular (bunyi pertama) dan penutupan injap sabit (bunyi kedua). Artikel penuh...
Thursday, September 11, 2008
FROG
But frogs' need for water doesn't dry up once they're on land. Frogs get virtually all of their water and part of their oxygen through their skin, and this process only works if their skin stays moist. If a frog's skin dries out, it can't get enough oxygen or get rid of enough carbon dioxide, and it dies
So it should come as no surprise that frogs have developed some interesting adaptations to cope with their lifelong need for water. For example, gastric brooding frogs, which are now extinct, swallowed their eggs. They stopped eating and digesting food while their young
Wednesday, September 10, 2008
KHABAR DARI KPP (SAINS)
KE ARAH MEMANTAPKAN PELAKSANAAN PANGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS ( PPSMI )
Pencapaian murid , guru dan sekolah dalam melaksanakan PPSMI perlu terus dipertingkatkan bagi memastikan matlamat dasar ini dicapai.
Pihak pentadbir sekolah, guru dan pelaksana di setiap peringkat hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan. Antaranya ialah:
· Penubuhan JK Khas PPSMI di peringkat JPN, PPD dan Sekolah
· Pelaksanaan inisiatif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris guru Sains dan Matematik
· Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris Di Bilik Darjah
· Penggunaan Bahan dan Peralatan ICT PPSMI
· Program Intervensi PPSMI untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PPSMI
· Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris
Mari kita bersama menjayakannya Ramadhan Kareem
(Perincian mengenainya akan menyusul)
Sumber: Urusetia JK PPSMI,Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM
Disediakan oleh
Wan Mohamed Zuri bin Wan Abdullah
Ketua Penolong Pengarah (Sains )
Jabatan Pelajaran Kelantan
Kemaskini 28 Ogos 2008
mYcALeNdEr
TUAN ADALAH SAHABAT SAYA
BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN
"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"