.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Sunday, November 17, 2013

7 Wonder Foods With Healing Power..I like

Broccoli
Including broccoli in your diet can help you boost your immune system and improve bone health too. The vegetable fights cancer and tumor development in your body. It is a storehouse of vitamin A, E, K, C and B6
Kiwi
Might appear to be a small fruit, but this tiny little fruit contains ounces of Vitamin C, fiber and potassium. Eating kiwis can avert the risk of suffering from grave illness like cancer, stroke, heart attacks and respiratory disorders. It has the power of healing wounds; sores and also repairing damaged cells
Carrots
This orange coloured vegetable is an excellent source of antioxidants that help lessening the risk of a number of types of cancers and heart related disorders. The Vitamin A that the vegetable contains promotes the health of the eye. Apart from this, carrots contain calcium, potassium, fiber and Vitamin C
Guavas
Guavas are known to contain the most amount of lycopene that fights with cancer. This antioxidant also protects the body from free radicals that are known to affect the arteries, and nervous system. Eating this fruit can be advantageous for the skin and also while you are suffering from diarrhea, diabetes and fever
Cabbage
Cabbage contains vitamin K, B6 and C, fiber, folate and manganese. The consumption of the vegetable will not only strengthen your bones but also do wonders to treat allergic reactions, inflammation, varicose veins and also fight a number of cancers. Consuming a healthy diet with super foods can promise a healthy and fit life
Cherries
This teeny red fruit is a small pack of abundant nutrients. It contains fiber, Vitamin C and is free of sodium and fat. Studies have also shown that the fruit has anti-aging properties. Cherries are also packed with antioxidants that reduce heart diseases and arthritis
Spinach
This green leafy vegetable is a wonder food for not only your vision but also your brain. The vegetable contains Vitamin A, C, K, iron, magnesium, folate and calcium. The range of nutrients protects your body from a number of diseases like cancer, heart attacks amongst others

Inilah antara asam garamnya berpolitik...gu boleh jadi musuh

Describing the MCA as behaving more like an opposition party than a Barisan Nasional coalition partner with its criticism of Putrajaya, Umno mouthpiece Utusan Malaysia has told its president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek that his era had passed and it was time for him to leave.
 
"Lately, a lot of Chua's actions and statements are very unhealthy. He has even expressed the intention of forming a special committee to probe Putrajaya's alleged wrong-doings.
 
"Even without the special committee, the MCA has acted more like an opposition party lately than as a member of Barisan Nasional," Awang Selamat, the pseudonym for the paper's collective editorial team, said in the paper’s weekend edition, Mingguan Malaysia.
 
"Stop blaming other parties and quarters, MCA's failures is simply because of your leadership issues."
 
The newspaper said Chua should give a chance to fresh faces in the party.

"There is no shortage of leaders in MCA, it is time for Chua to step down and give someone else a chance," Awang said.
 
"It is bad enough that the party was soundly hammered in the 13th general election by the DAP."
 
In the polls, MCA only managed to win seven out of 37 federal seats and 11 out of the 90 state seats it contested.
 
This is the second time that Utusan Malaysia is calling on the MCA leader to step down.
 
In October, Awang also took a swipe at MCA and Chua, telling the president to make way for others for the sake of the party.
 
Awang agreed with Chinese daily Nanyang Siang Pau which reported that the Chinese community was fed-up with MCA.
 
MCA's internal politics has reached boiling point as well with Chua embroiled in a war of words with his deputy Datuk Seri Liow Tiong Lai.
 
Chua challenged Liow to step down together with him, saying the latter was "weak" and was not the right person to lead MCA.
 
Utusan Malaysia's call came on the heels of a move to censure Liow. The motion, however, failed to garner the necessary support at the party's extraordinary general meeting on October 20.
 
At the EGM on October 20 , delegates also refused to overturn an earlier resolution for the party's leaders not to accept any Cabinet posts as it had fared badly in GE13 compared with GE12.
 
However, they supported the acceptance of appointments like senatorships or positions in the government, including as state executive councillors. - November 17, 2013.

Tuesday, November 12, 2013

Perkara yang anda tidak tahu mengenai lemak badan

11 Nov - Lemak adalah satu benda yang menyebabkan anda menghabiskan banyak masa untuk berdiet dan pergi ke gim untuk menjaga badan anda. Tetapi tahukah anda bahawa lemak mempunyai implikasi yang ketara pada fizikal dan emosi? Menurut seorang ahli biokimia pemakanan, terdapat beberapa fakta-fakta penting mengenai lemak yang mungkin akan mengejutkan anda seperti berikut:

Lemak terdapat dalam pelbagai warna Lebih khusus lagi, terdapat pelbagai jenis lemak yang mempunyai fungsi dan warna yang berbeza: putih, coklat dan kuning air. Kebanyakan orang berfikir bahawa lemak putih adalah lemak yang tidak berguna dan pucat. Selain itu, ia juga dianggap sia-sia kerana kadar metabolik yang rendah, malahan tidak membantu dalam membakar kalori seperti mana yang dilakukan oleh otot.
 
Lemak berwarna putih juga merangkumi lebih 90% lemak dalam badan. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu unit simpanan untuk kalori tambahan. Sementara itu, lemak berwarna coklat adalah lebih gelap disebabkan kaya dengan bekalan darah dan benar-benar boleh membakar kalori. Haiwan jenis mamalia boleh mengaktifkan lemak coklat untuk membakar kalori dan menjana haba untuk memanaskan badan pada musim sejuk.
 
Namun, sayang sekali kerana manusia mempunyai lemak coklat yang sedikit, jadi ia tidak akan membantu untuk bakar kalori atau membuat anda hangat. Jenis lemak ketiga ialah lemak kuning cair yang mempunyai fungsi sangat menarik. Mengapa? Ini kerana penyelidik sedang mencari jalan untuk mengalihkan sel-sel lemak putih menjadi metabolisme yang lebih aktif melalui pemakanan dan senaman atau makanan tambahan. Malah, terdapat kajian awal bahawa hormon tertentu yang diaktifkan oleh senaman dan makanan seperti rumpai laut, coklat dan akar likuoris boleh menukar sel-sel lemak putih kepada lemak kuning.
 
Lemak di bahagian punggung lebih sihat daripada lemak di perut Sebagai seorang wanita, sudah semestinya mempunyai lemak adalah sesuatu yang perlu dielakkan, tetapi ia sebenarnya lebih selamat untuk mempunyai badan seperti buah pir daripada epal. Lemak perut, juga dikenali sebagai lemak 'visceral', adalah lebih responsif kepada hormon kortisol berbanding lemak pada paha atau punggung anda, jadi apabila anda tidak mencari jalan yang sihat untuk mengatasinya, kalori tambahan yang dimakan lebih cenderung untuk tersimpan di bahagian tengah-tengah anda. Lemak di bahagian perut boleh mencipta bahan kimia keradangannya sendiri seakan-akan tumor.
 
Tambahan lagi, bahan kimia ini akan berhubung dengan otak dan membuatkan anda lapar dan letih, sekaligus menyebabkan anda lebih cenderung untuk makan berlebihan atau makan makanan ringan dan tidak bersenam, lantas mewujudkan satu kitaran yang bahaya dan mengekalkan penyimpanan berlebihan lemak perut. Kalori akan dibakar dahulu sebelum lemak Sebelum anda membakar lemak, anda membakar kalori terlebih dahulu, sama ada ianya datang daripada kalori karbohidrat yang tersimpan seperti 'glycogen' dan gula darah atau daripada lemak badan yang disimpan.
 
Lebih banyak kalori anda yang anda bakar dalam setiap senaman , lebih besar defisit yang anda akan mewujudkan dan lebih banyak lemak anda akan hilang. Pakar menyokong latihan selang tinggi intensiti untuk membakar kalori sebanyak mungkin dalam masa yang singkat. Kaedah ini yang boleh membakar dua kali ganda kalori dalam jumlah masa yang sama yang dihabiskan sama seperti latihan dalam keadaan yang stabil.
 
Lemak memberi kesan pada 'mood' anda Tidak ada perkara yang lebih teruk lagi selain melihat angka di skala penimbang berat anda bertambah, tambahan lagi mempunyai lebihan lemak terutama di sekitar perut anda akan mengaktifkan bahawa keradangan kitaran, yang mana kajian menunjukkan boleh menjadi faktor yang serius dalam kecelaruan emosi seperti gangguan dwipolar. Untuk membantu memecahkan kitaran tekanan, cubalah makan coklat gelap kerana terdapat gula yang mampu untuk memenuhi keinginan yang disebabkan tekanan, tetapi 'flavonoid' yang sihat membantu anda lebih tenang.
 
Produk tenusu rendah lemak seperti yogurt juga boleh memberi kesan yang sama. Disamping itu, gabungan kalsium dan magnesium boleh membantu menenangkan tindak balas tekanan. Orang berbadan kurus juga mempunyai selulit Selulit disebabkan oleh lemak yang terperangkap di bawah kulit. Kulit berlapis yang terhasil oleh tisu penghubung yang mengikat kulit dengan otot, dengan lemak yang terperangkap di antara mereka seperti sandwic.
 
Anda tidak perlu banyak lemak untuk menyebabkan 'dimpling effect' , jadi anda boleh mempunyai lemak badan yang rendah tetapi masih mempunyai sedikit lemak lekuk di bahagian seperti punggung anda atau belakang paha anda. Membina otot sementara kehilangan lemak boleh bantu mengurangkan kemunculan selulit. Selain itu, krim selulit yang khusus dan losyen juga boleh membantu mengurangkan selulit walaupun mereka tidak boleh membuat apa-apa tentang lemak dibawah kulit itu.

Sunday, November 3, 2013

Doktor Termuda di Dunia Berasal Dari Palestin

Perdana Menteri Ismail Haniyeh telah menganugerahkan pelarian Palestin, Eqbal Asa'd sebagai doktor paling muda di dunia.

Perdana Menteri Ismail Haniyeh telah menganugerahkan pelarian Palestin, Eqbal Asa'd sebagai doktor paling muda di dunia. Pejabat Perdana Menteri mengesahkan bahawa Haniyeh telah menjemput Asa'd, 20, dan mengucapkan tahniah kepada beliau diatas kecemerlangan beliau.

Guinness World Records merekodkan pencapaian ini satu rekod dunia bagi pelajar perubatan termuda di dunia dan doktor paling muda di dunia. Eqbal Asa'd, 20, pelarian Palestin yang tinggal di sebuah kem pelarian Palestin di Lubnan, mendaftar di Weil Cornell Medical Collage di Qatar apabila dia hanya berusia 14 tahun. Pada usia 20 tahun, dia mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan dengan kepujian.

Saturday, November 2, 2013

bETUL kE bERITA iNI?.....jIKA BETUL KETAMADUN KITA KOSONG

Semakin hampir dengan hari membuang undi, kempen pilihan raya kecil di Sungai Limau dicemari dengan kempen kotor apabila replika kaki sebelah dipotong yang ditemui digantung di berbagai lokasi.

Insiden itu disifatkan sebagai satu penghinaan dan provokasi pertama yang berlaku ketika kempen berjalan dengan tenang di Sungai Limau.

Walaupun tidak mengaitkan insiden tersebut dengan mana-mana pihak, dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan arwah Tan Sri Azizan Razak yang mana sebelah kakinya telah dipotong sebelum meninggal dunia selepas menjalani pembedahan.

Sungai Limau adalah kubu kuat PAS yang telah dimenangi mereka selama lima penggal.Penyandangnya arwah Azizan adalah wakil rakyat dikawasan tersebut sejak tahun 1995.

Kerusi tersebut kosong selepas arwah Azizan meninggal dunia pada 26 September kerana jatuh sakit dan mengalami kegagalan organ.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, arwah Azizan memperoleh majoriti 2,774 undi berbanding majoriti sebanyak 3,212 undi yang diperolehnya pada tahun 2008 sebelum ini.

Beliau menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dalam pertarungan empat penjuru. Dua calon bebas lain tewas dan hilang wang deposit mereka. - 2 November 2013.TMI

malaysiaberih

"Sekiranya kita seorang profesional perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana apabila  kita menghina seseorang pada hari ini maka mungkin tak sempat besoknya kita akan dihina oleh orang lain dan kita amat bimbang jika kita dihina kekal oleh ALLAH SWT. Kerana mulut badan binasa..Kekal hina selamanya"



Saturday, October 26, 2013


Emosi & realiti di sebalik kalimah 'Allah'

Ramai minta saya tulis artikel tentang isu nama Allah yang dipanaskan semula dan terus menjadi krisis antara sesetengah pihak Muslim dengan sesetengah pihak Kristian.

Saya sebenarnya telah coretkan hal ini pada tahun 2007 masa saya masih memegang jawatan Mufti Negeri Perlis. Di sini saya sentuh sekali lagi.


Isu kalimah Allah ini akan menjadi satu sejarah yang menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia. Isu seperti ini tidak wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab dan Bible dalam Bahasa Arab sejak sebelum dan selepas Nabi Muhammad SAW memang menggunakan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan.

Bahkan kaum Quraish sebelum kehadiran Nabi Muhammad SAW juga guna nama Allah. Bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Padahal bapa Nabi Muhammad SAW tidak sempat pun bertemu dengan Nabi SAW sebagai Rasulullah. Kristian Qibti (Coptic) di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan ‘Allah'.

Demikian Kristian Lebanon dan Jordan, gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ‘Allah' sejak zaman silam. Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka dari ajaran Nabi Isa AS.

Justeru bukan sahaja perkataan Allah, banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian seperti nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain.


Orang Islam seluruh dunia setiap hari melafazkan ayat dalam Surah al-Fatihah (maksudnya): "Segala puji bagi Allah tuhan segala alam."

Tiada Muslim pun yang menyebut "segala puji bagi Allah Tuhan kaum Muslimin sahaja". Ini kerana Muslim mengakui Allah itu tuhan untuk semua, bukan tuhan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja.


Maka isu kalimah Allah tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu Allah.

Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka menggunakannya.


Kristianisasi


Di Semenanjung Malaysia, dalam kitab agama Sikh, nama Allah disebut. Sementara orang cina yang bukan Muslim di Kelantan terbiasa dengan kalimah ‘insya-Allah'.

Ada lagu negeri-negeri yang terdapat ‘kalimah Allah' yang dinyanyikan oleh semua rakyat berbilang agama. Logo-logo polis dan Tentera tertulis ‘Allah' dan ‘Muhammad'. Logo-logo itu dipakai oleh anggota yang Muslim dan non-Muslim.


Namun apabila orang Muslim di Malaysia digembar-gemburkan isu tentang Kristianisasi, maka keadaan resah mula timbul dalam kalangan umat Islam. Kristianisasi sesuatu yang benar-benar wujud.

Orang Muslim dalam negara ini bimbang. Maka, apabila timbul edaran pihak Kristian dalam bahasa Melayu yang menyebut Tuhan sebagai Allah yang selama ini dari segi kebiasaan orang Melayu Semenanjung hanya mereka sahaja memakai kalimat ini, maka emosi mereka mula bangkit.

Apa tidaknya, mengapakah hanya versi Melayu sahaja yang hendak digunakan ‘perkataan Allah'? Mengapa tidak edaran gereja yang berbahasa Inggeris, Cina, Tamil dan lain-lain juga menggunakan Allah?


Provokatif


Kelihatan seolah macam macam ada ‘hidden agenda' ataupun ‘mala fide' di situ. Maka ramai yang membantah dan menganggap ada unsur provokasi agama di pihak Kristian.

Bukan kerana mereka memang ingin memanggil tuhan itu Allah, tetapi sekadar umpan yang hendak digunakan bagi memancing umat Islam yang terbiasa dengan kalimah itu. Maka kelihatan unsur provokatif di situ.


Maka, bantahan untuk orang bukan Muslim menggunakan nama Allah dalam edaran bahasa Melayu kelihatan macam mempunyai alasan di sudut keharmonian masyarakat berbilang agama dan ijtihad pentadbiran.

Ia bukan berasaskan nas yang jelas melarang secara langsung hal itu, tetapi atas asas pemerintah bertindak demi kepentingan awam.


Jika sekadar itu, maka bolehlah terima pendapat yang melarang. Ia bukan larangan mutlak bahawa bukan Muslim sama sekali tidak boleh menyebut dan menggunakan nama Allah, tetapi menggunakan nama tersebut dalam bentuk provokasi agama dilarang.


Salah faham


Malangnya ada Muslim yang tidak jelas hal ini sehingga menyatakan bukan Muslim sama sekali tidak boleh menggunakan nama Allah. Kononnya nama Allah eksklusif untuk Muslim sahaja. Ada pula yang berfatwa murtad sesiapa yang membenarkan.


Pada hal nas asal, dalam al-Quran dan al-Sunah membenarkan bahkan menggalakkan mereka menggunakannya selagi mana penggunaan itu merujuk kepada Tuhan Yang Sebenar ataupun ‘The Supreme Being'.

Banyak ayat al-Quran yang menegaskan hal ini.

Firman Allah (maksudnya):

Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid). (Surah al-Ankabut ayat 63)


Bahkan Nabi SAW ketika mencabar orang-orang Kristian bermubahalah ataupun bersumpah laknat, mereka diminta bersumpah dengan nama Allah, bukan nama Jesus.
Firman Allah (maksudnya):

Sesungguhnya bandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka jadilah ia. Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau dalam kalangan mereka yang ragu-ragu. Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta. (Surah Ali ‘Imran 59-61).


Jika Islam larang mereka secara mutlak menyebut Allah, bagaimana mungkin mereka disuruh bersumpah dengan nama Allah!


Al-Imam Muslim dalam sahihnya pula meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi SAW dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

"Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi SAW. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi SAW: barangkali aku boleh tulis bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu Bismikalahumma (dengan nama-Mu ya Allah!)".

Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi SAW menerima bantahan tersebut.
Ertinya, Nabi SAW membenarkan penggunaan nama Allah seperti yang pihak kafir Quraish minta. Jika itu dilarang, tentu cadangan mereka ditolak!


Lojik


Kita bayangkan jika mereka langsung tidak boleh panggil Allah, bagaimana dengan Kristian Arab jika datang ke Malaysia? Apakah mereka terpaksa menahan diri dari menyebut masya Allah dengan diganti ‘masyaa-God'.


Jika bukan Muslim bertanya siapakah tuhan saya yang sebenar. Muslim hendaklah menjawab Allah. Dia tidak boleh berkata:

"Tuhan awak lain dan tuhan saya lain. Awak tidak boleh menyebut nama tuhan saya."

Jika dia berkata demikian, maka dia syirik.
 
Maka, sepatutnya larangan itu hanya apabila ia dalam bentuk provokasi yang menimbul ketegangan masyarakat. Kenyataan yang menyatakan larangan itu mutlak adalah tidak berasaskan ajaran Islam.

Apatah lagi kenyataan yang memurtadkan sesiapa yang mengizinkan seakan memurtadkan Nabi SAW, dan umat Islam di seluruh dunia.
 
Maka, kita Muslim hendaklah mengendali isu dan mengetahui hubung kait sesuatu itu sebelum hendak dibangkit sentimen agama mengenainya.

Jangan kita melebihi kadar yang sepatutnya, juga jangan kita lalai tentang keamanan dan keharmonian hidup dalam negara yang pelbagai agama.

Dakwah Islamiah hendaklah ditingkatkan. Sebarkan Islam dan banyakkan dialog antara agama seperti yang Dr Zakir Naik lakukan.

Kenapa kita sentiasa ketakutan ditewaskan sehingga begitu defensive? Bawalah mesej Islam dengan penuh hujah dan hikmah.


--------------------------------------------------------------------------------
PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis.

Monday, October 7, 2013

Indahnya Alam Ciptaan ALLAH SWT

Another stunningly beautiful island devoid of luxury trappings – Carabao Island is a tranquil sanctuary overshadowed by its more famous neighbor – Boracay. If you fancy the outdoors and taking off-the-beaten path, this island will surprise you with unspoiled natural attractions.

 
Escape the bustling city life and experience the raw appeal of Carabao Island. From Caticlan, you can hop on a passenger boat to take you to San Jose. Alternatively you can charter a boat to Lanas village from Boracay.

Although the best beaches are found at the Poblacion, the rugged coastline of the island is lapped by countless paradise-like beaches. Charter a motorcycle to discover them. Bask in the glimmering turquoise waters of Hinulugan Beach or sit back and relax in the powdery white sand of Tinap-an Beach. If you are itching to try outdoor adventures, Carabao Island is flanked by caves waiting to be explored. Hike up Ngiriton Cave in Sitio Lindero or drop by at Bunayag Cave in Sitio Sugod.
Discover diving at Village Reef and Village Mountain oozing with kaleidoscopic corals and rainbow-hued fishes. Other dive sites which beckons underwater photographers includes Cathedral Cave, known for its massive underwater cave, Lobster Wall, West Wall I and II, and Devil’s Shoulder.

Wednesday, October 2, 2013

HATI-HATILAH BILA NAK MAKAN...

SUNGAI PETANI, 1 Okt (Bernama) -- Hidangan ayam masak merah yang dihidangkan dalam kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas dicemari bakteria Salmonella, menyebabkan empat kematian dan ratusan lagi keracunan makanan setakat ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata bakteria itu ditemui di dalam spesimen hasil bedah siasat ke atas mangsa dan sampel yang diperoleh dari tempat kejadian.
Siasatan awal mendapati ayam yang diguna untuk majlis perkahwinan itu tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik selama semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri, katanya dalam sidang media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini petang tadi.
Katanya berdasarkan keterangan tuan rumah, kira-kira 130 ekor ayam dibeli pada Jumaat dan digoreng sebelum disimpan di dalam sebuah bilik pada suhu biasa.
"Ini menyebabkan ayam tersebut dicemari dan dijangkiti bakteria Salmonella. Ayam itu berbau bila hendak dimasak keesokan harinya, tetapi tuan rumah mahu memasak kerana bimbang makanan untuk tetamu tidak mencukupi," katanya.
Beliau berkata mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk.
Katanya setakat ini 200 mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sekitar daerah ini dan daripada jumlah itu 127 pesakit mendapatkan rawatan di HSAH dengan 38 dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata 127 lagi pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Yan dengan 62 orang ditahan untuk rawatan lanjut dan selebihnya dibenar pulang selepas mendapat rawatan.
Dr Ismail berkata seorang pesakit lelaki berusia 58 tahun kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH.
"18 kes pesakit dirujuk ke Hospital Sik dan Baling ekoran keadaan Hospital Yan tidak mampu menampung jumlah pesakit yang ramai. Saya nasihatkan mangsa yang mempunyai simptom keracunan makanan selepas makan kenduri di rumah tersebut agar tampil mendapatkan rawatan segera.
"Saya berharap pengendali makanan untuk kenduri menyimpan makanan atau bahan mentah secara betul dan menitik berat aspek keselamatan makanan agar perkara sama tidak berulang," katanya.
Semalam, tiga mangsa keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin itu manakala hari ini seorang lagi meninggal dunia.
Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam dan Mohammad Nor Rahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 petang.
Seorang lagi mangsa Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di HSAH kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
Hari ini, Wan Razali Yaakob, 56, dari Kampung Banggol Belau, Merbok disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke ICU HSAH pagi semalam.
-- BERNAMA
MKF KAY NM

Friday, September 27, 2013

PPPM HARGA 20 JUTA UNTUK PERUNDING McKinsey & Co

Dr M: RM20j tugas perunding? Saya pun boleh
 
Selepas kerajaan membelanjakan RM20 juta sebagai yuran perundingan bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sinis berkata beliau juga boleh melakukannya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Subang Jaya petang ini, Dr Mahathir berkata, beliau pun boleh menjadi pakar tempatan, tapi tiada siapa yang mahu memberinya tugas tersebut.

Beliau mengulas pertanyaan berhubung langkah kerajaan membayar sejumlah wang yang besar itu kepada McKinsey & Co untuk perkhidmatan perundingan.

Ia menjadi sasaran kritikan hebat pembangkang kerana mereka mendakwa firma tersebut bukan pakar dalam bidang pendidikan.

Tambahan pula, langkah menggunakan khidmat agensi asing juga dilihat sebagai mengetepikan teknokrat tempatan yang ramai dibawa pulang oleh PEMANDU di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib TUn Razak.

Mahathir juga menyentuh tentang kedudukan yang kurang baik universiti-unversiti di negara ini, dengan berkata ia mungkin disebabkan oleh pengembangan terburu-buru dalam bidang pendidikan tinggi.

Katanya, pengembangan institusi pendidikan menjadi begitu pantas sehingganya sukar untuk mendapatkan tenaga pendidik, profesor dan pensyarah.

Bekas perdana menteri itu berada di Sunway University hari ini untuk menyampaikan biasiswa Yayasan Jeffrey Cheah kepada pelajar yang berkelayakan.

Monday, September 23, 2013

parahnya apabila silap faktanya..IMEJ !!!!!

After four years, Umno daily retracts defamatory article against PAS vice-president

Umno-owned daily Utusan Malaysia has finally retracted a defamatory article on PAS vice-president Datuk Husam Musa which was published four years ago.

The retraction was published in the paper's Sunday edition Mingguan Malaysia today, as part of a settlement agreement with Husam over his defamation suit against the daily.
"We hereby retract those words that were complained about in the article and express our regret over its publication," the retraction note read.
The daily had published the article in question, entitled "Menilai hujah Husam" (Evaluating Husam's argument), on May 31, 2009.
Husam had, in his suit, claimed that the article, published in the daily in the run-up to the party elections, gave the impression that he was not loyal to the party and its ideals and hence, deemed not trustworthy.

He alleged that the article also gave the impression that he intended to endanger PAS interests, and was seen as an enemy within the party. - 22 September, 2013.

Saya juga peminat tegar teh...yang ori

           
20 Sep - Teh merupakan salah satu minuman yang paling popular di dunia selain air. Ia juga kaya dengan maanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Di sini, kami senaraikan jenis-jenis teh yang mempunyai kebaikannya masing-masing.

Teh Hitam

 Teh hitam mempunyai rasa yang sedikit pahit dan mengandungi kafein yang paling kira-kira 40 miligram per cawan. Mengikut pakar, ia mempunyai kepekatan tinggi antioksidan yang dikenali sebagai 'theaflavins' dan 'thearubigins', yang mana sangat berguna untuk merendahkan kolesterol. Selain itu, penyelidikan telah menunjukkan bahawa orang yang minum tiga atau lebih cawan teh hitam setiap hari boleh mengurangkan risiko strok sebanyak 21 peratus.

Teh Hijau

 Teh hijau mempunyai rasa yang lebih halus daripada hitam serta mengandungi kira-kira 25 milligram kafein secawan. Antara kebaikan teh hijau adalah ia penuh dengan antioksidan dipanggil 'catechins', satu kumpulan kecil yang dikenali sebagai EGCG yang boleh mencegah penyakit daripada kanser hinggalah penyakit. Satu kajian juga telah dijalankan dan pakar mendapati bahawa setiap cawan teh hijau yang diminum secara harian boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 10 peratus.

Teh Oolong

 Oolong sama dengan teh hitam, tetapi ia diperam dalam masa yang singkat yang mana memberikan lebih rasa. Ia juga mengandungi kira-kira 30 milligram kafein secawan. Mengikut pakar, ia boleh membantu dalam penurunan berat badan. Ini kerana teh oolong mengaktifkan enzim yang bertanggungjawab untuk menyingkirkan 'trigliserida', satu bentuk lemak yang disimpan di dalam sel-sel lemak. Satu kajian menunjukkan bahawa pembakaran kalori bagi wanita yang minum teh oolong adalah lebih sedikit dalam tempoh dua jam berbanding dengan mereka yang minum hanya air.

Teh Putih

 Bagi teh putih, daun teh hanya dipilih ketika mereka sangat muda. Jadi teh putih mempunyai rasa yang lebih lembut daripada jenis teh yang lain serta mengandungi kurang kafein, cuma 15 miligram per cawan. Teh putih mempunyai manfaat yang sama seperti jenis teh yang lain dan ia juga berguna untuk latihan kardiovaskular dan pencegahan kanser. Tambahan lagi, beberapa kajian menunjukkan bahawa teh putih sangat berkesan kepada orang-orang dengan diabetes.

Teh berperisa

 Untuk jenis ini, tambahan aromatik seperti kayu manis, kulit buah oren dan lavender telah dicampurkan bersama daun teh hitam, daun teh hijau atau daun teh putih. Sebenarnya, teh berperisa mempunyai tahap antioksidan dan faedah kesihatan yang sama seperti teh jenis biasa. Namun begitu, teh yang mempunyai perisa buah-buahan seperti beri biru atau strawberi mungkin mengandungi lebih antioksidan.

Teh Herba

 Secara teknikalnya, teh herba bukanlah teh sebenarnya. Ia terdiri daripada beberapa gabungan buah-buahan kering , bunga dan herba serta tidak mengandungi kafein. Walau bagaimanapun, elakkan daripada minum teh herba untuk kurangkan berat badan kerana ia mungkin mengandungi julap yang berbahaya.

Kajian mendapati bahawa minum tiga cawan teh herba setiap hari raya boleh membantu untuk orang dengan tekanan darah tinggi. Selain itu, teh 'chamomile' membantu untuk dapatkan tidur yang nyenyak manakala teh pudina boleh menenangkan perut yang meragam.


Friday, September 20, 2013

Kebenaran itu rentas sempadan


 Dr Mohd Asri Zainul Abidin
5:25PM Sep 20 2013

Tiada siapa yang terlepas dari kesilapan dalam dunia ini. Nabi Muhammad S.A.W pun pernah ditegur oleh Allah beberapa kali,  termasuk cara baginda melayan ‘Abd Allah bin Ummi Maktum sehingga Allah menurunkan Surah ‘Abasa.

Apatah lagi selain nabi, tentu sahaja bukan sekadar kesilapan, tetapi kesalahan dan dosa. Sebesar mana pun ketokohan dan keilmuannya, dosa tetap akan tertampal dalam kehidupannya. Jika tidak pada perbuatan anggotanya, pada niat dan apa yang tersirat dalam jantung hatinya.

Tiada tokoh agamawan yang sunyi dari dosa. Biar pun sebesar mana nama dan kemasyhurannya. Tiada tokoh sarjana sebijak mana sekalipun, pasti ada kebodohannya. Biar pun sebesar mana kesarjanaan dan kepakarannya. Tiada yang sempurna melainkan Allah.

Manfaat

Jika kita mencari semua yang sempurna tanpa sebarang kekurangan dan menolak setiap yang ada kekurangan dan kecacatan, maka kita tidak boleh hidup di dunia ini. Orang yang pertama kita kena tolak ialah diri kita sendiri yang penuh dengan segala macam kelemahan dan kekurangan. Namun, kita sering memaafkan diri kita apa yang kita tidak maafkan orang lain.

Dalam memperolehi manfaat ilmu dan hikmah, kita juga tidak boleh terlalu ideal sehingga menolak setiap yang kita nampak kecacatan dan kekurangannya. Kita tidak boleh menolak pendapat yang benar hanya kerana perbezaan agama, aliran mazhab, kumpulan, jamaah, parti politik dan seumpamanya.

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):

"Bersama setiap kumpulan itu kebenaran dan kebatilan. Apa yang menjadi kewajipan ialah bersetuju dengan mereka mengenai apa yang benar yang mereka kata. Juga menolak apa yang batil, yang mereka kata. Sesiapa yang Allah buka untuknya jalan ini (menerima yang benar dan menolak yang salah tanpa mengira dari siapa datangnya) maka bererti Allah telah buka untuknya ilmu dan agama dari setiap pintu. Allah juga akan mudahkan untuk mendapat kedua-dua perkara itu dengan pelbagai sebab". (Tariq al-Hijratain, m.s 386. Saudi: al-Islamiyyah al-‘Arabiyyah).

Ketika menutup kata bagi karya kerohaniannya yang agung iaitu Madarij al-Salikin pula, Ibn Qayyim menyebut lagi:

"Wahai pembaca! Bagi kamu hasilnya, ke atas penulis tanggungjawabnya. Apa yang kamu dapati pada buku ini dari ketepatan dan kebenaran maka terimalah. Jangan kamu lihat kepada pengucapnya. Bahkan lihatlah kepada apa yang dia kata, bukan siapa yang berkata. Allah mencerca orang menolak kebenaran apabila kebenaran itu datang dari orang yang dia benci. Dia menerima apabila yang berkata itu orang yang dia suka. Ini adalah akhlak golongan yang dikuasai emosi. Kalangan sahabah berkata: ‘Terimalah kebenaran dari sesiapa pun yang berkata walaupun dia dibenci. Tolaklah kebatilan dari sesiapa pun yang berkata walaupun dia dikasihi" (3/384. Beirut: Muassasah Fuad).

Insaf

Inilah sikap golongan yang insaf. Maka tidak menjadi kesalahan dalam kehidupan ini untuk kita memetik dan mengambil pengajaran dari mana-mana tokoh pun. Hanya golongan emosi dan tersesat pemikiran seperti aliran ‘salafi madkhali' yang mengharamkan umat Islam mengambil manfaat pandangan atau pendapat tokoh yang mereka anggap sebagai ahli bid'ah.

Sudah pasti mereka juga mengharamkan memetik tokoh-tokoh yang bukan beragama Islam. Aliran ini dipelopori oleh beberapa kelompok fanatik yang mendakwa mereka menurut jalan salafussoleh padahal jalan yang mereka ikuti itu adalah jalan emosi yang jauh dari telunjuk al-Kitab dan al-Sunnah.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h. pernah berkata: "Allah memerintahkan kita agar tidak berkata kecuali yang benar. Jangan kita berkata tentang Allah tanpa ilmu. DIA memerintahkan kita agar adil dan saksama. Kita tidak boleh apabila seseorang Yahudi ataupun Kristian, apatah lagi Syiah Rafidah berkata sesuatu pendapat yang padanya ada kebenaran lalu kita tinggalkan ataupun tolak kesemuanya. Bahkan kita hanya tolak apabila padanya ada kebatilan dan tiada kebenaran". (Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah, 2/342. Muassasah Qurtubah).

Fanatik

Kesederhanaan dan kesediaan ini membolehkan ilmu seorang muslim berkembang. Namun fanatik, telah membuta mata banyak pihak dari mengambil manfaat dari pihak yang lain. Ada yang menolak tulisan-tulisan yang baik kerana perbezaan agama.

Ada tokoh agama yang menolak karya sarjana atas alasan ‘dia orientalis'. Ada yang menolak kerana ‘dia penulis Yahudi', ataupun ‘dia penulis Kristian' dan seumpamanya. Tanpa melihat kepada hujah dan alasan yang dikemukakan.

Begitu juga, betapa kita lihat sebahagian sufi yang menolak pendapat seseorang hanya kerana beraliran salafi, demikian yang salafi enggan mengambil pendapat orang yang dianggap beraliran sufi kerana kononnya tidak semanhaj dengan mereka. Ataupun salafi madkhali yang menolak pendapat kerana ‘ikhwani' dan seumpamanya.

Menghadkan ilmu dan hikmah kerana ketaksuban kepada sesuatu aliran amatlah merugikan. Banyak kebaikan yang ada dalam aliran salafi dan demikian juga banyak kebaikan yang ada dalam aliran sufi yang terikat dengan al-Kitab dan al-Sunnah. Demikian juga Ikhwani.

Tiada aliran yang boleh mendakwa bahawa mereka telah menguasai kebenaran secara mutlak sehingga tiada lagi ruang kebenaran di pihak yang lain. Sesiapa yang mendakwa demikian bererti dia telah menjadikan alirannya berstatus agama yang menentukan iman dan kufur seseorang.

Demikian mazhab fekah, tiada siapa boleh mendakwa bahawa segala kebenaran tertumpu kepada mazhab fekah yang dia pegang semata. Tidak Mazhab Syafi'e, tidak Mazhab Hanbali, tidak Mazhab Maliki dan tidak Hanafi yang boleh mendakwa bahawa kebenaran telah dibolot oleh mereka dan mengikut pandangan selain mereka bererti kesalahan.

Imam-imam yang agung itu tidak pernah mendakwa demikian. Hanya pengikut yang melampaui batas sahaja yang cuba membuat dakwaan yang seperti itu. ‘Jangan keluar Mazhab Syafi'e' nanti awak sesat adalah dakwaan jahil yang tidak berasaskan ilmu sama sekali.

Ijtihad strategi

Kata sarjana fekah yang terbilang Dr ‘Abd al-Karim Zaidan:

"Sesungguhnya syariat Islam adalah hujah mengatasi seluruh mazhab. Bukanlah mazhab yang menjadi hujah mengatasi syariat Islam... Apabila jelas kepada pengikut sesuatu mazhab bahawa mazhabnya salah dalam masalah tertentu, sementara kebenaran berada pada pendapat yang lain dan masalah itu cukup jelas baginya, maka hendaklah dia bertukar mazhab kepada pendapat yang benar dalam masalah tersebut...harus bagi pengikut sesuatu mazhab mengikut mazhab lain dalam sebahagian masalah. Ini kerana tidak wajib kepadanya untuk terikat dengan semua ijtihad mazhabnya. Dengan syarat ia disebabkan oleh dalil yang menuntutnya berubah dari mazhabnya ke mazhab yang lain dalam masalah tertentu. Demikian juga harus untuk dia bertanya mana-mana ahli fekah bukan dari mazhabnya dalam sebarang hukum syarak. Dia boleh beramal berdasarkan apa yang difatwakan kepadanya". (Dr Abd al-Karim, Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, m.s. 412-413, Beirut: Muassasah al-Risalah)

Betapa kita lihat sesetengah fanatik politik PAS yang enggan mendengar pendapat seseorang hanya kerana orang itu Umno. Demikian juga sebaliknya. Padahal parti politik itu bukan diasaskan atas dalil-dalil syara' seperti mazhab fekah.

Lagikan mazhab  fekah tidak mutlak kebenarannya, inikan parti politik yang hanya atas ijtihad strategi dan pandangan politik yang terdedah kepada betul dan salah. Bukan semua pendapat UMNO itu salah dan bukan  semua pendapat PAS itu betul. Begitu juga sebaliknya. PKR dan DAP juga demikian.

Keluasan menerima pendapat adalah ajaran agama ini yang mesti kita manfaatkan. Kebenaran itu merentasi sempadan agama, mazhab, kumpulan dan lain-lain. Namun Islam sebagai al-din adalah kebenaran mutlak.


--------------------------------------------------------------------------------

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN adalah bekas mufti Perlis.

Thursday, September 12, 2013

Wow... ramainya tanpa izin

Some 480,000 illegals working as maids in Malaysia
KUALA LUMPUR, Sept 12 — The number of registered foreign maids in the country stands at 240,000 but the number of illegals who work as maids is believed to be double that, or close to half a million.
 
The sheer number of illegal maids has given rise to the issue of harbouring, as many of them are believed to be live-in maids, which makes it difficult for the authorities to take action.
 
Asked about the influx of the illegal maids, Malaysian Maid Employers’ Association (Mama) president Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein said employers should not employ the illegals as it was against the law.
 
However, many have no choice as there is no alternative.
 
Engku Ahmad said employers should be patient as issues surrounding the availability of foreign maids, especially those from Indonesia, were being resolved, and the memorandum of understanding between Malaysia and Indonesia had been signed although there were still certain grey areas which needed to be amended.
 
On the raids to flush out illegal foreign workers conducted under the 6P Amnesty programme last week, he said the association did not condone the employment of illegals as maids.
 
“We stand by the 6P programme to achieve the zero-illegals target but the untimely raids have resulted in more problems for those in need of workers,” he said.
 
Engku Ahmad said Malaysians were being deprived as there was an insufficient supply of maids now. He said the authorities should have opened the doors for maids to come in before conducting the raids.
 
Said Malaysian Association of Foreign Maid Agencies (Papa) president Jeffrey Foo: “There is an undetermined number of illegals here and it’s not possible to classify all illegals as maids.”
 
He agreed that there were many families who harboured illegals and used them as maids.
 
“We urge employers to be responsible and not flout the law. I hope they will be patient. We know the lack of supply has caused hardship.”
 
Asked about the impact on employers caused by the  crackdown against illegal immigrants under the 6P amnesty programme, he said: “We have to abide by the law. Sadly, the after-effects of the raids have caused problems.”
 
Foo said the agents involved should be professional, as there had been many complaints of them dealing in run-away maids who were also illegals.
 

Tuesday, September 3, 2013

rESAM oRANG pOLITIK

'Manusia jenis apa ni? Masa susah cari saya, bila senang hina saya?' kata Ibrahim Ali.

PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hairan kenapa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengaitkan namanya apabila mengulas desakan Ketua Wira Perkasa supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Katanya, beliau sepatutnya menghentam Irwan Fahmi Ideris dan bukan menghinanya yang kalah dalam pilihanraya umum lalu.

Menurut Ibrahim, kenyataan Irwan bukan pandangan Perkasa kerana beliau menulis dalam blog peribadinya.

“Ia tidak kena mengena dengan Perkasa. Oleh itu kenapa Khairy serang saya dan menghina saya yang kalah dalam pilihanraya?” soalnya ketika mengulas kenyataan Khairy yang mengatakan “Presiden anda pun sudah kalah dalam pilihanraya lepas perasan nak minta Perdana Menteri letak jawatan”.

Khairy hari ini mengulas desakan Irwan yang menulis dalam entri blognya “Sudah Cukup Segalanya Digadai,
Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan.” yang menulis kepimpinan Najib terbukti gagal apabila tidak mendapat sokongan majoriti rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu.

Khairy berkata, Irwan Fahmi langsung tidak berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kapasitinya yang hanya ketua sayap kepada satu badan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya parti politik.

“Saya rasa dia patut letak jawatan dulu. Siapa dia nak minta Perdana Menteri letak jawatan?

“Dia bukan Ketua Pemuda Umno. Dia Pemuda Perkasa…Perkasa ada apa,” soalnya di majlis hari raya anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

Ibrahim menambah beliau kalah di Pasir Mas kerana beliau bukan menantu bekas Perdana Menteri.

“Saya orang kampung, tiada duit dan tiada jentera. Sebaliknya beliau menang jadi Ketua Pemuda dan pilihanraya di Rembau kerana beliau menantu bekas Perdana Menteri,“ katanya.

Namun demikian beliau mengucapkan terima kasih kepada Khairy kerana melalui kenyataanya itu jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang emosional sedangkan selama ini beliau disanjung kerana dikatakan orang yang bijak dan berilmu.

Ibrahim kesal kenapa Khairy kaitkan namanya sedangkan sewaktu beliau susah, beliau meminta tolongnya.

“Sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamannya, beliau minta saya jadi saksi. Saya sanggup jadi saksi tiba-tiba beliau selesaikan kes itu dengan Anwar di luar mahkamah. Manusia jenis apa ni? Masa susah cari saya, bila senang hina saya?” katanya lagi.

Beliau berkata Khairy jangan angkuh selepas dilantik menteri kerana dia menang Ketua Pemuda pun disebabkan dia menantu Perdana Menteri.

“Saya orang kampung naik sendiri dalam politik jadi Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Bahagian, Exco Pemuda Umno dan Ahli Majlis Tertinggi Umno tetapi dia naik kerana menantu bekas Perdana Menteri ketika itu,” jelasnya.

Beliau kesal kerana beliau tidak kahwin dengan anak Perdana Menteri ketika mula-mula bergiat dalam politik dahulu.

Mengulas kenyataan Khairy Perkasa ada apa, Ibrahim berkata , “Perkasa hanya ada tahi gigi dan tahi telinga sahaja berbanding dengan Khairy yang ada macam macam (kaya raya) selepas jadi menantu Perdana Menteri”.

Wednesday, August 28, 2013

Kenapa ni ?

Perkasa panggil ketua pemuda kerana desak Najib letak jawatan

Sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mengejutkan ramai pihak apabila membuat gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran gagal menguruskan negara dengan baik.
 
Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris membuat kenyataan kontroversi itu dalam tulisan di blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan."
"Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa perdana menteri meletak jawatan," kata Datuk Abdul Rahman Abu Bakar kepada The Malaysian Insider, serta meluahkan rasa terkejut atas kenyataan Irwan itu.
 
Menurut Timbalan Presiden Perkasa itu, beliau akan menemui Irwan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan itu.
 
Kenyataan Irwan bagaimanapun tidak begitu mengejutkan kerana Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sangat kritikal kepada strategi pilihan raya Najib, mengatakan baru-baru ini kumpulan itu tidak berpihak kepada mana-mana parti politik selepas Pilihan Raya 2013.
 
Ibrahim sudah menyatakan pendirian ini kepada penaung Perkasa, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan bersama bekas perdana menteri itu, di mana Najib menerima kritikan ekoran kelemahan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 5 Mei.
 
Seorang pemimpin Perkasa berkata, Dr Mahathir memahami langkah Perkasa untuk tidak memihak kepada mana-mana parti politik dalam pilihan raya akan datang walaupun majoriti ahlinya adalah ahli Umno. Tetapi kumpulan hak Melayu itu tidak pernah meminta Najib letak jawatan.
 
Irwan memberitahu The Malaysian Insider minggu ini bahawa perdana menteri sudah diberikan masa mencukupi, malah ketika pertemuan dengan Perkasa baru-baru ini, beliau menegaskan Perkasa menuntut Najib segera berubah dan mengutamakan kumpulan pengundi Melayu yang memilih untuk mengekalkan kerajaan. Namun Najib masih berpeluk tubuh tanpa sebarang tindakan.
 
"Najib masih lagi tidak berubah. Kita sudah beri masa, tapi sekarang keadaan semakin serius. Kes jenayah, isu kalimah Allah, semua ini berlaku apabila ketika pilihan raya itu banyak sangat perkara dilakukan, seperti pemansuhan ISA dan banyak lagi," katanya merujuk tindakan kerajaan Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan juga Akta Ordinan Darurat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
 
"Perkara terbaik dia buat adalah letak jawatan kerana keadaan semakin teruk, tidak bertambah baik," katanya.
 
Irwan berkata, masyarakat Melayu memilih Barisan Nasional (BN) bersama dengan bantuan masyarakat India, namun Najib tetap gagal membela dua kumpulan ini sedangkan pengundi Cina yang menyokong BN adalah bilangan yang cukup kecil.
 
"Kita juga melihat Najib gagal menjaga orang yang undi dia. Melayu yang beri kuasa untuk dia memerintah dengan bantuan orang India, orang Cina hanya lapan peratus sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider.
 
"Kita sudah beri masa, bukan kita terus mendesak (Najib letak jawatan)," katanya lagi, menegaskan itu adalah pendirian Wira Perkasa dan langkah terakhir yang dilakukan mereka.
 
"Ini pendirian Wira Perkasa. Saya tidak tahu pendirian kepimpinan Pusat Perkasa. Ini yang maksimum kita boleh buat. Kita pun ada sedikit sumbangan untuk BN dalam PRU lepas," katanya.
 
Dalam laman blognya, Irwan menulis:"1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL.
 
"Ini kerana kepimpinan yang mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26 peratus dan undi kaum India . Bagi kaum Cina ia terbukti gagal, peratusan kaum Cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8 peratus. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat."
 
Beliau turut membangkitkan kegagalan slogan "1Malaysia" Najib dan juga Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang menurutnya adalah "rasuah yang dihalalkan oleh kerajaan."
 
 
"Malangnya kepimpinan tertinggi negara masih lagi menagih kepada kaum ini, melantik orang yang tidak sepatutnya dilantik. Laungan 1Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu, saya mahu tanya apakah 1Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ia terbukti gagal," katanya dalam posting blog berkenaan. – 28 Ogos, 2013.

Monday, August 26, 2013

SERAI


Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita?

Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian.

Mari lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan. Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih.

Memutihkan gigi Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.

Mengatasi masalah perut Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Serai sebagai 'Pain Killer'
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

Detoksifikasi Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Melegakan senggugut Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.

Ajen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

Sunday, August 25, 2013

5 Times of the Day You Should Be Working Out

Best Times to Work Out
 
Best Times to Work Out
What's the best time to exercise? If you answered, "Anytime I can drag my spandex-clad ass to the gym," it's not that you're wrong exactly, but your body does respond to exercise differently throughout the day. Given how hectic life can be, it makes sense to get the most out of every minute spent exercising. Here, experts help you find the best time to schedule your workout based on the benefits you're looking to achieve.

1. If you have a stressful meeting planned…
Work out just before it.

 Thirty minutes of moderate-intensity exercise can lessen your body's physiological reaction to stress by boosting feel-good neurotransmitters such as dopamine. "It also encourages your brain to switch off its stress response," says J. Carson Smith, Ph.D., an assistant professor of kinesiology at the University of Maryland. "You'll feel the effects about 15 minutes after you finish your workout."

2. If you have trouble sleeping…
Do the right exercise before bed.

You may have heard that vigorous exercise before bed makes it harder to fall asleep, but according to a new report from the National Sleep Foundation, people who exercise at any time of day or night get better z's than couch potatoes. If you're a poor sleeper, a quick yoga session is best. Research shows 30 minutes can improve sleep quality and help you conk out faster. It's also safer than sleeping pills, which can sometimes leave you dangerously drowsy while driving the next morning, says Dr. Barbara Phillips, medical director of the sleep lab at the University of Kentucky. 
3. If you want to prevent injury…
Aim for the early evening.

Prone to pulled muscles, soreness, sprained ankles (you get the idea)? Then wait until after work to exercise. Early in the day when your natural temperature is lower, "your body isn't necessarily ready to jump out of bed and perform, so you may be more vulnerable to strain and injury," says Michael Deschenes, Ph.D., professor and chair of the department of kinesiology and health sciences at the College of William & Mary in Williamsburg, Virginia. To avoid injury, exercise between 4 p.m. and 8 p.m., when core temp peaks.

4. If you want to drop pounds…
Work out before breakfast.

Maximize your body's flab-burning potential by hitting the gym first thing in the morning. People who ran on a treadmill before breakfast burned about 20 percent more fat compared with a group who ate breakfast first, according to a recent study published in the British Journal of Nutrition. "Your body taps into fat stores for fuel instead of carbohydrates from breakfast," explains study coauthor Javier Gonzalez, who studies exercise and metabolism. 
5. If you want to tone up…
Exercise after dinner.

Because of the uptick in core body temps later in the day, exercise performance improves. Namely, muscle strength increases slightly, coordination is better, and your VO2 max (the amount of oxygen delivered to muscles) rises. Translation? "Your workout may feel a bit easier," says Deschenes. It's a small improvement, but one that may help you upgrade from 5-pound weights to 10-pound ones, resulting in more marked muscle tone.

6. If you want to avoid an allergy attack…
Work out in the evening.

Fall allergies are often caused by ragweed-and those pollen levels are at their highest between 4 a.m. and 10 a.m. That means the morning run you thought would be energizing might make you groggy and bring on allergy symptoms that continue throughout the day, says board-certified allergist and immunologist Dr. Sakina Bajowala, a fellow of the American Academy of Allergy, Asthma & Immunology. Two options: Move indoors or work out later, when pollen counts are lower.

SAMA KABINET TAPI TAK SERUPA PENDAPAT

The Defence Minister has joined a growing chorus calling on Deputy Minister P Waythamoorthy to resign from his Cabinet position if he wants to act like a representative of a non-governmental organisation.
 
Echoing Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi who made the same call yesterday, Datuk Hishammuddin Hussein said Waythamoorthy, the Deputy Minister in the Prime Minister's Department, should think rationally before making statements now that he is in government.
 
“Being emotional on it is not the right way of a leader. I support Datuk Zahid….101 percent. As Cabinet ministers we have to be responsible.
 
“We cannot place our personal political interest above the collective interest of the government,” he said after meeting US Defence Secretary Chuck Hagel in Kuala Lumpur today.
 
Ahmad Zahid had told the former Hindraf leader to quit his Cabinet position after Waythamoorthy had questioned the police shooting of five alleged gang members.
 
"In the war against crime, there should be no quarter given to criminals," Ahmad Zahid had said.
 
Waythamoorthy had said he will not be silent on issues just because he is in the government.
 
"In fact, it is to the advantage of the government that I voice out the true sentiments of the people on the ground so that I can contribute positively to the objectives and good governance of the government," he had said in a statement after the shooting last Monday.
 
The five who were killed – J. Gobinath, 31, R. Ramesh, 27, N. Rakan, 25, M. Suresh, 25, and M. Gobinath, 21, - were shot dead by police during a raid as they were believed to be linked to nine out of 19 shooting cases this year.
 
They were in an apartment in Sungai Nibong when the police party moved in.
 
The families of the dead have lodged four police reports demanding an inquest into their deaths.
 
Yesterday, several Malay non-governmental organisations called on the former Hindu Rights Action Force (Hindraf) leader to leave the government if he wanted to speak against it.
 
Right-wing Malay NGO Perkasa said the chairman of Hindraf should make private inquiries about the incident rather than doubt the credibility of the police force.
 
“Our security forces are scrambling to reduce the public’s ire towards the increasing number of armed criminals but Waythamoorthy here is questioning the actions of our forces,” said Datuk Zulkifli Noordin, who is Perkasa vice- president.
 
“We do not deny his right to fight for the Indian community but he needs to know his position. If he still wants to have the mentality of an NGO leader, it is best that he resigns and focuses on building the Indian community,” he told the Umno-owned Malay daily, Utusan Malaysia.
 
Another group known as Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) also asked the deputy minister to respect the police.
 
The group’s adviser, Muhammad Zahid Md Arip, said Waythamoorthy is looking at criminal activities from a very narrow scope and as such he should be dropped from the Cabinet.
 
“This is not a race issue but it is about national and public security. I urge the prime minister to remove Waythamoorthy from his position,” he added.
 
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) president Azwanddin Hamzah cautioned Waythamoorthy from acting so quickly on his own to defend the Indians.
 
“Criminals are still criminals and the police know what they are doing. He should have discussed this first instead of impulsively releasing a statement,” Azwanddin was quoted as saying. - August 25, 2013.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh