.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Friday, December 31, 2010

Selamat Datang Dekad Baru



Hari ini merupakan tanggal terakhir tahun 2010 dan sebaik saja selepas jam 12.00 malam ini akan hadir 1 Januari 2011, tahun baru Kalendar Gregory @ Masehi. Kehadiran tahun yang semakin mencabar tentang kematangan kemanusiaan dalam pengurusan masa serta pengurusan kehidupan.

Bersempena tahun baru 2011, dengan rendah hati dan penuh kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T. saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua warga pendidik teristimewa buat Tuan yang selalu mengunjungi blog ini.

Menyedari hakikat tahun baru yang tiba, setiap pengamal pendidikan haruslah terus menanamkan sikap sentiasa berubah untuk menjadi tahun baru ini semakin baik dalam kerja buat supaya output dan outcome mengapai cemerlang sama ada kuantiti dan lebih-lebih lagi akan kualitinya.

Mendidik begitu banyak cabaran, di ambang tahun baru seperti yang dah sedia maklum banyak maksiat dan budaya liar turut terjadi yang melibat anak-anak muda yang masih dibangku sekolah lagi.

Dan untuk membendung berluasanya perkara ini, kita jugalah antara peneraju utama yang mesti berperanan aktif. Relakah kita anak generasi abad ke 21 ini terpesong jauh dari apa yang dihasratkan untuk menjadi INSAN BERMODAL nanti.

Maka kepada kitalah tugas mendidik yang berteraskan keagamaan, moral dan nilai dipanjangkan kepada mereka ini. Mereka, insyaallah akan mewarnai nanti dengan ketamadunan hebat negara di persada dunia.
******************************************************
Sedikit ilmu kira mengira mengenai detik waktu ini

Kini 2011
Berapa Abad ? : 2011 / 100 tahun = 20.11 abad ( Betullah kini abad ke 21 )
Berapa Dekad ? : 2011/10 tahun = 201.1 dekad
Berapa Tahun ? : 2011/1 tahun = 2011 tahun
Berapa Bulan ? : 2011 x 12 bulan = 24132 bulan
Berapa Minggu ? : 24132 x 4 minggu = 96528 minggu
Berapa Hari ? : 96528 x 7 hari = 675696 hari
Berapa Jam ? : 675696 x 24 jam = 16216704 jam
Berapa Minit ?: 16216704 x 60 minit = 973002240 minit
Berapa Saat? : 973002240 x 60 saat = 58380134000 saat

Hari ada 1 hingga 31
Bulan ada 1 hingga 12
Tahun ada 1 hingga infiniti ( akhir kata - KIAMAT )

Tulis tarikh kebiasaannya dalam 4 @ 6 digit iaitu Tarih/Bulan/Tahun
Jika menulis tarikh yang "orang suka nombor yang cantik" maka inilah nombornya
010101
020202
030303
040404
050505
060606
070707
080808
090909
101010
111111
121212
Tak akan ada tarikh ini
131313
dan seterusnya

Hadirnya esok dengan
1111...tentunya cantik

Bagi saya, semua gabungan nombor ini cantik ..kerana tanpa adanya nombor sukar bagi manusia mengurus kehidupan ini.

(Tetapi alam ini dijadikan sejak berjuta-juta tahun dahulu lagi. Ya..planet tempat tinggal ini dah semakin tua)
*********************************************
Sesungguhnya sorotan 2010 banyak memberi keinsafan kepada kita.
Selamat Datang Tahun 2011 Dekad Baru Ke 202

Thursday, December 30, 2010

Team-players dalam Team-work



Kita raikan bersama atas kejayaan ini..semuanya dengan semangat bermain dan berkerja sepasukan.Tahniah skuad negara yang menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 yang dilangsungkan di Gelora Bung Karno, Indonesia, malam tadi. Malaysia menang dengan aggregat 4-2.

Maka cuti umum diberikan untuk rakyatnya sempena kejayaan sulung ini.
Jumaat 31 Disember 2010 dan 2 Januari 2011 bagi negeri yang jatuh cutinya hari Jumaat.


Justeru, kita amalkan untuk kecemerlangan pendidikan negara kita kerana skuad pendidikan juga hebatnya bisa menandingi. Dalam kerja sepasukan semua pemain wajib main peranan yang dipertanggungjawabkan.

Tuesday, December 28, 2010

PPSAT itu apa ya?

Saban tahun dalam cuti akhir tahun setiap pengurus sekolah akan membuat perancangan yang lebih baik dari perancangan tahun sebelumnya, dimana sebarang kelemahan serta kekurangan akan diperbaiki dan ditambah baik agar tahun baru nanti akan lebih menyerlah lagi bermakna kepada kemajuan sekolah.

Sesi persekolahan 2011 akan bermula pada hari Ahad, 2 Januari,iaitu bagi Negeri Dalam Kumpulan A termasuk Kelantan.Telah menjadi kepastian semua pentadbir akan memberi fokus kepada perkara berikut;

A. Sumber Fizikal

Bilik Guru
- Kerusi Meja Guru ada dan mencukupi

Bilik Darjah
- Kerusi Meja Murid ada dan mencukupi
- Bilangan kelas ada dan mencukupi
- Papan Tulis ada dan boleh guna

Bilik-Bilik / Premis dalam keadaan sedia unuk digunakan

- Bilik/Makmal Sains
- Bilik/makmal Komputer
- Bengkel Kemahiran Hidup
- Pusat Sumber Sekolah
- Pusat Operasi Bilik SPBT (BOSS)
- Padang / Kawasan Untuk Pendidikan Jasmani
- Tandas
- Kantin
- Setor Sukan
- Bengkel Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
- Bengkel Mata Pelajaran Kejuruteraan
- Bengkel Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Kelas Prasekolah
- Kelas Pendidikan Khas
- Bilik Ekonomi Rumah Tangga (ERT)
- Bilik Pendidikan Seni Visual (PSV)
- Bilik Muzik
- Bilik Pemulihan
- Bilik Kaunseling
- Bilik Rawatan
- Surau / Musolla
- Pusat Akses Sekolah
- Asrama
- Dewan Sekolah
- Gelanggang Permainan

Dalam setiap Bilik / Premis ini tentulah ada Lampu, Kipas/Pendingin Hawa,Almari, Pili air, alat / bahan untuk amali dan lain-lainnya (jika berkenaa). Pastikan semua ADA, BERFUNGSI, BOLEH GUNA dan BERSIH. Bagi setengah peralatan yang dibekalkan ke sekolah, ada yang tidak boleh guna sebab tak pandai mengendalikannya.

B. Sumber Manusia

Setiap sekolah memerlukan penjawat pengurusan sekolah sepertimana berikut'
- Pengetua / Guru Besar
- Penolong Kanan Pentadbiran (GPK Kurikulum)
- Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM)
- Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Kokurikulum)
- Penolong Kanan Tingkatan Enam
- Penolong Kanan Petang
- Penolong Kanan Pendidikan Khas
- Penolong Kanan Sukan
- Penolong Kanan Seni

Selain itu, setiap sekolah juga memerlukan guru berhak yang berdasarkan ABM perjawatan sekolah. Sepatutnya mencukupi dan memenuhi opsyen mata pelajaran.

C. Pengurusan
Setiap pentadbir sekolah telahpun mengambil langkah proaktif dengan menyediakan perkara berikut apabila loceng pertama persekolahan tahun 2011 bermula.

Pengurusan Am
- Mesyuarat persediaan sesi persekolahan 2011
- Takwim Sekolah 2011

Pengurusan Kurikulum
- Rancangan Tahunan bidang kurikulum
- Agihan tugas guru
- Jadual Waktu Induk
- Jadual Waktu Guru
- Jadual Waktu Kelas
- Jadual Penggunaan Bilik Khas
- Jadual Waktu Guru Ganti

Pengurusan Kokurikulum
- Rancangan Tahunan bidang Kokurikulum
- Agihan tugas guru
- Pengurusan Bilik/ Stor Peralatan Sukan

Pengurusan Hal Ehwal Murid
- Rancangan Tahunan bidang HEN
- Agihan tugas guru
- Jadual Kedatangan Murid setiap kelas
- Program suai kenal Tahun 1/Tingkatan 1
- Program Transisi Tahun 1/ Program Orientasi Tingkatan 4
- Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
- Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

Pengurusan Kewangan- ABM 2011
- Penyata Kewangan yanng berakhir pada 31 Disember 2010

D. Pengajaran dan Pembelajaran
- Status Pelaksanaaan P & P di semua kelas dijalankan. Guru mengajar murid belajar berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan oleh guru berkenaan.
- Perhimpunan dijalankan

E. Lain-lain
- Pengawal Keselamatan Sekolah ada dan bertugas
- Kebersihan sekolah
- Kawasan sekolah berpagar
- Pendawaian elektrik dalam keadaan baik
- Pengawal lalu lintas
- Pelan / Laluan Kebakaran/ Kecemasan dipamer
- Alat Pemadam Api ada dan berfungsi
- Bekalan air
- Bekalan elektrik
- Schoolnet
- Kibaran Bendara Negara dan Negeri

Sekolah juga perlu menyediakan kemudahan telefon. faksimili, e-mail serta laman web untuk kemudahaan komunikasi.

Justeru, pasukan pemantau untuk hari pertama persekolahan yang terdiri dari pegawai KPM/JPN/PPD/JNS Negeri/BTPN akan turun padang untuk memastikan perkara diatas diakuri oleh semua pentadbir sekolah. Dan apa yang diperkatakan diatas adalah merupakan intipati Instrumen Pemeriksaan Persediaan Sekolah Awal Tahun atau ringkasnya PPSAT

Cuma satu perkara yang akan diperhatikan juga "tetapi tidak direkod secara rasmi" ialah keterampilan dan kekemasan diri setiap guru. Biar cantik, biar manis, biar hensem, tampan bergaya masuk kelas melaksanakan P & P secara berkesan.

Maka itulah PPSAT dan bersamalah kita menjayakannya dengan harapan tahun 2011 akan lebih baik dari tahin 2010. INSYAALLAH


Sumber: Instrumen PPSAT KPM

Monday, December 27, 2010

Senarai Disiplin Ilmu dalam KSSR

KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih MENARIK, MENYERONOKKAN dan BERMAKNA.

Disiplin ilmu mengikut tahap adalah seperti berikut:

********************************************************
TAHAP 1
Kurikulum diorganisasikan dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

Disiplin Ilmu dan Modul Teras Asas terdiri dari;
> Bahasa Malaysia
> Bahasa Inggeris
> Bahasa Cina
> Bahasa Tamil
> Matematik
> Pendidikan Jasmani
> Pendidikan Kesihatan
> Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral

Disiplin Ilmu dan Modul Teras Tema terdiri dari;
> Dunia Kesenian - Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik
> Dunia Sains & Teknologi

Disiplin Ilmu dan Modul Elektif terdiri dari;
> Bahasa Arab
> Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK)
> Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK)
> Bahasa Iban
> Bahasa Kadazandusun
*******************************************************
TAHAP II
Kurikulum diorganisasikan dalam bentuk mata pelajaran teras dan elektif. Mata pelajaran ini dilaksanakan secara modular.

Disiplin ilmu dalam Mata Pelajaran Teras terdiri dari;

Tunjang Komunikasi
> Bahasa Malaysia
> Bahasa Inggeris
> Bahasa Cina
> Bahasa Tamil

Tunjang Sains & Teknologi
> Matemaik
> Sains
> Reka Bentuk & Teknologi / Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika
> Pendidikan Jasmani
> Pendidikan Kesihatan
> Pendidikan Muzik
> Pendidikan Seni Visual

Tunjang Kerohanian,Sikap & Nilai
> Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

Tunjang Kemanusiaan
> Sejarah

Disiplin ilmu dalam Mata Pelajaran Elektif terdiri dari;

Tunjang Komunikasi Elektif
> Bahasa Arab
> Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK)
> Bahasa Tamil Sekolah Kebangssan (BTSK)
> Bahasa Iban
> Bahasa Semai
> Bahasa Kadazandusun

*******************************************************
Manakala Tunjang Keterampilan Diri dilaksanakan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Semua ini diperkayakan lagi dengan Elemen Nilai Tambah yang dikenali sebagai Elemen Merentas Kurikulum iaitu;
> Kreativiti dan Inovasi
> Keusahawanan
> Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Sumber: Risalah KSSR Terbitan BPK, KPM

Saturday, December 25, 2010

Ada bezanya antara KBSR dengan KSSR

Pilih yang lebih baik dari yang baik-baik, kerana itulah kehendak naluri manusia. Begitu jugalah dalam aspek penambahbaikan kurikulum. Kurikulum yang lebih baik menjadi keutamaan dalam merealisasikan kehendak masa depan manusia yang berada dalam zamannya. Khalifah Umar pernah menasihatkan agar didiklah anak-anak mu untuk hidup di zamannya. Ya, zaman kita ini adalah untuk kita manakala zaman anak cucu cicit kita adalah untuk mereka, maka kitalah yang perlu menunjuk ajar mereka ini sebagai persediaan buat menghadapi hari depan mereka.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui inisiatif setiap 5 tahun semakan, maka KSSR dihasilkan dari penambahbaikan KBSR. Inilah perbezaan antara kedua-duanya.

A. Asas Reka Bentuk Kurikulum

KBSR : Berasaskan 3 Bidang
i. Komunikasi
2. Manusia dan Alam Sekeliling
3. Perkembangan Diri Individu

KSSR : Berasaskan 6 Tunjang
1. Komunikasi
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Kemanusiaan
4. Perkembangan fizikal dan estetika
5. Sains dan Teknologi
6. Keterampilan Diri

B. Bahan Kurikulum

KBSR : Suktan Pelajaran
KSSR : Dokumen Standard Kurikulum

C. Jenis Reka Bentuk Kurikulum

KBSR : Linear
KSSR : Modular

D. Organisasi Kurikulum

KBSR :
Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
Tahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

KSSR :
Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3) : Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif
Tahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6) : Mata Pelajaran Teras dan Elektif

E. Elemen
KBSR : Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
KSSR : Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Makluma & Komunikasi (TMK) secara eksplisit

F. Fokus
KBSR : 3 M ( Menulis, Membaca dan Mengira )
KSSR : 4 M ( Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul

Kini sudah terang lagi bersuluh... bersama kita jayakan.

Thursday, December 23, 2010

30,863 calon PMR dapat A semua subjek




Seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.

"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun," katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di Putrajaya hari ini.

Pada tahun ini, calon yang mendapat semua E menurun kepada 386 orang daripada 397 orang tahun lepas.

Abdul Ghafar berkata bagi calon luar bandar, pencapaian mereka mencatatkan peningkatan daripada segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap minimum.

Nilai GPN calon luar bandar adalah 2.97 berbanding 2.93 manakala calon bandar mencatat nilai GPN daripada 2.68 kepada 2.65, bermakna jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar semakin rapat, katanya.

Abdul Ghafar berkata pencapaian calon "istimewa" pada tahun ini secara keseluruhannya menunjukkan sedikit penurunan berbanding tahun lepas, walaupun jumlah yang menduduki peperiksaan bertambah daripada 1,188 kepada 1,345 orang.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai lima pelajar berjaya mendapat semua A, berbanding tujuh tahun lepas manakala 146 pelajar melepasi tahap minimum berbanding 161 sebelumnya.

Abdul Ghafar berkata enam mata pelajaran menunjukkan kenaikan signifikan dalam Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 2010 berbanding tahun lepas, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup Pertanian.

Bagi mata pelajaran Pendidikan Kesenian yang merupakan tahun kedua diperkenalkan dalam peperiksaan PMR, Bidang Tari menunjukkan pencapaian tertinggi daripada segi peratusan bilangan memperoleh Band 4 (pencapaian tertinggi), diikuti Teater, Muzik dan Seni Visual.

--Bernama


Natijahnya Tuan sebagai pendidik adalah seorang yang boleh melakukan yang terbaik.

PMR 2010 ...Kejayaan ini buat kita semua.

Pada pagi ini, saya walaupun telah mengambil cuti untuk urusan keluarga buat persediaan keperluan kain baju kasut serta alat tulis anak untuk belajar bagi sesi 2011 yang tak beberapa hari lagi menjelang, hadir ke Jabatan untuk bersama dalam Majlis Pengumuman Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Negeri Kelantan Tahun 2010.

Majlis pengumuman ini yang bertempat di Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Kelantan telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Hussain bin Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan. Selepas bacaan doa, tepat jam 9.30 pagi,pengumuman rasmi dilakukan.

Beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk pihak media yang hadir bersama untuk membuat liputan.

Panjat syukur dengan sebanyak-banyak ke hadrat ALLAH S.W.T kerana keputusan PMR 2010 ini merupakan tahun pencapaian terbaik bagi negeri Kelantan secara menyeluruh. PMR yang telah berlangsung 5,6,7 dan 11,12 Oktober 2010 lalu begitu mengembirakan semua warga pendidik di negeri ini. Pencapaian ini diukur bersdasarkan Gred Purata Negeri, Peratus Kecemerlangan Semua A, Pencapaian Peratus Lulus Minimum D semua mata pelajaran dan prestasi beberapa mata pelajaran.

Seramai 36,953 orang calon telah mendaftar untuk memduduki PMR pada tahun ini berbanding 37,151 orang calon pada tahun 2009.Dari data ini, seramai 30,524 (82.60%) adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) manakala yang menduduki peperiksaan pula adalah seramai 29,906 orang calon di seluruh negeri.

Gred Purata Negeri (GPN) ialah 2.61 meningkat 0,10 serta mengatasi Gred Purata Nasional iaitu 2.74 di mana 106 buah sekolah menunjukkan peningkatan atau sekurang-kurangnya mengekalkan GPS dan 47 buah daripadanya menyamapi atau melebihi GPN.

Peratus kelulusan Negeri Kelantan merujuk kepada pencapaian peratus lulus minimum D semua mata pelajaran ialah 66.75 % atau 19,962 orang calon meningkat sebanyak 4.73 %. Terdapat sebanyak 12 buah ekolah yang mendapat peratus kelulusan 100 % berbanding 10 buah tahun 2009. Juga 62 buah sekolah mencatat peningkatan peratus kelulusan.

Dalam aspek kecemerlangan calon, Bilangan calon yang memperolehi semua A adalah seramai 2,023 oarang berbanding 1,510 tahun sebelumnya, menyumbang peningkatan sebanyak 1.88 %.

Perbandingan Keseluruhan PMR dalam tempoh 5 tahun

A. Peratus Am Negeri ( Lulus Minimum A-D)
2006 : 58.57 ( 18,394 orang)
2007 : 60.11 ( 19,197 orang)
2008 : 61.30 ( 19,214 orang)
2009 : 62.02 ( 19,110 orang)
2010 : 66.75 ( 19,962 orang)

B. Gred Purata Negeri
2006 : 2.80
2007 : 2.80
2008 : 2.79
2009 : 2.71
2010 : 2.61

C. Peratus Kecemerlangan
2006 : 3.81 ( 1197 orang)
2007 : 4.45 ( 1422 orang)
2008 : 4.84 ( 1517 orang)
2009 : 4.90 ( 1510 orang)
2010 : 6.76 ( 2023 orang)

Bagi mata pelajaran Sains
Peratus Kelulusan Negeri 95.59 % (Nasional 94.3 %) mengatasi sebanyak 1.3 peratus
Peratus Kelulusan Negeri tahun 2009 ialah 93.40 meningkat sebanyak 2.19 %.
Gred Mata Pelajarannya pula pada tahun 2010 ialah 2.80 berbanding 2,96 tahun 2009 iaitu meningkat sebanyak 0.16 %.
(Semua mata pelajaran lain juga meningkat mengatasi Nasional)

Semua calon PMR boleh mengambil slip keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari ini.

Tahniah kepada semua yang berjaya,untuk pelajarnya, untuk gurunya, untuk pentadbirnya, untuk sekolahnya, untuk daerahnya, untuk negerinya. Juga buat ibubapa yang sentiasa mendorong kecemerlangan anak-anaknya.

Istimewa buat rakan di Sektor Pengurusan Akademik , JPN dan PPD serta semuanya.

Tak lupa juga terima kasih kepada pihak media, RTM serta wakil media cetak yang hadir untuk menghebahkan keputusan ini buat tatapan umum.

Sebenarnya kita telah dapat merealisasikan visi keramat Cakna Pendidikan Kelantan Tersohor 2010.. Tahniah Tuan Pengarah bersama kepimpinan tertinggi jabatan.

Itulah usaha dan jasa Tuan serta dengan Izin NYA.
Tabik Untuk Tuan Semua

Tuesday, December 21, 2010

KSSR yang mendepani




Mengapa Transformasi?

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan manambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengeahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global.

Melalui transformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh sera ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Penambahbaikan
Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk,organisasi,pedagogi,penegasan kurikulum,peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR.

Prinsip KSSR
> Pendekatan Bersepadu
> Perkembangan individu secara menyeluruh
> Pendidikan yang sama untuk semua murid
> Pendidikan seumur hidup

Bentuk Kurikulum KSSR
Berdasarkan 6 Tunjang:
1. Komunikasi
- Pengabung jalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi
2. Perkembangan fizikal dan estetika
- Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
- Pemupukan daya imaginasi, kreativitim baat dan apresiasi
3. Kemanusiaan
- Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
- Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan
4. Keterampilan diri
- Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
5. Sains dan Teknologi
- Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
- Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
- Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
6. Kerohanian, Sikap dan Nilai
- Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

( Dalam KBSR hanya 3 Tunjang sahaja iaitu 1. Komunikasi 2. Manusia dan Alam sekeliling 3. Perkembangan Diri Individu )

Semua perkara ini dapat diterjemahkan melalui pemikiran kritis & kreatif serta inovatif yang akhirnya memanusiakan manusia itu dalam ertikata 'Insan Seimbang'

Bila Pelaksanaan KSSR ?
KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 bermula dengan Tahun 1 di semua sekolah rendah seluruh negara.

Fokus 4 M dalam KSSR
* Membaca
* Menulis
* Mengira
* Menaakul
(Dalam KBSR hanya 3 M iaitu 1. Membaca 2. Menulis 3. Mengira )

Dokumen Kurikulum
Dalam KSSR dikenali sebagai Dokumen Kurikulum yang terdiri dari:
Bahan Kurikulum
- Dokumen Standard Kurikulum
Bahan Sokongan Kurikulum
- Buku Teks
- Modul pengajaran
- Buku panduan kreativiti

Elemen Nilai Tambah
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)inilah yang membezakan dengan KBSR iaitu:
> Kreativiti dan Inovasi
> Keusahawanan
> Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Sumber Rujukan : Risalah KSSR Keluaran BPK, KPM -Oktober 2010

Sunday, December 19, 2010

Penyebaran Maklumat KSSR Buat Tuan Guru Besar



Pada hari ini telah berlangsung siri penyebaran maklumat KSSR melalui taklimat khas kendalian bersama antara Institut Aminudin Baki (IAB) dengan Jabatan Pelajaran Kelantan. Program ini merupakan susulan dari siri taklimat pertama yang melibatkan Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang telah berlangsung pada 9 Disember 2010 yang lepas. Program untuk PKP ini dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dengan kerjasama semua Pejabat Pelajaran Daerah negeri Kelantan.

Ditempat yang sama BTPN Kelantan, program bermula jam 9.00 pagi selepas pendaftaran dengan Ucapan Aluan yang disempurnakan oleh YBrs Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan, Tn. Hj. Zahari Daud yang mewakili YABrs. Tuan Pengarah.

Diantara intipati ucapan beliau antara lainnya ialah:
a. Guru Besar selaku penadbir utama di sekolah janganlah alpa dan cuai dalam melaksanakan tugas rutin disekolah
b. Guru Besar perlu merancang yang terbaik untuk mengatasi sebarang kelemahan yang mungkin timbul sama ada yang berkala atau baru apabila bermulanya sesi baru persekolahan 2 Januari 2011.
c. Guru Besar perlu memastikan agar setiap kelas adalah kondusif dengan keperluan minimum P & P dan ceria.
d. Guru Besar perlu memastikan setiap kelas dengan bilangan muridnya antara 30 - 35 orang.
e. Guru Besar perlu memastikan setiap pelajar dibekalkan meja,kerusi dan buku teks lebih awal sebelum sesi 2 Januari 2011 bermula.Jangan pada tarikh ini masih lagi tunggang langgang pungah kerusi meja untuk melengkapkan prasarana ini.
f. Guru Besar amat memerlukan Kemahiran Membuat Keputusan dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah apabila menghadapi isu yang mungkin timbul.
g. Semua guru termasuk Guru Besar tidak dibenarkan cuti pada hari pertama persekolahan kecuali bagi kes kecemasan.
h. Guru Besar hendaklah memastikan agar semua kelas dihidupkan dengan P & P. Semua guru mata pelajaran melaksanakan tugasnya sebagaimana yang dijadualkan. Tiada kelas tanpa guru. Kekalkan ini untuk hari-hari seterusnya.
i. Guru Besar dengan dibantu oleh orang kanan pentadbirannya perlu memastikan setiap guru mata pelajaran membuat persediaan P & P terbaik dan melaksanakannya juga yang terbaik.
j. Guru Besar perlu memastikan agar keselamatan nyawa dan harta benda sekolah terjamin dalam musim tengkujuh yang kini sedang melanda negeri ini.

Dapatan dari maklumat semua Guru Besar yang hadir menjelaskan semua sekolah rendah di negeri ini telah bersiap sedia dalam semua aspek keperluan untuk menerima murid dan seterusnya melaksanakan P & P apabila loceng pertama dibunyikan. Semua sekolah berada dalam situasi tip top. Kita hendaklah sentiasa beringat kerana sebarang kepincangan dan kelemahan ini boleh dimanipulasikan dan disensasikan oleh pihak media.Nanti susah untuk menjawabnya. Menyedia dan sentiasa merujuk SENARAI SEMAK begitu penting. Senarai semak ini sentiasa memandu dan mengingat kita tentang status semasa kerja buat kita. Kerja dengan hentam keromo tak akan kemana, banyak menimbulkan kelemahan.

Majlis disambung pada jam 10.45 pagi setelah berhenti rehat selama 20 minit dengan diisi oleh YBrs. Dr. Lee Boon Hua selaku Timbalan Pengarah BPK yang didatangkan khas oleh IAB dalam menjayakan program ini. ( Beliau pernah bertugas di bumi Cik Siti Wan Kembang ini iaitu di SMK Tendong-ucapanya banyak diselit dengan loghat klate )

Antara fokus beliau dalam menerang falsafah serta konsep KSSR ini ialah:
1. KSSR dibina atas kekuatan KBSR yang sedia ada dengan lebih penambahbaikan kepada keperluan untuk masa kini dan masa depan abad ke 21. Untuk jayakan KSSR tanpa meninggalkan sedikit pun apa yang ada dalam KBSR.
2. KSSR banyak memupuk serta menyuburkan budaya Kolaborasi antara sesama insan kerana kolaborasi menjadi eleman kerjaya masa depan.
3. KSSR memerlukan guru yang main peranan sebagai pemangkin untuk murid lebih main peranan. Guru berkreatif dan inovasi sepatutnya menjana murid agar lebih berkreatif dan berinovatif.
4. KSSR dinyatakan dalam bentuk dokumen semata-mata dengan merujuk kepada hampir 16 buah negara yang telah lama melaksanakan konsep ini. Kejayaannya amat bergantung kepada kehebatan guru dalam menterjemahkannya semasa sesi P & P.
5. KSSR mementingkan selain kemahiran menulis, membaca dan mengira, juga kemahiran menaakul dengan kaedah " Didik Hibur" ..Learning is Fun. Jangan biarkan murid kita boring dari sekolah rendah hingga 17 tahun kemudiannya dengan " buka buku muka surat sekian, baca senyap-senyap, salin, buat soalan nanti kita tunjukkan jawapannya.Nanti balik rumah buat kerja rumah, esok hantar.. setiap hari setiap tahun berulang ". Bukan satu dua kerja rumah, bertimbun. Maka murid yang akur akan menyelesaikannya, tiru pun ok lah. Yang tak akur, tak buat, peduli apa memang dah tak faham. Akibatnya murid yang lemah iman terus lena, mungkin masalah disiplin juga berpunca dari ini.
" Datang sekolah dengan berjalan tetapi pulang ke rumah dengan berlari " .
Peranan dan tugas guru perlu mengubah murid mereka dengan
" Datang sekolah dengan berlari tetapi pulang ke rumah dengan berjalan "
6. Setiap 5 tahun kurikulum perlu disemak semula. Dalam ahun 2008 KBSR telah mula disemak dan lima tahun kemudiannya lahir kurikulum yang lebih baik iaitu dinamai KSSR.
7. STANDARD dalam KSSR ialah setiap sesuatu kurikulum yang dibina ini akan menyebabkan seiap murid menguasai akhirnya. Setiap murid akan dapat mencapai standard yang telah ditetapkan kerana kita sedia maklum bahawa potensi mereka boleh digilapkan walaupun mungkin memakan sediki masa.
8. MBMMBI akan mengambil tempat PPSMI mulai tahun 2011 (PPSMI dah landing) .KSSR merupakan pengisian dalam MBMMBI. KSSR bermula tahun 2011 manakala KSSM untuk Tingkatan 1 akan bermula pada ahun 2014. Bahasa ilmu nya ialah Bahasa Melayu,Bahasa Cina dan Bahasa Tamilnya sebagimana buku Teks keluaran Bahagian Buku Teks KPM.
9. Sentiasalah memupuk perbualan Konsruktif antara guru dan pelajar kerana hasilnya pelajar akan semakin minat dan semakin yakin diri sebagai seorang pelajar.Ilmunya semakin mantap.
10. Pupuklah kemahiran menulis huruf dan angka dengan kaedah pegang pensil yang betul.Juga kaedah membaca buku dan membelek helaian buku.Jangan ada pelajar yang memegang pensil penuh jarinya untuk menulis.Mungkin ini akan menjadi tabiat hingga dewasa.
11. Kolaborasi sesama guru amat penting, jangan memberi gambaran kepada pelajar kaedah menulis huruf angka dalam BM berbeza dengan BI. Sebenarnya sama, merentas antara satu sama lain.Berilah kaedah yang betul kepada mereka.
12. Berilah peluang yang sama untuk murid belajar.Mereka mampu untuk mengikutinya sehingga capai standard walaupun mereka dalam kategori "slow learner".
13. Semua orang mementingkan pencapaian semua A, sekolah yang melahirkan ramai pelajar semua A adalah sekolah yang hebat. Tetapi juga pencapain A ini boleh diperolehi dengan program latih tubi dan kelas tambahan semata-mata, P & P kurang diberi fokus. KSSR memulakan supaya fokus diberi kepada pencapaian kecemerlangan bersekali dengan pelbagai kemahiran, berkreativiti dan berinovasi, bercirikan keusahawanan serta TMK semasa melaksanakan P & P. Bermakna semua guru di semua tahap atau tahun wajib berkerja bersungguh-sungguh sebagaimana guru tahun 6. Tugas semua guru adalah sama iaitu menjayakan P & P berkesan.

("..gembirakah kita selaku seorang guru, murid kita Skor A dalam Sains tetapi tak mampu melakukan eksperimen di makmal ? Malu mereka apabila berada di IPT nanti ")

Satu petikan lain dari ucapan beliau ialah
" jika kita sayang anak sendiri, mengapa kita tak boleh sayangi anak orang lain?"
Program tamat jam 1.00 thg setelah selesai sesi soal jawab mengenai KSSR
.

Ucapan berbayak terima kasih kepada IAB diatas inisiatif ini, khususnya pegawai-pegawainya dari IAB Cawangan Pantai Timur yang kini dah mula beroperasi di Buki Jawa, Selising, Kelantan. Juga kepada Tuan Timbalan Pengarah (Sektor Kemanusiaaan)BPK, Dr. Lee Boon Hua yang menjadi penceramah utama dalam menjayakan taklimat penyebaran KSSR ini.

Bagi menutup tirai tahun 2010 ini,semua perkara yang melibatkan KSSR sejak bermulanya lagi diperingkat KPM telah dilaksanakan di peringkat negeri, daerah dan sekolah. Untuk guru dengan kursusnya dan untuk pentadbir dari PKP dan Guru Besar dengan taklimat mengorganisasi serta menterjemahkannya.

Kejayaan dan kehebatan generasi abad ke 21 nanti amat memerlukan komitmen kita hari ini.

Kalau tidak kita, siapa lagi

Saturday, December 18, 2010

Bahagianya kita tanpa Stress Melampau..

Kata orang stress itu tak bagus.. bagi saya stress melampau itu yang tak bagus. Stress yang baik selalui memotivasi diri itu menjadi apa yang kita buat semakin baik. Stress buruk yang kita tak nak.Kita mengalami stress kerana sesuatu atau sesorang.Bagaimana untuk menangani stress yang melampau ini yang merosak diri. Tips berikut banyak membantu:

1. Senyum :
Bila ada masalah, muka dari manis dah jadi masam. Kadangkala mengeluh salahkan itu salah kan ini. Maka senyumlah nescaya, redalah sikit stess tu, orang tak kan bencikan kita.

2. Sendiri :
Kadangkala baik juga kita ambil sedikit masa untuk bersendiri. Pergi ke tempat yang boleh menenangkan minda. Fikirkan yang positif bila memandang alam sikitar yang menghijau atau di pantai memandang laut luas terbentang membiru.Nyaman rasanya.

3. Cool :
Jangan tambah lagi keserabutan yang sedia ada. Rilek dengan ambil sedutlah nafas dalam-dalam dan hembuslah perlahan-lahan. jangan buat keputusan dalam masa tertekan. Ini memungkinkan keputusan emosi yang agak menyimpan dari keputusan rasional. Bimbang keputusan berkenaan akan merosakkan lagi keadaan.

4. Berbuat Baik :
Jika anda stress dengan seseorang yang berada didepan anda, tolonglah diri supaya diam, jangan lawan cakapnya. Jika lawan dengan emosi, nanti lain jadinya, entah penumbok singgah dimuka.Jadikan telinga yang suka mendengar itu pekak seketika,senyap seumpama kita mendengar arahan big bos.

5. Peluk:
Stress boleh diturunkan dengan tabiat suka memeluk makhluk. Boleh peluk kucing kesayangan kalau tak pun bantal peluk. Memeluk makhluk yang sama boleh tetapi yang halalun toyibba. Tengok pun boleh sebab tak boleh peluk, ikan peliharaan dalam akuarium.

6. Berkasih sayang:
Ingatlah ramai lagi manusia yang menyayangi diri kita, teman yang baik amat membantu mengurangkan stress ini. lantas berkasih sayanglah antara sesama manusia dan makhluk yang lain.

7. Ceria :
Sentiasa ceriakan hidup kita, jangan jadikan rakan dan persekitaran seolah mengamcam kita. Jangan tambah kusutkan lagi fikiran kita. Hidup di bumi fana ini hanya sekali saja.

8. Semuanya ada penyelesaian :
Sentiasa yakinkan diri bahawa setiap masalah yang menimpa ada penyelesainya. Kita dijadikan Allah sebagai khalifahnya dibumi ini didatangkan untuk menyelesai masalah bukan mencari masalah.

9. Haruman menenangkan:
Haruman aroma terapi minyak Levender boleh membantu mengurangkan sterss. Ia sungguh berkesan terutamnnya di waktu malam.

10. Irama Halua Telinga :
Mendengar muzik bagi setengah orang boleh mengurangkan stress. irama lagu lagi merdu alunan suara melodinya yang banyak pengajaran memberi kesan positif dalam mengurangkan stress yang dihadapi. Bersenam dengan mengikut rentak musik di telinga begitu menyeronokkan.

11. Main Game :
Permainan mengembirakan dan menyihatkan. Indoor Games atau outdoor Games,lepas tension, "menjerit sekuatnya' bersama teman. Jika tidakpun mainlah game di bawah ini. Tentu stress akan menurun. Tetapi janganlah bermain hingga lupakan yang wajib ditunaikan.

12. Hadir Majlis Ilmu:
Ada kelapangan, hadirlah dalam majlis ilmu, khususnya yang mebicarakan ilmu agama. Nescaya semakin tenang kita.

Ada lagi yang mempositifkan untuk mengurangkan gejala stress yang melampau ini dan yang teramat mustajab ialah

Sentiasa mengingat ALAH setiap waktu, patuh amal segala suruhannya dan jauhi larangannya , hayati setiap bait-bait ayat dari NYA, Insyallah kita selamat dunia dan akhirat. Ingat setiap yang berlaku itu ada hikmatnya tersendiri yang menguji kita.. hebatkah kita ini kerana kita adalah sebaik-baik kejadian. Frust tidak akan membawa kita kemana malah membebankan. Semua yang berlaku mematangkan fikiran dan diri kita.

juga sentisalah berserah kepada NYA setelah kita hebat berikhtiar.

Tuesday, December 14, 2010

Tugas itu adalah amanah..Peranan PK P

Setiap makhluk ciptaan Allah ini telah diberi amanahnya tersendiri.Malah kita yang bergelar manausia ini lebih lagi memikul amanah ini, kerana manusia dijadikan sebaik-baik kejadian dan khalifah didunia ini. Demi memajukan dunia dengan isi alam yang disediakan bersamanya tanpa melakukan kerosakan terhadapnya. Dan setiap kerja buat manusia akan dipersoal kemudian nanti. Buat yang baik mendapat nikmatnya manakala buat yang buruk ada hukumannnya.

Maka kita sebagai guru merupakan role model melaksanakan yang terbaik. Fokus kali ini ialah tugas dan amanah Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Seorang guru dalam haraki penjawatan nombor dua terkanan selepas Guru Besar atau Pengeua. Seorang guru yang bermula dari guru pelatih, kemudian menjadi guru penolong , seterusnya naik pangkat menjadi guru panitia atau guru kanan mata pelajaran, menjadi Guru Penolong Kanan Kokurikulum, menjadi Guru Penolong Kanan HEM sebelum menjawat jawatan ini. Banyaknya pengalaman dari aneka ragam kerenah anak didik sehinggalah mengharungi cabaran bersama sahabat rakan sejawatan di sekolah.

Tahniah atas penerimaan jawatan selaku seorang Guru Penolong Kanan Pentadbiran.Bukan sekadar bergelar dengan gelaran ini tetapi yang lebih penting ialah melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan, Kerana apa, tugas itu adalah amanah yang wajib dipikul dan diselesaikan. Apakah antara tugas tuan selaku PKP ini. Berikut adalah antara tugasan tersebut;

A. Bidang Tugas:

1. Melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa ketiadaannya di sekolah.
2. Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan masyarakat dan juga keselamatan.
4. Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang.
5. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program dan projek sekolah.

B. Senarai Tugas:

1. Memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
2. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, semester dan lain-lainnya berjalan dengan lancar dan berkesan.
3. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran itu dilaksanakan secara teratur dan baik.
4. Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.
5. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan itu dilakukan dengan baik.
6. Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru praktikum dan guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.
7. Membuat kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan mencadangkan tindakan susulan.
8. Membantu dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan, penilaian dan menyarankan tindakan susulan.
9. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan yang ada di sekolah.
10. Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
11. Membantu dalam menentukan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan di samping menentukan kesesuaiannya.
12. Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu gantian bagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecemasan.

C. Pentadbiran:

1. Membantu bagi menentukan beban tugas guru dan kakitangan bukan guru sekolah adalah adil dan saksama.
2. Membantu dan menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru sekolahnya.
3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa.
4. Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti sepanjang tahun.
5. Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru.
6. Membantu dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam menentukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
7. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur bagi sekolahnya.
8. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit, sewa, asrama, sukan dan permainan dan sebagainya.
9. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan terhadap salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan juga perbincangan.
10. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar dan juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru.

D. Kebersihan Dan Keindahan Sekolah:

1. Membantu dalam merancang dan menyedia program bagi kebersihan dan keindahan sekolah.
2. Memastikan bahawa program keceriaan sekolah dilaksanakan dengan jayanya oleh mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.

E. Keselamatan:

1. Merancang segala langkah keselamatan sekolah bersama-sama dengan Guru Besar.
2. Merancang dan melaksanakan bersama-sama dengan Guru Besar, latihan mencegah kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.

F. Kantin:

1 Membuat penyeliaan kantin sekolah bersama-sama dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

G. Buku Teks:

1 Menentukan pemilihan dan penggunaan semua buku teks dan juga buku rujukan sekolah.

H. Tugas-Tugas Lain:

1. Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana persatuan/kelab di sekolah sebagaimana yang ditentukan oleh Guru Besar sekolah dari semasa ke semasa.
2. Mewakili Guru Besar dalam berbagai-bagai upacara dan majlis rasmi yang diadakan di luar sekolah sama ada oleh PPD, JPN, Kenterian Pendidikan ataupun yang dianjurkan oleh masyarakat setempat.
Melaksanakan segala arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

Bersama kita selesaikan amanah ini sebelum orang lain mempersoalkan kita.

Monday, December 13, 2010

Merancang Pengajaran Berkesan

Satu persediaan perancangan yang rapi perlu dirangka terlebih dahulu oleh seorang guru sebelum memasuki kelas melaksana P & P nya. Berkesannya P & P AMAT berkaitrapat dengan perancangan awal yang dibuat olehnya.

Mengikut kenyataan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia: Modal Insan Cemerlang Minda Kelas Pertama :Edisi 2008 muka surat 185 menyatakan bahawa pengajaran berkesan sangat memerlukan perancangan yang rapi oleh guru dengan mengambil kira
1. kesesuaian bahan pengajaran,
2. sumber pembelajaran,
3. penglibatan aktif murid,
4. penilaian prestasi,
5. pengukuran dan penambahbaikan.

Justeru, pengajaran yang idea haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku spertimana yang telah dirancangkan terlebih dahulu.

Serba sedikit mengenai 5 perkara di atas
1. Kesesuaian bahan pengajaran
Pengolahan bahan pengajaran mesti merujuk kepada bahan yang di keluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum iaitu Sukatan Pelajaran (Bagi Tahun 2 dan seterusnya di bawah KBSR) dan Modul Pelajaran berteraskan Dokumen Standard ( Bagi Tahun 1 mulai 2011 di bawah KSSR). Penggunaan bahan mengajar konvensional serta TMK menjadi kunci utama untuk menentukan kesesuaian bahan pengajaran.

2. sumber pembelajaran,
Keberkesanan berdasarkan sumber pembelajaran bergantung kepada pemilihan dan pemusatan perbelajaran berasaskan tingkahlaku dan pemilihan pendekatan pembelajaran samada secara kontekstual,konstrukivisme,masteri dan secara bersemuka.

3. penglibatan aktif murid,
Keberkesanan perlu melibatkan keaktifan murid semasa berlangsungnya P & P. Murid perlu bersedia sama ada dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Penglibatan murid secara partisipatif dan kolaboratif akan memberi impak terbaik

4. penilaian prestasi,
Keberkesanan juga turut dipengaruhi oleh penilaian prestasi merangkumi Petaksiran Berasas Sekolah (PBS) melalui semakan Portfolio hasil kerja murid disamping refleksi kendiri oleh murid itu sendiri.

5. pengukuran dan penambahbaikan.
Pelaksanaan pengukuran secara berkala berdasarkan keupayaan memilih bentuk-bentuk soalan mengikut analisis item begitu penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran guru. Penambahbaikan boleh dibuat melalui pelaksanaan kajian tindakan terhadap P & P yang telah dilaksanakan.

Sekian, semoga kita dapat menafaatnya...Insyallah

Sunday, December 12, 2010

Merancang Mengikut Takwim..

Takwim Sekolah 2011
Kalendar Persekolahan Tahun 2011
__________________________________________________________________
Kumpulan A (Kelantan,Kedah,Terengganu)

Penggal 1
Hari Persekolahan 22 hari : Mula 02.01.2011 Akhir 31.01.2011
Hari Persekolahan 20 hari : Mula 01.02.2011 Akhir 28.02.2011
Hari Persekolahan 08 hari : Mula 01.03.2011 Akhir 10.03.2011

Cuti Pertengahan Penggal 1
9 hari : Mula 11.03.2011 Akhir 19.03.2011

Hari Persekolahan 10 hari : Mula 20.03.2011 Akhir 31.03.2011
Hari Persekolahan 20 hari : Mula 01.04.2011 Akhir 30.04.2011
Hari Persekolahan 20 hari : Mula 01.05.2011 Akhir 26.05.2011

Cuti Pertengahan Tahun
16 hari : Mula 27.05.2011 Akhir 11.06.2011

Penggak II
Hari Persekolahan 15 hari : Mula 12.06.2011 Akhir 30.06.2011
Hari Persekolahan 21 hari : Mula 01.07.2011 Akhir 31.07.2011
Hari Persekolahan 19 hari : Mula 01.08.2011 Akhir 25.08.2011

Cuti Pertengahan Penggal ke II
9 hari : Mula 26.08.2011 Akhir 03.09.2011

Hari Persekolahan 20 hari : Mula 04.09.2011 Akhir 30.09.2011
Hari Persekolahan 22 hari : Mula 01.10.2011 Akhir 31.10.2011
Hari Persekolahan 13 hari : Mula 01.11.2011 Akhir 17.11.2011

Cuti Akhir Tahun
44 hari : Mula 18.11.2011 Akhir 31.12.2011

Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78
___________________________________________________________________________
Kumpulan B (Perlis,Pulau Pinang,Perak,Selangor,Negeri Sembilan,Melaka,Johor,Pahang,Sabah,Sarawak,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan Labuan,Wilayah Persekutuan Putrajaya)

Penggal 1
Hari Persekolahan 21 hari : Mula 03.01.2011 Akhir 31.01.2011
Hari Persekolahan 20 hari : Mula 01.02.2011 Akhir 28.02.2011
Hari Persekolahan 09 hari : Mula 01.03.2011 Akhir 11.03.2011

Cuti Pertengahan Penggal 1
09 hari : Mula 12.03.2011 Akhir 20.03.2011

Hari Persekolahan 09 hari : Mula 21.03.2011 Akhir 31.03.2011
Hari Persekolahan 21 hari : Mula 01.04.2011 Akhir 30.04.2011
Hari Persekolahan 20 hari : Mula 01.05.2011 Akhir 27.05.2011

Cuti Pertengahan Tahun
16 hari : Mula 28.05.2011 Akhir 12.06.2011

Hari Persekolahan 14 hari : Mula 13.06.2011 Akhir 30.06.2011
Hari Persekolahan 21 hari : Mula 01.07.2011 Akhir 31.07.2011
Hari Persekolahan 20 hari : Mula 01.08.2011 akhir 26.08.2011

Cuti Pertengahan Penggal ke II
09 hari : Mula 27.08.2011 Akhir 04.09.2011

Hari Persekolahan 20 hari : Mula 05.09.2011 Akhir 30.09.2011
Hari Persekolahan 21 hari : Mula 01.10.2011 Akhir 31.10.2011
Hari Persekolahan 14 hari : Mula 01.11.2011 Akhir 18.11.2011

Cuti Akhir Tahun
44 hari : Mula 19.11.2011 Akhir 01.01.2012
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78
__________________________________________________________________________________

Inilah takwim persekolahan sesi 2011 nanti, jadikan ia rujukan dalam perancangan P & P Tuan. Perancangan yang terbaik, tentulah natijahnya terbaik.

Sumber: Portal Rasmi KPM.

Thursday, December 9, 2010

Penyebaran Maklumat KSSR Buat Penolong Kanan 1



Alhamdulillah pada hari ini, Khamis 9 Disember 2010,mula jam 8.30 pagi bertempat di BTPN Kelantan Pengkalan Chepa telah berlangsung taklimat penyebaran maklumat KSSR. Taklimat ini diberi kepada Penolong Kanan 1, semua sekolah rendah negeri Kelantan.

Ini merupakan antara aktiviti yang dirancangkan demi kejayaan KSSR mulai tahun 2011 nanti. Aktiviti sebelum ini melibatkan latihan guru selama 2 hari on site bagi semua guru yang akan diberi tugas melaksanakan P & P KSSR berdasarkan panduan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Selesai pendaftaran peserta, majlis dimulai sebagaimana aturcara.
(Pengerusi Majlis: Pn. Hjh, Zalina Zakaria dan En. Mohd Najib Omar)

9.00 pagi- Ucapan aluan - Tn.Hj. Hilmi Abdullah (KPP Matematik)
- Taklimat Konsep dan Pelaksanaan KSSR - En. Moh. Hasanny Hashim (KPP BM)
- Taklimat Pentaksiran Berasas Sekolah (PBS)- En. Mohamad Wahab (KPP SPP)

10.30 - 10.45 pagi :Rehat

- Taklimat TMK,DST,dan EMK - Pn. Zuriah Mohamad (PP ICT Akademik)
- Taklimat Modular PJ/PK/Moral - En. Ruslam Yusof (PP Kajian Kemasyarakatan)
- Taklimat Pendidikan Islam/Bahasa Arab - Ust. Ghazali (PP SPI)
- Taklimat MBI - En. Mohd Najib Omar (Penyelian Pelajaran Kanan BI)
- Taklimat MBM - En. Mohd. Hasanny Hashim (KPP BM)
Sepanjang sesi taklimat ini, diselang seli dengan soal jawab mengenai pendekatan pelaksanaan di peringkat sekolah.

1.30tgh- Majlis Penutup (saya telah diberi tanggung jawab mewakili pengurusan tertinggi Jabatan)

Majlis tamat jam 2.00 petang dengan semua jemputan menikmati juadah di dewan makan BTPN Kelantan.

Dapatan pemerhatian saya mengenai kemajuan majlis ini,

- PKP kini lebih jelas mengenai konsep dan hala tuju KSSR
- PKP akan cuba memenuhi kehendak KPM berdasarkan sumber tenaga dan infrastruktur di sekolah
- PKP akan memastikan semua guru yang akan mengajar di Tahun 1 telah diberi latihan KSSR jika sekolah banyak kelas ( JPN hanya memanggil seorang guru setiap sekolah). Juga bagi kes dimana gurunya tidak dapat hadir bersebab dengan digantikan oleh guru yang lain atau bagi kes, sekolah yang tidak menghantar guru.
- PKP akan membuat penilaian berterusan melalui pencerapan pelaksanaan P & P Tahun 1 tanpa menjejeskan P & P Tahun selainnya.
- PKP akan memastikan PBS akan dibuat dengan adil jujur kepada setiap pelajar
- PKP akan memastikan semua dokumen KSSR disedia dan dilengkapkan sentiasa (up date)
- PKP akan mengerakkan semua guru dari Tahun 1 hingga Tahun 6 terhadap P & P Berkesan
dalam setiap kelas bukan hanya memberi lebih fokus kepada kelas UPSR tahun semasa
- PKP akan memastikan mulai 2/1/2011 semua pelajar telah dilengkapi keperluan asas belajar, meja kerusi, buku teks (dan alat tulis).
- PKP akan merujuk kepada pegawai meja KSSR Daerah/Negeri jika ada kemusykilan mengenai KSSR di sekolah mereka
- PKP akan memastikan semua buku teks dibekalkan kepada semua pelajar terutama KSSR sebagaiman senarai Buku Teks yang diedarkan.
- PKP akan memastikan agar semua guru KSSR mematuhi kaedah penulisan dalam Buku Rekod Rancangan Mengajar.
- PKP akan memastikan agar semua guru KSSR merujuk kepada Laman Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM mengenai SK, SP dan kaedah menyediakan Pelan Mengajar.
- PKP akan memastikan semua guru KSSR lebih bersedia untuk melaksanakan P & P.Penyediaan awal sebelum P & P akan diberi perhatian
- PKP akan memastikan pelajar pertama KSSR ini mengalami pengalamian P & P yang begitu menyeronokkan.
- PKP akan memastikan EMK akan sentiasa diterapkan oleh semua guru semasa P & P berlangsung
- PKP akan menjadikan KSSR sebagai agenda utama setiap kali bermesyuarat mengenai status serta isu pelaksnaan di peringkat sekolah
- PKP akan sentisa peka dengan keperluan latihan guru yang akan dibuat dari semasa ke semasa mulai tahun 2011 oleh KPM/JPN/PPD
- PKP akan cuba memanimumkan isu/ cabaran di sekolah supaya dapat memenuhi kehendak KPM apabila pemantauan kolaboratif dibuat mulai 2/1/2011
- PKP akan membantu GB meletakkan batu asas KSSR yang kukuh mulai 2011

Dengan semangat hijrah ini, sekiranya KSSR dapat diterjemahkan dengan baik maka ia akan menzahirkan perbezaan yang ketara antaranya dengan KBSR.

Jika dok main serupa sekalo gat, tak dok gapa la.. Pai mai pi mai tang tu lah juga.

Kami dari pegawai meja KSSR di perngkat JPN/PPD akan bersedia membantu semua sekolah menjayakan hasrat ini. Juga menjadi harapan kami, kerjasama tuan di peringkat sekolah juga perlu bersedia membantu kami. Tugas amanah ini buat kita semua dan tentulah sebarang kejayaan nanti memang milik kita bersama.

Sesungguhnya Hijrah itu satu Transformasi. Besok lebih baik dari hari ini

Kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini, banyaknya terima kasih saya ucapkan. Satu teamwork yang baik lagi mantap.

Selamat menjalankan tugas.

Tuesday, December 7, 2010

Hijrah Untuk Selamat


07 Disember 2010
Hijrah, lakukan tiga perkara untuk selamat
1 Muharram 1432H.
Ahmad Baei Jaafar

Hijrah secara fizikal sudah berlalu, malah Rasulullah tidak galakkan lagi umat Islam berhijrah. Kita tidak perlu lagi berhijrah ke kampung lain, selagi kampung itu baik dan aman. Selagi penduduknya tidak menghalau kita keluar, selama itulah kita perlu tinggal dalam kampung itu apatah lagi kampung itu sudah menjadi milik kita.

Tetapi hijrah dalam bentuk sikap perlu dilakukan secara tertib dan bersistematik. Jadi, marilah kita berhijrah ke arah itu demi menjaga iman. Rasulullah ketika ditanya seorang penduduk Sham, apakah iman yang paling afdal? Baginda bersabda, hijrah. Dia bertanya lagi, apa itu hijrah? Baginda menjawab, kamu meninggalkan kerja dosa.

Dalam hadis yang sama, dikatakan terdapat pelbagai jawapan kepada persoalan apakah hijrah yang paling afdal. Antaranya ialah:

1- Hendaklah kamu meninggalkan apa yang diharamkan ke atas kamu,

2- meninggalkan apa yang tuhan kamu benci.

3- Dan akhirnya ingatlah Allah banyak-banyak.

Untuk melakukan hijrah ini, seseorang itu perlu kepada jihad melawan nafsu. Di manapun anda berada, hijrah ini perlu dilakukan dan jihad ini tidak pernah terhenti apatah lagi nafsu memang sentiasa berada dalam diri kita.

Mari kita tanya diri sendiri, sudahkah kita meninggalkan apa yang diharamkan oleh Allah? Kalau anda masih bergelumang dengan dosa dan melakukan perkara haram, maka jelaslah anda masih tidak berhijrah. Begitu juga kalau anda sudah boleh meninggalkan apa yang dibenci oleh Allah, maka ketika itu sudah boleh dikatakan sudah berhijrah. Tetapi kalau belum, jelaslah dia belum berhijrah.

Ingat Allah banyak-banyak bukan merujuk kepada zikir, tahmid, dan hamdalah. Ingat Allah bukan sekadar menyebut subhanallah dll. Tetapi ingat kepada Allah merujuk kepada kerja hati dan tindakan. Ingat kepada Allah mendorong kita melakukan sesuatu dengan tekun dan sabar.

Jadi, buktikan anda semua sudah berhijrah dengan banyak zikir atau ingatkan Allah banyak-banyak. Orang yang banyak ingat Allah tidak akan melakukan dosa biasa. Mereka yang ingat Allah itulah tanda sudah berhijrah.
-
Dicatat Oleh Blogger ke Fikrah Islamiah

Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Hijratul Rasul 1432 H

Islam mengajar kita untuk hidup bahagia dunia dan akhirat.

Doa Akhir Tahun 1431 H. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.


Semoga diampunai silap dosa 1431 H

Doa Awal Tahun 1432 H . Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.

Semoga diteguh iman meneruskan amal makruf untuk 1432 H dan seterusnya tanpa mengulangi nahi mungkar

Thursday, December 2, 2010

Bagaimana nak tulis dalam Buku Rancangan Mengajar KSSR DST ini?

Telah sedia maklum dalam Transformasi Kurikulum dari KBSR ke KSSR banyak melibatkan perubahan termasuk dalam penulisan rancangan mengajar oleh guru DST Tahun 1. Katanya berbeza dengan cara dulu, maka bagaimana cara nak tulisnya.

Berikut merupa contoh penulisan rancangan mengajar yang dipetik dari Modul Pengajaran Teras Tema Dunia Sains Teknologi Tahun 1 terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran Malaysia.


Tajuk : Hidup atau Bukan Hidup
Ringkasan: Dalam tajuk ini murid diperkenalkan dengan benda hidup dan benda bukan hidup. Murid-murid dapat mengenal pasi benda hidup dan benda bukan hidup
Kandungan Standard
Sains Hayat:
1.1Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup
Standard Pembelajaran
1.1.1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup
1.1.2 Menjelaskan pemerhatian dengan secara lakaran, TMK,penulisan atau lisan
Tempoh masa: 4 waktu
Sumber:
1. Kad gambar
2. Kad Imnasan-benda hidup dan benda bukan hidup
3. Lembaran Kerja 1 - Penilaian
4. Lembaran Kerja 2 - Penilaian
5. Lembaran Kerja 3 - Pemulihan
6. Lembaran Kerja 4 - Pemulihan
7. Lembaran Kerja 5 - Pengayaan
8. Lembaran Kerja 6 - Pengayaan
Aktiviti:
1. Guru membimbing murid menamakan semua benda di sekeliling berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sedia ada.Aktiviti kajian lapangan (diluar bilik darjah)
1.1 Menama dan menyenaraikan benda-benda yang terdapat di kawasan kajian
1.2 Murid memilih dan melakarkan satu benda berdasarkan pemerhatian mereka
2. Kembali ke bilik darjah
2.1 Guru menampal 2 contoh gambar bagi benda hidup dan 2 contoh gambar bagi benda bukan hidup di dalam ruang yang disediakan pada papan tulis. ( Guru belum memperkenalkan / menyebut benda hidup dan benda bukan hidup)
2.2 Murid menampal hasil lakaran ke dalam ruang yang disediakan itu. Guru membimbing murid sambil menanya
i. Kenapa saya kumpulkan gambar-gambar ini ?
ii. Apakah yang sama dalam gambar ini?
iii. Apakah beza pada gambar ini?
2.3 Murid menerangkan kenapa lakaran mereka ditempatkan di dalam ruangan tersebut.
2.4 Pembetulan/pengelasan semula akan dibuat selepas perbincangan. (Guru membimbing murid mengenal pasti kriteria yang digunakan untuk pengelasan)
3. Guru memperkenalkan istilah benda hidup dan benda bukan hidup dengan menggunakan kad imbasan.
3.1 Murid menampal kad imbasan ke ruangan pengelasan yang telah dibuat
4. Pengelasan Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup
4.1 Guru membekalkan kotak / sampul yang mengandungi gambar / model kepada kumpulan murid.
4.2 Murid mengelaskan gambar-gambar mengikut kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup
4.3 Pembentangan hasil kerja kumpulan
Penilaian:
Menyiapkan Lembaran Kerja 1 dan 2
Aktivii Pemulihan:
Guru membimbing murid untuk menguasai unit pembelajaran dengan menggunakan teknik yang bersesuaian . Murid menyiap Lembaran Kerja 3 dan 4
Akiviti Pengayaan:
Murid menyiapkan Lembaran Kerja 5 dan 6.

Begitulah contoh rancangan mengajar guru yang perlu disediakan sebelum melaksanakan P & P. Rancang lebih awal supaya lebih bersistematik, janakan iklim P & P yang begitu kondusif. P & P Berkesan memberi impak kejayaan murid. Juga tidak dilupakan EMK sentiasa dipedulikan. Masa 4 waktu bermakna 2 jam ( 1 jam minggu pertama dan 1 jam minggu kedua) untuk memenuhi 2 SP tersebu. Katakan, SP pertama untuk minggu pertama dan SP kedua untuk minggu kedua. Itulah sebabnya perancangan serta aktiviti amat penting agar masa digunakan secara optimum dengan hasrat pembelajaran tercapai. Juga nampaknya , masa perlu dilebihkan untuk murid melaksanakan aktiviti serta tugasan.

Murid gembira tentunya Guru Lebih Gembira, sebab apa ye?.. P & P nya berjaya.


Lembaran Kerja : Rujuk kepada Modul Pengajaran DST Tahun 1 Terbitan BPK (dapatkan dari Laman BPK, KPM yang disertakan dalam blog ini)
p.s. Lembaran boleh dibina sendiri oleh guru ..itu yang afdalnya

TETAPI Buku Persediaan Mengajar Guru tak mampu untuk memuatkan semua ini, apatah lagi disiplin ilmu yang lain juga perlu dibuat. Ruang yang disediakan hanya 'ngam-ngam' sahaja untuk penulisan 5 atau 6 disiplin ilmu ini. Berikut dicadangkan kaedahnya.

__________________________________________________________________________________
Tajuk : Hidup atau Bukan Hidup
Ringkasan: Dalam tajuk ini murid diperkenalkan dengan benda hidup dan benda bukan hidup. Murid-murid dapat mengenal pasi benda hidup dan benda bukan hidup
Kandungan Standard
Sains Hayat:
1.1
Standard Pembelajaran
1.1.1
1.1.2
Tempoh masa: 4 waktu
__________________________________________________________________________________
Walaupun amat ringkas untuk buku ini, perancangan P & P asal seperti di atas sentiasa disediakan dan ada bersama guru.

Wednesday, December 1, 2010

DST : 12 Unit 27 Standard Kurikulum 48 Standard Pembelajaran Untuk Sesi 2011

Sebagaimana sedia maklum, Tuan sebagai guru sains sekolah yang telah diberi kursus 2 hari on site baru-baru ini oleh JPN melalui PPD akan ditugaskan mengajar murid tahun 1 apabila sesi persekolahan baru 2011 bermula.

Dunia Sains Teknologi, itulah nama barunya yang menggantikan Sains.Jika namanya diubah bererti ada pembaharuan dalam pendekatan pengajaran-pembelajarannya. Jika sebelum ini Sains di bawah KBSR , maka DST di bawah KSSR, sempena berlakunya Transformasi Kurikulum.

Kehendak serta tuntutan dalam bidang pendidikan sentiasa berubah dengan masa. Sekiranya kita tak nak berubah, ilmu pendidikan tetap berubah. Sekiranya kita tinggal kekal mengamalkan ilmu dunia ini tanpa mengikuti perubahannya, kita akan menjadi bangsa yang sentiasa diinggalkan. Dulu-dulu, ada segelintir manusia sahaja yang mampu pakai telefon tanpa talian, tetapi sekarang boleh dikatakan semua orang ada telefon ini. Dahlah dengan versi 4G nya, malah ada dikiri dan dikanan tangannya.

Dulu hanya dapat dengar dan bercakap, tetapi kini ia juga peranti internet.Tak payah buka komputer lagi. Akses tentu dapat punya.

Bagaimana ya untuk mengajar DST tahun depan, jika dalam Buku Teks Bahasa Melayu, keluaran Bahagian Buku Teks setebal 97 muka surat ( agaknya bilangan muka surat DST versi Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sama kok) dan dalam panduan kurikulum keluaran Bahagian Pembangunan Kurikulum dengan huraian SK dan SPnya perlu diselesaikan dalam tempoh kurang lebih 210 hari.

Berikut disyorkan bagaimana tuan boleh melaksanakan tugasan ini dalam tempoh tersebut tanpa mengabaikan sebahagianya dengan pembelajaran murid begitu menyeronokkan dengan pelbagai akiviti amali untuk memperkayakan KPS dan KMS.

Masa DST - 60 waktu (30 minit satu waktu)
Tolak masa TMK (wajib)- 12 waktu
Baki masa DST bersih - 48 waktu
Jadual waktu dalam seminggu - 2 waktu ( 1 jam aje)

Bilangan Hari Belajar - 210 hari
Bersamaan - 30 minggu
Maka dalam 1 minggu - 2 waktu
Penjadualan DST dalam seminggu - 2 waktu (30 minit x 2=60 minit)

Masa khas TMK - 12 waktu
TMK khas (ada modul sendiri) ini perlu diselesaikan lebih awal dengan peranan Tuan sebagai Guru DST untuk menyelesaikan silibus ini ( Guru modul yang lain tak perlu mengajar murid Tahun 1 dengan TMK Khas ini)

12 waktu = 6 minggu (1 jam seminggu, 6 jam untuk 6 minggu)
Bererti mulai minggu 1 hingga minggu ke 6, Guru DST perlu selesaikannya. Guru selain DST terus melaksanakan P & P mulai minggu 1 lagi tanpa menerapkan unsur TMK jika semua pelajarnya belum celik TMK, jika sebahagian besar pelajar ini dah biasa dengan elemen TMK, teruskan masukkan TMK bersama EMK yang lain iaitu Keusahawanan dan Kreativiti & Inovasi. TMK akan diserapkan sepenunhnya mulai minggu ke 7 sehingga ke akhir tahun persekolahan bagi semua disiplin ilmu.

Guru DST mulai melaksanan P & P DST sebenarnya mulai minggu ke 7 menerapkan EMK mengikut perancangan pengajaran yang dibua sebelumnya. EMK ini boleh melibatkan semua elemennya atau gabungannya atau salah satu daripadanya dengan bertujuan menyeronakkan proses P & P guru-pelajar.

Bila dah selesai 12 waktu DST, 48 waktu perlu dirancangkan dengan cara terbaik agar semua 27 SK dan 48 SP dapat dimanfaatkan kepada pelajar.

Sifir mudah mengikut pandangan penulis:
48 waktu dengan 48 SP, bererti 1 waktu dengan 1 SP
Ya, setiap 30 minit masa dah selesai 1 SP.
Jika kita rujuk Buku Teks, 1 SP , mudahnya nak selesai, tak sampai 10 minit pun, untuk 20 minit lagi?.. Gunakan masa yang lebih itu untuk pelajar menjalankan amali dan berkreativiti membuat tugasan.

Tetapi juga tuan seharusnya ingat, masa 210 hari itu tak semuanya P & P, ada minggu Transisi Tahun 1, ada minggu peperiksaan, ada cuti khas serta lain-lain yang perlu tuan rancangkan terbaik agar P & P pelajar Tahun 1 2011 ini tidak dibawa ke Tahun 2 2012.Jangan tugas kita, rakan kita yang selesaikan.

Ini merupakan cadangan sahaja, fleksi bukan mandotori, kerana tuan mempunyai banyak pendekatan dalam menjayakan P&P berkesan. Perancanan mengajar yang smart dapat menjayakan semuanya.Laksanakan tugas dengan baik dan jujur, nescaya banyak fadilatnya.

Monday, November 29, 2010

Buku Teks KSSR Dunia Sains Teknologi


( Seronoknya belajar ..banyak alat bantu bersama komputer )

Mulai sesi persekolahan baru tahun 2011 yang bakal menjelang nanti, kurang lebih sebulan dari sekarang, Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai memenuhi pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menerbitkan sebuah buku sebagai teks rujukan guru-pelajar tahun satu.

Buku setebal 97 muka surat ini mengandungi 12 Unit P&P. Ia berpandukan kepada Draf KSSR Dunia Sains Teknologi (DST) terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK untuk kegunaan Tahun Satu ini, Unit berkenaan adalah:

Unit 1: Benda Hidup Dan Benda Bukan Hidup
Terdiri dari 1 SK dengan 3 SP

Unit 2: Manusia
Terdiri dari 2 SK dengan 3+1 SP

Unit 3: Haiwan
Terdiri dari 2 SK dengan 5+3 SP

Unit 4: Tumbuhan
Terdiri dari 3 SK dengan 5+2+1 SP

Unit 5: Mata Untuk Melihat
Terdiri dari 4 SK dengan 4+2+4+4 SP

Unit 6: Hidung Untuk Menghidu
Terdiri dari 2 SK dengan 4+1 SP

Unit 7: Lidah Untuk Merasa
Terdiri dari 2 SK dengan 4+1 SP

Unit 8: Kulit Untuk Menyentuh Dan Merasa
Terdiri dari 1 SK dengan 5 SP

Unit 9: Telinga Untuk Mendengar
Terdiri dari 1 SK dengan 4 SP

Unit 10: Menggunakan Semua Deria
Terdiri dari 2 SK dengan 3+1 SP

Unit 11: Timbul Dan Tenggelam
Terdiri dari 1 SK dengan 3 SP

Unit 12: Reka Bentuk
Terdiri dari 1 SK dengan 4 SP

*SK- Standard Kandungan
*SP- Standard Pembelajaran

Contoh:
Unit 1 : Benda Hidup Dan Benda Bukan Hidup
Standard Kandungan
1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup

Standard Pembelajaran
Murid boleh
1.1.1 Mengegenal pasi benda hidup dan benda bukan hidup
1.1.2 Mengenal pasti ciri-ciri benda hidup iaitu:perlukan air dan makanan, bernafas,bergerak,membesar dan membiak
1.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,TMK,penulisan atau lisan

Bila kita kaji, Unitnya hanya ada 12, muka suratnya hanya 97, tetapi hari belajar hanya 210 hari atau 30 minggu, bererti dalam seminggu hanya sekitar 3 muka surat. Dalam seminggu masa hanya 60 minit untuk ini. Maka apa yang perlu dirancangkan oleh guru..tentunya perbanyakkan akiviti yang menyeronakkan pelajar untuk belajar.Kreativiti Inovasi dengan gabungan unsur EMK (Keusahawanan dan TMK) amat perlu dilontarkan semasa P & P.

Murid Tahun Satu dalam era Transformasi Kurikulum ini bukan saja hebat menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira tetapi juga hebat menaakul. Berilah mereka peluang untuk juga berkreativiti inovasi bersama. Generasi akan datang perlu dengan keupayaan untuk menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan dengan KBKK tersendiri bukan sekadar hanya berpengetahuan semata-mata. Tidak hanya disuap kemudian dimuntahkan kepada kertas peperiksaan, selepas itu tak tahu apa.Lebih-lebih lagi dalam Sains yang melibatkan KPS dan KMS.

Sekian, jumpa lagi diposting yang berikutnya.

Saturday, November 27, 2010

Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita



Kerana tuan adalah manusia pencinta....cinta kepada yang baik-baik

Friday, November 26, 2010

Mengapa sukar kita amalkan ?

Segala tugas atau menjalani aktiviti, tentunya ada tempatnya. Bertugas di pejabat, ada kerusi mejanya, ada rak bangkunya, ada kertas dan failnya, ada pensil dan pennya.Jika berada di rumah, sudah tentu ada banyak barangannya, dari pintu masuk depan rumah hinggalah pintu dapur. Demikian juga bila kita berada ditempat-tempat yang lain.

Persekitaran yang berada di sekekiling kita begitu banyak mempengaruhi acara aktiviti kita seharian. Jika masuk bilik di pejabat kita, berselerak kertas, bersampah sana sini, berdebu dan berhabuk..tentunya tempat kerja kita dah tak kondusif. Diri sendiri dah tak tergamak masuk, sama telahan rakan sejawat hendak dipelawa masuk.

Oh, itulah persekitaran. Semua 'kita' hendakkan yang indah bersih. Pakai kereta motor selalu dicuci agar berkilat naik cahaya. Kita sendiri jika nak keluar rumah, mandi bersih diri, pakai pakaian yang cantik elok. Beraksi di depan cermin, tengok muka badan nak pastikan tiada cacat cela berpakaian. Pantang jumpa cermin, tengok muka diri agar sentiasa ceria dan rambut kemas tersusun. Begitu bagus amalan rutin ini, TETAPI terkadang kala kita sendiri tidak cakna persekitaran tempat kita duduk berkerja.

Dalam rumah, berselerak dengan ramuannya. Di luar rumah apa lagi. Di dalam pejabat, sampah situ sini, berhabuk dan berdebu. Dalam kereta, entah apa yang ada, nak masuk 'kawan fikir dua tiga kali' nak duduk di kusyen mana, sebabnya semua kusyen berisi dengan kertas, buku, plastik beg dan lain-lain lagi yang sempat diisikan.

Itulah fenomenanya walaupun banyak kali diingati oleh rakan taulan. Amalan Sekitar Berkualiti (QE) hanya meniti dibibir mulut. Jika begitu halnya, sampai bila persekitaran kondusif itu dapat diwujudkan.

Kita di slogankan dengan 5 S. Katanya S ini dari budaya kerja Jepun, di alih bahasa juga jadi S sepertimana berikut:



Seiri - sisih : ambil barangan/dokumen yang dihendaki/masih boleh pakai dan yang lainnya dibuang.
Seito - susun : letakan pada tempat yang sesuai barangan/dokumen berkenaan dengan aturan yang betul
Seiso - sapu : Sampah/bahan buangan termasuk habuk debu perlu dibersihkan dari merosakkan persekitaran
Seiketsu - seragam : susunan dalam tertib dan elok mata memandang.
Shitsuke - sentisa amal: ni yang agak sukar.. nak jadikan budaya. Kena tanya diri dan beristiqamah.



Sekiranya kita semua caknakan perkara ini, tentunya, tempat kerja kita, dalam rumah kita, di luar rumah kita, di dalam kereta kita dan pastinya kampung, daerah, negeri dan negara kita akan bersih ceria, indah tersusun begitu kondusif sekali.. Negara Bersih Warga Sihat.

Sebenarnya perkara ini dah lama diajar. Islam mengajar umatnya tentang kebersihan, tetapi mengapa JEPUN yang ke depan, kita pula yang mengikutnya..Dah terbalik.Itulah sebabnya kita sentiasa tertinggal kerana kita sendiri tak amalkan apa yang di suruh.

KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN DAN SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA KEPADA YANG CANTIK BERSIH

Sekian..

Thursday, November 25, 2010

Renung dan iktibarkan

18 Zulhijjah 1431H
Oleh : suhaimi mohidin

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Wednesday, November 24, 2010

Tahukah Anda Bersujud Itu Penuh Nikmatnya

Nikmatnya Memperbanyak Sujud
15 Zulhijjah 1431 H
Oleh : nina mazrina

Bersujud di hadapan Allah SWT termasuk ibadah yang paling mulia sekaligus sebagai sarana paling baik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kerana, kata Rasulullah Saw, "Saat dimana seorang hamba paling dekat kepada Tuhannya, Allah Azza Wajalla, adalah ketika dia bersujud.(HR. Muslim dari Abu Hurairah ra)

Namun, tahukah Anda bahwa dengan banyak bersujud maka muatan-muatan listrik yang ada dalam tubuh kita akan keluar kerana diserap oleh bumi (tanah)?

Abdurrahman Al-Asymawi, seorang ulama terkemuka berkebangsaan Mesir dalam bukunya yang berjudul Basysyiru Wa La Tunffiru mengatakan, setiap hari tubuh menyerap cahaya dan tenaga listrik magnetis yang tak sedikit jumlahnya melalui perangkat-perangkat listrik yang kita gunakan.

Sehingga dengan demikian tubuh ini menjadi alat untuk menyerap cahaya listrik magnetis dalam jumlah banyak. Ertinya, tubuh mengangkut sejumlah tenaga listrik tanpa kita sedari.

Ketika kita mengalami influenza, badan terasa pegal, berat, sesak, malas dan lemah, hal ini menandakan bahwa tubuh sedang merasakan sesuatu dari muatan magnetis tersebut. Lalu bagaimana jalan keluarnya?

Melalui riset ilmiahnya, seorang peneliti Barat yang non-muslim mengemukakan bahwa metode paling jitu untuk "mensucikan" tubuh dari kandungan listrik positif (yang berbahaya bagi tubuh) adalah dengan mengarahkan ubun ke bumi (tanah) lebih dari sekali. Kerana, tanah itu sifatnya negatif maka ia akan menarik muatan lsitrik yang positif, yang terdapat dalam tubuh.

Hal yang sama juga terjadi pada aliran (kabel) listrik dari gedung-gedung yang dialirkan ke dalam tanah. Tujuannaya adalah untuk menarik muatan listrik yang ada pada petir ke arah tanah.

Lebih jaun dia menjelaskan metode paling tepat adalah menempelkan ubun-ubun ke tanah secara langsung seraya memfokuskan arah pandangan ke arah pusat bumi. Kerana, dalam keadaan seperti itu, muatan lsitrik yang ada dalam tubuh akan terserap oleh bumi sacara lebih kuat dan dalam jumlah yang banyak.

Dan yang lebih mengagumkan adalah seperti yang kita ketahui bersama bahwa secara ilmiah pusat bumi adalah Makkah Al-Mukarramah. Lebih tepatnya lagi adalah Ka'bah, sebagaimana yang terdapat dalam kajian-kajian geografis dan disepakati oleh mereka yang ahli di bidangnya.

Jika demikian, sujud kepada Allah SWT yang kita lakukan setiap kali melaksanakan sholat adalah merupakan sarana yang paling tepat untuk membuang muatan-muatan listrik berbahaya tersebut, sekaligus menjadi sarana yang paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, Sang Maha Pencipta.

"....maka, perbanyaklah oleh kalian bersujud," perintah Rasulullah (HR. Muslim dari Abu Hurairah).

Manfaat lain dari banyak bersujud adalah ampunan dan darjat yang tinggi di Allah SWT. Rasulullah saw bersabda,

"Hendaklah kamu memperbanyak sujud. Sesungguhnya jika kamu sujud satu kali saja kerana Allah, maka Allah akan mengangkatmu satu darjat dan menghapuskan satu kesalahanmu.'" (HR. Muslim dari Tsauban Abu Abdullah)

Maka, dengan memperbanyak sujud, dua beban tubuh yang berbahaya, yaitu muatan listrik dan dosa, akan berkurang sehingga tubuh pun terasa ringan.

Dalam Shahih-nya, Muslim meriwayatakan bahwa Abu Firâs Rabi'ah bin Ka'ab Al-Aslamiy–khadim (pelayan) Rasulullah SAW dan termasuk ahlusshuffah-berkata, Suatu kali saya bermalam bersama Rasulullah SAW. Saya menyediakan air untuk beliau berwudhu dan untuk kepentingan beliau yang lain.

Melihat hal tersebut, Rasulullah saw bersabda, "Mintalah!" Saya menjawab, "Saya mohon agar dapat menemanimu di dalam syurga." Maka beliau bertanya, 'Apakah ada permohonan lainnya?" Saya menjawab, "Hanya itu, wahai Rasulullah." Beliau lalu bersabda, "Bantulah aku untuk mewujudkan permintaanmu itu dengan banyak bersujud."

Demikianlah Allah SWT mempersembahkan balasan yang terbaik bagi hamba-hamba-Nya banyak bersujud di hadapan-Nya.

Begitu besar fadilat sujud kepada kesihatan kita.. Bersama amalkan dengan Solat.

Tak lupa juga untuk renungan bersama,dari Ibnul Qayyim. katanya

“Berpikir akan melahirkan pengetahuan, pengetahuan akan melahirkan perubahan keadaan hati, perubahan keadaan hati akan melahirkan kehendak, kehendak akan melahirkan perbuatan. Jadi, berpikir adalah asas dan kunci semua kebaikan”.

Sekian, wassalam

Tuesday, November 23, 2010

Antara Ujian Kehidupan Insan



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hari ini, selasa 23 November 2010.

Bagi SPM yang akan berakhir 20 Disember, seramai 467,970 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan.

Seramai 53,504 calon pula menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. Peperiksaan itu berakhir 16 Disember 2010.

Inilah diantara ujian yang perlu dilalui oleh seorang insan.. Sentiasa diuji dari kecil hingga dewasa, dari dunia hingga ke akhirat. Maka sewajarnya kita lebih bersedia menghadapinya.

Selamat menempuhi ujian dan selamat bertugas sebagai pegawai peperiksaan
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh