MAKMAL DAN BILIK SAINS (Makmal Sains untuk Sekolah Menengah , Bilik Sains untuk Sekolah Rendah )
Makmal atau bilik sains merupakan tempat yang penting dan istimewa bagi guru dan pelajar meneroka konsep dan melakukan kerja amali. Definisi makmal atau bilik sains adalah seperti berikut:
1.1 Definisi 1.1.1 Makmal sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di sekolah menengah. Laboratory.Design.com
Makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yang berhubung dengan ilmu sains (fizik, kimia, dan lain-lain). Kamus Dewan edisi keempat
1.1.2 Dalam konteks Sekolah Rendah, Bilik sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen, dan penghasilan bahan.
1.2 Justifikasi Keperluan Makmal dan Bilik Sains
Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti ‘hands-on’ menggunakan pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan menjalankan sendiri eksperimen dapat menguja perasaan ingin tahu dan seterusnya memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.
Pembelajaran sains perlu dijalankan di Makmal Sains atau Bilik Sains untuk:
1.2.1 Memastikan P&P mata pelajaran sains lebih efektif.
1.2.2 Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi pemikiran secara saintifik, kemahiran menjalankan penyiasatan dan penyelidikan sains serta kemahiran manipulatif
1.2.3 Membolehkan eksperimen dijalankan dengan aktif, di tempat yang lebih sesuai.
1.2.4 Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan membentuk serta mengamalkan nilai-nilai sains dan nilai-nilai murni.
1.2.5 Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi memperkenalkan mata pelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah rendah.
1.2.6 Menggalakkan murid mengikuti pelajaran sains dengan lebih berkesan dan juga untuk menanam minat sains dalam kalangan murid.
1.2.7 Memudahkan capaian Internet (di makmal-makmal yang tersedia Internet).
1.2.8 Menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi bidang sains, selari dengan sasaran KPM mencapai Dasar 60:40
1.3 Susun atur Makmal Sains Reka bentuk makmal berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti fungsi, bahan dan peralatan, dan bilangan pengguna. Jenis reka bentuk dan pelan susun atur bergantung kepada kelulusan pelan dan jenis projek pembangunan (contohnya pelan Jabatan Kerja Raya, ‘Project Management Consultant’ dan lain-lain).
Kedudukan Makmal Kimia disusun sesuai dengan kemudahan memberi bantuan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran atau tumpahan bahan kimia mengkakis.
1.3.1 Kedudukan Makmal Kimia sebaiknya berada di aras bawah, Makmal Biologi di aras satu dan Makmal Fizik di aras dua. Makmal Sains Am boleh berada di aras satu atau di aras dua. Bilik persediaan dikongsi antara dua makmal sains dan berada di antara dua makmal tersebut.
1.3.2 Makmal Sains Tingkatan 6
Murid Tingkatan 6 perlu mempunyai Makmal Sains Tingkatan 6 untuk mengelakkan pertembungan waktu penggunaan dengan murid Tingkatan 4 dan 5.
1.4 Keperluan Perabot dan Peralatan Asas
1.4.1 Setiap makmal sains perlu mempunyai keperluan asas perabot dan peralatan, seperti berikut:
1. Meja makmal 2. Bangku makmal 3. Komputer 4. Pencetak 5. Bakul sampah 6. DLP 7. Papan tulis 8. Papan putih beroda 9. Skrin 10. Langsir 1 set untuk bilik 11. Meja komputer 12. Pembesar suara 13. Rak peralatan sains 14. Almari 15. Kabinet 16. Penggantung carta 17. Pemadam api 18. Selimut api 19. Penggera kebakaran 20. Bekas simpanan bahan sisa 21. Bekas simpanan bahan rosak 22. Kebuk Wasap 23. Pancuran dan pencuci mata 24. Kipas pengudaraan 25. Kit Pertolongan Cemas
1.4.2 Perabot dan Peralatan Asas dalam Bilik Sains
1 Meja makmal 2 Bangku makmal 3 Komputer 4 Printer 5 DLP 6 Meja komputer 7 Skrin 8 Pembesar suara 9 Papan tulis 10 Papan putih beroda 11 Bakul sampah 12 Langsir 1 set untuk bilik 13 Kabinet 14 Almari cermin 15 Rak buku 16 Penggantung carta 17 Rak peralatan sains 18 Kit Pertolongan Cemas 19 Pemadam api 20 Penggera kebakaran 21 Selimut Kalis Api
1.5 Peralatan Asas Dalam Bilik Persediaan Makmal dan Bilik Sains
1.5.1 Peralatan asas yang perlu ada dalam Bilik Persediaan Makmal Sains adalah seperti berikut:
Bil Perabot/Peralatan 1 Meja persediaan 2 Kerusi 3 Rak 4 Peti sejuk 6 Papan notis
Insyaallah bertemu kita lagi berbicara hal ini dalam siri 2 nanti..
Adakah guru matapelajaran sains tulen spt kimia biologi fizik berhak utk mempunyai meja mereka di bilik persediaan makmal sepertimana meja pembantu makmal juga? Jika ya, adakah pekeliling yg boleh dirujuk?
5 comments:
Slm.Apa mksd DLP.Bila nk buat siri 2.Sy ade exam 24 aribulan ni...
Adakah guru matapelajaran sains tulen spt kimia biologi fizik berhak utk mempunyai meja mereka di bilik persediaan makmal sepertimana meja pembantu makmal juga? Jika ya, adakah pekeliling yg boleh dirujuk?
kedudukan seorang guru didalam makmal...ada atau tiada?..
apa fungsi bilik gelap didalam bilik psediaan makmal?
Post a Comment