Bekas tahanan ISA dakwa bantu proses IC di Sabah
Seorang
bekas tahanan ISA mendakwa kumpulannya pernah membantu memproses
beribu-ribu kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin di Sabah pada
awal 1990-an untuk menjatuhkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada
masa itu.Siti
Aminah Mahmud, 63, yang ditahan bawah ISA pada tahun 1995 mendakwa,
beliau ditugaskan untuk mengumpul maklumat dan menyerahkan IC kepada
ketua kampung di sekitar Sabah untuk diberi kepada warga asing yang
kebanyakannya dari Indonesia dan Filipina.
Siti Aminah mendakwa, beliau diminta berbuat demikian bagi membantu Umno bertapak di Sabah dengan memberi IC kepada warga asing di negeri itu.
Bercakap dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Siti Aminah mendakwa beliau juga diberitahu supaya membantu Umno untuk menewaskan PBS pada ketika itu.
"Masa itu awal tahun 1990. Saya diberitahu supaya tolong parti Umno untuk bertanding di Sabah dan nak kalahkan PBS dengan buat projek IC di Sabah.
"Ada lima peranan yang saya perlu buat iaitu membantu kempen, tambah pengundi Melayu, cari orang kampung pendalaman terutama yang tiada IC di sempadan Sabah-Indonesia dan pastikan kemenangan Umno di Sabah dengan tumbangkan PBS," katanya.
'Diketuai Mahathir sendiri'
Katanya, beliau bekerja tanpa henti untuk projek tersebut dari tahun 1990 hingga 1994, sebelum beliau ditahan bawah ISA pada 1995 atas kesalahan berhubung kegiatan tersebut.
Beliau mendakwa menerima arahan oleh ketua Umno Sabah pada masa itu, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun yang merupakan bekas pemimpin Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).
Beliau juga mendakwa, Datu Mustapha pada ketika itu memberitahunya bahawa ia merupakan projek yang diketuai perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta timbalan menteri Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.
"Empat tahun setengah berjalan projek itu tanpa henti. Pada 1995 saya sudah berhenti dari projek itu.
"Siapa bagi arahan? Setahu saya projek IC ini adalah diketuai Mahathir sendiri dan diberi kepada kuasa kepada Tan Sri Megat Junid dan (setiausaha Mahathir ketika itu) Tan Sri Aziz Shamsuddin.
“Saya tahu pun sebab masa itu Datu Mustapha kata jangan takut ditangkap. Dia kata ini projek Mahathir dan Tan Sri Megat. Dan Datu Mustapha kata kalau dia menang Umno, dia akan diangkat sebagai Yang Dipertua Sabah.
"Dia beritahu masa itu dalam taklimat beramai-ramai dalam pejabat Umno di Sembulan, Kota Kinabalu pada awal tahun 1990-an,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai proses pemberian kad pengenalan tersebut, Siti Aminah berkata dokumen berkenaan siap dalam tempoh sebulan selepas borang diproses.
'Bukan sikit, berguni-guni'
"Kita beri borang, dan serah kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri dan di pejabat Umno Sembulan. Selepas itu, kita bagi kad pengenalan yang dah siap kepada ketua kampung sahaja.
“Saya tak kenal. Kita pergi lima orang. Satu tulis, satu ambil cap jari dan saya kadang-kadang menyusun borang. Dalam seminggu, dua kali saya pergi ke Sabah.
"Kita cari satu kampung, kita kumpul berapa orang tak ada IC. Motifnya memang macam itu," katanya.
Kad pengenalan itu antara lainnya diedarkan kepada sekumpulan warga Indonesia di satu kawasan Felda di Sandakan, dakwanya.
"Selepas borang dikutip, kita serah pada JPN dan pejabat Umno. Bukan sikit. Berguni-guni. Proses nak dapat kad pengenalan dalam sebulan atau sebulan lebih.
"Lepas kita serah borang, proses itu dalam sebulan kemudian kad pengenalan siap dan serah balik dan hantar ke tempat yang ada nama itu," katanya.
Beliau mendakwa kad pengenalan yang diedarkan itu boleh dikenalpasti melalui kod khas yang diterakan di bahagian belakang dokumen terbabit.
"Kod IC projek Mahathir ialah 04 dan 05. Itu ada di belakang kad pengenalan. Hanya orang JPN sahaja yang boleh kenal pasti," ujarnya lagi.
Setengah juta IC
Ditanya mengenai kekerapan kunjungannya ke Sabah dan jumlah kad pengenalan diedarkannya, Siti Aminah berkata: "Kalau di Kota Kinabalu sebulan lima kali atau enam kali saya ulang alik. Saya sampai ada satu beg plastik tiket ulang-alik. Tapi saya dah buang.
"Dari tahun 1990 hingga 1994 dan awal 1995, kita bagi IC pada orang Filipina dan Indonesia. Tugas saya masa itu ialah berkempen uruskan projek IC. Kalau sudah siap, hantar ke kawasan berkenaan iaitu ke kawasan kampung. Purata saya rasa tak kurang dalam setengah juta dalam masa lima tahun itu.
"Kawasan yang paling banyak ialah di Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu dan juga di kawasan sempadan Tawau-Indonesia. Dan satu lagi kawasan Semporna. Situ banyak juga sebab di situ tempat orang Filipina," dakwanya.
Katanya, kesemua kira-kira 100 individu yang terlibat dalam kumpulannya merupakan orang awam yang tidak bekerja dengan JPN.
Ditanya lanjut sama ada tujuan pemberian IC itu adalah untuk pilihan raya dan bagi memberi sokongan kepada Umno, Siti Aminah berkata: "Memang diarahkan untuk pengundian. Kita akan cakap pada ketua kampung yang dipanggil 'tok' supaya tolong arahkan anak-anak buahnya (yang menerima IC) mengundi Umno.
"Tapi sama ada satu ketua kampung ada ambil duit saya tak tahu. Tapi kita pergi ke sana sini memang guna duit. Tapi saya tak tahu dari mana duit itu," katanya lagi.
Katanya, beliau menjalankan tugas berkenaan secara sukarela dan tidak mendapat bayaran untuk tempoh berbulan-bulan dan hanya diberikan elaun pengangkutan.
“Saya memang sukarela dan saya pergi sebagai memperjuangkan parti Umno sebab saya ahli umno di Johor pada masa itu. Sebab itu saya dipanggil untuk berkempen di Sabah," katanya lagi.
Siti Aminah berkata, namanya tidak disenaraikan sebagai saksi di siasatan suruhanjaya diraja (RCI) Sabah namun beliau amat berharap agar dapat hadir dan memberi keterangan.

No comments:
Post a Comment