Jumaat ini, 8 Februari 2013 merupakan ulang tahun kelahiran ke-110 Almarhum Tunku Abdul Rahman...Bapa Malaysia. Tunku dinobatkan sebagai seorang negarawan, pembangun bangsa dan sebagai tokoh sejarah yang unik.
Tunku melambangkan kesopanan, kepercayaan yang mendalam terhadap kedaulatan hukum dan menghormati tradisi.
Ketika membaca Pemasyhuran Kemerdekaan di Stadium Merdeka
Kuala Lumpur pada hari bertuah itu 55 tahun lalu yakni pada 31 Ogos,
1957, Tunku berikrar bahawa Malaya ‘akan kekal menjadi sebuah negara
yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan
sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan
rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa’.
Kemudiannya diulang semula oleh Tunku enam
tahun kemudian di dalam Pemayshuran Malaysia pada 16 September, 1963
berkenaan pembentukan Malaysia, berikrar bahawa Malaysia “akan kekal
menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta
berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa mempertahankan serta
memelihara keamanan dan kemesraan umatnya dan mengekalkan keamanan
diantara segala bangsa”.
Bapa Merdeka Yang Berjasa
No comments:
Post a Comment