.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Tuesday, February 5, 2013

Kini dah terhakisnya budi bahasa....

Rais cadang tubuh sekolah budi bahasa
 
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) disyor mewujudkan sekolah budi bahasa bagi menyediakan bimbingan nilai murni dan pembentukan sahsiah budaya tinggi dalam masyarakat.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, langkah itu juga adalah sejajar dengan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu nilai murni seperti amalan kesukarelaan menjadi budaya meluas di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum.

"Berapa ramai orang Melayu contohnya yang boleh berhadapan dengan orang ramai, tunduk dan meminta laluan tanpa berkata sepatah pun?, Diberi komputer, si anak naik ke pentas ambil komputer, sebat dari tangan pemimpin, lari ke bawah, tidak ada terima kasih.

"Ini salah siapa? Kita boleh kata macam-macam, di rumah pun salah di sekolah pun salah. Memandangkan hal inilah, saya ingin sangat supaya di ASWARA dan di pusat JKKN seluruh negara, mari kita ajarkan balik anak-anak kita supaya berbudi dan mempunyai sifat-sifat lembut peribadi dan pekerti tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kompleks JKKN Negeri Sembilan, di Seremban hari ini.

Rais berkata, sekolah tersebut tidak semestinya mempunyai bilik darjah atau kelas sebaliknya cukup dengan guru-guru atau cendekiawan bidang berkenaan yang boleh mendidik dan menanam nilai tersebut dalam masyarakat.

"Apa yang penting ialah untuk kita mengajar kebudayaan suku-suku kaum kita, mencernakan perlakuan bahasa dan mendidik masyarakat untuk mempunyai nilai-nilai tinggi dalam hidup," katanya.

Katanya, langkah ini juga penting bagi memastikan rakyat Malaysia menjadi sebuah tamadun yang tinggi dengan amalan nilai murni dan sahsiah budaya yang disegani.

Kompleks JKKN itu yang siap dibina pada 2009 mempunyai dua blok bangunan diilhamkan daripada konsep dan ciri-ciri rumah tradisional Minangkabau yang mempunyai banyak bucu di setiap hujung bumbung.

Pelbagai kemudahan disediakan di kompleks ini seperti auditorium, studio tari, teater, studio muzik, bilik rakaman, dewan seminar dan gelanggang yang akan menjadikannya sebagai pusat dan prasarana kepada aktivis dan penggiat seni budaya menyemarakkan aktiviti mereka.

Turut hadir pada majlis itu, exco kerajaan negeri Datuk Mohamad Razi Kail, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah JKKN Datuk Norliza Rofli.

- Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh