STADIUM DI TERENGGANU RUNTUH LAGI
Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang
diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga
orang pekerja tempatan hari ini.
Laporan The Star Online menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium
tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.
Tiga orang pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Laporan itu juga menyebut, pihak bomba dan pois sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.

Gambar yang merakamkan kejadian itu beredar pantas di ruang Internet
hari ini dan menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna media sosial.
malaysiakini
No comments:
Post a Comment