Kumpulan
penceroboh Filipina, yang berkubu di Lahad Datu untuk minggu ketiganya,
mengesahkan laporan mengenai tembakan dilepaskan kira-kira 24 jam lalu
tetapi mendakwa mereka hanya melepaskan tembakan untuk memberi amaran
kepada pasukan keselamatan Malaysia.
Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, memberitahu Malaysiakini bahawa
pihaknya mengesan enam anggota tentera Malaysia mendekati Kampung
Tanduo sekitar 5 petang semalam dan melepaskan tembakan ke udara.
"Semua orang bergegas pergi ke sana, jadi saya pun ikut. Bila sampai, saya tanya kepadanya (pengawal) apa yang telah berlaku.
"Mereka
beritahu saya tembakan itu dilepaskan ke udara bertujuan untuk memberi
amaran kepada mereka (tentera Malaysia) bahawa mereka telah dikesan.
Menurut mereka terdapat enam askar Malaysia dalam tiga kumpulan dan
mereka melarikan diri," katanya melalui telefon.
Bagaimanapun, beliau berkata kumpulannya seramai kira-kira 130 tidak niat untuk menyerah diri.
Beliau juga mengesahkan kumpulannya menerima risalah memberi
amaran terakhir, dan menggesa kumpulannya supaya menyerah diri, tetapi
beliau berikrar bahawa mereka akan terus "berada di situ sehingga
keadaan itu diselesaikan."
Bagaimanapun, beliau bertegas bahawa
kumpulannya yang bersenjata - yang mahu menuntut wilayah Timur Sabah
sebagai sebahagian daripada Kesultanan Sulu atas sebab-sebab bersejarah -
tidak berniat untuk mencetuskan konflik.
Mengenai bekalan
makanan untuk kumpulannya, Azzimudie berkata kepungan ketat pasukan
tentera sekitar Kampung Tanduo telah dihalang penghantaran makanan
menyampaikan, sambil menambah: "Kami, rakyat Suluk, sudah biasa hidup
dalam hutan".
Satu jejambat di kawasan dekat Selangor Science Park 2 Interchange, Cyberjaya runtuh dalam satu kejadian petang ini.
Beberapa gambar yang menunjukkan jejambat yang sedang dibina itu dikesan tersebar di laman Facebook dan Twitter.
Tulisan di Twitter menyebut, tiada individu yang cedera akibat kejadian tersebut memandangkan jalan itu ditutup kepada pengguna.
Sementara
itu, laporan Bernama menyebut jejambat tersebut, terletak di antara
Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya di Lingkaran Putrajaya.
Laporan
itu memetik kenyataan jurucakap Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
(PKNS) yang berkata jejambat tersebut berada bawah seliaan perbadanan
tersebut.
Difahamkan kejadian itu berlaku pada 1 tengah hari dan ia tidak mengganggu sebarang lalu lintas.
Laporan
China Press pula menyebut jejambat berkenaan yang dibuka sebelum ini
ditutup untuk pembaikan apabila keretakan dikesan di permukaan jalannya.
Laporan yang memetik sumber itu berkata, jambatan tersebut dibina berhampiran tebing sungai dengan tanah yang longgar.
Bekas
pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Ramli Yusuff
memfailkan saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa
Hassan Selasa lalu berkaitan kenyataan Musa dalam satu sidang akhbar
Disember lalu yang didakwanya telah mencemarkan reputasinya.
Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Shah Alam Tinggi melalui firma Vin Partnerships.
Ramli,
dalam pernyataan tuntutannya, mendakwa apa yang Musa katakan dalam
sidang akhbar dengan MyWatch - sebuah pemantau anti-jenayah -
mengandungi fitnah dan pembohongan seperti yang dilaporkan oleh portal berita Free Malaysia Today (FMT) dan juga dalam klip video di lamanweb tersebut.
Kenyataan
Musa tentang Ramli (kanan) dilihat sebagai "white knight" dan dirinya
sebagai "black knight" telah memberi gambaran buruk tentang Ramli.
Seorang
bekas tahanan ISA mendakwa kumpulannya pernah membantu memproses
beribu-ribu kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin di Sabah pada
awal 1990-an untuk menjatuhkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada
masa itu.Siti
Aminah Mahmud, 63, yang ditahan bawah ISA pada tahun 1995 mendakwa,
beliau ditugaskan untuk mengumpul maklumat dan menyerahkan IC kepada
ketua kampung di sekitar Sabah untuk diberi kepada warga asing yang
kebanyakannya dari Indonesia dan Filipina.
Siti Aminah mendakwa,
beliau diminta berbuat demikian bagi membantu Umno bertapak di Sabah
dengan memberi IC kepada warga asing di negeri itu.
Bercakap
dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Siti Aminah
mendakwa beliau juga diberitahu supaya membantu Umno untuk menewaskan
PBS pada ketika itu.
"Masa itu awal tahun 1990. Saya diberitahu
supaya tolong parti Umno untuk bertanding di Sabah dan nak kalahkan PBS
dengan buat projek IC di Sabah.
"Ada lima peranan yang saya perlu
buat iaitu membantu kempen, tambah pengundi Melayu, cari orang kampung
pendalaman terutama yang tiada IC di sempadan Sabah-Indonesia dan
pastikan kemenangan Umno di Sabah dengan tumbangkan PBS," katanya. 'Diketuai Mahathir sendiri' Katanya,
beliau bekerja tanpa henti untuk projek tersebut dari tahun 1990 hingga
1994, sebelum beliau ditahan bawah ISA pada 1995 atas kesalahan
berhubung kegiatan tersebut.
Beliau mendakwa menerima arahan oleh
ketua Umno Sabah pada masa itu, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu
Harun yang merupakan bekas pemimpin Parti Kebangsaan Sabah Bersatu
(Usno).
Beliau juga mendakwa, Datu Mustapha pada ketika itu
memberitahunya bahawa ia merupakan projek yang diketuai perdana menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad serta timbalan menteri Allahyarham Tan Sri Megat
Junid Megat Ayub.
"Empat tahun setengah berjalan projek itu tanpa henti. Pada 1995 saya sudah berhenti dari projek itu.
"Siapa
bagi arahan? Setahu saya projek IC ini adalah diketuai Mahathir sendiri
dan diberi kepada kuasa kepada Tan Sri Megat Junid dan (setiausaha
Mahathir ketika itu) Tan Sri Aziz Shamsuddin.
“Saya tahu pun
sebab masa itu Datu Mustapha kata jangan takut ditangkap. Dia kata ini
projek Mahathir dan Tan Sri Megat. Dan Datu Mustapha kata kalau dia
menang Umno, dia akan diangkat sebagai Yang Dipertua Sabah.
"Dia
beritahu masa itu dalam taklimat beramai-ramai dalam pejabat Umno di
Sembulan, Kota Kinabalu pada awal tahun 1990-an,” katanya.
Mengulas
lanjut mengenai proses pemberian kad pengenalan tersebut, Siti Aminah
berkata dokumen berkenaan siap dalam tempoh sebulan selepas borang
diproses. 'Bukan sikit, berguni-guni' "Kita
beri borang, dan serah kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri
dan di pejabat Umno Sembulan. Selepas itu, kita bagi kad pengenalan yang
dah siap kepada ketua kampung sahaja.
“Saya tak kenal. Kita
pergi lima orang. Satu tulis, satu ambil cap jari dan saya kadang-kadang
menyusun borang. Dalam seminggu, dua kali saya pergi ke Sabah.
"Kita cari satu kampung, kita kumpul berapa orang tak ada IC. Motifnya memang macam itu," katanya. Kad pengenalan itu antara lainnya diedarkan kepada sekumpulan warga Indonesia di satu kawasan Felda di Sandakan, dakwanya. "Selepas
borang dikutip, kita serah pada JPN dan pejabat Umno. Bukan sikit.
Berguni-guni. Proses nak dapat kad pengenalan dalam sebulan atau sebulan
lebih. "Lepas kita serah borang, proses itu dalam sebulan
kemudian kad pengenalan siap dan serah balik dan hantar ke tempat yang
ada nama itu," katanya.
Beliau mendakwa kad pengenalan yang
diedarkan itu boleh dikenalpasti melalui kod khas yang diterakan di
bahagian belakang dokumen terbabit.
"Kod IC projek Mahathir ialah
04 dan 05. Itu ada di belakang kad pengenalan. Hanya orang JPN sahaja
yang boleh kenal pasti," ujarnya lagi.
Setengah juta IC
Ditanya
mengenai kekerapan kunjungannya ke Sabah dan jumlah kad pengenalan
diedarkannya, Siti Aminah berkata: "Kalau di Kota Kinabalu sebulan lima
kali atau enam kali saya ulang alik. Saya sampai ada satu beg plastik
tiket ulang-alik. Tapi saya dah buang.
"Dari tahun 1990 hingga
1994 dan awal 1995, kita bagi IC pada orang Filipina dan Indonesia.
Tugas saya masa itu ialah berkempen uruskan projek IC. Kalau sudah siap,
hantar ke kawasan berkenaan iaitu ke kawasan kampung. Purata saya rasa
tak kurang dalam setengah juta dalam masa lima tahun itu.
"Kawasan
yang paling banyak ialah di Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kota
Kinabalu dan juga di kawasan sempadan Tawau-Indonesia. Dan satu lagi
kawasan Semporna. Situ banyak juga sebab di situ tempat orang Filipina,"
dakwanya.
Katanya, kesemua kira-kira 100 individu yang terlibat dalam kumpulannya merupakan orang awam yang tidak bekerja dengan JPN.
Ditanya
lanjut sama ada tujuan pemberian IC itu adalah untuk pilihan raya dan
bagi memberi sokongan kepada Umno, Siti Aminah berkata: "Memang
diarahkan untuk pengundian. Kita akan cakap pada ketua kampung yang
dipanggil 'tok' supaya tolong arahkan anak-anak buahnya (yang menerima
IC) mengundi Umno.
"Tapi sama ada satu ketua kampung ada ambil
duit saya tak tahu. Tapi kita pergi ke sana sini memang guna duit. Tapi
saya tak tahu dari mana duit itu," katanya lagi. Katanya, beliau
menjalankan tugas berkenaan secara sukarela dan tidak mendapat bayaran
untuk tempoh berbulan-bulan dan hanya diberikan elaun pengangkutan.
“Saya
memang sukarela dan saya pergi sebagai memperjuangkan parti Umno sebab
saya ahli umno di Johor pada masa itu. Sebab itu saya dipanggil untuk
berkempen di Sabah," katanya lagi.
Siti Aminah berkata, namanya
tidak disenaraikan sebagai saksi di siasatan suruhanjaya diraja (RCI)
Sabah namun beliau amat berharap agar dapat hadir dan memberi
keterangan.
Penyiasat
persendirian P Balasubramaniam mendakwa penganalisis politik Abdul
Razak Baginda menyatakan kekesalan kerana tidak membayar komisyen
US$500,000 yang dituntut wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu. Beliau mendakwa Razak berkata demikian sejurus sebelum ditahan pada 2006.
Balasubramaniam
berkata beliau pada masa itu sedang meninggalkan pejabat seorang peguam
yang dikenali sebagai Puravelan, bersama Razak dalam satu lif.
Balasubramaniam,
yang diupah Razak pada masa itu, membuat pendedahan mengenai peristiwa
berhubung kematian Altantuya, dalam kemunculan pertamanya di majlis umum
di negara ini, selepas melarikan diri hampir lima tahun lalu.
Akhbar
pada waktu itu sudahpun menimbulkan spekulasi mengenai penahanan Razak
pada hari itu dan peguam berkenaan sedang membuat persediaan mengenai
kemungkinan tersebut.
Balasubramaniam juga mendakwa, beliau
memberitahu Razak: "Bos, tengok sini. Apa nasihat saya pada awak?
Laporan polis. Awak sepatutnya sudah buat laporan polis."
Balasubramaniam
mendakwa Razak mengupahnya untuk menghalang Alantuya, namun beliau
menasihati Razak supaya membuat laporan polis.
Balasubramaniam mendakwa, Razak bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana "seorang VVVIP terlibat".
Kumpulan
penceroboh Filipina di Lahad Datu berikrar untuk mempertahankan diri
sekiranya pihak berkuasa negara ini mengusir mereka dengan kekerasan
daripada kawasan perkampungan nelayan yang diduduki sejak awal bulan
ini.
“Kami bersedia mempertahankan diri,” kata Azzimudie Kiram, abang kepada Jamalul Kiram yang mendakwa sultan Sulu.
Azzimudie mengetuai kumpulan bersenjata yang menduduki kawasan Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari pekan Lahad Datu.
Azzimudie ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini menegaskan bahawa mereka tidak berniat untuk bertempur dengan pihak berkuasa Malaysia.
“Kami
mahu hidup dengan aman di tanah kami sendiri tapi mereka mahu mengusir
kami dengan kekerasan,” kata Azzimudi dengan tenang dalam perbualan
telefon tersebut.
“Kami mahu bercakap dengan pihak berkuasa
Malaysia dengan aman sebelum kembali ke tanah kami,” katanya yang
menambah, rakyat Malaysia sejak sekian lama mendapat hasil yang banyak
daripada pendapatan Sabah.
Azzimudie juga berkata, beliau menyerahkan soal rundingan dengan pihak berkuasa Malaysia untuk ditangani Jamalul di Manila.
Timbalan
ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar semalam berkata polis
berhasrat untuk menamatkan pertentangan tersebut, yang berlarutan sejak
12 Februari.
K'jaan mahu kurangkan duti kereta Jepun, Australia
4:51PM Feb 27 2013
Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed
berkata kerajaan akan mengumumkan pengurangan duti untuk kereta yang
diimport dari Jepun dan Australia.
Laporan The Star Online menyebut, pengurangan duti untuk model dari negara berkenaan akan dibuat dalam tempoh tiga tahun.
Beliau juga berkata, butiran lanjut mengenai perkara itu akan didedahkan esok.
Pengumuman
tersebut dipercayai bagi menandingi tawaran Pakatan Rakyat dalam
manifesto barunya – untuk menurunkan cukai eksais kereta secara
berperingkat dalam tempoh lima tahun.
Pakatan dalam manifesto yang diumumkan Isnin lalu juga menawarkan untuk meliberalisasi industri automotif.
Berikut adalah intipati utama dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan dalam konvensyen gabungan parti tersebut di Shah Alam hari ini.
Ia terbahagi kepada empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan rakyat dan Kerajaan Rakyat.
Tonggak Rakyat Bersaudara
Menghapuskan diskriminasi kaum dan adu domba melaga-lagakan kumpulan masyarakat demi menjamin kehormonian dan perpaduan rakyat.
Bahasa
Kebangsaan dimartabatkan, hak bahasa ibunda dijamin dan bahasa Inggeris
dipertingkatkan di dalam sistem pendidian negara yang menjamin
pendidikan percuma untuk semua anak Malaysia.
Mengiktiraf
peranan sekolah janaan rakyat dan memperuntukkan sumber yang berpadanan
dengan sumbangan sekolah ini. Pakatan Rakyat juga menghargai sumbangan
sekolah agama rakyat, sekolha jenis kebangsaaan Cina (SJKC) dan Tamil
(SJKT), sekolah persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan, Mubaligh.
Mempertahankan hak Sabah dan Sarawak di dalam rangka Perlembagaan Persekutuan seperti yang terkandung dalam deklarasi Kuching.
Menitikberatkan
hak tanah dan kebajikan Orang Asli. Kebebasan akan dipulangkan kepada
mereka untuk mencorakkan kehidupan dengan memberi mereka kuasa ke atas
tanah mereka.
Menghayati kedudukan Islam sebagai agama
Persekutuan, menjamin kebebasan beragama serta mengangkat budaya sebagai
teras positif hidup bermasyarakat.
Tonggak Ekonomi Rakyat
Memperkenalkan
program bersepadu untuk memastikan 1 juta peluang pekerjaan bari dibuka
dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan dengan
mengurangkan satu juta buruh asing secara berperingkat menjelang tahun
kelima memegang tampuk kuasa.
Pakatan Rakyat memperjuangkan
gaji minima - sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan - atas prinsip setiap
pekerja berhak dibayar gaji yang berpadanan dengn kos kehidupan yang
minima, agar rakyat tidak hidup dalam kemiskinan.
Pakatan
Rakyat akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji secara
keseluruhan penambahbaikan sistem pendidian negara agar selari dengan
teras reformasi pendidikan.
Memecah menopoli dalam sektor
perkhidmatan dan barangan dengan menubuhkan Suruhanjaya Anti-Monopoli
dan merombak undang-undang sedia ada berkaitan persaingan untuk memberi
lebih kuasa menghentikan amalan perniagaan tidak adil.
Merancakkan persaingan dengan membubarkan 1MDB agar Khazanah kekal satu-satunya badan pelaburan negara.
Melupuskan
pegangan kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbabit
dalam perniagaan bukan berkepentingan nasinaln kepada pengurusan GLC
melalui kaedah ambil alih oleh pengurusan bertujuan untuk melahirkan
lebih ramai usahawan Bumiputra berdaya maju.
Tonggak Kesejahteraan Rakyat
Mengurangkan
bebanan kos sara hidup rakyat dengan menghapuskan monopoli dan
menurukan harga petrol dan diesel, caj elektrik, caj air yang berlebihan
, hapuskan tol dan menghapuskan monopoli untuk meningkatkan persaingan
dalam bidang ekonomi.
Merombak dasar automotif untuk
mengurangkan bebanan rakyat dengan menghapuskan cukai eksais, harga
kereta serendah RM25,000 serta menyediakan perumahan selesa dan mampu
milik untuk semua.
Memberikan pendidikan percuma untuk semua
dan hapus PTPTN dengan yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di
semua institusi milik awam akan ditanggung kerajaan dan memberi elaun
sara hidup.
Pakatan Rakyat akan menghentikan serta merta
konsesi dan pelaksanaan AES yang mempertaruhkan keselamatan rakyat di
jalan raya sebagai sumber kekayaan kroni.
Pakatan Rakyat
akan mempertahankan wibawa, prestasi dan reputasi Felda demi menjamin
kedudukan ekonomi dan pemilikan tanah warga peneroka termasuk merombak
semula pegangan di dalam FGV dengan matlamat mengembalikan operasi dan
pemilikan tanah FELDA ke tangan peneroka dan kakitangan.
Tonggak Kerajaan Rakyat
Mengembalikan
prestij dan kemuliaan penjawat awam, membebaskan penjawat awam dari
campur tangan politik dan pakej penggajian baru yang menggabungkan
prinsip-prinsip daya kerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi
kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan.
Melaksanakan
8 tuntutan BERSIH sebagai reformasi pilihanraya, melaksanakan
pendaftaran undi secara automatik apabila mencecah umur layak mengundi
dan membersihkan daftar pengundi dalam masa 100 hari berkuasa.
Membebaskan
institusi-institusi utama negara iaitu institusi kehakiman, Kamar
Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis
diRaja Malaysia (PDRM) dari cengkaman politik
Mengembalikan
kebebasan institusi Parlimen sebagai suara rakyat yang mengimbangi kuasa
eksekutif dan memperkenalkan sistem Jawatankuasa Terpilih Parlimen
dalam bidang-bidang penting seperti kewangan, keselamatan, pendidikan,
pertahanan, PETRONAS dan lain-lain untuk meningkatkan keberkesanan
fungsi timbangtara yang dimainkan Parlimen.
Menghapuskan
semua undang-undang yang menyekat kebebasan media dan mewujudkan suasana
media yang berat sebelah, termasuk Akta Percetakan dan Penerbitan,
prosuder perlesenan media dan lain-lain.
Memansuhkan AUKU dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat
Semakan
menyeluruh ke atas semua undang-undang yang bertentangan dengan prinsip
keadilan dan kebebasan rakyat atau bersifat anti-rakyat dan memansuhkan
semua undang-undang dan peraturan ini dalam tempoh tahun pertama
pentadbiran Pakatan Rakyat
Menguatkuasakan Akta Pemulihan
Demokrasi untuk mengukuhkan lagi hak rakyat dan Kerajaan Persekutuan
membebaskan dan memohon maaf kepada kesemua tahanan ISA dari dulu hingga
sekarang.
Merombak sepenuhnya kuasa dan kepimpinan SPRM
untuk membina integritinya di mata rakyat, termasuk mempertimbangkan
memberikan kuasa pendakwaan kepada SPRM
Merombak amalan dan
proses SPRM agar tumpuan diberikan sepenuhnya kepada siasatan dan
pendakwaan terhadap kes-kes rasuah besar yang melibatkan kepentingan
awam untuk membuang persepsi bahawa SPRM hanya menumpukan kes-kes kecil
sedangkan rasuah pembesar negara dipadamkan
Mengetatkan
undang-undang rasuah dan undang-undang berkaitan (termasuk Akta
Perlindungan Pemberi Maklumat) untuk melaksanakan sekeras-kerasnya
undang-undang membanteras rasuah, terutamanya bersabit kes-kes rasuah
besar yang melibatkan kepentingan awam
Penyiasat
persendirian P Balasubramaniam bersumpah bahawa pengakuan berkanun
pertamanya bertarikh Julai 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu adalah
pengakuan sebenar. Balasubramaniam yang mengalirkan air mata
ketika tiba di KLIA petang ini menyatakan sumpah tersebut sambil
memegang satu kitab Hindu Bhagavad Gita dan menegaskan bahawa pengakuan
berkanun yang dibuat untuk membatalkan pengakuan pertama adalah tidak
benar.
“Saya mengaku dengan kitab suci ini bahawa SD pertama
adalah benar dan tiada yang benar melainkan yang benar. Saya meminta
maaf kepada anda semua bahawa SD kedua adalah tidak benar," katanya.
SD pertamanya mengandungi butiran mengenai interaksinya dengan beberapa personaliti menjelang hari kematian Altantuya.
Antaranya, beliau mendakwa Najib mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya.
Sehari
selepas itu, beliau bagaimanapun menarik balik SD tersebut dan mendakwa
beliau membuat pengakuan berkanun pertama itu dalam keadaan dures.
Beliau
kemudiannya meninggalkan Malaysia dan mendakwa pengakuan pertama adalah
pengakuan sebenar dan SD kedua pula dibuat dalam keadaan dures.
Balasubramaniam kini kembali ke Malaysia untuk berkempen untuk Pakatan Rakyat.
Katanya, beliau akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai pembunuhan Altantuya sedikit masa lagi.
Balasubramaniam
ketika ditanya berkata beliau tidak akan cuba mendapatkan kerjasama
Deepak Jaikishan, ahli perniagaan yang terlibat dalam menyediakan SD
kedua.
Beliau sedia untuk bekerjasama sekiranya Deepak datang mencarinya, namun beliau tidak akan mencari Deepak, katanya.
KUALA LUMPUR: Pemangku
Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam
satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya.
PAS kini
mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan
Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan
Melayu.
"PAS
kini berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan
politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif,
kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama
selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan.
"Suara
PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah,
sistem kehakiman yang bebas lagi adil, penguatkuasaan undang-undang
secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan
jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang
memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata
ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin.
Baginda
bertitah demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan
Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk “Perpaduan ummah; harapan,
realiti dan cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia
akan disiarkan selepas ini.
PAS, titah baginda, telah melalui pahit maung perjuangan, era jatuh dan bangun.
"Bermula
dari sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO,
kemudiannya keluar dari UMNO, memilih untuk mewujudkan entiti politik
sendiri," titahnya.
PAS
telah melakukan pelbagai anjakan untuk kelangsungan perjuangan dan
menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruh.
"Dari
organisasi yang amat daif, menumpang ihsan berteduh di bawah bumbung
madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari
ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai
teknologi komunikasi moden, di dokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai
kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai
lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi,
mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari," titahnya.
Bagi menyahut cabaran ummah, baginda membuat lima cadangan.
Pertama:
Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa
mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan
mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa
Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Bagi
usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa
digadaikan, titah baginda.
Kedua:
Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai
penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan
politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak
lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi
tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah.
Ketiga:
Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah
mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan
tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan
peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran,
tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam
mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.
Keempat:
meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di
kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah
memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan,
pangkat dan kuasa datangnya dari ILAHI, lantas tidak gentar menyuarakan
nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar,
meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang
berkuasa.
Kelima:
Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga
95E Perlembagaan Persekutuan. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah
dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan
yang telah diperkenankan penubuhannya, kata baginda.
Sumber Bernama 23/2/13 Sabtu : Sempena Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di dataran Syahbandar, Kuala Terengganu
Perdana menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan
bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan
kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka. "Menerusi
BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan
(purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak
5kg dan lain-lain. "Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.
ASKAR KESULTANAN SULU TIDAK MAHU TINGGALKAN LAHAD DATU SABAH
Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak
akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan
wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung
insiden yang berlaku
Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20
penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun
mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan
Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina
Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)
Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan
dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada
pemberita di Manila
Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah
mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di
bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah
Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya
ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja
perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan
pemberontak Islam di selatan Filipina
Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang
merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian
besar orang Kristian
Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik
kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke
Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan
tinggal di sana
Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk
selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah,
katanya kepada AFP
Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata
Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang
Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi
Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan
keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah,” katanya sambil
menambah bahawa kumpulan itu ‘sanggup mati demi mempertahankan hak nenek
moyang mereka’
Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah
menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan
Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan – AFP
Siapakah Sultan Yang Disayangi Rakyat? | Sultan Muhammad V merupakan Sultan Kelantan yang paling disayangi rakyat khususnya di negeri Kelantan. Perwatakan dan sifat merendah diri baginda sering menjadi bualan di mana-mana tempat antaranya di laman sosial. Selain itu, mungkin ada di antara kita tertanya-tanya apakah perihal kehidupan sultan kelantan sebelum baginda ditabalkan. Maka, dengan berbesar hati KisahBest.My mahu berkongsi dengan anda tentang biodata Sultan Muhammad V.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong , merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri Kelantan. Sultan kesayangan rakyat. Tengku
Muhammad Faris Petra, 42, putera sulung Sultan Ismail Petra, yang
sering membahasakan diri baginda sebagai “kita”, telah menggunakan
gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan
ke-29 pada 13 Sept 2010.Baginda yang gemar turun padang termasuk ke kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli, sering membahasakan diri baginda sebagai “kita” Sejak
ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Okt 1985, baginda
lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat
yang dikenali sebagai berbaju “gumbang”, berkopiah putih ketika melawat
rakyat.Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke
kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap
kali dalam diam-diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan
mereka yang memerlukan pembelaan. Sultan
Muhammad V yang diputerakan pada 6 Okt 1969, mendapat pendidikan awal
di Sekolah Sultan Ismail I di sini sebelum melanjutkan pelajarannya ke
sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.Baginda kemudian ke
Oakham School Rutland, England, sehingga 1989 sebelum melanjutkan
pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford
serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991. Sultan Muhammad V, yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di masa lapang gemar membaca, serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak. Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung. Baginda adalah Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) dan turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda
mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad
Fa-iz Petra, 37, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 33, dan Tengku Amalin
A’ishah Putri, 27. Baginda merupakan satu-satunya sultan yang menukar perkataan Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar.’ Saya tukar Daulat Tuanku kepada Allahu Akbar supaya pelafaznya dapat pahala’.-Sultan Muhammad V.Baginda hanya membahasakan dirinya sebagai saya sahaja dan bukannya beta seperti sultan-sultan lain. Sabda
Baginda saw. bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada
al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan
digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf
tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat
Tirmizi) Allahu Akbar!
KUALA LUMPUR: Usahawan permaidani, Deepak Jaikishan
memfailkn saman ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di
Mahkamah Jalan Duta, Petang ini.
Saman itu dikemukakan beliau melalui peguamnya, Sivarasa Rasiah melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany.
Menurut Deepak, saman itu difailkan ekoran kenyataan Najib yang menyebut Deepak sebagai tiada kredibiliti.
Bagaimanapun beliau memberi tempoh shingga esok untuk Najib menjawab dakwaan beliau selama ini.
Dalam
kenyataannya sebelum ini, Deepak juga berkata beliau akan memfailkan
saman bernilai RM3 bilion terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah
Mansor, adik Datuk Nazim Razak serta kerajaan Malaysia minggu depan. Saman
ini dibuat ekoran kegagalan kesemua mereka mereka mempastikan projek
yang diberikan kepadanya berjalan lancar sedangkan wang sudah dibayar
kepada mereka.
KOLUM Cinta
adalah perkara yang tidak boleh dibuat-buat. Ia satu perasaan yang
muncul dari lubuk sanubari. Ia lahir dalam jiwa dan diterjemahkan dalam
tindakan. Apabila seseorang itu benar-benar kasihkan kita, maka tindakan
dan sikapnya terhadap kita juga adalah lambang dan hasil dari keindahan
cintanya. Sesiapa yang ada pasangan yang mencintainya, dia akan
tahu keindahan hubungan yang dibina atas cinta. Lihat cara suami atau
isteri anda melayan anda, maka anda dapat mengukur tahap cintanya kepada
anda. Lagi dalam kasihnya, lagi indah hubungan dan sikapnya terhadap
anda.
Justeru, hendaklah dibezakan antara kehendak seks antara
pasangan dan cinta. Seks ada yang berteraskan nafsu semata dan ada yang
merupakan gabungan antara cinta dan nafsu. Seseorang yang ghairah
seksnya, bukan bererti dia penuh cinta. Namun, cinta yang mendalam
membawa kepada hubungan seks yang indah. Ini boleh diibaratkan macam
pemberian wang bantuan oleh sesebuah kerajaan kepada rakyat. Pemberian
itu bukan semestinya menggambarkan cinta kerajaan kepada rakyat. Boleh
jadi ia sekadar nafsu ingin berkuasa dan pemberian itu demi melangsaikan
kehendak dirinya. Rakyat yang menerima bantuan juga bukan
semestinya mencintai kerajaan yang memberi. Dia sudi menerima kerana
merasakan itu haknya, ataupun dia memerlukannya tapi jiwanya mungkin
menyumpah dan menyampah. Persis seperti hubungan antara suami isteri
yang hidup dalam keadaan keterpaksaan tapi penuh kebencian.
Namun
tidak boleh dinafikan betapa ramai yang tertipu lalu menganggap setiap
hubungan seks itu tanda cinta sehingga gagal membezakan antara pelacur
yang menanti upah dan isteri yang menanti pahala dan takutkan dosa. Pelacur Demikian,
ada rakyat dalam dunia ini yang menganggap setiap pemberian kerajaan
itu tanda cinta kepada mereka sedangkan mereka lupa pemberian itu tidak
dibina atas kejujuran cinta, sebaliknya atas upah sokongan dan undi.
Pun
begitu, pelacur kadangkala kurang buruk dari sesetengah kerajaan atas
muka bumi ini kerana pelacur mengambil upah dari hasil dirinya. Sementara
pemimpin dan kerajaan yang menipu mengambil wang negara dan rakyat yang
dibahagikan semasa sendiri terlebih dahulu dan sedikit pemberian untuk
rakyat sambil berlagak seolah wang tersebut dari poket peribadi mereka.
Adapun
hubungan seks halal yang penuh cinta itu melahirkan kepuasan jasmani
dan rohani. Tiada pemberontakan dan penuh kedamaian. Ia seperti
sebuah kerajaan yang cintakan rakyat. Amanah terhadap pengurusan negara.
Harta negara bukan habuan untuk isteri dan keluarga mengaut kekayaan
yang gila-gila. Negara diuruskan dengan sebaiknya dengan penuh
keikhlasan sehingga rakyat terasa kejujuran itu. Kejujuran itu
menimbulkan rasa cinta rakyat kepada diri pemerintah. Pemerintah
mengawal negara dari ancaman luaran dan juga dalaman. Ancaman musuh yang
terang, dan juga orang sekelilingnya yang kadang-kala lebih memusnah
kekayaan negara dibanding mereka yang digelar ‘musuh’.
Isteri dan Kroni Betapa
ramai pemerintah yang dibenci kerana tingkah laku isteri dan kroni.
Inilah ancaman dalaman yang meragut peluang dan kesempatan sehingga
kekayaan negara tertumpu dalam tangan mereka. Hanya pemerintah
yang amanah dan cekap sahaja dapat menguruskan negara dari ancaman
luaran dan dalaman ini. Hasilnya, kasih-sayang rakyat dan kesetiaan
lahir dalam tindakan para pegawai kerajaan dan rakyat bawahan. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) dalam kitabnya As-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islah ar-Ra’i wa ar-Ra’iyyah:
“Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara mengikut nafsu
mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagikan harta miliknya. Sebaliknya,
para pemerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan. Mereka
bukan pemilik harta. Ini seperti yang Nabi s.a.w sabda: “Aku –demi
Allah- tidak boleh memberi (harta awam) ataupun menghalang seseorang.
Aku hanya pembahagi yang meletakkannya di mana sahaja aku
diperintahkan”. Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah
r.a.”
“Inilah rasul Tuhan semesta alam yang memberitahu bahawa
dia tidak mempunyai hak menghalang dan memberi dengan kehendak dan
pilihannya seperti mana seorang pemilik harta yang boleh berbelanja
dengan hartanya, dan seperti raja-raja yang memberikan kepada sesiapa
yang mereka suka. Sebaliknya dia (Rasulullah s.a.w) hanya seorang hamba
Allah, membahagikannya mengikut arahan Allah. Dia meletakannya di mana
yang Allah perintahkan”.
Sambung Ibn Taimiyah lagi: “Demikian
apabila seseorang berkata kepada (Khalifah) ‘Umar bin al-Khattab: “Wahai
Amir al-Mukminin! Andainya engkau tambah peruntukanmu dari harta Allah
ta’ala (harta negara). Jawab ‘Umar: “Tahukah engkau apakah bandingan
antara aku dan rakyat? Ia umpamanya satu kaum yang berada dalam satu
perjalanan, lalu mereka menghimpunkan harta mereka kemudian mereka
menyerahkannya kepada seseorang untuk membelanjakannya untuk mereka.
Apakah halal untuk lelaki itu mengutamakan dirinya dengan menggunakan
harta mereka?.”
Lagi kata Ibn Taimiyyah: “Pernah dibawa kepada
‘Umar bin al-Khattab r.a. harta yang banyak dari bahagian khumus
(bahagian dari rampasan perang). Kata ‘Umar: “Sesungguhnya tentera telah
menunaikan amanah”. Kata mereka yang hadir kepada ‘umar: “Sesungguhnya
engkau telah menunaikan amanah kepada Allah ta’ala, maka mereka pun
menunaikan amanah kepada engkau. Jika engkau mengambil harta negara
sesuka hati, begitulah juga mereka akan lakukan” [m/s 51-52. Kuwait: Dar
al-Arqam (1406H)]. Teladan
Dari
jawapan rakyat kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab, kita dapat tahu
bahawa antara punca utama rakyat bawahan tidak amanah, setia dan jujur
kepada negara dan harta awam adalah disebabkan pemimpin yang tidak
amanah. Jika pemimpin itu amanah, pasti rasa cinta dan setia
kepada negara akan bersemarak dalam jiwa rakyat jelata. Justeru jangan
hairan jika kita lihat rakyat di negara-negara maju rakyat mereka lebih
sayangkan negara dibandingkan negara-negara umat Islam yang pengurusan
kepimpinannya tidak jujur dan khianat. Hilang ataupun terhakisnya
semangat patriotic dan setia kepada tanahair, sebahagiannya hasil dari
tindak tanduk kegelojohan golongan atasan mengisi tembolok sendiri.
Apabila golongan atasan memiliki kekayaan yang zahir pada diri, ‘isteri’
dan anak dengan kadar yang tidak masuk akal dan sangat luar biasa, maka
rakyat kesusahan mula membenci para penguasa mereka. Sekalipun jika ada
yang mendakwa kekayaan itu hasil menabung dari kecil, tetapi itu hanya
ungkapan untuk memperbodohkan rakyat jelata.
Apabila datang musim
maulid kita bercakap tentang Nabi s.a.w dan teladan dalam kepimpinan,
namun dunia umat Islam masih terlalu jauh. Nama Nabi s.a.w hanya sekadar
untuk modal politik menyedapkan bicara di hadapan rakyat. Di mana Nabi
Muhammad s.a.w dan kepimpinan negara umat Islam kita?! Semasa
peperangan Badar, tentera Islam mempunyai jumlah kenderaan yang begitu
terhad. 70 ekor unta terpaksa dikongsi oleh tiga ratus beberapa belas
orang tentera. Nabi s.a.w berkongsi dengan ‘Ali bin Abi Talib dan
Abu Lubabah. Memandangkan kedudukan Nabi s.a.w dan mereka berdua lebih
muda dari Nabi s.a.w maka mereka meminta agar Nabi s.a.w sahaja yang
menggunakan unta tersebut. Namun, dengarlah jawapan Nabi s.a.w kepada
mereka: “Tidaklah kamu berdua lebih kuat daripadaku, dan tidak juga aku
orang yang paling kurang memerlukan pahala dibanding kamu berdua”
(Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dll. Hadis bertaraf hasan).
Demikianlah
pemimpin yang berkongsi perasaan dan keadaan rakyat. Maka dari situ
suburlah cinta dan setia antara rakyat dan pemimpin. Teruruslah negara,
hidupkan kedua pihak dalam keadaan cinta dan setia. Pemimpin bukan
pelacur yang menjual diri untuk mendapat upah. Pemimpin tidak boleh
menipukan rakyat dengan pemberian yang mengkaburkan untuk mendapatkan
undi sedangkan kesemua itu tidak dibina atas cinta dan kejujuran
terhadap negara.