Friday, 4 January 2013
Cis Bedebah! Ini semua angkara durjana anti Melayu!
- sakmongkol AK47
- Sakmongkol AK47 is the nom de guerre of this blogger. His name is Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz. He was ADUN of Pulau Manis, Pekan.( 2004-2008) From 2000-2004, he was Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, under Dato Sri Najib. Studied Economics at University Malaya and University of Manchester(Owens). Sakmongkol was a legendary Muay Thai fighter. AK 47 is the Russian made firearm. He can be reached at the following e mail: ariff.sabri@gmail.com
Apa lah
yang Najib nak bising beri BR1M 01 atau 02? Berapa jumlah nya? RM 4-5bilion
untuk 2 tahun tersebut? Bukan duit UMNO. Duit kutipan cukai yang kerajaan Najib
tidak tahu mentadbir. Najib tambah hutang nak rasuah rakyat supaya menyokong nya.
Tahun depan , hutang kerajaan RM503bilion.
Eleh-
negara lain pun hutang jugak- Jepun hutang. Singapura hutang. Benar- tapi
hutang mereka bersandarkan kepada kemampuan membayar semula. Hutang Malaysia
macam hutang negara Afrika. Kapasiti nak bayar tak kelihatan. Yang kita dengar
ialah laungan dan jeritan kosong Najib. Transformasi sana, transformasi sini. Transformasi
rupa2 nya- rompak sana, rompak sini. Bantailah kau- MRT RM50bilion. Jalan
Taiping- Banting 233km harga RM7.7 bilion. Batu istimewa 1Malaysia kah? RM33
bilion satu kilometer? Rompak, jangan tak rompak!
Semenjak 1997,
ini kali ke 16 negara belanja lebih dari pendapatan. Ketika ekonomi baik, Najib
lebih suka hutang daripada bersikap frugal. Kerajaan bazir sana sini.
Apalah yang
hendak di banggakan dengan RM4-5 juta Beri Rasuah 1 Malaysia? duit rasuah yang sebenar
mengalir sebanyak RM193 billion dalam tahun 2010, apa Najib buat? Dia tak mampu
menyekat aliran duit rasuah, duit hitam serta komisyen2 yang dibuat oleh
pemimpin UMNO dan rakan niaga mereka. Apa pasal?
Sebab seperti
yang Daim beritahu rakan saya, The Oracle of Syed Putera, perdana
menteri pun kong kali kong, 2 kali 5.
Raja Ropiaah kapur ratusan juta, dia bisu seribu bahasa. Shahrizat punya family
hantam RM250 juta, semua pemimpin UMNO jadi bisu. Inilah prinsip jaga menjaga.
orang yang
jiwa dia sombong akan kata- ah, kalau PR memerintah pun ada rasuah jugak. Orang
yang macam inilah- satu hari nanti, para perasuah masuk kerumah dia, tidur
dengan isteri dia, tidur dengan anak perempuan dia, dia kata takpe. Biasa lah
tu.
Bukan begini
sikap kita, kalau kita mahu membangunkan masyarakat. Rasuah kita kena tentang.
PR rasuah kita pun balun. Janganlah kita, bila sudah tak dapat jawap pendedahan
yang kita buat, menuduh kita buat spin, mengejek NIk Aziz dengan beri dia
gelaran Nik Aziz alaihissalam dan sebagai nya. Bila tak boleh jawab pendedahan
kita, tuduh sebagai pencuci pantat Lim Kit Siang dan sebagainya.
Baik orang
Melayu sokong Nik Aziz daripada sokong Najib al wasatiyah, maqasid shar-‘iyah. Baik
sokong Nik Aziz dari sokong Najib .
Kamu nak
sokong Najib silakan. Kita tak marah. Apa kita peduli. Jilat lah sepuas mana
Najib dan ditempat mana sekali pun, tidak dapat memadamkan fakta bahawa 1.2
juta ahli UMNO dan 2 juta lagi orang Melayu sudah tolak UMNO. Fakta nya, UMNO
dan penjilat UMNO hanya mampu memperolehi 30% sahaja sokongan pengundi Melayu.Dalam
PRU13 nanti, kalau ada 7 juta pengundi Melayu, UMNO kalau dapat 2.5
juta undi Melayu pun nasib baik.
Bila PR
memerintah, kita akan buka kes Razak Baginda semula. Kalau 2 polis yang di
hukum gantung itu masih hidup, kita akan masukkan mereka semula kedalam kandang
saksi. Apa yang susah sangat nak suruh mereka beritau apa sebenarnya berlaku? Kita
akan tengok pendakwa dulu melakukan tugas mereka betul atau tidak? Kalau mereka
cuai dalam tugasan sebagai pendakwa raya, kita pulak dakwa mereka. Bukan susah.
Yang kita
nak bertegang leher dan nak bertetak berparang mengenai Deepak apa pasal? Bawak dia ke mahkmah- soal dia. Beri dia hari
dia dimahkamah, kita tengok apa dia kata. Baru senak perut pemimpin UMNO.
Tolong jawab-
mana nya Puspahanas? Duit sudah pemimpin UMNO songlap, pusat penyelidikan RM100
juta tu mana wok?
Kita dah
tahu apa strateji puak UMNO nanti. Akhir sekali- dan pembaca boleh lihat betul
atau tidak- puak UMNO akan kata- semua fitnah dan tuduhan kepada Najib Razak
adalah konspirasi bangsa bukan Melayu yang dengki dan irihati kepada orang
melayu.
Hanya yang
mereka lupa- yang menghentam dan mengkritik Najib ialah orang Melayu sendiri. Orang
Melayu yang bukan dalam UMNO tidak kurang keMelayuan mereka dari keMelayuan
puak UMNO.
Berhentilah
hendak temberang. Tolong berhenti nak pedaah nya. Jangan campur yang hak dan
benar dengan yang batil. Akhirnya rakyat akan sedar bahawa UMNO hari ini bukan UMNO
seperti UMNO 1946.
UMNO hari ini UMNO Dr Mahathir. kita pun tak suka orang fitnah Mahathir ada USD44 billion. Esok, bila PR memerintah, kita akan ujudkan mahkamah khas dengan pendakwa khas. Sungguh kurang sopan nak tuduh pemimpin unggul Melayu yang boleh jalan atas air ini sebagai perasuah. Cis!
UMNO hari ini UMNO Dr Mahathir. kita pun tak suka orang fitnah Mahathir ada USD44 billion. Esok, bila PR memerintah, kita akan ujudkan mahkamah khas dengan pendakwa khas. Sungguh kurang sopan nak tuduh pemimpin unggul Melayu yang boleh jalan atas air ini sebagai perasuah. Cis!
He3... dunia politik ini sama kot dengan dunia bola.. hari ini sarung jersi ini esok berpindah sarung jersi lain.Tiba masa berlawan. Tentunya antara lawannya adalah rakannya sendiri sewaktu bersama dalam pasukan sebelumnya.Tetapi yang pentingnya janganlah bermain jahat di padang nanti kena kad merah.. terbuang padang. Malu bagi yang ada ke'malu'an. Yang tiada, hentam sajalah walaupun dah jelas haramnya...cas keting make gu
No comments:
Post a Comment