Pendidik itu luas maknanya iaitu orang yang menyeru perkara baik dan membenci perkara jahat. Diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi melalui insan yang bernama ibu, bapa, guru, ustaz,ustazah,ulamak dan pemimpin. Budaya memfitnah besar musibahnya . Jika tak di dunia akan nanti juga di akhirat sana. Terkadang didunia ini dah pun menerima musibahnya. Termatlah malunya kerana hilang maruah kehormatan dan harta benda berupa wang ringgit dan seumpamannya. Maka hindarilah melakukan fitnah ..berkata benar dengan berfakta.Katalah walaupun pahit dan pastikan tiada pembohongan perkataan yang diluahkan itu.
IPOH: Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini mengarahkan Presiden Pertubuhan
Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak (Wawasan), Fauzi Muda
membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 berhubung fitnah beliau terhadap
Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak, Ustaz Norazli Musa.
Hakim, Roslan Abu Bakar memutuskan, Fauzi bersalah dalam kenyataannya
yang disiar akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011 yang menuduh Norazli
menjadi jutawan segera semasa pemerintahan Pakatan Rakyat Perak selama
11 bulan dulu.
Dalam kenyataan itu, beliau juga mendakwa Norazli membina rumah banglo
besar bernilai RM500,000 semasa pemerintahan 11 bulan Pakatan Rakyat
sebelum dirampas oleh BN.
Hakim turut memerintahkan bekas ketua penerangan PKR Perak itu itu
memohon maaf secara terbuka di Utusan Malaysia sebanyak tiga kali dalam
tempoh seminggu dan membayar kos guaman sebanyak RM10,000.
Bagaimanapun akhbar Utusan Malaysia tersebut membuat keputusan menyelesaikan di
luar mahkamah dan telah memberikan ganti rugi kepada Norazli.
sebelum itu..
Dr.Novandri
Semua sudah tahu apa yang terjadi kepada pengendali blog Minda Intelek
Melayu Dr.Novandri yang terpaksa memohon maaf kepada Khalid Samad atas
satu artikel yang pernah beliau tulis dan dikhabarkan juga terpaksa
membayar sejumlah wang (khabarnya RM50 Ribu) sebagai ganti rugi penyelesaian luar makamah.
Gara-gara difitnah.. dapat fulus pula, banyak tu.
No comments:
Post a Comment