Wanita pertama Speaker Singapura (9/1/13)
Wednesday, January 09, 2013
Apabila ditanya mengenai dirinya yang bertudung beliau
pernah berkata:
I think they (residents) see beyond whats covering my head.
I think whats important is whats in here (pointing to her heart).
Demikian ulasan wanita pertama yang dilantik sebagai Speaker
Parlimen Singapura, Halimah Yacob. Semalam PM Singapura mengumumkan bahawa
beliau, yang sebelumnya Menteri Pembangunan Masyarakat, Beliau dan Sukan,
dilantik menggantikan Speaker sebelumnya yang telah melepaskan jawatannya atas
isu moral.
Menurut Berita Harian Singapura:
Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal
Luar), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang dihubungi semalam berkata
masyarakat Melayu/Islam pasti berasa bangga dengan pencalonan Cik Halimah
sebagai Speaker.
"Masyarakat Melayu/Islam pasti berasa bangga dengan
pelantikannya sebagai Speaker wanita pertama dan wakil masyarakat yang
disenangi semua. Saya mengucapkan tahniah kepada beliau dan berharap beliau
akan terus cemerlang, sekali gus mengharumkan nama baik masyarakat yang
diwakilinya," jelas Encik Masagos lagi.
Difahamkan sebelum ini sebagai Menteri, Halimah memiliki
rekod yang cemerlang dan disenangi oleh kakitangan kerajaan dan rakyat
Singapura.
Sudah pastilah yang lebih membanggakan adalah Halimah merupakan pemimpim tertinggi wanita Muslim Singapura, yang berpakaian menutup aurat. Perlantikan beliau pasti bukan hanya membanggakan rakyat Singapura dan masyarakat Melayu di sana tetapi juga umat Islam seluruh dunia.
Sudah pastilah yang lebih membanggakan adalah Halimah merupakan pemimpim tertinggi wanita Muslim Singapura, yang berpakaian menutup aurat. Perlantikan beliau pasti bukan hanya membanggakan rakyat Singapura dan masyarakat Melayu di sana tetapi juga umat Islam seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment