Petikan Bernama
Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai
calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat.Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas timbalan presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.
"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu, hari ini.
Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Jan lalu.
Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.
"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.
Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.
"Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.
Manakalan Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap menganggap bahawa
pengguguran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS ada kena
mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu bersamanya ke
Gaza.
Cuma bagi penulis.. dunia politik ibarat tidur sebantal belum tentu mimpinya sama dan hari ini kawan tetapi esok belum tentu kekal kawan...kerana ada kawan ngap kawan apabila berpolitik 'sempit'

















Kota Baharu Time
No comments:
Post a Comment