Hebatnya Ciptaan ALLAH
Saturday, November 24, 2012
Rasulullah bersabda:
"Jika jatuh seekor
lalat pada minuman kamu, maka benamkanlah, kerana di salah satu sayapnya
terdapat penyakit dan pada sayap yang satunya terdapat penyembuhnya"
[HR. Bukhari]
Hadis Rasulullah ini
dibuktikan oleh saintis, Sebagaimana mereka mempelajari daripada
serangga - serangga yang ada di bumi. Mereka mencari kelebihan dan
kehebatan serangga - serangga yang menakjubkan bahawa lalat mengepakkan
sayapnya sebanyak 200 hingga 400x setiap saat. Setiap saat lalat
menggerakkan sayapnya 200 hingga 400x gerakan.
Para saintis mempelajari
4 jenis serangga, mereka mendalaminya dan dikatakan kami baru
mempelajari 4 jenis serangga dan masih terdapat lebih dari 10 juta macam
serangga di muka bumi. Dan tentunya banyak mereka menemui penemuan -
penemuan dan keajaiban pada serangga sehingga mereka mengatakan bahawa
di dalam setiap sayap seekor lalat itu ada daripada fungsi - fungsi
elevator dan fungsi - fungsi depressor iaitu fungsi mengangkat dan
menurunkan sayapnya.Sayap lalat boleh bergerak 200 hingga 400x setiap
saat dan gerakan lalat itu sangat menakjubkannya boleh bergerak tanpa
henti.
Gerakan otot yang cepat untuk menggerakkan sayap seekor lalat yang
sangat kecil. Seekor lalat yang kecil dijelaskan oleh saintis dari
Australia bahawa sebelah sayapnya ditemui 1 gen refilin iaitu gen yang
mempunyai 2 fungsi iaitu fungsi pada industri dan fungsi pada kesihatan.
Fungsi pada industri bahawa gen refilin ini lebih dahsyat dan lebih kuat
dari semua jenis getah yang ada yang telah dibuat oleh banyak orang di
muka bumi ini. Jenis getah diambil dari pokok getah atau lain, gen
refilin yang ada di sayap lalat itu lebih kuat dan lebih hebat jika
digunakan sebagai getah kerana ianya mempunyai daya tolakan dan daya
tekanan yang sangat kuat serta daya pental yang demikian dahsyat dan itu
ada pada sayap seekor lalat dan serangga lain hingga ianya dapat
bergetar hingga 1000X dalam setiap saat seperti beberapa haiwan serangga
lain.
Dari segi kesihatan
bahawa gen refilin itu adalah satu gen yang boleh mengubati penyakit -
penyakit yang ada pada saraf arteri dan saraf meina. Saraf arteri yang
banyak tersumbat dan gen - gen refilin yang ada di sayap seekor lalat
itulah yang boleh mengubatinya.
Demikian indahnya, sempurnanya dan kebijaksanaan Rasulullah Saw. Jika
lalat terjatuh pada minuman kamu, tenggelamkan ia. Maksudnya gen - gen
refilin yang ada di sayap itu akan bertebaran di dalam air sehingga
menjadikan airnya itu bebas daripada bakteria - bakteria yang ada pada
sayap yang lain.
Manusia melihatnya dengan mikroskop dan selama puluhan tahun mereka
menelitinya tetapi Nabi SAW tahu di sayap lalat itu ada gen penyembuh,
ada gen penyakit sampai butiran gen dan sel yang ada di sayap lalat
diketahui oleh Rasulullah Muhammad SAW atas penggunaan dari Allah SWT
sebagai sang Maha Pencipta segala sesuatu dan Maha Mengetahui akan selok
belok ciptaanNya. Wallahu'alam bishawab
Diterjemah dari sumber islampos.com
No comments:
Post a Comment