.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Tuesday, November 27, 2012

Bengkel Kerja Penulisan Dokumen MMI




Bermula hari ini 27 November 2012 hinggalah 30 November 2012,penulis mewakili Jabatan Pelajaran Kelantan hadir di Puteri Resort Ayer Keroh Melaka untuk bersama dengan rakan di negeri lain menjayakan bengkel berkenaan yang diurus setiakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bengkel Kerja Penulisan Dokumen MMI ini diadakan bertujaun menghasilkan satu standard dokumen untuk dijadikan rujukan oleh semua pentadbir sekolah serta semua guru dalam "Melindungi Masa Instruksional"  di sekolah masing-masing dengan fokus ke arah Keberhasilan Pembelajaran Murid.

Kumpulan bengkel dipecahkan kepada 2:

1. Bengkel Penulisan oleh Negeri ( dihahadiri oleh Pegawai MMI Jabatan, Pengetua dan Guru Cemerlang PdP)-Dewan Putri 2, Di Pengurusikan oleh  Dr. Jafri bin Abu , BPSH,KPM.

2. Bengel Penulisan oleh Bahagian-Bahagian KPM ( dihadiri oleh wakil dari bahagian-bahagian KPM yang terlibat secara langsung dalam MMI-Dewan Putri 3 Di Pengerusikan oleh En. Zainuren bin Mohd Nor Timbalan Pengarah BPTV  (Rakan semasa kursus kepimpinan pengurusan tertinggi KPM suatu waktu dulu)

• Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
• Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan
• Bahagian Pendidikan Islam
• Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
• Bahagian Sukan
• Bahagian Kokurikulum dan Keseniaan
• Bahagian Pendidikan Khas
• Bahagian Perkembangan Kurikulum
• Bahagian Teknologi Pendidikan
• Bahagian Buku Teks
• Bahagian Pendidikan Guru
• Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
• Lembaga Peperiksaan
• Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
• Institut Aminuddin Baki
• Bahagian Kewangan
• Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
• Bahagian Psikologi dan Kaunseling

Turut bersama adalah 4 orang pengetua termasuk Tn. Hj. Komaruddin bin Abdullah. Pengetua Cemerlang SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, Kelantan yang sebelum ini telah membentangkan Pengurusan dan Pelaksanaan MMI pada penghujung bulan lepas di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu sempena siri Taklimat MMI Peringkat Zon Timur yang juga dikendalikan oleh BPSH,KPM. 

Bengkel ini di rasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Sesi bengkel bermula pada 28-29hb, di mana setiap isu yang dibangkitkan dalam MMI dikupas dengan baik untuk mendapatkan pelan tindakan menjayakan MMI ini bagi tahun 2013 nanti. Disamping itu juga carta gantt pelaksanaan turut dibuat oleh setiap negeri berserta bahan penulisan amalan terbaik PdP dan amalan terbaik pengurusan sekolah.Bengle ini bermula setiap hari dari jam 8 pagi dan berakhir jam 10.30 malam.

Pada hati Jumaat 30 November 2013, sesi pembentangan hasil bengkel dilakukan dimana sekali lagi YBhg. Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.hadir bersama untuk sesi rumusan dan penangguhan. Majlis pada hari ini diisikan dengan

10.20 pagi - Ucapan Pengerusi oleh Wakil JPN Johor
10.30 pagi - Pembentangan 11 Pelan Tindakan MMI oleh KPP Sains JPN Kelantan mewakili JPN Negeri-Negeri
11.00 pagi - Pembentangan 11 Inisiatif MMI oleh En. Zainurin Mohd Nor Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM
11.30 pagi - Pembentangan Carta Gantt Pelaksanaan oleh En. Faris Johan dari BPSH, KPM
11.40 pagi - Sesi rumusan dan penangguhan oleh YBhg. Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
12.00 tgh- Penyampian Sijil dan bersurai

Tanpa makan tengah hari, jam 12.40  , check out dari bilik 257 untuk ke KLCC menumpang Naza Ria En. Wan Zamri, pegawai MMI dari JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berhenti makan dalam hujan di R& R Nilai.Turut bersama ialah Pegawai MMI JP Wilayah Labuan dan JPN Sabah.

Dari KCCC , terus check in flight dan menggunakan KLIA Ekspes ke KLIA mendapat penerbangan ke KBR jam 6.25 petang. Alhamdulliah tiba dirumah jam 8.40 malam dijemput oleh anaknda.
( Catatan: 27 November 2012 - KBR ->KLIA, Flight delay hampir 2 jam.. Tiba di Puteri Resort dengan TEKSI Limo jam 9.30 malam. Kos teksi RM 159.00 sehala)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh