Ikan patin ni amat popular gulai masak asam pedasnya.. Di Temerloh..harga makan semeja dengan menu ini boleh mencecah beratus RM. Tetapi yang biasa penulis beli..... yang fresh sangkar sungai 1 kg sekitar 7@8 RM sahaja. Beli seekor dua dah cukup. Tetapi tak terlarat nak beli yang ni... ada bapak patin yang jisimnya 51 kg. Sedap ke rasanya ?
Nelayan Kutai Barat Menangkap Ikan Patin Raksasa Dengan Berat 51 Kg
Ikan tersebut sedang timbul
di permukaan kerana pening dipercayai akibat ada orang yang tidak dikenali menuba sungai
tersebut.
“Banyak ikan yang mabuk akibat terkena tuba lalu tenggelam timbul dipermukaan sungai,"
kata Innal Rahman, seorang pemancing dari Kukar yang sering memancing di sungai itu.
Ikan tersebut masih mepunyai
tenaga untuk melawan dan mengambil masa sekitar 30 minit untuk berjaya membawanya ke pinggir sungai.
No comments:
Post a Comment