Semasa belajar dulu ada teori kejadian manusia ni.. kita semualah yang dipanggil manusia. Kata Charles Robert Darwin kita ni berasal dari keluarga beruk. Tengoklah gambar evolusi di atas tu.. Lama kelamaan jadi manusia yang hebat penuh dengan kecanggihan teknologi.. zaman ICT.
Tetapi sejak dari kecil lagi hinggalah hampir setengah abad usia penulis ini, beruk yang berada di galah atau di dalam hutan atau zoo takpun berevolusi. Yang berada digalah pun, yang dipelihara untuk memetik kelapa, kadang kala masih pening , mana satukah kelapa tua dan kelapa muda.
Yang jelas , bahawa kita semua dari manusia pertama Adam dan Hawa yang dijadikan ALLAH dari tanah...semulia makhluk kejadian di alam ini.
Dan amat bimbang ada dikalangan kita ni, yang berperangai seperti beruk ini.. perangai natang yang tak tahu dosa pahala halal haram.. semua di dunia ini aku yang punya.
No comments:
Post a Comment