M'sia alami peningkatan pertama kadar kemiskinan sejak 1999
Malaysia
mengalami sedikit peningkatan dalam kadar kemiskinan antara 2007 dan
2009, yang pertama sejak berakhirnya krisis kewangan Asia pada tahun
1999, demikian mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan.
Kadar
kemiskinan naik daripada 3.6 peratus pada 2007 kepada 3.8 peratus pada
2009 manakala kadar kemiskinan tegar kekal pada 0.7 peratus.
Menurut
Laporan Tinjauan Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah dan 2009,
insiden kemiskinan di Malaysia menunjukkan trend yang menurun sejak
1995, kecuali pada tahun 1999 dan 2009. Hal ini mungkin disebabkan oleh
krisis kewangan yang melanda negara pada dua tahun itu.
Antara
negeri-negeri, Sabah masih mendahului senarai dengan kadar kemiskinan
19.7 peratus, diikuti oleh Perlis (6 peratus), Sarawak dan Kedah
(masing-masing 5.3 peratus).
Garis kemiskinan pendapatan berbeza di rantau yang berbeza, dan penanda aras yang digunakan oleh kaji selidik itu ditunjukkan dalam carta (bawah).
bagaimanapun, laporan itu tidak menyediakan penanda aras bagi miskin tegar.
Garis kemiskinan pendapatan berbeza di rantau yang berbeza, dan penanda aras yang digunakan oleh kaji selidik itu ditunjukkan dalam carta (bawah).
bagaimanapun, laporan itu tidak menyediakan penanda aras bagi miskin tegar.
Kajiselidik
itu meliputi 45,805 keluarga di seluruh negara dari April 2009 hingga
Mac 2010 dan mengandungi statistik mengenai pengagihan pendapatan isi
rumah, kemudahan asas dan insiden kemiskinan di Malaysia.
Ini adalah kali pertama kajiselidik itu, yang dijalankan dua kali dalam setiap lima tahun, telah dikeluarkan untuk tatapan umum.
Kata orang... dek kerana kemiskinan ilmu maka kemiskinan harta wang ringgit ini sukar dihapuskan
Kaya ilmu, kaya wang ringgit, kaya budi bahasa lagi kaya beragama itu adalah palinglah mustajab
No comments:
Post a Comment