Pagi ini bertempat di Perdana Resort, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu berlangsung Majlis Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Kelantan. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Abdul Ghafar, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dengan dihadiri oleh barisan kepimpinan JPN, PPD dan semua Pegetua dan Guru Besar sekolah negeri Kelantan.
Majlis yang bermula jam 9.30 pagi ini dimulai dengan bacaan doa dengan diikuti oleh bacaan Al-Quran Karem oleh Adik Abdul Qayum Juara Kebangsaan Tilawah KPM 2012 dari SMKA Melor. Adik Abdul Qayum seorang pelajar istimewa kerana bacaannya berpandukan kepada khat braile. Majlis diserikan lagi dengan lagu nasyid dari kumpulan pelajar orang asal dari SK Pulat.
Ucapan Aluan oleh YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan menyentuh mengenai penganugerahan darjah Tan Sri di mana menifestasinya adalah penghargaan kepada semua warga pendidik di bawah kepimpinan Tan Sri KPPM. Juga disentuh tentang harapan berdasarkan KPI (Akademik) pencapaian top 5 peperiksaan awam utama iaitu UPSR,PMR, SPM dan STPM untuk tahun 2012 dengan mengembelingkan segala kepakaran dan komitmen guru dan pentadbir. Penganugerahan ini adalah kesinambungan dari program juara yang pernah diadakan pada akhir tahun 90'an dan awal tahun 2000 dengan mengambilkira disegi penjimatan kos yang perlu ditanggung oleh pihak sekolah. Seterusnya majlis diserikan dengan dendangan Kumpulan Nasyid SK Gua Musang 1 yang merupakan Johan Negeri 2012.
Ucapan penuh motivasi oleh YBhg. Tan Sri lebih memfokuskan kepada peranan kepimpinan sekolah dalam menterjemahkan KPI yang digarapkan lebih-labih lagi kelantan semenjak dulu hebat dan mempunyai pendekatan tersendiri dalam mencapai kecemerlangan dalam apa bidang yang diceburi. Kejayaan adalah bergantung kepada peranan semua guru menterjemahkan kehendak kementerian melalui dasar yang digariskan. Sesungguhnya apa yang dibuat melalui kandungan kurikulum amatlah bermakna tetapi yang kurang kesannya ialah resultnya.Sepatutnya tiada ada lagi Mat Rempit yang ada Motor Rempit atau World Rempit. Oleh itu penekatan kepada PBS amat dipentingkan untuk menjadikan generasi mendatang dengan kemenjadiannya.
Selingan lagu menyusul selepas selesainya ucapan beliau yang dipersembahkan oleh Johan Bintang Kecil Negeri Kelantan dari SK Tanjong Mas.
Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampian sijil dan tropi kepada semua sekolah yang berjaya cemerlang adalam peperiksaan awam tahun 2011 dan kejayaan kokurikulum. Penyampai teridiri dari Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan diikuti oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan dan disudahi oleh Tan Sri KPPM.
Majlis selesai jam 1.30 selepas jamuan tengah hari.
Tahniah semua.
No comments:
Post a Comment