Bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang, berlangsung di BTPN Kelantan satu mesyuarat bersama antara pegawai SPA JPN dan pegawai SPA PPD dengan memberi fokus kepada 'kaba" kan kesemua kita yang terlibat dalam pengurusan akademik dan kecemerlangan akademik untuk kepentingan generasi akan datang.
Pengisian ini adalah sisipan kepada program merisik khabar yang telah dijalankan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Penegasan kepada bagaimana meningkatkan GPS sekolah yang membawa kepada peningkatan peratus lulus dan kecemerlangan semua A dalam Peperiksaan Awam iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM. Sekolah yang dianggap berprestasi rendah dalam GPS akan dipantau bimbing agar penambahbaikan kepada pelaksanaan program intervensi memberi inpak terbaik untuk peperiksaan tahun 2012 ini.
Terima kasih kepada semua sahabat SPA dan Pegawai Meja UPSR,PMR,SPM dan STPM semua PPD. Bersama turun lokasi.
No comments:
Post a Comment