30 Syaaban 1433H
TUNIS
20 Julai - Mahkamah Ketenteraan Tunisia semalam, menjatuhkan hukuman
penjara seumur hidup ke atas bekas Presiden, Zine El Abidine Ben Ali
tanpa kehadirannya atas dakwaan membunuh 43 penunjuk perasaan semasa
kebangkitan rakyat negara ini pada 2011.
Hakim
Hedi Ayari berkata, Ben Ali dibicarakan bersama 40 bekas pegawainya
yang lain termasuk bekas Ketua Keselamatan Presiden, Jeneral Ali
Seriati, yang dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun.
Sebelum
ini, Ben Ali turut dijatuhi hukuman penjara lebih 66 tahun atas
pelbagai dakwaan termasuk menyeludup dadah dan menggelapkan wang. - AFP
No comments:
Post a Comment