Jam 8.30 malam di Hotel Crown Garden, Kota Bharu, berlangsung Malam Lambaian Kasih Jalinan Mesra untuk yang diraikan mantan Ketua Sektor Pengurusan Akademik yang dah berpencen wajib semalam.Majlis anjuran Badan Kebajikan Sektor Pengurusan Akademik (BKSPA) ini disikan denga pekara berikut:
8.00 malam Ketibaan semua pegawai dan staf SPA
8.15 malam Ketibaan yang diraikan Tuan KSPA dan Isteri Ketibaan Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan
8.30 malam Bacaan doa oleh Tn. Hj. daud Yussof
8.45 malam Persembahan Multimedia yang mengisahkan kehidupan dan kerjaya Tuan Hj. Mohd Adnan bin Mohd Noor semenjak kecil sehinggalah menyambut ulang tahun kelahiran yanh ke 58.
9.00 malam Ucapan Wakil Sektor Pengurusan akademik Saya telah diberi mandat mewakili warga SPA untuk berucap dalam majlis ini. Fokus ucapan ialah kepada pendekatan dan idea beliau kepada memperkasakan kecemerlangan P & P.
9.15 malam Ucapan YBrs. Tuan Timbalan Pengarah
9.30 malam Persembahan Warga BKSPA Dipenuhi denga lagu syahdu , sajak dan uji minda Sesuatu yang dapat di pelajari dari persembahan ini ialah ramai warga spa berbakat dan berani mencuba.
10.00 malam Ucapan YBrs. Ketua Sektor Pengurusan Akademik Intipati ucapan beliau ialah: - Bekerjaya dengan penuh jujur amanah - Bersepakat membawa berkat - Mencari reda ALLAH SWT
11.00 malam Potong Kek Ulang Tahun ke 58
11.15 malam Majlis Bersuarai
Terima kasih kepada Badan Kebajikan SPA yang telah berjaya mengelolakan perjalaan majlis ini. Terima ksih kepada semua warga spa yang hadir termasuk juga dari pegawai akademik dari PPD.
Yang begitu tertarik hati ialah kedatangan sahabat lama beliau semasa belajar di UKM dulu, datang khas dari Johor semata-mata ingin merai bersama majlis ini. Kerana katanya YBrs. Tuan Hj. Adnan Mohd Noor juga telah hadir semasa beliau bersara wajib pada bulan Mac 2011 di Johor. Bagi saya inilah satu persahabatn yang terbaik ikatanya, rakan ketawa senang dicari , rakan menagis sukar dicari. Banyak pengajaran yang diperolehi darinya. lantas terfikir dalam benak ku, boleh kah aku buat seperti itu. Menghormati sebuah persahabatan.
Lagu yang begitu syadu bagi saya ialah Gerimis Jiwa, versi Nordin Ahmad...esok jangan rindu-rinduan.
( Untuk makluman BKSPA adalah cetusan idea dari Tuan KSPA pada tahun 2010 )
No comments:
Post a Comment