Hari ini merupakan tanggal terakhir tahun 2010 dan sebaik saja selepas jam 12.00 malam ini akan hadir 1 Januari 2011, tahun baru Kalendar Gregory @ Masehi. Kehadiran tahun yang semakin mencabar tentang kematangan kemanusiaan dalam pengurusan masa serta pengurusan kehidupan.
Bersempena tahun baru 2011, dengan rendah hati dan penuh kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T. saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 buat semua warga pendidik teristimewa buat Tuan yang selalu mengunjungi blog ini.
Menyedari hakikat tahun baru yang tiba, setiap pengamal pendidikan haruslah terus menanamkan sikap sentiasa berubah untuk menjadi tahun baru ini semakin baik dalam kerja buat supaya
output dan
outcome mengapai cemerlang sama ada kuantiti dan lebih-lebih lagi akan kualitinya.
Mendidik begitu banyak cabaran, di ambang tahun baru seperti yang dah sedia maklum banyak maksiat dan budaya liar turut terjadi yang melibat anak-anak muda yang masih dibangku sekolah lagi.
Dan untuk membendung berluasanya perkara ini, kita jugalah antara peneraju utama yang mesti berperanan aktif. Relakah kita anak generasi abad ke 21 ini terpesong jauh dari apa yang dihasratkan untuk menjadi
INSAN BERMODAL nanti.
Maka kepada kitalah tugas mendidik yang berteraskan
keagamaan, moral dan nilai dipanjangkan kepada mereka ini. Mereka, insyaallah akan mewarnai nanti dengan ketamadunan hebat negara di persada dunia.
******************************************************
Sedikit ilmu kira mengira mengenai detik waktu ini
Kini 2011
Berapa Abad ? : 2011 / 100 tahun = 20.11 abad ( Betullah kini abad ke 21 )
Berapa Dekad ? : 2011/10 tahun = 201.1 dekad
Berapa Tahun ? : 2011/1 tahun = 2011 tahun
Berapa Bulan ? : 2011 x 12 bulan = 24132 bulan
Berapa Minggu ? : 24132 x 4 minggu = 96528 minggu
Berapa Hari ? : 96528 x 7 hari = 675696 hari
Berapa Jam ? : 675696 x 24 jam = 16216704 jam
Berapa Minit ?: 16216704 x 60 minit = 973002240 minit
Berapa Saat? : 973002240 x 60 saat = 58380134000 saat
Hari ada 1 hingga 31
Bulan ada 1 hingga 12
Tahun ada 1 hingga infiniti ( akhir kata - KIAMAT )
Tulis tarikh kebiasaannya dalam 4 @ 6 digit iaitu Tarih/Bulan/Tahun
Jika menulis tarikh yang "orang suka nombor yang cantik" maka inilah nombornya
010101
020202
030303
040404
050505
060606
070707
080808
090909
101010
111111
121212
Tak akan ada tarikh ini
131313
dan seterusnya
Hadirnya esok dengan
1111...tentunya cantik
Bagi saya, semua gabungan nombor ini cantik ..kerana tanpa adanya nombor sukar bagi manusia mengurus kehidupan ini.
(Tetapi alam ini dijadikan sejak berjuta-juta tahun dahulu lagi. Ya..planet tempat tinggal ini dah semakin tua)*********************************************
Sesungguhnya sorotan 2010 banyak memberi keinsafan kepada kita.
Selamat Datang Tahun 2011 Dekad Baru Ke 202
No comments:
Post a Comment