Pada hari ini telah berlangsung siri penyebaran maklumat KSSR melalui taklimat khas kendalian bersama antara Institut Aminudin Baki (IAB) dengan Jabatan Pelajaran Kelantan. Program ini merupakan susulan dari siri taklimat pertama yang melibatkan Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang telah berlangsung pada 9 Disember 2010 yang lepas. Program untuk PKP ini dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dengan kerjasama semua Pejabat Pelajaran Daerah negeri Kelantan.
Ditempat yang sama BTPN Kelantan, program bermula jam 9.00 pagi selepas pendaftaran dengan Ucapan Aluan yang disempurnakan oleh YBrs Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan, Tn. Hj. Zahari Daud yang mewakili YABrs. Tuan Pengarah.
Diantara intipati ucapan beliau antara lainnya ialah:
a. Guru Besar selaku penadbir utama di sekolah janganlah alpa dan cuai dalam melaksanakan tugas rutin disekolah
b. Guru Besar perlu merancang yang terbaik untuk mengatasi sebarang kelemahan yang mungkin timbul sama ada yang berkala atau baru apabila bermulanya sesi baru persekolahan 2 Januari 2011.
c. Guru Besar perlu memastikan agar setiap kelas adalah kondusif dengan keperluan minimum P & P dan ceria.
d. Guru Besar perlu memastikan setiap kelas dengan bilangan muridnya antara 30 - 35 orang.
e. Guru Besar perlu memastikan setiap pelajar dibekalkan meja,kerusi dan buku teks lebih awal sebelum sesi 2 Januari 2011 bermula.Jangan pada tarikh ini masih lagi tunggang langgang pungah kerusi meja untuk melengkapkan prasarana ini.
f. Guru Besar amat memerlukan Kemahiran Membuat Keputusan dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah apabila menghadapi isu yang mungkin timbul.
g. Semua guru termasuk Guru Besar tidak dibenarkan cuti pada hari pertama persekolahan kecuali bagi kes kecemasan.
h. Guru Besar hendaklah memastikan agar semua kelas dihidupkan dengan P & P. Semua guru mata pelajaran melaksanakan tugasnya sebagaimana yang dijadualkan. Tiada kelas tanpa guru. Kekalkan ini untuk hari-hari seterusnya.
i. Guru Besar dengan dibantu oleh orang kanan pentadbirannya perlu memastikan setiap guru mata pelajaran membuat persediaan P & P terbaik dan melaksanakannya juga yang terbaik.
j. Guru Besar perlu memastikan agar keselamatan nyawa dan harta benda sekolah terjamin dalam musim tengkujuh yang kini sedang melanda negeri ini.
Dapatan dari maklumat semua Guru Besar yang hadir menjelaskan semua sekolah rendah di negeri ini telah bersiap sedia dalam semua aspek keperluan untuk menerima murid dan seterusnya melaksanakan P & P apabila loceng pertama dibunyikan. Semua sekolah berada dalam situasi
tip top. Kita hendaklah sentiasa beringat kerana sebarang kepincangan dan kelemahan ini boleh dimanipulasikan dan disensasikan oleh pihak media.Nanti susah untuk menjawabnya. Menyedia dan sentiasa merujuk SENARAI SEMAK begitu penting. Senarai semak ini sentiasa memandu dan mengingat kita tentang status semasa kerja buat kita. Kerja dengan hentam keromo tak akan kemana, banyak menimbulkan kelemahan.
Majlis disambung pada jam 10.45 pagi setelah berhenti rehat selama 20 minit dengan diisi oleh YBrs. Dr. Lee Boon Hua selaku Timbalan Pengarah BPK yang didatangkan khas oleh IAB dalam menjayakan program ini. (
Beliau pernah bertugas di bumi Cik Siti Wan Kembang ini iaitu di SMK Tendong-ucapanya banyak diselit dengan loghat klate )
Antara fokus beliau dalam menerang falsafah serta konsep KSSR ini ialah:
1. KSSR dibina atas kekuatan KBSR yang sedia ada dengan lebih penambahbaikan kepada keperluan untuk masa kini dan masa depan abad ke 21. Untuk jayakan KSSR tanpa meninggalkan sedikit pun apa yang ada dalam KBSR.
2. KSSR banyak memupuk serta menyuburkan budaya Kolaborasi antara sesama insan kerana kolaborasi menjadi eleman kerjaya masa depan.
3. KSSR memerlukan guru yang
main peranan sebagai pemangkin untuk murid
lebih main peranan. Guru berkreatif dan inovasi sepatutnya menjana murid agar lebih berkreatif dan berinovatif.
4. KSSR dinyatakan dalam bentuk dokumen semata-mata dengan merujuk kepada hampir 16 buah negara yang telah lama melaksanakan konsep ini. Kejayaannya amat bergantung kepada kehebatan guru dalam menterjemahkannya semasa sesi P & P.
5. KSSR mementingkan selain kemahiran menulis, membaca dan mengira, juga kemahiran menaakul dengan kaedah " Didik Hibur" ..
Learning is Fun. Jangan biarkan murid kita
boring dari sekolah rendah hingga 17 tahun kemudiannya dengan "
buka buku muka surat sekian, baca senyap-senyap, salin, buat soalan nanti kita tunjukkan jawapannya.Nanti balik rumah buat kerja rumah, esok hantar.. setiap hari setiap tahun berulang ". Bukan satu dua kerja rumah, bertimbun. Maka murid yang akur akan menyelesaikannya, tiru pun ok lah. Yang tak akur, tak buat, peduli apa memang dah tak faham. Akibatnya murid yang lemah iman terus lena, mungkin masalah disiplin juga berpunca dari ini.
"
Datang sekolah dengan berjalan tetapi pulang ke rumah dengan berlari " .
Peranan dan tugas guru perlu mengubah murid mereka dengan
"
Datang sekolah dengan berlari tetapi pulang ke rumah dengan berjalan "
6. Setiap 5 tahun kurikulum perlu disemak semula. Dalam ahun 2008 KBSR telah mula disemak dan lima tahun kemudiannya lahir kurikulum yang lebih baik iaitu dinamai KSSR.
7. STANDARD dalam KSSR ialah setiap sesuatu kurikulum yang dibina ini akan menyebabkan seiap murid menguasai akhirnya. Setiap murid akan dapat mencapai standard yang telah ditetapkan kerana kita sedia maklum bahawa potensi mereka boleh digilapkan walaupun mungkin memakan sediki masa.
8. MBMMBI akan mengambil tempat PPSMI mulai tahun 2011 (PPSMI dah landing) .KSSR merupakan pengisian dalam MBMMBI. KSSR bermula tahun 2011 manakala KSSM untuk Tingkatan 1 akan bermula pada ahun 2014. Bahasa ilmu nya ialah Bahasa Melayu,Bahasa Cina dan Bahasa Tamilnya sebagimana buku Teks keluaran Bahagian Buku Teks KPM.
9. Sentiasalah memupuk perbualan Konsruktif antara guru dan pelajar kerana hasilnya pelajar akan semakin minat dan semakin yakin diri sebagai seorang pelajar.Ilmunya semakin mantap.
10. Pupuklah kemahiran menulis huruf dan angka dengan kaedah pegang pensil yang betul.Juga kaedah membaca buku dan membelek helaian buku.Jangan ada pelajar yang memegang pensil penuh jarinya untuk menulis.Mungkin ini akan menjadi tabiat hingga dewasa.
11. Kolaborasi sesama guru amat penting, jangan memberi gambaran kepada pelajar kaedah menulis huruf angka dalam BM berbeza dengan BI. Sebenarnya sama, merentas antara satu sama lain.Berilah kaedah yang betul kepada mereka.
12. Berilah peluang yang sama untuk murid belajar.Mereka mampu untuk mengikutinya sehingga capai standard walaupun mereka dalam kategori "
slow learner".
13. Semua orang mementingkan pencapaian semua A, sekolah yang melahirkan ramai pelajar semua A adalah sekolah yang hebat. Tetapi juga pencapain A ini boleh diperolehi dengan program latih tubi dan kelas tambahan semata-mata, P & P kurang diberi fokus. KSSR memulakan supaya fokus diberi kepada pencapaian kecemerlangan bersekali dengan pelbagai kemahiran, berkreativiti dan berinovasi, bercirikan keusahawanan serta TMK semasa melaksanakan P & P. Bermakna semua guru di semua tahap atau tahun
wajib berkerja bersungguh-sungguh sebagaimana guru tahun 6. Tugas semua guru adalah sama iaitu menjayakan P & P berkesan.
("..
gembirakah kita selaku seorang guru, murid kita Skor A dalam Sains tetapi tak mampu melakukan eksperimen di makmal ? Malu mereka apabila berada di IPT nanti ")
Satu petikan lain dari ucapan beliau ialah
" jika kita sayang anak sendiri, mengapa kita tak boleh sayangi anak orang lain?"Program tamat jam 1.00 thg setelah selesai sesi soal jawab mengenai KSSR
.
Ucapan berbayak terima kasih kepada IAB diatas inisiatif ini, khususnya pegawai-pegawainya dari IAB Cawangan Pantai Timur yang kini dah mula beroperasi di Buki Jawa, Selising, Kelantan. Juga kepada Tuan Timbalan Pengarah (Sektor Kemanusiaaan)BPK, Dr. Lee Boon Hua yang menjadi penceramah utama dalam menjayakan taklimat penyebaran KSSR ini.
Bagi menutup tirai tahun 2010 ini,semua perkara yang melibatkan KSSR sejak bermulanya lagi diperingkat KPM telah dilaksanakan di peringkat negeri, daerah dan sekolah. Untuk guru dengan kursusnya dan untuk pentadbir dari PKP dan Guru Besar dengan taklimat mengorganisasi serta menterjemahkannya.
Kejayaan dan kehebatan generasi abad ke 21 nanti amat memerlukan komitmen kita hari ini.
Kalau tidak kita, siapa lagi
No comments:
Post a Comment