Mungkin ini satu soalan yang agak dangkal malah melucukan. Tetapi seseorang yang ingin menempah jaya dengan cemerlang samada hidup didunia fana atau dialam baqa nan kekal abadi maka kita perlu membuat tranformasi untuk menambah kebaikan dengan menyerang diri kita sendiri.
Jika sebelum ini kita hebat menyerang orang lain, memfitnah , mengadudomba, memaki hamun, khianat dan dengan segala perkara yeng negatif. Bagi kita semua yang ada pada kita, semua betul benar manakala bagi orang lain semuanya salah silap belaka.
Saya tertarik dengan isi khutbah Jumaat semalam membicarakan kehadiran Ramadhan, Insyaalah pada hari Isnin ini, dengan persoalan sepertimana di atas.
Disepanjang bulan Ramadhan, umat Islam perlu mendambakan sebanyak mana pahala tak kira disiang atau malam hari. setiap laku yang baik ada pahalanya. Dan semestinya banyak pantang larang bagi orang yang berpuasa pada bulan yang mulia ini. Demikian juga laku jahat, dosa dan laknatlah dapatannya.
Jika sebelum ini, kita boleh makan pada waktu siang, tetapi dalam bulan Ramadhan kita hanya boleh makan apabila masuknya waktu maghrib hingga berakhir apabila masuknya waktu imsyak sebelum waktu subuh.
Jika sebelu ini cakap kosong berlegar setiap masa tetapi dalam bulan mulia ini, cakap yang bernas bersandar iman banyak menempah pahala.
Jika sebelum ini, mengumpat keji fitnah sumpah seranah mainan bibir yang kadang kala dilakukan oleh yang kunonnya mengaku beriman maka apabila tiba bulan mulia ini semuanya perlu dikunci.
Jika sebelum ini solat hanya yang wajib saja, itu pun jika cukup, maka hadirnya Ramdahan maka solat wajib "wajib solat' disertai sama dengan solat sunat yang lain.
Jika sebelum ini susah nak bangun dinahari maka malam Ramdahan kena bangun dinahari.
Jika sebelum ini makan minum ikut terlintas dan dengan kekerapan tertentu maka tibanya Ramadhan makan minumnya secara berpada-pada. Tetapi ada juga yang mengamalkan makan banyak minum banyak sehinggakan susah nak mengerjakan solat dan lainnya.
Jika bulan sebelum Ramadhan, telinga suka mendengar yang bukan-bukan maka dalam bulan suci ini dengarlah ayat-ayat ALLAH dengan segala pengertiannya untuk diikut amalkan nanti,
Jika sebelum ini, mata banyak memerhatikan keaiban orang lain maka dalam bulan penuh berakah ini gunakan mata untuk memerhati ayat-ayat NYA dan juga memerhatikan keaiban diri sendiri yang serba kekurangan untuk diperbaiki.
Jika dalam bulan sebelum ini, tangan banyak menjamah sentuh perkara yang haram, maka dalam bulan Ramadhan ini, sentuhlah perkara yang baik lagi halal.
Jika sebelum ini, mulut memang tak senonoh membicakan perkara maka dalam bulan mulia ini mulut itu perlu membicarakan keagunganNYA bagi menginsafkan kita.
Jika dalam bulan sebelum ini kaki melangkah ke tempat maksiat, maka dalan bulan mulia ini langkahkan kaki ke masjid untuk meningkat amal.
Jika sebelum ini tak banyak berzikir maka dalam bulan Ramadhan ini, basahlah mulut dengan berzikir memuji kebesaran ALLAH AWT.
Dan itulah antara yang perlu kita lakukan demi kebaikan kita dimuka bumi ini dan diakhirat nanti.
Maka untuk itu kita sendiri amat perlu kepada keberanian diri kita sendiri untuk memerangi oerkara negatif itu agar tidak berulang untuk tahun mendatang. Gunakan senjata paling ampuh yang ada pada diri kita sendiri iaitu dengan mengubanh sikap menjadi yang terbaik untuk mengumpul pahala semaksimum mungkin.
Jika kita mampu untuk berhenti merokok pada bulan puasa.. maka perkara di atas kita lebih mampu untuk melakukannya. TANYALAH DIRI UNTUK KECAPI DIVIDEN DAN BONUS INI.
JOM KITA PERANGI DIRI SENDIRI DALAM MADRASAH RAMADHAN YANG DIPENUHI DENGAN IMAN TAQWA INI.
No comments:
Post a Comment