Hari ini 26 Julai 2011, bertempat di BTPN Kelantan berlangsunglah Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 yang disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Hussain Bin Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan. Seramai 190 warga pendidik telah menerima Sijil Perkhidmatan cemerlang masing-masing. Kalangan ini terdiri dari Pegawai bersama Anggota Khidmatan Sokongan dari JPN dan PPD serta juga Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah negeri ini yang mana telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang perkhidmatan tahun 2010. Turut bersama ialah guru-guru KPM yang berkhidmat di sekolah dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.
Sepatah kata dari YABrs. Tuan Pengarah
….“Penganugerahan ini merupakan penghargaan, pengiktirafan dan ucapan terima kasih kerajaan serta pihak pengurusan Jabatan Pelajaran Kelantan terhadap prestasi kerja yang cemerlang dan sumbangan yang boleh dicontohi dan diikuti oleh orang lain”
Pengamalan budaya Pengurusan Berkualiti Total (TQM) diikuti dengan kompitensi ilmu dan kemahiran yang semakin meningkat dari sehari ke sehari akan menjurus kepada kecemerlangan yang diidamkan. Kita perlu merancang untuk berjaya. Ketrampilan dalam pengurusan dan repo yang baik bersama rakan sejawat dan AKS di jabatan akan menjanakan suasana tugas yang harmoni . Sinergi atau kerja dalam satu pasukan adalah resipi terbaik untuk menjaringkan sebanyak mana gol idaman dengan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Seorang penjawat yang ingin mengekalkan kecemerlangannya tidak lagi dianggap seorang yang hebat sehinggalah ia berusaha untuk meningkatkan kecemerlangannya. Kreativiti dan inovasi berserta dengan perekayasaan dalam berkerjaya amatlah dituntut. Anjakan paradigma dalam menjalankan tugas adalah antara kehendak transformasi yang diwar-warkan kini.
Kepada semua penerima yang bertuah ini, tahniah dari saya. Marilah kita bersama bekerja untuk nusa bangsa dengan berlandaskan ajaran agama.
Buat sahabat dari SPA, En. Mat Nawi Wahid, Pn. Hjh. Rani Abd Mutalib dan En. Mohd Najib Omar, tahniah khas buat tuan. Marilah bersama terus memperkasakan fungsi dan tugas SPA bersama dengan semua pegawai dan AKS SPA yang lain. Untuk tahun mendatang, kurnia ALLAH tetap ada kepada mereka yang cemerlang.
(Alhamdullilah syukur kehadrat NYA kerana dengan izinNYA, ada juga nombor (No.8) untuk saya di majlis yang penuh makna ini)
Perbezaan Rumpai dan Rumput Laut
2 days ago
No comments:
Post a Comment