Hari ini, 9 hb. Februari 2011, segaja nak menulis sedikit tentang diri ini apabila semalam 8 hb. Februari, jam 8.00 pagi sewaktu memandu ke SK Kemahang 1, sebelum tiba di simpang Rantau Panjang ke Alor Pasir, telah menerima panggilan dari seorang sahabat lama dengan ucapan Happy Birth Day kawan..Oh rupanya beliau masih mengingati hari lahir sahabat nya ini. Kataku, terima kasih Tuan Haji kerana mengingatkan diri ini tentang usia yang sentiasa bertambah. Ketawa rakan dengan ucapan bahawa semua kita semakin hari semakin meningkat usia. Tetapi katanya yang lebih penting semakin hari semakin warak.. Insyaallah.
Tuan Haji Askuri bin Kadir, kini seorang pensayarah bidang geologi di Universiti Teknologi Petronas, Perak. Rakan lama di SM Sains Kelantan (kini SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra). Kemudian bersama di Sekolah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur ( di sini juga bersama dengan Prof. Dr. Aziz Bari. UIAM ) dan seterusnya di Fakulti Sains, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur. Tahun 1 tinggal di Seksyen 17 Petaling Jaya, dekat dengan Maktab Perguruan Islam. Satu Bilikn juga bersama Dr. Wan Mansor Hamzah, kini Timbalan Pengarah Kesihatan Kelantan.
Tahun 2 tinggal juga sebilik di Bilik 1A2, Asrama Yayasan Pelajan Mara, Jalan Reko, Bangsar,dibelakang NST Malaysia.Bertiga satu bilik dengan seorang lagi rakan yang juga bersekolah sekali di SMK Kota, Kota Bharu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3, Prof. Dato Wira Hj. Mohd Shukry Abd. Yajid yang kini sebagai Presiden Merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Manegement & Science University (MSU)dan PTPL. Sebab tu lah tak reti nak kecek luar sebab semuanya klate.
Untuk Tahun 3 dan Tahun 4, kami berpindah bilik ke 35C2, untuk lebih selesa.Prof. berpindah ke kampus kerana menjadi orang kuat Persatuan Pelajar Fakulti Sains.Teringat semasa dibilik inilah kami berdua demam serentak seminggu. Segala aktiviti luaran semuanya dijalankan secara bersama dalam kumpulan. Naik BAS MINI, Chow Kitlah jawapannya.
Setelah tamat pengajian, walaupun tempat kerja berlainan, tetapi masih berhubung hingga kini.Inilah cerita seorang sahabat sentiasa sebilik di Universiti.
Buat sahabat yang tidak tinggal sebilik,tetapi sentiasa bertemu dengan "terup 400" selepas Insya hingga ke subuh, Tuan semua masih tetap diingati.Ramai yang dah bergelar Pengetua, DO, Pegawai Kanan PTD serta businessman yang berjaya. Bila masanya dapat berjumpa.. Insyaallah disuatu masa dengan izinNYA.
Itulah SAHABAT.. dan kini kita dah masuk ke tahun 52.. Buat sahabat yang mengirim ucap selamat, terima kasih Tuan.
Perbezaan Rumpai dan Rumput Laut
2 days ago
No comments:
Post a Comment