Pada minggu lepas, saya bersama beberapa rakan pegawai dari Sektor Pengurusan Akademik telah berkunjung ke beberapa buah sekolah bagi tujuan pemantauan pelaksanaan Pra Sekolah masing-masing. Apabila melangkah masuk ke kelas Pra Sekolah, terasa suatu suasana yang ceria lagi kondusif dengan telatah anak murid di peringkat ini. Sungguh gembira mereka apabila sama berinteraksi dengan dipandu oleh guru masing-masing.
Pemantauan memberi fokus kepada perkara berikut:
1. Ketrampilan Profesional
2. Pengurusan Pra Sekolah
3. Peranan dan Aktiviti Bukan Akademik
4. Kualiti Peribadi dan Pembangunan Diri
5. Pengajaran dan Pembelajaran
Walau bagaimana pun saya bergitu tertarik untuk memberi pandangan mengenai keperihalam murid pra sekolah ini.
Dalam kenal huruf tulis baca serta kenal angka tulis kira, hebat anak murid pra sekolah ini tidak dijangka. Dah kenal huruf A, B, dah kenal alif ba ta dan kenal 1,2 serta dan kenal dosa pahala berserta adat tata susila. Dah kenal dan faham arahan dalam Bahasa Inggeris.
Mengikut guru mereka, dah ada yang cepat menulis dan baca sukukata bahkan dah ada yang boleh baca ayat mudah. Dalam angka, ada yang boleh sebut hingga ke berdigit tiga, melaksanakan operasi mudah tambah tolak.
Dan pandai membaca doa mudah untuk makan minum, masuk keluar tandas dan lainnya. Walau pun ada yang nakal tetapi ketabahan guru dalam menanganinya semuanya mudah dibereskan. Kebetulan waktu kebersmaan, tiba waktu makan iaitu waktu rehat, mereka makan bersama dengan memula bacaan doa. Selepas makan ke bilik air untuk gosok gigi dengan berus gigi masing-masing yang tersedia di dalam bekasnya.
Semuanya ini berlaku dalam suasana tanpa stress, marah seorang guru kerana hendak memdidik. Sambil bermain mereka belajar.
Banyak perkara positif yang diperhatikan tetapi agak bimbang juga adakah ia akan ada kontiniuti untuk mereka apabila memasuki kelas formal nanti, antaranya ialah:
1. Dalam 25 murid ini, sepatutnya kesemua mereka akan melepasi LINUS lebih awal lagi dalam saringan yang ditetapkan
2. Semasa di Pra Sekolah, bahasa pengantara ialah BM dan BI,maka lebih mudah lagi untuk memantapkan apabila berada diarus perdana
3. Doa harian sepatutnya dah jadi amalan rutin nanti.
4. Menjaga kebersihan diri dan sekitar menjadi tugas wajib mereka.
5. Setiap P & P diceriakan dengan aktiviti berpusat murid. Jangan nanti masuk tahun 1, dah berubah berpusat guru. Nanti ada kalangan mereka yang mengantuk dan tidak menghiraukan guru. Ada berita mengatakan (
entah betul entah salah) murid tahun 1 dah diberi kerja rumah dengan begitu banyak. Akibatnya mereka tak nak datang lagi ke sekolah, takut guru marah. (INGAT: KSSR TIDAK BEGITU)
6. Guru di Pra Sekolah banyak kreativitinya untuk menarik minat anak didiknya, Bimbang nanti, masuk tahun 1, guru mengajar
dok tan tu juga, akhirnya murid menjadi
booring.
7. Sepatutnya sebahagian besar mereka ini akan menjadi murid target UPSR nanti, 4'A.Sekiranya guru pra sekolah hebat ber P & P, maka guru Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 juga sama hebat P & P nya. Jangan hanya menyerahkan tugas ini untuk Guru Tahun 6 semata-mata seperti amalan setengah-tengah guru sebelum ini.
Bersama kita renungkan.
No comments:
Post a Comment