Apakah itu budaya?
Budaya bolehlah dimengertikan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.
Kita orang beragama maka kita perlu mengisi makanan rohani yang telah jelas tersurat dalam ajaran agama yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W. Kita juga perlu kepada makanan jasmani untuk kita sihat walafiat bagi memacu kemajuan hidup di dunia fana ini.Makan minum bersumberkan yang bersih lagi halal. Kita perlu kedua-duanya.
Apabila kita bekerja, badan dan minda perlu sihat. Tanpa kesihatan yang baik akan menjejaskan mutu kerja. Ajaran agama hendaklah mendasari apa akan dibuat. Dibolehkan atau dilarang. Yang dibolehkan tentunya mendapat pahala manakala yang dilarang tentu sekali dosa sebagai habuan nya.
Budaya yang baik perlu sentiasa dibugarkan. Pendidikan memainkan peranan. Budaya yang tak baik, benteraskan. Tetapi mungkin budaya yang baik ini akan bakal terhakis apabila budaya baru meresap dalam generasi masyarakat.
Banyak contoh mudah, antaranya:
Budaya Bersih
Semua orang suka bersih, sentiasa bercakap tentang kebersihan. Kempen situ kempen sini. Orang agama pun suka cakap dalam cermahnya.Tetapi apa yang diperhatikan, tandas masih kotor, tisu kertas dicampak keluar dari kereta, beg plastik yang penuh dengan bahan buangan dapur dan rumah ditabur di atas jalan raya,longkang tepi rumah tempat tinggal tetap nyamuk,tin botol bersepah, di mana tempat makan di situ tempat buang sisa,sungai yang cantik dah jadi semacam, ikan dah keracunan... dan banyak lagi.
Kata orang, yang penting apabila kita bercakap tentang bersih, maka amat perlu ia kelihatan bersih. Adakah terlalu sukar untuk KELIHATAN ?
Budaya Hormat
Semua orang suka dihormati, tanda kasih sayang antara sesama insan. Yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang muda. Tetapi apa yang diperhatikan budaya ini dah mengecil.Apalah salahnya angkat tangan jika berselisih kereta di jalan yang sempit.Orang bagi ruang untuk lalu, tak habis duit dengan angkat tangan, tanda terima kasih. " tak angkat tangan peduli apa kerana kita orang kaya, kereta besar, dia tu apa, hanya motorsikal kapcai". Tanggapan ini silap, mungkin kat rumah nya dua tiga kereta mewah. Adakah kerana fenomena materialistik menjahanamkan budaya ini?
Dan banyak lagi budaya-budaya lain yang berlegar dalam kehidupan ini.
Kita bimbang dengan timbulnya budaya baru yang menyimpang dari ajaran agama dan nilai budaya timur ini akan melenyapkan yang baik. Kesejahteraan yang diharapkan rupanya mengundang kesangsaraan.
Dan sesungguhnya BUDAYA KITA ADALAH WAJAH KITA.
Relakah wajah yang bersih ceria berseri ini akan dicomotkan nanti ?
Perbezaan Rumpai dan Rumput Laut
2 days ago
No comments:
Post a Comment