.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Tuesday, August 3, 2010

Kepelbagaian Kaedah P & P Memupuk Minat Murid

Kaedah pelaksanana pendekatan pengajaran dan pembelajaran iaitu pendekatan Inkuri Penemuan, Pembelajaran Konstruktivisme,Pembelajaran Kontekstual dan Pembelajaran Masteri serta Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek,penggunaan sumber luar bilik darjah, kajian masa depan dan penyelesaian masalah.

Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajarann seharusnya berdasarkan kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta sumber dan prasarana yang ada. Di samping berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk bidang pengajaran, guru juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan pembelajaran.Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza kecerdasan. Kepelbagaian kecerdasan merangkumi visual dan ruang,verbal linguistik, muzik dan irama,logikal matematik, kinestatik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri,perhubungan antara insan dengan Penciptanya, pemahaman tentang alam sekitar.

Penerangan mengenai kaedah berkenaan:
1. Eksperimen
Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.
Secara kebiasaan, langkah menjalankan eksperimen adalah seperti berikut:
* Mengenal pasti masalah
* Membuat hipotesis
* Merancang eksperimen
- mengawal pemboleh ubah
- menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
- menentukan langkah menjalankan eksperimen
- kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
* Melakukan eksperimen
* Mengumpulkan data
* Menganalisis data
* Mentfsirkan data
* Membuat kesimpulan
* Membuat pelaporan

Selain eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang bboleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh dijalankan secara bersendirian atau secara kumpulan kecil.

2. Perbincangan
Perbincangan adalah aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahihi. Semasa perbincangan , murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. Perbincangan perlu dijalankan semasa dan selepas menjalankan eksperimen , projek, aktiviti menggumpulkan dan mentafsirkan data,simulasi,penggunaan sumber luar bilik darjah,penyelesaian masalah dan lain-lain.

3. Simulasi adalah aktiviti yang dajalankan menyerupai yang sebenarnya.Iannya boleh dilaksanakan melalui main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.

4. Projek
Projek adalah aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pasti keadaan untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain.

5. Penggunaan Sumber Luar Bilik Darjah
Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat tertentu seperti zoo,muzium,pusat sains,institut penyelidikan, paya bakau, kilang dan lainnya boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakana. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang secara rapi di mana murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan satu daripada contoh kaedah ini.

6. Kajian Masa Depan
Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu dan masa sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan. Pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral dan pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

7. Penyelesaian MasalahPenyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau mencapai sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umum penyelesaian masalah melibatkan langkah seperti berikut:
* Kenal pasti dan faham masalah
* Jelaskan masalah
* cari alternatif penyelesaian masalah
* lakukan operasi penyelesaian
* Nilaikan penyelesaian

Sumer: Program Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Sekolah Rendah di bawah MBMMBI)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh