.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Friday, July 30, 2010

Ada caranya TIDUR



Posisi tidur menurut Islam dan Sains
18 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Thursday, July 29, 2010

Kebersihan Itu Sebahagian Dari Iman



Justeru, di mana kita ?

Monday, July 26, 2010

Apakah Pendekatan P & P Anda ?

1. Pendekatan Inkuri Penemuan
Pendekatan inkuri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuri.

Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendirri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuri penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuri penemuan ini. Namum demikian perlu diingat bahawa pendekatan inkuri penemuan tidak sesuai diguakan dalam semua situasi pengakaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuri penemuan terbimbing.

2. Konstruktivisme
Konstruktivisme ialah satu fahaman yang mencadangkan bahawa murid belajar sesuatu deg\ngan cara membina sendiri pemahaman yang bermakna terhadap alam sekeliling mereka . Antara unsur penting dalam konstruktivisme adalah seperti berikut:
* Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid
* Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri
* Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka
* Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat fefleksi

3. Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan harian murid. pendekatan kontekstual digunakan di mana murid belajar secara nebyiasat seperti dalam pendekatan inkuri penemuan. Dalam pembelajaran kontekstual, kaitan di antara bahan yang diajar dengan kehidupan harian dieksplisitkan. Dalam konteks ini, murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat menghayati kerelevenan pembelajaran saibs dengan kehidupan mereka.

4. Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid untuk bvelajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM)
Pembelajaran yang bermaksna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam pendekatan seperti pembelajaran konstekstual dan Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat. Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM diwujudkan dalam kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran sains melalui penyiasatan dan perbincangan berlandasrkan isu sains dan teknologi dalam masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi dipelajari bersama dengan aplikasi sains dan teknologi serta implikasi kepada masyarakat.

Sekiranya Tuan dapat menggunakan pendekatan ini, tentu hebat nanti P & P Tuan.
( Ini adalah sebahagian dari pendekatan P & P )

Tetap dalam ingatan

Pada tanggal 24 Julai 2010, hari Sabtu, bermula jam 8.30 malam telah berlangsung Majlis Jasa Mu Dikenang. Bertempat di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, 4 orang pegawai dan 1 staf sokongan diraikan sempena tamatnya secara mandatori perkhidmatan mereka dalam Perkhidmatan Kerajaan Malaysia. Majlis diisikan dengan Bacaan Doa diikuti dengan Ucapan YBrs Tuan Hj. Zahari bin Daud, Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan, Ucapan YABrs. Tuan Hj. Hussain bin Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan serta ucapan salah seorang yang raikan.

Saya serta hadirin dari Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah serta sebahagian Pengetua dan Guru Besar yang hadir begitu tertarik dengan intipati ucapan dari ketiga-tiga personaliti berkenaan yang lebih memfukoskan kepada "team work" dalam tugasan harian. Tanpa mengamal budaya kerja seumpama ini, maka begitu sukar untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan dalam bidang masing-masing.

Ucapan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian, YBrs. Tuan Haji Ismail bin Wahab, pegawai yang diraikan, begitu mencuit hati dengan analogi yang penuh bermakna, banyak pengajaran dalam menjayakan kerja berpasukan ini. Pelaksanaan kerja berpasukan ini perlu ada iman makmumnya, ada yang berada didepan dan dibelakangnya,ada adat dan ada perundangannya tersendiri, ada sah ada batalnya. Apa pengajaran dalam SOLAT itu, itulah yang sepatutnya diikuti dalam kerja berpasukan ini. Nescaya, solat kita mengadap ALLAH dan kerja kita akan sentiasa dilindungi dan diberkati.

Tuan semua iaitu Tn. Hj. Ismail Wahab dan Tn. Hj. Mohd Nordin bin Ibrahim - yang pernah bersama di Sektor Pengurusan Akademik serta En. Mohd Araffian bin Abdullah dan En. Amran dari Unit HEM yang bermula pencen dalam masa terdekat ini, jasa Tuan amatlah saya sanjungi. Pengalaman bersama Tuan tetap jadi ingatan. Semoga ALLAH terus merestuai kita sama ada yang masih berkerja ataupun yang dah bersara.

Dan sesuatu yang perlu kita maklum, bahawa semua kita sedang menghitung hari untuk dipencenkan dari tahun, ke bulan ke hari ke jam dan ke saat. Semoga servis kita semakin cemerlang untuk disambung oleh bakal penganti kemudiannnya.

Sebelum majlis jasa mu di kenang ini, pada sebelah petangnya saya berada di KB Mall untuk bersama menjayakan Pertandingan Bowling Tenpin Piala YABrs Pengarah Pelajaran Kelantan. Penyertaan semua sektor, semua PPD termasuk PKPSM dan MGB serta pasukan veteran dari pegawai kanan pelajaran yang telah bersara begitu menceriakan suasana pertandingan. Saya juga banyak skornya, 252 daripada 3 game, orang lain lebih lagi, skor tertinggi capai 520 Sebabnya inilah permainan bowling pertama saya. Banyak pin yang tak dapat ditumbangkan kerana bola sentiasa jatuh 'parit'. Betullah bidalan kata 'alah bisa tegar biasa'..rupanya hebat juga saya ni walaupun mungkin Tuan lebih hebat lagi.

Wednesday, July 21, 2010

Berfikrahkah Strategi P & P Tuan?

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran.

Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan,penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik. Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui pendekatan seperti inkuri, konstruktivisme,sains, teknologi dan masyarakat, pembelajaran kontekstual termasuk juga pembelajaran masteri.

Tuesday, July 20, 2010

Kualiti Pengajaran Tuan.. bagaimana?

Bagaimana meningkatkan kualiti pengajaran Guru ?
Ini adalah satu persoalan yang sentiasa timbul apabila membicarakan P & P berkesan. Kualiti pembelajaran pelajar amat berkait rapat dengan mutu pengajaran guru semasa sesi P & P. Guru dengan pengajarannya yang hebat maka pelajar dengan pembelajarannya juga hebat, lantas perkara berikut perlu diberi fokus oleh semua guru agar kualiti pengajaran dapat dipertingkatkan. Antaranya ialah:

1. Mahir meluahkan isi pelajaran selain isi kandungan dalam buku teks
2. Mempelbagaikan kaedah P & P mengikut kebolehan murid
3. Mempelbagaikan sumber / bahan pengajaran
4. Mahir melaksanakan P & P yang bersifat holistik
5. Mahir melaksanakan P & P yang meyeronokkan (learning is fun)
6. Mahir mengaitkan P & P dengan matlamat mata pelajaran
7. Mahir dalam melakukan tunjuk ajar
8. Berinovasi membina modul P & P dengan usaha sendiri
9. Menguasai ilmu konten mata elajaran
10.Menggunakan ICT dalam P & P
11. Tidak hanya memberi fokus kepada peperiksaan dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja
Rujukan:
Dapatan Jemaah Nazir Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia


jika begitu, sekiranya kita dapat mempraktikkannya dalam P & P, insyaallah kualiti pembelajaran pelajar menerima impaks yang terbaik.

Sains Islam dan Sains Barat..ada kelainannya



SAINS ISLAM DAN SAINS BARAT
03.09.2007
by Dr. Danial Zainal Abidin Category Sains & Islam

Islam tidak pernah mengetepikan sains. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience.” Ia bermaksud, “Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.”

Secara umumnya, sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya. Ia juga boleh diertikan sebagai huraian secara sistematik tentang fenomena tabii atau alam semula jadi. Huraian secara sistematik melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (quantitative). Jika diamati definisi-definisi ini, ia memang telah ditekankan oleh Islam berdasarkan dalil-dalil dan nas yang telah disebutkan sebelum ini.


Ilmu sains melahirkan teknologi. Teknologi (mengikut Merriam-Webster Dictionary, The American Heritage Dictionary of the English Language: Fourth Edition dan WordNet Dictionary), boleh didefinisikan sebagai, “Pengaplikasian atau penggunaan ilmu terutamanya ilmu sains secara praktikal dan digunakan terutamanya dalam bidang perdagangan dan industri untuk kemanfaatan manusia.” Justeru, ilmu sains merupakan alat penting untuk membina teknologi namun ilmu sains bukanlah teknologi. Sebagai contoh, sains membicarakan tentang teori atom dan daripada itu lahirlah teknologi yang menghasilkan kuasa atom.

Keterbatasan Sains

Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji, namun ia menyedari keterbatasan intelek yang dimiliki manusia. Justeru, sains Islam menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan yang tertinggi. Dalam erti kata yang lain, dalam Islam, wahyu mengatasi akal kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal terbatas. Sains tidak boleh mengatasi wahyu. Apa-apa konklusi yang bercanggah dengan dasar-dasar wahyu dianggap sebagai konklusi sains yang salah dan apa-apa yang selari dengannya bolehlah diterima. Dalam hal ini Allah berfirman dalam surah al-Jathiyah ayat 20, “Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.”

Justeru, sains dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid. Sains dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasulnya. Sains dalam Islam tunduk kepada al-Quran.

Di barat konsep yang merujukkan sains kepada Tuhan, wahyu dan kuasa ghaib dikenali sebagai creationism. Kadang kala ia dikenali juga sebagai intelligent design. Konsep-konsep ini ditolak oleh ramai saintis di barat. Sebagai contoh, para saintis daripada Akademi Sains Kebangsaan di Amerika (The U.S. National Academy of Sciences) menegaskan bahawa “sebarang kenyataan yang menetapkan bahawa asal usul kehidupan ini ada perkaitan dengan kuasa ghaib (supernatural intervention) tidak boleh diiktiraf sebagai sains.” Hal ini dinyatakan dalam Science and Creationism: A View from the National Academy of Sciences, Second Edition, terbitan National Academy of Sciences tahun 1999.

Dalam kes Kitzmiller lawan Dover Area School District pada tahun 2005 (Case No. 04cv2688. December 20, 2005), sebuah mahkamah persekutuan di Amerika memutuskan mana-mana sekolah yang mengajar sains dan mengaitkan kejadian kehidupan dengan kuasa ghaib dan mengetepikan teori evolusi, ia dianggap telah melanggar perlembagaan Amerika.

Matlamat dan Metodologi Sains

Dalam Islam, sains mempunyai matlamatnya. Matlamat jangka pendek ialah mengenali hakikat kejadian alam serta manusia dan memanfaatkan ilmu itu untuk kebaikan semua. Sebagai contoh, melalui sains kita mengetahui bahawa seks kromosom lelaki menentukan kejantinaan seseorang bayi, kejadian bayi bermula dengan persenyawaan antara sperma lelaki dan ovum wanita, kejadian bumi berlaku selepas kejadian bintang-bintang di langit dan yang seumpamanya. Namun akhirnya yang menjadi keutamaan ialah matlamat jangka panjang iaitu mengagungkan dan membesarkan Allah. Hal ini terserlah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud, “Kemudian Kami menjadikan benih nuthfah itu alaqah. Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudghah. Kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan Kami tutup tulang itu dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta.” Perhatikanlah ayat ini dengan baik. Selepas Allah menceritakan fasa-fasa kejadian bayi (dan hal ini dapat disahkan oleh sains), Allah mengakhiri ayat itu dengan ungkapan, “Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta.” Inilah matlamat asasi sains, iaitu untuk mengagungkan Allah.

Untuk mencapai matlamat ini metodologi yang digunakan perlulah betul. Sains berkonsepkan tauhid melahirkan metodologi atau pendekatan yang mengambil kira syariat. Kepatuhan kepada syariat tidak menghalang kreativiti dan inovasi kerana kebebasan untuk mengkaji telah pun diberikan Islam berdasarkan sabda nabi yang bermaksud, “Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu.” Yang dituntut ialah kepatuhan kepada prinsip-prinsip syariat yang akan mencantikkan sains. Sebagai contoh syariat mengutamakan nyawa manusia. Justeru kajian sains dan teknologi yang terhasil daripadanya tidak boleh digunakan untuk memusnahkan nyawa. Syariat juga melarang kemudaratan dilakukan berdasarkan sabda nabi yang bermaksud, “Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibn Majah.

Islam juga menekankan tentang akhlak. Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah. Amanah ini melibatkan individu, alam sekitar dan masyarakat secara amnya. Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai amanah dan agama. Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai kejuruteraan genetik (genetic engineering). Teknologi ini mampu memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang lain. Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA daripada spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta penyakit baru yang mampu membunuh manusia. Mengikut Dr Mae-Wan Ho, pengarah Bioelectrodynamics Laboratory di Open University, United Kingdom, kejuruteraan genetik telah menyebabkan wabak kolera menyerang India pada tahun 1992, wabak kuman streptococcus di Tayside pada tahun 1993 dan wabak kuman E. Coli 157 di Scotland.

Justeru, kepatuhan kepada syariat adalah penting agar sains tidak terbabas daripada landasan kebenaran dan kesejahteraan.

Hasil Nukilan :

Dr. Danial Zainal Abidin

Saturday, July 17, 2010

Sikap Saintifik Dan Nilai Murni

Sebagaimana yang dimaklumkan dalam penulisan sebelum ini, P & P Sains mempunyai kelainan dari P & P mata pelajaran selainnya kerana ianya juga perlu memupuk Kemahiran Proses Sains (KPS) , Kamahiran Manipulatif (KM) di samping Sikap Saintifik dan Nilai Murni. (KPS serta KM ini telahpun dihuraikan sebelum ini).

Apakah yang dikatakan Sikap Saintifik Dan Nilai Murni ini?.
Antara ciri-cirinya ialah:
1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling
2. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data
3. Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara
4. Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar
5. Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam
6. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat
7. Menghargai keseimbangan alam semula jadi
8. Berhemah tinggi dan hormat menghormati
9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi
10.Mensyukuri nikmat yang dikurnikan Allah
11.Berfikiran kritikal dan analitis
12.Luwes dan berfikiran terbuka
13.Baik hati dan penyayang
14.Bersifat objektif
15.Sistematik
16.Bekerjasama
17.Berani mencuba
18.Adil dan saksama
19.Berfikir secara rasional
20.Yakin dan berdikari

Sekiranya semuanya yang diatas itu dapat diamal dan dihayati oleh pelajar khususnya, alangkah bahagianya kita sebagai seorang guru sains.

Friday, July 16, 2010

Baiki Diri Menempuh Dugaan



Jumaat, 2010 Julai 16
Syaaban masa perbaiki diri bagi menghadapi Ramadan

DARIPADA Aisyah, katanya: Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa Baginda akan berpuasa seterusnya. Dan Baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya pada Syaaban. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang Arab pada bulan itu akan berhijrah ke tempat lain untuk mencari air sehingga ke gua-gua. Ada mengatakan, Syaaban tanda pemisah yang memisahkan Rejab dan Ramadan.

Dapat disimpulkan, pengertian Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan memasuki Ramadan.

Sebahagian ahli hikmah menyatakan, sesungguhnya Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam celaan dan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan membersihkan jiwa.

Antara amalan digalakkan pada Syaaban adalah memperbanyakkan puasa sunat. Kitab Durratun Nasihin ada menyebut Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.

Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah. Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang mengagungkan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit. (Dipetik daripada kitab Zubdatul Waizhin)

Bertaubat dan meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan al-Quran kerana malam itu adalah malam yang amat mustajab dan penuh dengan rahmat. B/H

Pengajaran bermakna dari nukilan ini ialah untuk mendapat sesuatu yang terbaik bererti kita mesti mempersiapsiagakan diri kita sendiri kearah yang terbaik.

Sunday, July 11, 2010

Bukan orang lain memperkasakan kita

Pada tanggal 8 Julai 2009, Mesyuarat Kabinet telah mengambil ketetapan bahawa pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris di semua sekolah akan tamat pada penghujung sesi persekolahan tahun 2011. Ini bermakna mulai tahun 2012 kedua-dua mata pelajaran tersebut akan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu di Tahun 4 dan Tingkatan 4.

Pendekatan berstrategik telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memberi kursus kepada guru untuk memenuhi keperluan dalam usaha "Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris" ringkasnya MBMMBI. Antara objektif kursus ini ialah:

* Memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru-guru Sains dan Matematik Tahun 4 Dalam Bahasa Melayu di Sekolah Rendah
* Melahirkan guru-guru yang lebih kompenten dalam pedagogi.
* Melahirkan guru-guru yang lebih kreatif dan proaktif terhadap profesion perguruan
* Meningkatkan lagi pencapaian sains dan matematik ke tahap yang lebih cemerlang
* Memastikan guru-guru akan dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu dengan lebih berkesan

Dalam Konteks Sains, penekanan dalam memperkasakan pedagogi sains diharap memberi impaks maksimum dalam peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran guru-pelajar.Guru Sains amat perlu dan konsisten dalam :
* Menguasai prinsip pengajaran dan pembelajaran sains yang ditekankan dalam kurikulum sains sekolah rendah
* Mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah, pendekatan serta teknik pengakaran dan pembelajaran secara bersepadu menggunakan Bahasa Melayu.
* Merancang pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah selaras dengan hasrat Kurikulum Kebangsaan secara berkesan.
* Meningkatkan keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.
* Memastikan hasil pembelajaran tercapai pada akhir sesi pengajaran

Memperhebatkan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dikalangan Guru dan pelajar tentunya akan melahirkan insan yang kreatif dan kritis. Elemen penting yang perlu difahami dan dihayati dalam Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif serta Strategi Berfikir adalah sebagaimana berikut:

Kemahiran Berfikir Kritis
* Mencirikan
* membandingkan & membezakan
* mengumpulkan & mengelaskan
* Membuat urutan
* Menyusun mengikut keutamaan
* Menganalisis
* Mengesan kecondongan
* Menilai
* Membuat kesimpulan

Kemahiran Berfikir Kreatif
* Menjana idea
* Menghubungkaitkan
* Membuat inferens
* Meramalkan
* Membuat hipotesis
* Mensintesiskan
* Membuat gambaran mental
* Menganalogikan
* Mereka cipta

Strategi Berfikir
* Mengkonsepsikan
* Menyelesaikan masalah
* Membuat keputusan
* Menaakul

Belajar sains berbeza dengan belajar mata pelajaran bukan sains.. belajar sains bukan saja perlu mengusai ilmunya tetapi juga boleh menguasai kemahiran prosses sains dan kemahiran manipulatif disamping sikap saintifik dan nilai murninya.Hatta, Tuan sebagai guru sains perlu nemperkasakan mereka ..bukan tugas orang lain.

Kemuncak Demam Bola



Makan bola. tidur bola, minum bola, mimpi pun bola...semuanya bola, tak lekang disebut dalam sepanjang bulan jun dan julai ini (satu bulan Tuan). Habis gila peminat bola dengan tibanya kejohanan empat tahun sekali ini. Mana tidaknya, kerana jaguh tokoh bola akan turun padang berinteraksi menonjolkan kehebatan pasukan yang diwakilinya untuk negaranya samatelahan pula, dapat menambahkan harga diri melalui peragaan kehebatan persembahan dihadapan jutawan taikun bola dunia.

Itulah rancak lagi meriahnya bola di negara Afrika Selatan yang menjadi Tuan Rumah untuk acara sukan paling prestij tahun 2010 ini. Dengan 64 perlawanan di stadium yang berpiawaian tinggi,masing-masing pasukan mempamerkan kehebatan menjaring gol. Memang adat perlawanan, tentu ada kalah menangnya , maka yang kalah terpaksa mengundur diri dengan seribu satu pengalaman serta pengajaran agar buat masa hadapan, pasukan mereka akan kembali lagi.

Dalam kesibukan menentukan siapa menang, siapa kalah, siapa penjaring terbanyak, siapa gol keeper terbaik, siapa pengurus hebat, siapa kapitan tersohor,siapa penjaring gol tercantik jaringannya, maka ada di kalangan penggemar membuat telahan-ramalan mengenai perkara tersebut. Dengan analisis SWOT- hebat lemah pasukan dapat diramalkan. Tetapi ada juga manusia yang merujuk bukan kepada manusia tetapi kepada 'yang lain' iaitu kepada seekor sotong kurita bergelas PAUL dan seekor burung serindik bergelar MANI.

Tukang tilik Paul, si sotong kurita di akuarium Oberhausen, Jerman...
Kerana meramalkan dengan tetap kekalahan pasukan Jerman kepada Sepanyol dalam pertandingan bola sepak Piala Dunia, ada tuntutan supaya ia dibakar hidup-hidup dan dimakan. Kini pasukan German ditangga ketiga di atas Uruguay dengan skor 3-2 pada perlawanan yang berlangsung pada 11 Julai 2010.

Untuk perlawan akhir pada 12 Julai ini diantara Belanda dan Sepanyol, si sotong kurita Paul meramalkan kemenangan buat Sepanyol,manakala Mani, burung serindit milik seorang penilik di Singapura telah memilih kad ramalan yang tersembunyi di bawahnya bendera Belanda. Sotong kata Sepanyol JUARA tetapi Mani kata Belanda JUARA.. lantas Tuan macam mana ?

Percaya sotong atau percaya burung atau percaya kepada ilmu yang ada pada Tuan sendiri ? ( Lantas teringat " Sesungguhnya arak, judi , berhala dan bertenun nasib itu keji dari kerja syaitan " )

Nanti lah kita tengok sendiri malam ini, 12 Julai 2010, jam 2.30 pagi dikaca TV masing-masing..jangan TV tengok kita sudahlah.Akhirnya kita akan tahu siapa yang mengungguli kejohanan ini dan membawa balik Piala Dunia ke negaranya. (Malaysia bila ya..akan masuk gelanggang Piala Dunia ?? )

Antara


Melawan


Hasilnya setelah berhempas pulas dalam masa 116 minit, maka Sepanyol menjadi JUARA DUNIA... menang sotong juga (yang bersekang mata semalaman, hari ini tentu 'wajib' tidur).Tidurlah ya, nak kerja tentu banyak gangguan.. ngatuk.

Saturday, July 10, 2010

Tak Sukar Untuk Berinovasi



Jika demikian, mengapa agar sukar kita membuat inovasi dalam P & P ?
Semua ini berada pada diri kita.. hendak sejuta daya, tak nak hanya satu dalih sahaja. Begitu sukar menyahut cabaran namun begitu mudah mencari alasan

Thursday, July 8, 2010

Mendidik diri




Jauhi sikap Ujub
25 Rejab 1431 H
Oleh : Jarjani Usman

“Seseorang yang menyesali dosanya, maka ia menanti rahmat Allah, sedangkan seseorang yang merasa ‘ujub, maka ia menunggu murka Allah” (HR. Baihaqi).Perasaan bisa menghancurkan diri sendiri, khususnya ketika alirannya tak mampu dikendalikan.

Termasuk juga perasaan ‘ujub atau kagum pada diri sendiri, yang bisa membuat diri hina.Rasa ‘ujub bisa menyelinap dalam hati siapa saja, terutama karena karena memiliki kekuasaan, keelokan tubuh, dan lain-lain. Bahkan, perasaan ini bisa menyelimuti hati orang yang berilmu dan beramal.

Bila perasaan tersebut muncul pada orang yang berilmu, maka akan terasa ilmunya lah yang paling tinggi dan bermanfaat.Sedangkan orang lain begitu rendah ilmunya, dan bahkan tak ada samasekali.

Jika perasaan tersebut muncul pada orang yang beribadah, maka akan terasa seakan-akan dirinya lah yang paling banyak akan membawa ibadah ke akhirat kelak, sedangkan orang lain tidak. Seakan-akan amalnya mampu membeli surga. Dalam keadaan demikian, seseorang bisa begitu mudah mencap orang lain sesat.

Yang lebih parah lagi bila seseorang yang karena perasaan ujubnya sudah sampai pada tahap mengabaikan dosa. Kemungkinan ini berpeluang dirasakan oleh orang yang ujub. Karena merasa sudah banyak amal, ada orang yang beranggapan suatu dosanya bisa ditebus dengan tabungan amalnya yang begitu banyak.

Padahal, di antara amalan, ada yang hancur binasa karena perasaan diri sendiri. Makanya Rasulullah mengajak untuk senantiasa berhati-hati dalam beramal, sehingga setiap amalan tidak sia-sia. Perlu menyingkirkan segala hal yang bisa merusak, termasuk ujub.


“Jika melihat keburukan pada orang lain, aku berusaha menghindarinya. (Namun) jika melihat kebaikan pada orang lain, aku berusaha mengikutinya. Dengan cara demikian aku mendidik diriku sendiri” (Hasan al-Bashri).


Hawa nafsu memang susah ditaklukkan, terutama bagi orang-orang yang gagal mendidik dirinya, meskipun telah berilmu banyak. Ilmunya yang banyak yang telah disapih bertahun-tahun ternyata ibarat sekolam air yang tak mampu mematikan api kecil.

Padahal Rasulullah sangat menekankan agar para pengikutnya senantiasa bertakwa di mana berada (HR. Bukhari dan Muslim), meskipun saat berada di daearh orang-orang yang gemar memperturutkan hawa nafsu.

Karena itu, penting sekali mendidik diri dengan ilmu yang telah kita miliki, meskipun jumlahnya sedikit. Akan sangat bermanfaat suatu ilmu, bila mampu merubah perilaku diri kita sendiri ke arah yang baik.

Wednesday, July 7, 2010

...dia amat takut kepada ALLAH




(Gambar:TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, dua hari lepas.)


Mike Tyson menangis di Raudah
Agensi
MADINAH, 7 Julai: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya. Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi

Ya Allah sekiranya semua umat manusia dimuka bumi ini amat takut kepada MU ..amannya dunia ini.

Tuesday, July 6, 2010

Bermula Tugas Baru...MBMMBI



Mendaftar diri setiap peserta bermula 4 Julai 2010 di Demong Beach Resort. Terus memulakan program tepat jam 2.30 petang dengan taklimat urusetia serta house-keeping yang diberikan oleh En. Che Zulkepli Abdullah, Penyelia Pelajaran Sains , Jabatan Pelajaran Kelantan.

Maka bermulalah Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains dan Guru Matematik Tahap 2 (Tahun 4) Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu untuk JU Daerah seluruh PPD Negeri Kelantan ( .Inilah kursus pertama kami secara pakej untuk tahun 2010 yang dipertanggungjawabkan oleh Bahagian Pendidikan Guru, (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Sektor Pengurusan Akademik melalui Unit Sains dan Unit Matematik JPN Kelantan. Setiap PPD telah mencalonkan 2 Guru Sains dan 2 Guru Matematik mengikuti "TOT" ini sebelum dinobatkan sebagai JU Daerah. Mereka ini akan bersama dengan Penolong PPD (Sains Matematik) untuk melaksanakan kursus secara on site di daerah masing-masing.

Antara pengisian dalam kursus ini yang diberikan oleh 4 JU Negeri ( 2 Sains dan 2 Matematik yang dilatih oleh Bahagain Pendidikan Guru, KPM selama 3 hari 2 malam pada pertengahan Jun lepas di Kuala Lumpur) adalah :-
- Pendedahan Strategi dan Pendekatan P & P
- Pendedahan Sistem Modular dalam P & P( 4 Modul )
- Perbengkelan membina Modul
- Pembentangan Modul
- Permunian dan Penambahbaikan Modul

Disamping itu juga, pada hari akhir 6 Julai 2010, majlis turut diselitkan dengan persembahan oleh En. Nasir Mohd Nor, Penolong Pengarah Sains, JPN dengan tajuk Analisis Item Dalam Menjana Kecemerlangan. Saya juga turut mengambil peluang menyampaikan tajuk "Kreativiti dan Inovasi dalam P & P" yang amat perlu disebarluaskan kepada semua yang bergelar guru bertitle DG. Taklimat mengenai kepentingannya akan dibuat dari semasa ke semasa setelah 10 guru dari negeri ini (mewakili setiap PPD) diberi kursus khas oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum pada 20-23 Julai 2010, bertempat di P.Pinang nanti.

Kepada semua Penolong PPD Sains Matematik serta Pegawai dari JPN yang ikut serta dalam kursus ini, ucapan terima kasih untuk Tuan semua yang telah menyumbang banyak idea untuk melaksanakan program ini diperingkat daerah nanti sebelum tibanya bulan Ramadhan AlMubarak. Juga kepada JU Negeri dan JU Daerah, sumbangan jasa tuan bersama kami, begitu dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Tidak lupa keapada En. Hairinizam dari BPG yang sudi hadir memantau pelaksanaan dan seterusnya memberi sepatah dua ucapan perangsang.

Sekali lagi, terima kasih buat semua.
Kita dah memulakan tugas baru yang menggantikan PPSMI... Bersama beristiqomah menjayakan MBMMBI.

Jumpa lagi.. Wassalam

Sunday, July 4, 2010

Sejenak Merefleksi Diri


DAHSYATNYA SEBUAH BENCANA, BELUM MENGGAMBARKAN KIAMAT YANG SESUNGGUHNYA..
20 Rejab 1431H.
Oleh : Seri Budiman

Cukuplah kita mengambil hikmah dan Ikhtibar dari seluruh bencana-bencana dahsyat yang pernah terjadi dulu dan kini di muka bumi ini! Bahwa bencana tersebut tidaklah sebanding hebatnya dengan peristiwa maha dahsyat, yang akan mendatangi manusia dengan tiba-tiba, yakni HARI KIAMAT.

Dan bagaimanakah gambaran "kiamat-kiamat" yang pernah terjadi itu?

Semoga hal ini membuka ruang nalar kita, bahwa kiamat yang sesungguhnya itu benar-benar amat besar huru-haranya! Dan pasti terjadi!!! Allahu Akbar!!!

Berikut adalah rangkuman bencana-bencana terdahsyat yang pernah terjadi di zaman nabi, bahkan di zaman modern ini, yang selanjutnya akan mengantarkan kita kepada hari yang benar-benar telah dijanjikan itu. KIAMAT BESAR!

1. "KIAMAT" DI ZAMAN NABI NUH (BANJIR YANG MENENGGELAMKAN BUMI)

Umat nabi Nuh Alaihis Salam (AS) musnah melalui bencana banjir besar, di mana seluruh kehidupan pada zaman itu musnah, kecuali orang-orang yang mengikuti ajaran nabi Nuh. Diriwayatkan, dalam beliau berdakwah kurang lebih 900 tahun hanya mempunyai pengikut berjumlah 90 orang. Bisa dibayangkan manusia-manusia yang hidup pada zaman itu, digulung banjir dahsyat hingga gunung pun tidak kelihatan.

Ihwal terjadinya bencana ini dikarenakan kafirnya mereka terhadap rasul-rasul yang telah diutus untuk menyelamatkan mereka dari kekufuran dan menyerukan manusia untuk menyembah Allah.

QS. 23: 23-26. Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah oleh kamu Allah, (karena) sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain Dia. Maka mengapa kamu tidak bertakwa (kepada-Nya)?" Maka pemuka-pemuka orang yang kafir di antara kaumnya menjawab: "Orang ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, yang bermaksud hendak menjadi seorang yang lebih tinggi dari kamu. Dan kalau Allah menghendaki, tentu Dia mengutus beberapa orang malaikat. Belum pernah kami mendengar (seruan yang seperti) ini pada masa nenek moyang kami yang dahulu. la tidak lain hanyalah seorang laki-laki yang berpenyakit gila, maka tunggulah (sabarlah) terhadapnya sampai suatu waktu." Nuh berdo'a: "Ya Tuhanku, tolonglah aku , karena mereka mendustakan aku."

Doa nabi Nuh pun dikabulkan, umatnya dimusnahkan dalam peristiwa banjir maha dahsyat di zaman itu.

QS. 21: 76. Dan (ingatlah kisah) Nuh, sebelum itu ketika dia berdo'a, dan Kami memperkenankan do'anya, lalu Kami selamatkan dia beserta keluarganya dari bencana yang besar.

QS. 11: 44. Dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah," dan airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim ."

QS. 23:30. Sesungguhnya pada (kejadian) itu benar-benar terdapat beberapa tanda (kebesaran Allah),, dan sesungguhnya Kami menimpakan azab (kepada kaum Nuh itu).

2. "KIAMAT" DI ZAMAN NABI LUTH. (NEGERI YANG DIJUNGKIR BALIKKAN)

Inilah azab yang Allah SWT timpakan kepada umat nabi Luth. Negeri mereka dijungkir balikkan oleh Allah dari atas ke bawah disertai dengan bencana gempa yang maha dahsyat. Hujan meteor, angin kencang dan petir pun saling menggelegar satu sama lain. Bisa dibayangkan, betapa ngerinya peristiwa itu... Allahu Akbar!

Seperti yang telah dijelaskan dalam Alquran:

QS. 54: 33-36. Kaum Luth pun telah mendustakan ancaman-ancaman ( Nabinya ). Sesungguhnya Kami telah menghembuskan kepada mereka angin yang membawa batu-batu (yang menimpa mereka ), kecuali keluarga Luth. Mereka Kami selamatkan di waktu seelum fajar menyingsing. Sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya dia ( Luth ) telah memperingatkan mereka akan azab-azab Kami, maka mereka mendustakan ancaman-ancaman itu.

QS. 15: 73-76. Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit. Maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik kebawah dan Kami hujani mereja dengan batu belerang yang keras, . Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda ( kebesaran Kami ) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda. Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak dijalan yang masih tetap (dilalui manusia).

3. "KIAMAT" DI ZAMAN KAUM 'AD DAN UBAR. (MUSNAH DENGAN TIUPAN ANGIN KENCANG)

QS. 46: 6-8. Adapun kaum 'Ad maka mereka telah dibinasakan dengan kejadian yang luar biasa. Adapun kaun Aad maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang, yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari terus menerus; maka kamu lihat kaum 'Ad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul-tunggul pohon korma yang telah kosong(lapuk). Maka kamu tidak melihat seorangpun yang tinggal diantara mereka.

4. "KIAMAT" DI ZAMAN KAUM TSAMUD, UMAT NABI SHALIH. (DIHANCURKAN DENGAN SUARA GUNTUR)

QS. 11: 67-68. Dan satu suara yang keras yang mengguntur menimpa orang-orang yang zalim itu, lalu mereka mati bergelimpangan di tempat tinggal mereka, seolah-olah mereka belum pernah berdiam ditempat itu. Ingatlah, sesungguhnya kaum Thamud mengingkari Tuhan mereka. Ingatlah, kebinasaanlah bagi kaum Thamud.

DAN BERIKUT BEBERAPA RANGKUMAN BENCANA MAHA DAHSYAT YANG PERNAH DAN TERJADI DI ZAMAN INI.

Mei 2008 – Angin puyuh Nargis membunuh 140 ribu orang lebih. Korban terperangkap dalam kejaran pusaran, dan tidak mampu lari lebih jauh, mengubur penduduk di lahan pertanian di Myanmar hingga tersapu bersih.

8 Oktober 2005 – Gempa berkekuatan 7,6 magnitudo di Pakistan merenggut nyawa lebih dari 40 ribu manusia. Kerusakan hebat disebabkan oleh pusat tumbukan di patahan dangkal.

26 Desember 2004 – Lautan Hindia menjadi pusat gempa berkekuatan 9,3 skala magnitudo dan memicu tsunami Sumatera di mana diperkirakan sebanyak 225 ribu orang menjadi korban. Banyak wilayah di belahan bumi lain yang juga mengalami dampak peristiwa tersebut.

1985 – Letusan gunung Nevado del Ruiz di Kolombia membunuh 25 ribu manusia, sebagian besar terperangkap dalam aliran lahar dan lumpur ganas.

1976 – Gempa bumi Tangsha di China, 8 skala magnitudo, merampas jiwa manusia tidak berdosa antara 225 ribu hingga 655 ribu orang.

1931 – Luapan sungai Kuning, menyebarkan kesakitan luar biasa bagi 1 juta hingga 3,7 juta nyawa melalui peristiwa penenggelaman, penyakit, kelaparan dan banjir. Sungai tersebut tercatat juga pernah menimbulkan katastrofi pada tahun 1887, dengan jumlah korban jiwa hampir sama.

1815 – Gunung Tambora, Indonesia, meletupkan lahar panas dan membunuh 80 ribu orang dan menimbulkan kelaparan luar biasa.

1737– Calcutta, India, membunuh 300 ribu jiwa. Analisis awal mengatakan karena gempa, namun ilmuwan lebih bersandar pada angin puting beliung.

1556 – Shannzi China, gempa bumi mengambil 830 ribu nyawa. Tidak ada seorang pun mengetahui kedatangannya yang tiba-tiba dan sedikit yang selamat dari guncangan seismik tersebut.

1330-1351 – Pandemik penyakit yang disebabkan bakteri bernama Yersinia, membunuh 75 juta orang, menghapus 30% hingga 60% populasi Eropa, dikenal sebagai peristiwa The Black Death atau Bubonic Plague.

1138 – Bumi bergoyang di Allepo, Syria, merenggut 230 ribu korban. Terdaftar dalam survei geologi Amerika Serikat sebagai gempa bumi paling mematikan keempat sepanjang sejarah manusia.

Allahu Akbar... sudah sekian hebatnya bencana-bencana yang diterangkan diatas, akan tetapi kita tidak mungkin sanggup membayangkan bagaimana sekiranya kiamat yang sesungguhnya itu benar-benar akan terjadi. Hanya kepada Allah saja kita memohon perlindungannya.

QS. 7:187. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

now, sy nk anda semua fikir dan renung2kn siapa kita sebenarnya pada pandangan Allah....sy nk tnya pada anda, kalau anda xmampu untuk tahan api lighter selama seminit pabila kamu cucuh api tu dekat pd telapak tgn kamu dgn jarak yg sgt dekat, saya syorkan, berhati2 ketika melakukan sesuatu...kerana Allah Maha Melihat apa yg kamu kerjakn dan apa yg kamu simpan dalam hati...

kalau kamu benci pada org yg suka mengungkit2, sy syorkn jgnla kalian mlakukan kzaliman pd muka bumi ini....kerana, di sana nnty, kalian mungkin terpaksa mndengar smula kslahan2 yg anda lakukn dahulu...dn pasty lebh mnyksakn....kalau yg manusia pon xdpt tahan, apatah lg dgn Pencipta kita....

renung2kn....dan sy syorkan anda utk bermuhasabah diri paling lama pun 10 minit...kerana kemungkinan 10 minit anda tu apat slamatkn kalian dr terjerumus ke dlam api neraka yg kaw2 punya panas....

bkn lama pon....10 minit je...gunekn semaksimum mngkin akal anda...jgn jd mcm binatang....thats all for today...selamat beramal.....smoga kita semua slamat dr siksaan api neraka, slamat dr siksaan kubur, slamat dr godaan syaitan dan slamat dr ftnah Dajjal.....aminnnnn.......

Wallahu 'alam bissawab.
*Diolah dari berbagai sumber.

Semoga ianya amat berfaedah

Saturday, July 3, 2010

Penerus Perjuangan..



Pada tanggal 30 Jun 2010 (Rabu) dan 1 Julai 2010 (Khamis), dua hari ambil cuti rehat. Bukan sekadar cuti biasa tetapi cuti untuk membantu anak ke dua yang telah mendapat tawaran pengajian di salah sebuah IPTA. Bermula belajar di SK Tiong kemudian di SMK Kota, berjaya dengan 4A 1B STPM 2009, setelah melalui ujian bertulis dan temuduga, anak ini telah di tempatkan dalam Program Ijazah Pendidikan di APEX Universiti (USM ) selama 4 tahun. (Anak pertama, abangnya juga merupakan pelajar SK Tiong dan SMK Kota, kini sedang belajar di RCSI, Dublin, Ireland), Terima kasih buat guru-guru di SK Tiong dan SMK Kota di atas banyaknya jasa tuan mengajar didik mereka ini. Tuan guru yang hebat.

Sepanjang seminggu sebelum cuti juga, banyak masa disediakan untuknya dalam membuat serba sedikit persediaan dan persiapan untuk hari pendaftaran kemasukan nanti. Banyaknya masa, banyaknya tenaga mungkin tak berapa kisah, tetapi banyaknya wang ringgit yang terpaksa dilaburkan demi kejayaan dan masa depan mereka, agak menjadi kisah. Terlintas difikiran, Alhamdulillah, bahawa diri ini masih diberi oleh ALLAH sedikit kelebihan rezeki..lantas dapat menyediakan keperluan barangan dan wang ringgit sekadar yang cukup cakup untuk anak belajar di sebuah universiti.

Lantas persoalan timbul, bagaimana dengan jiran-jiran ku dan yang lainnya di mana anak-anak mereka juga di tawarkan belajar di tempat sebegini. Mereka ini berkerjaya petani dan kerja kampung tanpa pendapatan tetap yang tak seberapa. Tetapi, Alhamdulillah masyarakat kampungku masih peka dengan semangat tolong menolong bantu membantu dalam meringankan beban. Bersama membantu mereka dengan sekadar mampu agar anak-anak ini akan menjadi orang hebat.. akhirnya juga akan memperhebatkan orang kampung ini.
Pesan buat anak-anak ini.. apabila menjadi orang hebat nanti kita akan bertambah hebat jika jasa kedua-dua ibu bapa, keluarga dan orang kampung kita kekal dikenangi dan balaslah dengan kemampuan yang ada untuk mereka semua walaupun mereka itu tak pernah meminta balasan.Sentiasalah merendah diri walaupun kita berada tinggi melangit.Kita akan disebut dipuji sentiasa.

Pada hari Jumaat, 2 Julai , saya turut menghantar anak ke USM, Pulau Pinang dengan menaiki BAS SKMK Tranasional di Terminal Langgar. Turut berada di terminal ini adalah bonda kesayangan bersama anak cucu. Adik ketiga (Umi Mah) juga turut menghantar anaknya ke UTM di Skudai,Johor manakala adik kedua (Kak Long) akan menghatar anaknya ke UMK di Pengkalan Chepa keesokan harinya. Semua pendaftaran pelajar baru serentak pada 3 Julai 2010.

Bertolak jam 10.00 pagi melalui lebuhraya Timur-Barat agak memenatkan.. bukan apa..dah berusia katakan. Jika dulu,dengan memandu sendiri kereta pantang dicabar, kemana nak pergi tentu saja bisa di atur dan bisa beres. Sekarang ni, mula lah pakai dreber..penat memanjang. Tiba di Hentian Sungai Nibong, P.Pinang hampir jam 5.00 petang, adik jemput ke rumahnya yang hampir 200 m dengan kawasan USM. Jam 8.00 malam mata dah terlelap pejam tanpa diprogramkan..penat sungguh katakan. Keesokannya jam 8.30 pagi dengan kereta proton persona adik, memandu sendiri ke USM untuk urusan pendaftaran.

Suka cerianya wajah mereka yang diterima masuk untuk menyambung pengajian ini. Cerianya bertambah lagi dengan kehadiran ibu bapa, adik beradik sanak saudara merai bersama kejayaan ini. Penat seolah-olahnya tak kelihatan. Sempat jumpa Kak SOM (dulu sama bekerja di SPA, JPN Kelantan) yang turut menghantar anaknya di Apartmen Desa SAUJANA, tempat tinggl pelajar baru ini. Rupanya sama kursus dengan anak saya. Dari SMK Kota sendiri, terdapat seramai 5 orang pelajar yang berjaya memasuki kursus ini.

Setelah selesai, ibubapa jauh dekat mula beredar untuk kembali pulang ke negeri masing-masing. Sebelum menaiki bas pada jam 9.00 malam , bersama adik, sempat juga di sebelah siangnya menikmati nasi kandar yang sebelum ini tak pernah dirasai oleh orang rumah dan kedua-dua anak yang datang bersama. Jika datang berlima, maka pulang berempat. Jam 5.30 pagi tiba di rumah setelah dijemput oleh Pak Teh di Hentian Bas SKMK Kubang Kerian. Selepas solat suboh, sambung tidur memulih penat badan yang lesu di sepanjang tempoh berkenaan. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat.

Buat semua yang turut membantu, ucapan berbanyak terima kasih diucapkan. Kepada semua pelajar di IPT tak kira di mana berada, tunaikan tanggungjawab masing-masing untuk diri, ibu bapa , keluarga dan masyarakat... kerana ANDA adalah Penerus Perjuangan.

Jaga diri, jaga maruah, jaga agama.. Insyaallah selamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh