.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Thursday, December 13, 2012

TIMSS Kita Di mana Duduknya?

TIMSS Kita Di mana Duduknya?

Kemerosotan berterusan Malaysia dalam subjek matematik dan Sains berdasarkan kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011.

Jurang markah antara pelajar lelaki dan perempuan dalam subjek berkenaan begitu ketara.

Pelajar Malaysia ketinggalan dalam matematik dan sains berbanding negara lain berdasarkan kajian dua badan pendidikan antarabangsa menunjukkan pencapaian sekolah menengah tahun ini lebih rendah berbanding sebelumnya.

Malaysia hanya mendapat 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua bersamaan gred lapan di seluruh dunia dan kajian TIMSS pada 2011 dan berada di belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei, Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas dunia.

“Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pelajar Malaysia dalam matematik merosot daripada 508 mata pada 2003 kepada 474 mata pada 2007, manakala subjek sains merosot daripada 510 kepada 471 dalam tempoh yang sama.

Dalam kajian TIMSS 2007 yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat, kemerosotan skor purata pelajar Malaysia 34 mata bagi matematik dan 40 mata bagi sains adalah terbesar di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian.

TIMSS adalah kajian selama empat tahun untuk pendidikan sains dan matematik bagi gred empat dan lapan di seluruh dunia ― atau Darjah Empat dan Tingkatan Dua mengikut sistem pendidikan Malaysia.

Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah dalam kajian terbabit
Kemerosotan berterusan Malaysia  dalam subjek Matematik dan Sains berdasarkan kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011.Jurang markah antara pelajar lelaki dan perempuan dalam subjek berkenaan begitu ketara.

Pelajar Malaysia ketinggalan dalam matematik dan sains berbanding negara lain berdasarkan kajian dua badan pendidikan antarabangsa menunjukkan pencapaian sekolah menengah tahun ini lebih rendah berbanding sebelumnya.

Malaysia hanya mendapat 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua bersamaan gred lapan di seluruh dunia dan kajian TIMSS pada 2011 dan berada di belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei, Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas dunia.

“Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pelajar Malaysia dalam matematik merosot daripada 508 mata pada 2003 kepada 474 mata pada 2007, manakala subjek sains merosot daripada 510 kepada 471 dalam tempoh yang sama.


Dalam kajian TIMSS 2007 yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat, kemerosotan skor purata pelajar Malaysia 34 mata bagi matematik dan 40 mata bagi sains adalah terbesar di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian.


TIMSS adalah kajian selama empat tahun untuk pendidikan sains dan matematik bagi gred empat dan lapan di seluruh dunia ― atau Darjah Empat dan Tingkatan Dua mengikut sistem pendidikan Malaysia.


Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah sahaja.

Kepelbagaian Citarasa Orang Politik

  Anak dan Ayah

 
 
KUANTAN, 13 Dis - Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (foto) yang baru sahaja kehilangan bondanya yang kembali ke rahmatullah hari ini khabarnya antara salah seorang calon Melayu yang akan bertanding bagi Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada Kongres Kebangsaan parti itu ke-16 di Pulau Pinang hujung minggu ini. Tengku Zulpuri adalah anak sulung kepada Tengku Puji Tengku Abdul Hamid iaitu bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat. Seperti Tengku Puji, anaknya yang berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Sarjana Perubatan Homeopati ini juga memilih politik sebagai wadah perjuangan. Namun jika bapanya bergelumang dalam PAS, Tengku Zul pula berbeza dengan memilih DAP
Jange baloh!!! .. sudah

Walaupun Hanya Kajian.....

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Hasil kaji selidik oleh badan bukan kerajaan The Asia Foundation (TAF) mendapati majoriti belia di Malaysia lebih cenderung memilih parti berbilang kaum berbanding parti berteraskan kaum ataupun agama.

Dalam pembentangan laporan "The Youth Factor 2012" hari ini, panel penyelidik membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan dari 13 April hingga 9 Jun 2012 tersebut dan melibatkan seramai 2,105 belia di seluruh negara secara bersemuka.

Kajian bersama Taylor Nelson Sofres Malaysia (TNS) itu dijalankan ke atas rakyat Malaysia berumur lingkungan 17 tahun hingga 35 tahun.

Dalam laporan tersebut, sebanyak 71 peratus belia di Malaysia memilih parti politik yang mewakil kepentingan semua kaum tanpa memilih agama, manakala 11 peratus belia memilih parti berasaskan kaum dan 14 peratus lagi memilih parti agama yang mereka anuti.

"Perkara ini sesuatu yang positif, ia memperlihatkan rakyat Malaysia khususnya belia telah bergerak ke arah perpaduan negara," kata Nur Azrina Azhar,35, salah seorang penyelidik apabila ditanya oleh The Malaysian Insider.

"Saya rasa kesedaran dikalangan belia ini semakin meningkat terutamanya tentang isu demokrasi.

"Malahan, saya tidak tolak kempen oleh pergerakan seperti Bersih dan lain-lain badan bukan kerajaan memberikan kesedaran daripada pelbagai segi," tambah penyelidik senior program TAF itu.

Menurut Azrina lagi hasil penemuan kajian ini mungkin relevan dan mampu memberikan kesan kepada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

"Ya, penemuan ini mungkin relevan menjelang pilihan raya tidak lama lagi.

"Malahan ahli politik mula membincangkan tentang kehendak belia dan bukannya lagi meminta belia yang mengikut kehendak ahli politik," terang beliau lagi.

Dalam pada itu, belia di Sabah dan Sarawak paling tinggi memilih parti berbilang kaum dengan sebanyak 93 peratus daripada keseluruhan responden yang ditemui.

Selain itu, kajian yang dijalankan turut mendapati belia di Sabah banyak merungut terhadap isu penggangguran.

Bagi belia di Sabah, isu pekerjaan paling mendapat perhatian apabila sebanyak 26 peratus malahan angka penggangguran juga meningkat ke 5.6 peratus pada 2011 berbanding 4.9 peratus pada 2008.

Seorang lagi panel penyelidik, Khaldun Malek, 39 pula mengakui penemuan tersebut agak menarik tetapi berpendapat aspek agama adalah lebih penting yang akan menjadi pilihan pengundi berbanding kaum.

"Penemuan ini menarik, tapi bagi saya apa yang lebih utama adalah aspek agama.

"Sebagai contoh golongan belia muslim akan bergaul dengan muslim, belia Cina akan bergaul dengan Cina dan lain-lain," kata felo penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Daripada laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), golongan muda yang berusia antara 21 hingga 39 tahun yang mendaftar kini mencecah 5,175,096 atau 40 peratus daripada jumlah keseluruhan 12,912,590 pengundi baru.

BN memperolehi 4.08 juta undi pada tahun 2008 berbanding dengan PR 3.79 juta undi - perbezaan sebanyak 290,000 undi - manakala PR pula berharap pengundi baru pada PRU akan datang boleh membantu menambahkan sokongan kepada mereka.

Selain itu, D S Najib tampak begitu bersungguh untuk mendapatkan sokongan belia kepada BN menjelang PRU kali ini terutama selepas kemenangan besar Proaspirasi dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 di institut pengajian tinggi.

TAF sudah berada di Malaysia hampir lebih 50 tahun dan berperanan untuk menyokong negara dalam pembangunan sosial dan ekonomi masa depan

Motokar ke Motosikal ni?

The LIT C1 bets the future of driving on a gyro-balanced two-wheeler



In a nondescript building on the grittier side of downtown San Francisco, the future of personal transportation is being born — at least according to this baby's Dr. Frankenstein, an affable 33-year-old named Daniel Kim. Sitting in the glare of a few spotlights is the LIT Motors C1, an enclosed two-wheeler that combines the flexibility and fuel efficiency of an electric motorcycle with the safety, comfort and storage space of a small automobile.
But there's a true innovation at work: the C1 has two powerful on-board gyroscopes generating 1,300 ft-lbs of torque that keep the two-wheeler upright even when struck by a larger vehicle. "It would take an elephant to knock this thing over," says Kim.

To prove the point, Kim has lashed the C1 to the bumper of his completely rebuilt Land Rover (a pet project of the Portland, Ore., native the preceded a degree at Rhode Island School of Design) and stepped on the gas. The C1 got slightly airborne, but never fell over.

"I think (LIT has) a chance of making it for two reasons," says Kim. "One, after traveling the world I saw that a huge percentage of motorists travel alone, and in the developing world most of them are on two wheels. And two, I don't have to hire anyone to design, because I do it all myself. I like to think I'm de-risking the company that way."

In fact, Kim's high-tech titanium glasses, ring and overcoat were all whimsical projects of this inveterate tinkerer who, like Steve Jobs, attended but then dropped out of Reed College before going on to RISD. "I should have graduated from Reed just so people would stop making that comparison," Kim says with a smile.

 The C1 was born out of Kim's desire to become the next big deal in transportation, a moment that's still more than a year away. The dozen-staffer start-up company currently has one mock-up (a sleek white bubble sitting on massive tires) to show prospective customers and investors, and one raw but functioning prototype. LIT wants to raise $5 million to $10 million to develop its proprietary software and create a true beta version of the C1 that would then lead to a production run of 1,000 units in 2014. Kim says Silicon Valley venture capital firms and auto industry players have made overtures.
And he may try a new Kickstarter campaign.

The C1 will have a 200-mile range, do zero-to-60 mph in 6 seconds with a 120-mph top speed, and initially cost around $24,000, with the price falling to $19,000 after tax credits. LIT's chief marketing officer Ryan James says LIT wants to scale production so the price drops to around $12,000 after credits.

James says LIT's target customers include people who already ride motorcycles but are concerned about safety, don't like dressing up in bulky riding gear and crave more storage space. But an ever larger market "would be people who might have never ridden a motorcycle but are looking for a solution to their commuting headache," he says.

Adds Kim: "A company like (electric car manufacturer) Tesla has done amazing things to make the alternatively powered vehicle sexy, but what we're making might fit into more people's lives." He cites not only studies that indicate that more than half of daily commuters drive alone, but also notes that increasing congestion and parking issues could be mitigated by C1 ownership. Because the machine would be classified by the U.S. Department of Transportation as a motorcycle it qualifies for lane-splitting, carpool lanes and motorcycle parking areas.

There's also another potential market for Kim's creation, as shown by a local California Highway Patrol officer who recently was poking around the C1. Kim wondered whether his machine would appeal to law enforcement, and the response was positive. "The safety (to the C1 driver) and the fact that you're out of the elements in that bubble seemed very appealing to him," says Kim.


Wednesday, December 12, 2012

Apa punya Speaker ni !

SINGAPURA- Speaker Parlimen Singapura hari ini mengumumkan peletakan jawatan selepas mengaku mempunyai skandal seks yang kini hangat diperkatan di negara pulau itu, yang jarang berdepan dengan kontroversi sedemikian melibatkan ahli politik.
Menurut media, Michael Palmer, 44, yang telah berkahwin dan mengangkat sumpah sebagai Speaker Oktober tahun lalu, turut melepaskan keahlian Parti Tindakan Rakyat dan sebagai Ahli Parlimen ekoran pendedahan dia ada hubungan dengan wanita lain.
Ini merupakan satu lagi skandal peringkat tertinggi selepas ketua polis narkotik Singapura yang pernah menjalin hubungan kontraktor.
Satu lagi penjawat awam kanan dijangka akan dibicarakan pada Januari depan atas tuduhan yang sama.

Dunia Politik -Musuh Sekeliling Pinggang

KUALA LUMPUR 12 Dis: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.

“Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.

“Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.


“Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.

“Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya,” cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah.

Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.

Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily.

“Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.

Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.

Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.

Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.

Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.

Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya “datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana”.

Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.

Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.

Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.

Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.

Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.

Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.

Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.

Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.

Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.

Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.

Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.

Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.

Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada.

Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.

Nazim kemudian telefon dan bincang dengan abang dia, siapa yang akan siapkan SD.

Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.

Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.

Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa.

Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.

Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 – 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.

Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.

Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya.

Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.

Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup.

Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup.

Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.


Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.

Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja.”
 
 

Tan Sri Vs Tan Sri.. ada-ada saja


Robert Phang nafi dakwaan bekas IGP
 
Bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang menafikan dakwaan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan bahawa beliau pernah menyebabkan seorang pegawai tinggi polis bertukar.
NONEPhang yang juga pengerusi Yayasan Penyayang Sosial turut menjelaskan, beliau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

"Saya menafikan bahawa saya yang menyebabkan pegawai itu dipindahkan dalam tempoh 24 jam,katanya.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara pagi ini, Robert juga menegaskan beliau tidak mengetahui siapa individu yang dimaksudkan dalam dakwaan Musa itu.

"Saya juga ingin mengetahui siapa (pegawai polis) yang diperintah berpindah itu," katanya.
Musa kelmarin dilaporkan mendakwa, pegawai polis itu enggan memenuhi permintaan untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat yang melibatkan Phang pada 2009, untuk menaiktaraf sistem telekomunikasi polis kepada sistem digital.

Ekoran itu, dakwa Musa, pegawai polis yang berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD tersebut ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman dalam tempoh 24 jam.

NONEMengulas dakwaan tersebut, Phang menjelaskan beliau dilantik menjadi penasihat bebas Motorola pada tahun 2009 selepas kontrak itu diberikan.

"(Penganugerahan) kontrak tersebut tidak ada kena mengena dengan sumbangan Robert Phang," katanya.

Jelasnya, beliau menghadiri satu sidang media oleh Motorola Technology pada Februari 2008, selepas syarikat itu diumumkan untuk terus melabur di Malaysia.

Beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai hubungan rasmi dengan syarikat tersebut pada ketika itu.

Menjawab soalan, Phang berkata beliau menjadi penasihat bebas bagi dua syarikat dan anggota panel SPRM dalam satu masa, bagaimanapun menegaskan beliau tidak mempunyai konflik kepentingan berhubung perkara ini.

Beliau melepaskan jawatan sebagai anggota pabel SPRM secara sukarela pada Januari 2011, selepas didakwa - dalam sebuah blog - melakukan rasuah terhadap seorang pegawai awam.

SPRM bagaimanapun membebaskan Phang daripada tuduhan tersebut.
Dalam sidang media pagi tadi, Phang juga berkata beliau dinasihat oleh barisan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Musa berhubung dakwaannya itu.
 
Kita perlu menyelidik antara mereka ..siapa yang benar?

Tuesday, December 11, 2012

Lain Dulu Lain Sekarang

KUALA LUMPUR:





Datuk Seri Panglima Lajim Ukin (gambar) membuat Akuan Bersumpah (SD) hari ini dengan mendakwa pemimpin BN Sabah telah menggunakan balak untuk kekayaan ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah.

Menurut Lajim dalam SD itu, buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah.

"Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah," katanya.

Beliau juga berkata, wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri.

Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah, katanya.

"Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah," tegas Lajim dalam SD itu.


Berikut adalah akuan bersumpah Lajim Ukin.


AKUAN BERSUMPAH
Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat
Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19,
Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan,
Penampang 88200 Kota Kinabalu dengan sesungguhnya dan sebenarnya
membuat perakuan berikut:

1.Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka dalam tahun 1957;

2.Saya telah   memikul tanggungjawab sebagai Timbalan
Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak 1994.Jawatan terakhir  saya  di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

3.Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama diabaikan oleh Kerajaan Malaysia;

4.Sepanjang penglibatan saya dengan UMNO, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi UMNO adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam UMNO dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO, termasuklah
hal ehwal kewangannya;

5.Saya juga menganggotai Badan Perhubungan UMNO Sabah yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO di peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya;

6.Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz mengejutkan Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan;

7.Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato’ Seri Musa Aman;

8.Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri;

9.Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam UMNO di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai:

i.Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;

ii.Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada UMNO Sabah, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;

iii.Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah yang boleh membuktikan bahawa UMNO Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu; dan

iv.Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa UMNO telah mendapat manfaat dari derma politik RM40 juta itu;

10.Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal;

11.Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah;

12.Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah;

13.Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah;

14.Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan UMNO dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan.
 
Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.

emmmm!!!!

Sunday, December 9, 2012

Kerna Mulut

Hati-hati nanti merana badan..penat

Semua Orang Yang Rasional Nakkan Kebenaran

Tubuh s'jaya kebenaran dan rekonsiliasi, gesa Ku Li

Kerajaan digesa membentuk Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi bagi membantu menangani isu tadbir urus yang baik menerusi penemuan kebenaran berkaitan keadaan semasa rasuah, takat amalan dan cara menghapuskannya sebagai satu cara hidup.
  
Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata badan itu mesti mempunyai status sebuah mahkamah undang-undang dengan kuasa kehakiman yang diperlukan bagi meninggalkan kesan.
  
"Selepas melihat keberkesanan Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi di Afrika Selatan dalam menyatupadukan negara itu tanpa wujud sebarang perbuatan salah, banyak pihak di Malaysia berpendapat penubuhan badan itu sememangnya mempunyai merit," katanya dalam ucaptama di Persidangan ke-78 Rotary International District 3300 di Petaling Jaya hari ini.
  
Teks ucaptama beliau diberi kepada Bernama.
  
Tengku Razaleigh juga berkata suruhanjaya itu mesti berupaya memberi pengampunan kepada mereka yang mengamalkan rasuah serta menyalah guna kedudukan ketika berkuasa bagi mengumpul kekayaan.
  
"Apabila berkuat kuasa kelak, suruhanjaya itu boleh, misalnya, mengisytihar tempoh tangguh selama enam atau 12 bulan, atau apa-apa tempoh lain yang munasabah bagi membolehkan mereka ini menebus kesalahan masing-masing.
  
"Semasa moratorium ini, tidak ada sebarang tindakan terhadap mereka. Bagaimanapun, jika didapati kemudian bahawa seorang pembuatakuan tidak berkata benar, maka dia akan berdepan tindakan undang-undang sepenuhnya," katanya.
  
Tengku Razaleigh berkata di bawah langkah pengampunan ini, orang yang terlibat dengan rasuah dikehendaki mengikuti satu program rehabilitasi.
  
"Beliau, dan ini termasuk penerima dan pemberi rasuah, dikehendaki mengisytihar tidak akan mengamalkan rasuah lagi serta menyesal kerana pernah terlibat.
  
"Rehabilitasi dan sumpah ini mungkin kedengaran agak drastik, namun ia tidaklah begitu teruk dalam konteks kesan menghakis rasuah terhadap ekonomi dan keutuhan moral negara.
  
"Memandangkan rasuah bersifat endemik kebelakangan ini, preskripsi untuk menghapuskannya secara kekal adalah wajar," katanya.
  
Tengku Razaleigh berkata kerajaan juga harus berfikir secara serius untuk memansuh atau mengkaji semula Akta Rahsia Rasmi.
  
Beliau berkata orang awam perlu dilindungi oleh suatu akta undang-undang terhadap pendakwaan dalam usaha mendapatkan akses kepada sesuatu maklumat, meskipun ia memalukan kerajaan yang memerintah.
  
"Kita perlu menghentikan amalan menggunakan sesuatu akta, yang bertujuan melindungi rahsia negara daripada didedah, terhadap sesiapa yang menarik perhatian umum kepada satu skandal salah laku," katanya.
  
- Bernama

Saturday, December 8, 2012

Jom Jaga Kesihatan

8 Makanan Utama Untuk Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Hafiz Ramli
psipum.org
1. Susu Skim
- Putih susu ibarat kalsium yang membentuk tulang, susu berskim sememangnya mengandungi gabungan kalsium dan vitamin D (juga terdapat dalam sinaran cahaya matahari di awal pagi) – dua nutrien penting yang bekerja erat membantu menurunkan tekanan darah sebanyak 3-10%! Tidak cukup dengan itu, ia juga merendahkan risiko penyakit jantung sebanyak 15%. Susu skim – bukan sekadar susu atau skim biasa!
2. Bayam
- Berdaun hijau menyerlah, bayam bukan sahaja mempunyai kandungan kalori yang rendah, malahan kaya dengan fiber dan nutrien-nutrien seperti potasium, magnesium dan folat – kunci untuk merendah dan menstabilkan tekanan darah.

Cubalah untuk menambah bayam ke dalam salad atau sandwich dalam hari-hari anda! Pasti anda tidak akan mengalami kekecewaan!
3. Kuaci
- Kuaci ataupun biji bunga matahari selalunya dikunyah sebagai makanan ringan. Tapi tahukah anda? Kuaci adalah antara sumber magnesium yang utama. 1/4 cawan kuaci menjadikannya makanan ringan yang berkhasiat!

Pastikan anda tidak membeli kuaci yang bergaram kerana garam mengandungi sodium yang tinggi, yang perlu dielakkan. Rajin-rajinkan diri mengunyah kuaci mulai sekarang!
4. Kekacang
- Penuh nutrisi dan versatil! Kekacang sama ada hitam, putih, merah atau hijau, masing-masing mengandungi fiber, magnesium dan potasium – bahan-bahan yang diperlukan untuk kesihatan jantung yang menyeluruh! Tambahkan kekacang ke dalam salad atau sup anda.

P/s: Ianya menjimatkan!
5. Ubi Kentang
- Ubi kentang juga kaya dengan magnesium dan potasium – nutrien vital untuk jantung. Jika badan kekurangan potasium, sodium yang tersimpan akan bertambah (terlalu banyak sodium akan menyebabkan meningkatnya tekanan darah). Sebaliknya, diet yang kaya dengan potasium akan membantu mengeluarkan sodium yang tidak diperlukan dari badan! Manakala bagi melancarkan aliran darah, rahsianya adalah dengan magnesium!
6. Pisang
- Ramai yang tidak tahu pisang sebenarnya mengandungi kandungan potasium yang hebat. Pilihan terbaik untuk sebagai pelengkap hidangan anda!

Mulakan hari anda dengan gulungan pisang keju atau pisang salai di waktu minum petang, anda pasti kekal bertenaga. Pisang sejuk beku – Nyum!
7. Kacang Soya
- Satu lagi sumber potasium dan magnesium yang utama adalah kacang soya. Bukan sahaja baik untuk kesihatan jantung, malahan juga untuk kulit yang kekal berseri!

Amalkan pengambilan susu soya, tauhu, tempe dan sebagainya. Kacang soya – hasil yang terbaik dari ladang!
8. Coklat Gelap
- Hooray untuk coklat gelap! Hanya 30 kalori sehari (satu petak kecil) selama 18 minggu mampu menghasilkan penurunan tekanan darah, menurut Journal of the American Medical Association (JAMA). Pilihlah coklat yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% serbuk koko.

Tapi awas, jangan berlebih-lebihan, kerana coklat juga tinggi kalorinya

Intergriti ... Bukan sekadar cakap tetapi bikin

Suspek kes rasuah, menteri Indonesia letak jawatan

Menteri Belia dan Sukan Indonesia Andi Mallarangeng yang menjadi suspek kes rasuah projek pembinaan pusat pendidikan dan latihan sukan serta sekolah sukan di Bukit Hambalang, Bogor, Jawa Barat, meletakkan jawatan daripada kabinet semalam.
  
Andi mengumumkan perletakan jawatannya itu pada sidang akhbar di pejabatnya di Jakarta Jumaat pagi selepas menyerahkan surat pengunduran dirinya itu kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di pejabat Presiden.
    
Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, yang telah menetapkan Andi sebagai suspek kes rasuah projek bernilai lebih satu trilion rupiah itu, telah pada semalam memohon kepada Jabatan Imigresen Indonesia supaya menghalang beliau dan dua lagi yang terbabit dalam kes sama, daripada melakukan perjalanan ke luar negeri.
  
Andi merupakan orang pertama di Indonesia sebagai penyandang menteri kabinet yang ditetapkan sebagai suspek dalam kes rasuah. Kes-kes sebelum ini hanya melibatkan tokoh-tokoh tidak lagi menyandang jawatan menteri.
  
Presiden Susilo dalam kenyataan kepada media tengah semalam mengesahkan pengunduran diri Andi dari kabinet dan tugas menteri itu akan dijalankan Menteri Penyelaras Kesejahteraan Rakyat, Agung Laksono.
  
Susilo menghargai keputusan Andi mengundurkan diri ketika menghadapi masalah undang-undang kerana jika beliau tidak berbuat demikian, urusan kerja kabinet akan terganggu.
  
Selain jawatan kabinet, Andi turut meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Lembaga Penyelia Parti Demokrat serta Setiausaha Majlis Tertinggi Parti Demokrat, iaitu parti politik yang diketuai Presiden Susilo sendiri.
  
Nama Andi sering dikaitkan dalam kes projek Hambalang itu sejak bekas Bendahari Agung Parti Demokrat M. Nazaruddin menyebut bahawa beliau dan Ketua Umum Parti Demokrat Anas Urbaningrum telah menerima sejumlah wang daripada projek itu.
  
Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia menemui beberapa kejanggalan dalam projek itu apabila nilai projek itu meningkat dengan begitu besar berbanding kos asalnya ketika ia mula dibangunkan pada masa Menteri Belia dan Sukan sebelumnya, Adhyaksa Dault.
  
Setelah Andi mengambil alih jawatan Menteri Belia dan Sukan, pelan projek itu mengalami perubahan dan kos projek yang pada asalnya berjumlah Rp125 bilion telah meningkat menjadi Rp1.17 trilion (AS$265 juta).

- Bernama
Baru suspek..mungkar : dah takut di dunia apa lagi di akhirat,. Satu pengajaran buat kita semua.

Friday, December 7, 2012

Indahnya bumi

Gambar Bumi pada waktu malam

23 Muharram 1433H.
SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi pada tahun 1968.
Gambar tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, kelmarin, NASA mendedahkan Bumi pada waktu malam.
Gambar tanpa awan yang amat jelas itu dirakamkan lensa infra merah dan beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) milik NASA.
Sensor kamera pengimejan itu dapat merakamkan tiga imej cahaya kelam secara serentak sekali gus memberi peluang kepada para penyelidik untuk mengkaji atmosfera, daratan dan lautan di Bumi pada waktu malam.
"Data yang diperoleh amat tinggi kualitinya," kata seorang saintis NOAA, Christopher Elvidge kepada wartawan pada Persidangan Kesatuan Geofizik Amerika di sini baru-baru ini. - Agensi

Samseng ke kita ni ??



Thursday, December 6, 2012

Berencana untuk mendepani kecemerlangan 2013




Mulai 4 Disember 2012 , setelah bertolak 'long ranger' dari rumah jam 11.30 pagi dengan jentera lama 'cap ikan' gelaran popular anaknda, tiba jam 5.00 petang di Hotel Heritage Cameron Highland, Pahang Darul Makmur untuk memenuhi permintaan kepada pengisian  Kursus Pemantapan Pengurusan Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan. Kursus ini sebagaimana biasa dihadiri oleh Pegawai SPA dan Anggota Kakitangan Sokongan (AKS).

Pengisian kursus yang dipengerusi oleh Tuan KSPA ini ialah:

4/12/12 (Selasa)
4.00 petang - Taklimat
8.30 malam - Ucap Utama KSPA

5/12/12 (Rabu)
8.30 pagi - Pembentangan Taqwim, SKT, Fail Meja dan Portfolio Pegawai bagi tahun 2012 oleh KPP Sains
11.00 pagi - Pembentangan Pencapaian Kecemerlangan Akademik 2012 dan Harapan 2013 oleh KPP Matematik
(Sesi selari KSPA dan KPP Sains bersama dengan AKS bagi pemantapan pengurusan jabatan untuk tahun 2013)
2.30 petang - SKT
8.30 malam- e-Cakna dan Kaedah Post Mortem Peperiksaan oleh En. Mohd Razali -PP Sains

6/12/12 (Khamis)
8.30 pagi - Pengurusan Pemantauan kendalian bersama oleh KPP Sains dan KPP Matematik
11.00 pagi- Isu dan Pemantapan Pengurusan 2013 dan rumusan oleh KPP Sains

Terima kasih kepada semua pegawai dan AKS yang dapat bersama kali ini.

Bertolak balik jam 1.00 tengah hari bersama Pak Su dan tiba dirumah jam 6.40 petang  setelah memandu dengan purata 80 km/j untuk jarak 310 km sehala.

Syukur Alhamdullilah.

( Malam ini juga dapat disiapkan Prestasi On line ..yang sukar dibuat di CH )

Monday, December 3, 2012

Insyaalah kita jadikan diri kita ini model yang baik,

Malulah dengan sorang  pengarah CIA David Petraues   ada intergriti terus letak jawatan apabila sahih bersekedudukan dengan bini orang.

Jauhilah kami dari melakukan perkara yang mengundang dosa ini.. Dengan izin MU Ya ALLAH..berkatilah rezeki ini.

Kini Semakin Hampir PRU13

Macam mana ni?

Dulu dan Sekarang... Lain dan Lain


Dakwaan kontroversi telah dibuat oleh bekas Ketua polis Negara, Tan Si Musa Hassan dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan terhadap pemimpin Umno.

NONE 


NONEDeepak - pembabitannya dalam akuan bersumpah (SD)  penyiasat persendirian P Balasubramaniam 
  









Dulu YES...,
kini    NO



KENAPA JADI BEGINI????

Saturday, December 1, 2012

"Kuasa dan Jawatan"

BACA DAN RENUNGKANLAH - Bingkisan perjalanan buat yang demam 'kuasa' 

Dr Mohd Asri Zainul Abidin 9:11AM Nov 30 2012 

KOLUM Sekarang ini demam Pilihanraya ke-13. Ia dijangka pilihanraya yang benar-benar akan mendemamkan sama ada BN ataupun Pakatan Rakyat. Maka sekarang parti-parti politik dalam negara kita sedang sibuk dan menyibukkan diri untuk menghadapi demam tersebut. Ucapan dan slogan politik kedengaran di sana-sini. Kuasa, kuasa, dan kuasa. Itulah mimpi sebahagian manusia politik. Saya tidak ingin mengulas pada minggu ini. Saya hanya ingin memetik pelbagai ucapan beberapa tokoh umat Islam berkaitan dengan perjuangan dan kepimpinan. Harapnya ia boleh menjadi bekalan dan renungan untuk semua pihak yang terbabit. Ia boleh menjadi koleksi dan koreksi untuk mereka yang merasa diri berada di medan perjuangan dan siasah. Akur kesilapan Nabi Musa a.s berjuang menghadapi Firaun. Namun Nabi Musa a.s pernah membuat kesilapan sebelum menjadi rasul iaitu telah memukul seorang warga Mesir keturunan qibti sehingga mati. Semasa dialog antara Musa dan Firaun, Firaun mempertikaikan tindakan Musa a.s. tersebut. Nabi Musa a.s mengakui kesilapan tersebut, namun meneruskan perjuangan yang benar. 

Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran dengan firmanNya: (maksudnya )“Maka pergilah kamu berdua (Musa dan Harun) kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: “Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami”. Firaun menjawab: “Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau (Musa) kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (kesalahan) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dalam kalangan orang yang tidak mengenang budi?” Nabi Musa berkata: “Aku melakukan perbuatan demikian sedangkan aku ketika itu dalam kalangan orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan, dan menjadikan daku seorang RasulNya. Adapun budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.” (Surah al-Syu‘ara: 16-22). 

Inilah sikap perjuang yang ikhlas dan benar! Pohon maaf dan betulkan kesilapan Apabila fitnah berlaku di zaman pemerintahan Saidina ‘Uthman bin ‘Affan, beliau menulis surat kepada rakyat memohon kemaafan dan membuka ruang agar dibetulkan kesalahan pentadbiran. Beliau menyebut dalam suratnya: “Aku mengambil pegawai-pegawaiku dengan persetujuanku pada setiap musim. Sejak aku memerintah, aku telah jadikan umat ini dikuasai oleh al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar. Tidak dikemukakan suatu kes kepadaku atau kepada para pegawaiku melainkan aku berikan kepada mereka itu akan haknya. Tiada bagiku atau keluargaku hak yang menyentuh rakyat jelata melainkan ianya ditinggalkan untuk rakyat. Penduduk Madinah telah memaklumkan kepadaku bahawa ada golongan yang dicerca dan ada pula yang dipukul. Sesiapa yang dicerca ataupun dipukul secara sembunyi atau sesiapa yang mendakwa sesuatu, apabila cukup tempohnya maka ambillah kembali haknya di mana sahaja dia berada, daripadaku atau pegawaiku ataupun dia bersedekahlah (maafkanlah). Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah (memaafkan)”. Apabila surat ini dibaca di setiap negeri maka rakyat jelata pun menangis dan mereka berkata: “Sesungguhnya telah bergerak di kalangan umat ini kejahatan” (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, jil. 4, hlm. 342) iaitu fitnah telah menular di tengah-tengah umat. 

Maksud ‘Rakyat Didahulukan’ 

Jika kita ingin mendengar contoh rakyat didahulukan, maka bacalah Sirah ‘Umar bin al-Khattab ini: Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun kemarau melanda Madinah lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir). 

Awasi pengampu 

Syaiban al-Ra‘i berkata kepada Harun al-Rasyid: “Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau merasa aman lebih baik dari engkau bersahabat dengan orang yang menjadi engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan”. Tanya Harun al-Rasyid: “Jelaskan maksudnya untukku”. Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepada engkau: “Engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah” lebih baik dari orang yang berkata “Kamu daripada kaum keluarga Nabi diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi!”. Maka menangislah Harun al-Rasyid sehingga mereka yang berada di sekelilingnya bersimpati kepadanya. Kata Syaiban lagi: “Wahai Amirul Mukminin, apabila saya bercakap, saya bimbangkan tindakan kamu terhadap saya. Jika saya diam, saya bimbangkan bahaya menimpa kamu. Maka saya utamakan kebimbangan bahaya menimpa kamu lebih daripada kebimbangan tindakan kamu ke atas saya”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/198, Beirut: Muassasah al-Risalah). 

Menyedari bebanan amanah Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan terngamam dan begitu hiba. Ketika para pembesar menanti kemunculannya setelah dilantik, mereka berbisik bertanya anaknya, mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai. Kata anaknya: “Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila ditanya, dia berkata: “Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang yang fakir, yang lapar, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (lihat: Mahmud al-Baji, Muthul ‘Ulya min Qada al-Islam, 144). 

 Dalam Sifat al-Safwah karya Ibn al-Jauzi yang meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun al-Rasyid menaiki Bukit Safa, seorang tokoh umat bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Aziz al-‘Umari berkata kepadanya: “Lihatlah ke arah Kaabah.” Harun al-Rasyid menjawab: “Aku sedang lihat.” Kata beliau lagi: “Berapa jumlah mereka yang kau lihat?” Jawab Harun: “Siapa yang mampu membilangnya.” Kata beliau pula: “Berapa jumlah manusia yang seperti mereka?” Jawab Harun: “Hanya Allah yang mampu menghitungnya.” Kata al-‘Umari lagi: “Ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, hanya engkau yang akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti.” Maka terduduk dan menangislah Harun al-Rasyid mengenangkan masa depannya di akhirat kelak. Menyedari kemampuan diri Saidina ‘Umar bin al-Khattab r.a. pada usianya yang lanjut, ketika dia pulang dari menunai haji, beliau berdoa sambil mendongak ke langit dan mengangkat tangannya: “Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”. Lalu tidak sampai sebulan selepas pulang ke Madinah beliau wafat dibunuh. Demikian Saidina ‘Ali bin Abi Talib r.a, walaupun usia belum lanjut, namun apabila rakyatnya kucar-kacir tidak mahu tenteram walaupun telah diusahakan, beliau meminta agar Allah merehatkannya dari kedegilan rakyatnya. Lalu beliau pun mati selepas itu. 

Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz apabila merasakan rakyat sudah tidak mampu mentaati keadilan dan kebenaran yang ditegakkannya, dia meminta daripada insan yang mustajab doanya ketika itu agar memohon Allah mengambil nyawanya. Lalu tidak lama kemudian dia pun meninggal. (lihat: Ibn Rajab, al-Jami’ al-Muntakhab, 103, Lebanon: Muassasah Fuad). Banyak lagi ungkapan yang baik tentang kuasa dan jawatan untuk direnungi oleh mereka yang merinduinya. Saya petik sedikit daripadanya sebagai bingkisan buat yang lantang berbicara tentang keinginan kepada kuasa.

Tetiba...mengapa ikonik ini jelas memihak



Hanya pada diri merekalah yang tahu... (Petikan dari Youtube "Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor" 1 Disember 2012 )

Tn Haji Ramlan Bin Sariman bekas Pengarah Pelajaran Negeri Johor tahun 2007- 2008.
                           

Bekas pengerusi Dewan Perniagaan     Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin  malam  tadi mengisytiharkan dirinya keluar Umno dan menyertai PAS dalam satu majlis ringkas sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Johor di Parit Raja, Batu Pahat dalam parlimen Sri Gading.

Abdul Rahman yang banyak memperolehi kontrak semasa bekas perdana menteri Abdullah Badawi berkuasa dulu tidak ragu-ragu menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan lebih 30 ribu hadirin yang membanjiri tapak ceramah di KM18 Jalan Kluang-Batu Pahat itu.
Selain Rahman, tiga tokoh bekas kakitangan kerajaan turut menyertai PAS iaitu Bekas Pengarah Pelajaran Johor, Bekas Pengetua Maktab Perguruan Batu Pahat dan Bekas Naib Ketua Pemuda Umno Kluang.

Dan sehari sebelum
 

Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Semporna hari ini meletak jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Kalasahan Abdul Salam berkata, tindakannya itu kerana hilang sepenuhnya keyakinan terhadap pemimpin Umno.

“Saya mengambil keputusan ini kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Umno, khususnya terhadap Ketua Umno Bahagian Semporna yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal.

“Terlalu banyak ketidaktelusan, skandal membabitkan wang rakyat dan moral serta budaya fitnah dalam pentadbiran Umno Bahagian Semporna,” katanya pada pengumuman itu dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini disaksikan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

Menurut Kalasahan, kepimpinan Umno Semporna juga gagal membawa perubahan sebaliknya banyak masalah asas gagal ditangani.

“Lihat saja kebanjiran pendatang asing tanpa izin, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, jalan raya yang berlubang dan berlopak, malah paling teruk, pencapaian pendidikan sekolah yang tercorot di Sabah,” jelasnya.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembangunan luar bandar, Shafie gagal secara total dalam melaksanakan tanggungjawabnya memajukan Semporna,” tegas Kalasahan yang sedang mempertimbang untuk menganggotai KEADILAN.

“Peletakan jawatan beliau di kala Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung merupakan tindakan berani. Kita mengalu-alukan kebersamaan beliau dalam menolak Umno bersama Pakatan Rakyat,” kata Azmin.
 

Kebimbangan Presiden Parti

                                  


                            Ucapan pergulungan Perhimpunan Agung Umno ke-66 di PWTC
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menyembunyikan kekhuatiran terhadap kemungkinan 'tindak balas' dari anggota yang tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Walau percaya bahawa sokongan umum akan memihak kepada BN, Najib tetap bimbang bahawa beliau akan menghadapi tindakan sedemikian daripada pemimpin Umno yang tidak dipilih sebagai calon.

"Saya percaya musuh kita tidak kuat... saya yakin orang ramai akan memihak kepada BN... yang saya khuatir satu sahaja.... sikit sahaja.. soal kita sesama kita," tegasnya dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.
Sepertimana dalam perhimpunan terdahulu, Najib turut meminta perwakilan membacakan ikrar agar taat kepada parti serta bekerja demi kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Tapi bezanya para perwakilan kali ini diminta menjawab soalan cepu emasnya – sama ada akan menyokong calon pilihan Umno sekiranya mereka sendiri tidak terpilih.
"Saya beri lima kemungkinan. Pertama sokong sepenuhnya calon yang dipilih parti; kedua, sokong; ketiga, tidak bekerja; keempat, sabotaj dan kelima lompat parti," katanya.
Tambahnya, soalan berkenan lebih penting untuk dijawab daripada kajian yang menunjukkan sokongan besar pada BN - seperti dikemukakan naib presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelumnya.
"Sebab itu dalam perhimpunan ini kita mesti kata kita mesti dengan suara yang cukup hebat bahawa jawapan yang kita hendak 'adalah saya tetap akan sokong BN'," kata Najib yang disambut laungan "Boleh" sebanyak tiga kali oleh para perwakilan.
"Kalau itu jawapannya yang sebenarnya dalam hati kita, Insya-Allah, akan memberi kemenangan kepada Umno dan BN (dalam pilihan raya umum)," tambahnya.
Najib seterusnya meminta para perwakilan membawa soalan itu pulang untuk difikir secara mendalam dan mengawasi golongan penghasut - yang digelarkan "tukang kipas dan "batu ronson" di dalam parti.
"..dalam kereta, dalam bas ekspres, cuba tepuk dada tanya selera... Kita nak bawa semangat ini, kita nak menghayati semangat ini, (apabila) kita nak jumpa penyokong kita bila balik," katanya.

Sekiranya ahli berkenaan tidak kuat iman, "sokongan penuh" kepada calon berkenaan mungkin akan menyebabkan mereka berubah pandangan sehingga melakukan sabotaj ke atas parti, kata Najib.
"Jangan lupa ada juga bekas menteri, bekas timbalan menteri yang telah mengkhianati parti... kerana gila jawatan, kerana dirasuk orang tertentu sekarang jadi orang yang menentang Umno dan BN," katanya.

mINTA mAAF

 Najib minta maaf kali ke-3, respons pengundi bagaimana?



Reaksi perwakilan ketika mendengar ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno 2012, semalam. 
                                             - Foto Sinar Harian oleh Muhammad Zulfadhli Ahmad Zaki

Dah 3 kali PM minta maaf 
G MANIMARAN dan NIZAM ZAIN
30 November 2012
TIDAK wujud individu, pemimpin, organisasi atau parti yang tidak pernah melakukan kesalahan. Untuk itu sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, Umno menyusun memohon maaf atas kekhilafan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2012.
Sebelum ini, pada Mac lalu ketika satu majlis di Baling Kedah, Perdana Menteri  juga pernah membuat rayuan momohon maaf kepada rakyat negeri itu atas kesilapan dalam pilihan raya umum lalu yang menyebabkan mereka ditolak di negeri itu

Dalam satu majlis di Pelabuhan Kelang dua minggu sebelum ini, Perdana Menteri  juga memohon maaf dan mengakui bahawa BN ada melakukan beberapa kesilapan di negeri Selangor sehingga mereka ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya 2008 lalu.

MEMINTA maaf adalah tanda sifat mahmudah, sama ada terhadap manusia apatah lagi dengan ALLAH. Sikap suka memohon maaf dan kesungguhan memohon maaf lumrahnya lahir dari rasa bersalah.Lagi banyak rasa bersalah seseorang itu, maka lagi keraplah seseorang itu akan memohon maaf. Memohon maaf dengan manusia   teramai jarang dilakukan oleh mana-mana kerajaan atau pimpinan kerajaan. Kerana itu, apabila ada yang lakukan tentulah ia menjadi bahan perbincangan awam.

Memohon maaf tanpa sebarang niat dan tindakan untuk memperbetulkan kesilapan-kesilapan di atas membuka ruang kepada orang ramai  untuk menilai tahap keikhlasan seorang pemimpin.Memohon maaf kepada mereka bermakna bersalah dengan mereka. Islam mengajar kita agar memaafkan kesalahan orang lain, agar ALLAH memaafkan kita.

Meminta maaf dan memaafkan suatu kesalahan adalah sifat terpuji, tetapi bukan bermakna merestui segala kekhilafan yang dilakukan sebelum ini.

Jika begitu..buat pula kemudian minta maaf.. ramailah yang akan mengulangi salahlaku ini. Maka semakinlah menambah dosa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh