- Johor
- Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Johor yang baru hari ini.
Mohamed Khaled yang juga bekas menteri pengajian tinggi, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di Johor Baharu kira-kira 10.40 pagi ini.
Beliau mengambil alih jawatan menteri besar Johor daripada Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan itu selama 18 tahun bermula daripada 1995.
Selangor
Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor bagi penggal kedua di Istana Alam Shah, Klang.
Beliau mengangkat sumpah dan membaca ikrar aku janji sebagai menteri besar di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balai Rong Seri istana tersebut pada jam 10.10 pagi ini.
Selepas itu, Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang menandatangani Aku Janji Menteri Besar Selangor yang disaksikan oleh Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

No comments:
Post a Comment