Dumensi I: Hala Tuju Kepimpinan
Elemen 1: Visi dan Misi
Visi sekolah ditulis dalam bentuk pernyataan yang menggambarkan hala tuju sekolah yang jelas bagi melahirkan murid yang sempurna. Misi sekolah dinyatakan dengan jelas dari segi cara,pendekatan atau kaedah bagi mereaklisasikan visi tersebut.
1.1 Pembentukan pernyataan visi dan misi:
a. berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan , wawasan negara dan perkembangan semasa;
b. mengambil kira kekuatan,kelemahan, peluang,ancaman, potensi murid, serta keperluan sekolah dan komuniti setempat; dan
c. dibuat secara kolektif
1.2 Visi dan misi sekolah:
a. disebarluaskan kepada warga sekolah
b. dihayati oleh warga sekolah
c. diterjemahkan secara terperinci dalam program,aktiviti dan kerja harian warga sekolah;
d. boleh dikukur dan dicapai dalam jangka masa yang munasabah;
e. memberi impak kepada warga sekolah; dan
f. dikaji semula mengikut keadaan dan keperluan.
Elemen 2: Kepimpinan
2.1 Guru Besar/ Pengetua menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi dengan cara;
a. menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan misi;
b. mengamalkan daya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi (misalnya dengan mengambil kira latar belakang warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat);
c. membina kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja secara sepasukan;
d. mengenal pasti punca, mencegah dan menyelesaikan konflik, dan
e. menggalakkan pembangunan budaya ilmu dan berfikir dalam kalangan warga sekolah.
2.2 Guru Besar/ Pengetua mengamalkan sistem komunikasi yang berkesan dengan:a. mewujudkan suasana interaksi yang mesra;
b. memberi peluang kepada warga sekolah untuk mengemukkan pendapat;
c. merangsangkan percambahan fikiran dalam kalangan earga sekolah; dan
d. membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan kolaboratif.
2.3 Guru Besar/Pengetua memberi motivasi dan dorongan bagi membina dan membangunkan keyakinan serta daya maju warga sekolah secara berterusan dengan cara:
a. memberi sokongan moral dan material;
b. menghargai setiap sumbangan dan kejayaan;
c. membuat penilaian secara adil;
menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah dan kebajikan warga sekolah; dan
e. memberi teguran dan nasihat membina.
2.4 Guru Besar/ Pengetua memainkan peranan yang berkesan sebagai pemimpin kurikulum dengan:a. mengajar sejumlah waktu mengikut surat pekeliling sedang berkuat kuasa;
b. menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran;
c. memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran;
d. menggerak dan memantau perjalanan Jawatankuasa Kurikulum, jawatankuasa Kokurikulum, panitia-panitia mata pelajaran dan jawatankuasa-jawatankuasa lain yang berkaitan dengannnya; dan
e. memantau kemajuan murid
2.5 Guru Besar/ Pengetua mengupayakan semua guru untuk membangunkan diri menjadi pemimpin yang berkesan dengan:
a. memberi panduan yang jelas tentang sesuatu bidang tugas;
b. melatih dan memimpin;
c. menurunkan kuasa untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan tertakluk kepada bidang kuasa masing-masing;
d. memantau dan menilai pelaksanaan tugas; dan
e. membimbing dan menasihat untuk meningkatkan keupayaan kepimpinan.
Jumpa lagi dalam Dimensi II
Perbezaan Rumpai dan Rumput Laut
2 days ago
No comments:
Post a Comment