Pada hari ini, Selasa 12 Oktober 2010 bermulalah program Pemantauan Pengurusan Kurikulum oleh Pegawai dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemantauan lebih berfokus kepada bidang sains elektif iaitu Fizik, Kimia Biologi dan Sains Tambahan. Aspek yang diberi perhatian ialah:
- Pengurusan P & P
- Pelaksanaaan P & P
- Pelaksanaan Amali Sains
- Pengurusan Makmal
- Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dan Bahan Bantu Belajar
- serta sesi perkongsian serta isu-isu berbangkit mengenai pelaksanaan P & P berkenaan. Slot melibatkan tayangan video mengenai P & P berkesan dan program "Lesson Study" versi Jepun juga sempat dikongsi bersama.
Pegawai BPK, Pn. Lanita bt Yusof dari Unit Sains banyak memberi input yang begitu terkesan kepada semua guru sains dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Penguasaan TIMSS pelajar kita dalam arena antarabangsa juga diberi fokus supaya aspek penggunaan serta penaakulan selain dari fakta dapat dikuasai oleh pelajar kita.
Sekolah yang terlibat dalam program ini ialah:
SMK Kota - Lawatan pemantauan 12 Oktober 2010
SMK Tendong - Lawatan pemantauan 13 Oktober 2010
Besarlah harapan agar semua guru yang terlibat termasuk Tuan yang berada di semua sekolah di negeri ini bertindak sebagai pengamal pendidikan sains yang dapat memainkan peranan yang begitu berkesan dalam P & P Sains ini.
Kepada Pn. Lanita, terima kasih atas lawatan ini kerana membantu kami memperkasakan Falsafah Pendidikan Sains ini.Juga kepada Pengetua SMK Kota dan Pengetua SMK Tendong bersama guru-gurunya, terima kasih atas sokongan menjayakan program ini.
No comments:
Post a Comment