.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Friday, April 22, 2011

Kepimpinan adalah Amanah, bukan kebanggaan

Mimbar Jumaat hari ini begitu berkait rapat apabila kita ditugaskan sebagai seorang pemimpin. Pemimpin sebuah keluarga maupun sebuah organisasi. Kerana seorang pemimpin akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan kepada orang yang dipimpinnnya. Maka kita semua sebagai pemimpin perlu mentauladani perkara baik dan menolak perkara tak baik kepada semua yang kena pimpin.

Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar dan hala tuju organisasi dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat dapat dicapai dengan cemerlang.

Kepimpinan bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah .

عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.

Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."

(Riwayat Muslim)

Berasaskan realiti ini , janganlah ada sesiapa dikalangan penjawat organisasi memanjat tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus. Perhatikan bilah bilah anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain .

Apatah lagi dalam keadaan permukaan anak tangga yang licin dan mudah tergelincir. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu memperkasakan institusi kepimpinan ini.

عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما: يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام

"إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه

Maksudnya : Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki dari sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang tamak utk memperolehinya .

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)

(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Sesungguhnya AMANAH ini amat berat dipikul bagi orang yang merasainya.

Wednesday, April 20, 2011

Sebuah Kejayaan Dipersada Kebangsaan

Malam ini , hampir jam 11.30 tergerak minda untuk menulis sedikit bagi berkongsi maklumat ilmu yang baik sesama rakan. Terlebih dahulu dipanjatkan berbanyak syukur kepada ALLAH SWT yang mencurah nikmatnya kepada kita semua. Dengan bermulanya penilaian Pertandingan Anugerah Guru Inovatif, yang saya singkatkan sebagai PAGI ini pada awal Februari lalu di peringkat negeri, pencalonan untuk keempat-empat kategori telah dipanjangkan kepada Urusetia Peringkat Kebangsaan sebagai salah satu pengisian bagi program sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011.

Pencalonan terdiri dari:
1. Kategori Pra Sekolah di wakili oleh SK Kedai Buloh 1, Kota Bharu
2. Kategori Individu Rendah di wakili oleh SK Ayer Merah, Machang
3. Kategori Individu Menengah di wakili oleh SMK Sering, Kota Bharu
4. Kategori Kumpulan di wakili oleh SK Cherang Ruku, Pasir Puteh

Rombongan panel yang terdiri dari pegawai Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah bertandang ke sekolah yang mewakili setiap kategori berkenaan. Hasil dari kunjungan pertama, telah melayakkan 3 kategori untuk pusingan kedua. Kategori berkenaan ialah:

1. Kategori Pra Sekolah
2. Kategori Individu Rendah
3. Kategori Individu Menengah

Dan hasil dari kunjungan kedua pula telah menobatkan Kategori Pra Sekolah mendapat tempat ketiga di Peringkat Kebangsaan 2011 manakala ianya juga melayakkan 1 kategori untuk pusingan akhir. Kategori berkenaan ialah

1. Kategori Individu Menengah yang telah dinobatkan sebagai JOHAN Individu Menengah Peringkat Kebangsaan 2011.
Penilaian pusingan akhir ini hanya melibatkan JOHAN dari keempat-empat kategori iaitu Johan Pra Sekolah, Johan Individu Rendah, Johan Indivudu Menengah dan Johan Kumpulan. Panel penilaian untuk ini diketuai sendiri oleh YBrs. Tuan Hj. Mohd Zanal Dirin, Timbalan Pengarah BPK, KPM.

Dan pada hari ini secara rasminya, SMK Sering telah dinobatkan pula sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan Tahun 2011.

Sekalung tahniah dari saya untuk:
1. En. Asmawi - Johan Keseluruhan
2. Pn.- Tempat Ketiga
3. En.- Saguhati
3. En... - Saguhati

Juga tidak lupa kepada YABrs, Tuan Pengarah, Tuan KSPA serta sahabat dari SPA yang sentiasa pro aktif bermula dengan tugas sebagai panel hakim negeri seterusnya membantu nasihat bimbing untuk memacu kejayaan ini. Terima kasih juga kepada pegawai meja mata pelajaran yang berkaitan. Demikian kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah yang terlibat. Juga kepada Tuan Timbalan Pengarah BPK serta semua panel hakim KPM .Jasa tuan semua akan diingati dan sudilah kiranya untuk terus membantu guru-guru bagi PAGI musim depan.

Tuesday, April 19, 2011

Diabetes?

Kencing Manis?, Jangan Risau Ini 10 Makanan Power Untuk Kawal Diabetes !

Baik utk diabetes
Diabetes Type 2, boleh disimpulkan sebagai masalah kecelaruan sistem imunisasi dalam badan kita. Tahap kepekaan yang menurun dalam badan kita terhadap insulin, iaitu hormon yang diperlukan untuk menyerap gula ke dalam sel bagi ditukarkan kepada tenaga.


Setakat ini tak ada lansung ubat mujarab bagi menyembuhkan penyakit tersebut. Tapi ada banyak makanan yang mampu mengawal keadaan kita agar sentiasa sihat seperti biasa. Berikut adalah 10 makanan hebat yang patut penjadi amalan pengidap diabetes.


  1. Kulit kayu manis - mampu menurunkan tahap gula dalam darah sebanyak 20% hingga 30% kali ganda, bergantung kepada jumlah pengambilan.
  2. Chromium - Sejenis garam yang diperlukan oleh badan yang berfungsi sebagai bahan pengaktif insulin. Boleh didapati dalam bentuk makanan suplemen. Jika kita makan nasi atau karbohidrat lain, kandungan gula dalam badan akan naik dengan banyak. Dengan mengambil chromium ia mampu mempercapatkan proses penghadaman dan menurunkan tahap gula.
  3. Cuka - Cuka mampu mengawal tahap gula dalam darah yang naik selepas kita makan nasi atau karbohidrat lain.
  4. Kopi - Mereka yang minum kopi 2 atau 3 cawan selepas makan kurang risiko menghidapi diabetes lebih dari 30% daripada mereka yang tidak melakukannya.
  5. Susu - mengandungi TPA yang mampu mengawal pembentukan diabetes. TPA tidak dapat dihasilkan oleh badan, tapi ada pada susu.
  6. Sayuran hijau - Terbukti dapat mengawal diabetes
  7. Magnesium - Makanan yang banyak garam ini dapat mengurangkan risiko kena diabetes. Ia juga mampu mengawal tahap gula dalam darah.
  8. Bijirin - Jadikan bijirin sebagai makanan rutin anda waktu pagi atau malam. Ia mampu menngwal diabetes.
  9. Beras Perang (Brown Rice) - jauh lebih baik dari beras putih biasa dalam mengelakkan diabetes atau mengawal diabetes.
  10. Berries - Macam-macam berry ada, blue berry, red berry, wild berry. Mengandungi kandungan antioksidan tinggi dan mampu mengawal banyak penyakit.
Selain dari itu rajinlah periksa kesihatan dengan berjumpa doktor. Kawal pemakanan anda dan selalu bersenam. Insyallah hidup anda kembali sihat. Selamat mencuba.

Maka Katakanlah “Alhamdulillah”


15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
seutastasbih.blogspot.com

Apabila kita melakukan kebaikan yang terlihat oleh orang lain, pasti akan ada yang mengatakan, “wah, baguslah!” “awak memang baik” “jarang jumpa orang macam awak” “Hebatnya!”. Paling tidak pun, akan ada yang tersenyum menandakan sebuah penghargaan diberikan kepada kita. Lantas kita menjadi termotivasi dan bersemangat untuk terus melakukan kebaikan. Kita merasakan ada nilainya kebaikan tersebut pada pandangan mata manusia. Bagaimanakah pula keadaannya apabila ada yang mengatakan “eleh, tu nak tunjuk baik la tu” “buang masa awak saja buat macam tu” “jangan buat macam tu lagi lain kali!”, apakah kesannya kepada diri kita? Adakah kita masih terus melakukan kebaikan tersebut atau kita meninggalkannya? Kesan yang berlaku atas diri kita daripada respons positif dan negatif orang lain ini menjadi indikator kepada keikhlasan kita dalam beramal.

Nilai sesebuah amal itu tidak ditentukan berdasarkan kepada pujian manusia. Apa yang lebih penting adalah nilai yang telah Allah gariskan dalam Al-Quran atau yang ditekankan oleh Rasulullah dalam Hadith baginda. Apabila telah ada saranan untuk melakukan sesebuah amal daripada Allah dan Rasul, maka ia tetap mempunyai nilai yang tinggi sama ada orang lain memuji atau mengeji. Dalam ertikata lain, orang yang ikhlas tidak akan berganjak sedikitpun daripada sebuah amal yang baik, bahkan dia sentiasa istiqomah dengan kebaikan. Tidak bertambah kerana pujian, atau berkurang kerana kejian. Berbeza dengan seseorang yang mengejar pengiktirafan manusia, bila dipuji dia berbangga dan menambah lagi kebaikan, bila dikeji dia merasakan seolah-olah azab Allah menimpanya lalu dia meninggalkan amal baik tersebut. Konsistensi amalannya bergantung kepada respons manusia terhadapnya.

Seseorang yang saya maksudkan tersebut boleh jadi kita sendiri, termasuk saya yang menulis. Pernahkah kadang-kadang kita merasa kagum dengan mujahid Islam yang syahid lantas kita juga bercita-cita untuk syahid sepertinya? Namun jauh di sudut hati kecil kita bersuara, “tentu aku akan dikenang orang”. Pernahkah kita membaca karya agung Ulama’-ulama’ silam lantas kita ingin berkarya seperti mereka? Hati kecil kita masih lagi bersuara, “tentu orang akan menyanjung aku”. Tatkala kita melayani perasaan tersebut dan berusaha mengejar pengiktirafan manusia, maka amal kita telah dicemari dan tidak lagi ikhlas. Namun kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perasaan tersebut daripada timbul sama sekali, apa yang boleh kita usahakan ialah menentangnya dan melawannya.

Oleh itu, matlamat yang jelas perlu ditentukan sejak kita berniat melakukan sesebuah amal sehinggalah kita habis melaksanakannya. Keikhlasan itu perlu dijaga sebelum, ketika dan setelah melakukan sesebuah amal. Susah memang susah, sebab itulah perlunya mujahadah. Sampai bila? Sampai kita bertemu Allah. Saya masih ingat pesan ustaz kepada saya ketika dulu;

Berbuat baik ayuhai teman
ke dalam laut engkau campakkan
kalau tidak dikenal ikan
tuhanmu tahu iyakah, bukan


Bait syair di atas menyeru supaya kita ikhlas melakukan sesebuah amal hanya untuk keredhaan Allah dan hanya untuk mendapat ganjaran daripada Allah. Amal yang baik itu takkan sekali-kali disiakan oleh Allah. Bahkan apa yang terdetik di sudut hati kita juga tak pernah terlepas daripada pandangan Allah. Biarlah Allah yang menilai kebaikan kita dan memberikan ganjaran di akhirat. Firman Allah:

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (At-Taubah: Ayat 16)

Saya pernah mendengar sebuah kata hikmah, “jika kamu tamakkan apa yang ada di sisi manusia, kamu akan dibenci Allah. Jika kamu tamakkan apa yang ada disisi Allah, kamu akan disanjung manusia”


Bahkan dalam memuji juga kita harus berhati-hati. Boleh jadi pujian kita itu akan menghancurkan saudara seagama kita. Pujilah sekadar yang perlu dan kembalikanlah hak menilai itu kepada Allah. Dalam sebuah Hadith Rasulullah berpesan:

“Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a katanya,: “Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi s.a.w, lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya: “Celaka kamu. Bererti kamu memenggal leher saudara kamu. (Kata-kata itu diucapkan baginda berulang kali.)“Apabila seorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata: “Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilainya selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu.”


(HR Muslim)

Jika ada yang memujimu, katakanlah “Alhamdulillah” dengan sebenar-benarnya

Monday, April 18, 2011

Khasiat Cuka Buah

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318) Apa dia Cuka? Cuka boleh dihasilkan daripada buah-buahan seperti kurma, epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi cuka, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar. Cuka Kurma KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaBersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318) an kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya. KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909. Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233. CUKA Cuka boleh dihasilkan daripada buah-buahan seperti kurma, epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi cuka, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Saturday, April 16, 2011

PRN Penggal 10 Sarawak .. TAHNIAH


Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 70 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064).Undi popular BN Sarawak telah merosot teruk dari 62.93 peratus kepada 55.24 peratus.

Undi untuk BN : 372,379 (56%)
Undi untuk bukan BN : 300,288 (44%)
Undi majoriti BN : 72,091

Manakala seramai 71 calon telah hilang wang deposit.

Sumber : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

TAHNIAH KEPADA SEMUA

Friday, April 15, 2011

Amalkan Minum Air Panas Selepas Makan


Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas. Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. Baca ini... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

*** Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!! ***

Sumber : ikutsukaakuisa

Thursday, April 14, 2011

Kepatuhan Seorang Insan

Sebelum Terowong Resalat (macam Terowong Smart kita) yang membelah sebahagian besar kota Tehran dibuka kepada kenderaan, Dr Ahmadinejad melakukan solat hajat terlebih dahulu di dalamnya pada 15 Julai 2006.



Bang mana nak cari pemimpin begini bang? Sungguh-sungguh dia sayangkan rakyatnya!

Wednesday, April 13, 2011

Bengkel Pengurusan Data UBB/PKBS STF Gua Musang


Hari ini berlangsung bengkel sebagaimana semalam di SMK Chiku 2 melibatkan 6 SK dan 2 SMK. Bermula jam 9.30 dan berakhir hampir jam 2.00 petang. Penat sedikit memandu hari ini dengan jarak pergi balik 300 km.

Tuesday, April 12, 2011

Bengkel Pengurusan Data UBB/PKBS STF Tanah Merah

___________________________________________________________________________________
Renungan Bersama:

Allah memerintah kita agar bergabung diri dengan golongan yang berada di atas kebenaran, golongan yang menjunjung kebenaran, golongan yang menghayati kebenaran

يا أيها الذين أمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين

Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan beradalah bersama dengan orang-orang yang benar.
___________________________________________________________________________________



Berlangsunglah hari ini bengkel berkenaan yang dihadiri oleh semua Penyelaras Sekolah STF/PPS Bagi STF/PPS Felda Gugusan Kemahang,

Antara pengisiannya ialah pelaksanaam program kecemerlangan UPSR bagi mata pelajaran BM, BI, Sc dan Matematik yang akan berlangsung pada hari Sabtu 30 April 2011 dan 7 Mei 2011. Kos pelaksanaan akan dianggung sepenuhnya oleh pihak Pengurusan Felda Wilayah Gua Musang.

Se;aku pengerusi dan penyelaras STF/PPS Negeri, sekali lagi meningatkan semua penyelaras STF/PPS sekolah agar sentiasa update semua kerja yang berkaitan dengannya samada dalam tindakan dan pentadbiran.

Selaku penal penggubal BPSH, KPM bagi program Head Counts , En. Mohd Razali Abdul Talib telah memberi taklimat yang jelas mengenai penggunaan program ini dalam memudahkan pengurusan HC-3.

Harapan akan datang, semua penyelaras hendaklah sentiasa proaktif dalam bertindak merealisasikan kehendak kecemerlangan akademik waris felda ini.

Terima kasih kepada Felda Wilayah Gua Musang yang menaja makan minum kami semua.

Sunday, April 10, 2011

PAGI Pusingan Ketiga


Jam 11.15 pagi di airport Kota Bharu, berada di sana untuk menyambut pasukan panel penilai PAGI ke SMK Sering , Kota Bharu untuk penilaian pusingan ketiga.. penentu juara keseluruhan di kalangan empat kategori yang dipertandingkan.

Panel ini diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Zanal Dirin. Timbalan Pengarah BPK, KPM yang tiba lebih awal melalui penerbangan FireFly dari Pulau Pinang. Katanya balik kampung seminggu sekali di Jitra, Kedah. Panel lainnya ialah Dr. Ang Soo Boon dan En. Nadaraja Muniandy selaku Urusetia Induk yang tiba dengan penerbangan MAS dari KLIA.

Dengan mengekori kenderaan Jabatan, kami tiba di SMK Sering jam 11.40 pagi dengan disambut oleh pengetua dan pasukannya. Penilaian juga dibuat dibilik muzik sekolah dengan sedikit perubahan di mana pelajar perempuan mendominasikan persembahan.

Majlis berakhir jam 4.00 petang dan pasukan panel bertolak ke airport untuk kembali balik ke KLIA.

(4 Negri terlibat untuk pusingan ketiga ini iaitu Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak)

Semoga kemenangan memihak kepada kami.. Insyaallah.

Terima kasih semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan kali ini. Tahun depan jumpa lagi.

Friday, April 8, 2011

TIRU SANA tiru sini

Dua tiga hari ini digemparkan dengan TELUR. Telur ori dan juga telur klon. Dulu pun kita didedahkan dengan pelbagai klon. Jika klon yang tidak boleh dimasukkan ke mulut itu mungkin agak ok lah walaupun disegi moralnya begitu rendah.. nak kaya cepat, klon lah duit, black money. Nak spare-part, belilah yang murah, barang tentu juga klon. Mungkin banyak untungnya tetapi ruginya mungkin juga lebih. Tetapi klon juga disengajakan timbul bukan saja untuk kegunaan luar badan tetapi untuk kegunaan dalam badan.Perwarna makanan tiruan, perasa tiruan dan lainnya sejak sekian lama berlegar dalam menu makanan kita.





04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa.

Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur).

Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.

Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.

Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:

Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,

Presiden CAP.

Mengapa manusia begitu mudah menjahnamkan sesama manusia dengan wujudnya perkara sebegini.Kerana wang tentunya. Juga kita pernah dengar sebelum ini, DNA boleh juga di klonkan untuk menghasilkan manusia yang serupa. Jika manusia boleh diklonkan apa lagi yang lain.

Teringat saya pada petang khamis, sedang mendengar Radio, ada seorang DJ selain mengulas telur tiruan ini, juga membicarakan robot manusia yang dihasilkan di negara maju. Robot wanita yang cantik, boleh membancuh kopi, boleh cuci rumah, boleh itu boleh ini. Cuma tak boleh makan minum, jika luka tak keluar darah tetapi keluar urat dawai.

Bolehlah dibeli nanti, bawa untuk menemani kita ke kedai membeli belah. Tuan tak akan bimbing kerana ia tak akan tunjuk itu ini untuk dimasukkan kedalam troli. Bajet tak akan lari. Juga tuan tak akan rungsing kerana anak tuan tidak akan diculik dan dibawa lari dengan mengemukan tuntutan yang banyak.

Cuma kini, janganlah dijadikan klon ini bertujuan merendahkan martabat sesama manusia kerana adanya hasad dengki iri hati. tak bolehkah kita hidup dalam suasana aman bahagia mengurus kehidupan didunia yang tak akan kekal lama.ingat bahawa Islam mengharamkan klon manusia.

Hanya kini nyawa @ roh saja yang tidak akan dapat diklonkan.. kerana itu hak milik kekal ALLAH SWT.

Thursday, April 7, 2011

Begitu banyaknya Laman Sosial.. ayuh manfaatkannya

Komunikasi zaman kini yang begitu canggih lagi sophisticated banyak memberi kemudahan kepada umat manusia. Dengan berada di depan komputer atau hand-phone di tapak tangan , perhubungan dekat jauh sesingkat cuma. Skype atau ooVoo mendekatkan bukan saja telinga tetapi juga mata. Begitulah sehingga dalam masa yang sama 6 sahabat atau rakan sekerja dapat bermesyuarat walaupun jarak beribu kilometer. Demikian juga 'Laman Sosial" yang begitu banyak bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Begitu popularnya Facebook, juga twitter bersama Myspace maupun Friendstar. Tetapi tahukah anda bahawa banyak lagi laman seumpamanya. Antara laman-laman ini ialah (mengikut abjad):

A. AIMShare, Add to BX
B. Nenp, Blogger, Blinklist, Blogmark
C. Current, Care2
D. Digg, del.icio.us, Dealspl.us, Diigo, Delicious
E. E-mail
F. Fark, Facebook, Furl, Fresqui. Faves, Formspring, FriendFeed, Funp
G. GBookmarks, Google Buzz, Google
I. Instapaper
K. Kirtsy
L. Linkedln, Livejournal
M. Mixx. Meneame, Messenger, Mr Wong, My Space,
N. Newsvine, N4G
Q. Oknotizie, Orkut
R. Reddit
S. Sphinn, Spurl, StumbleUpon, Simpy, Slashdot, Sonico, Sphinn
T. Twitter, Technorati, TypePad, Text, Twackle. Tumbir
X. Xanga
Y. Yigg, Yammer, Y!Bookmarks, Youtube
W. WordPress



Cuma yang perlu dan penting bagi kita yang meminatinya bagi tujuan komunikasi dan maklumat, sebar kongsikan untuk kebaikan, elakkan budaya jijik kotor menghina sesama sendiri yang akhirnya banyak merugikan nilai bangsa dan agama.

Sepatah kata dari para agamawan sentiasalah muhasabah diri dengan melihat kelemahan dan keburukan diri sendiri dari melihat sera memperbesarkan kelemahan atau keburukan orang lain serta sentiasalah melihat kehebatan oramg lain untuk dicontohi nanti.

Jangan nanti kita ketawa terbahak-bahak apabila sianu terkentuk tetapi kita tak sedar rupanya kita sendiri terberak.

Sunday, April 3, 2011

Pertandingan Inovasi Sains dan Reka Cipta SBPSK 2011




Hari ini berlangsunglah majlis penutup bagi pertandingan Inovasi Sains dan Reka Cipta Peringkat Kebangsaan kali ke 13 untuk Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan anjuran Bahagian berkenaan yang berlangsung pada 1 April 2011 dan berakhir pada 4 April 2011.

Majlis ini disempurnakan oleh YABrs. Pn. Asmah bt Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Turut bersama ialah YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan. Dalam majlis ini , pasukan atau individu sekolah yang berjaya dianugerah sijil dan medal mewakili kategori masing-masing. Hadir sama ialah beberapa orang pengetua sekolah berasrama penuh termasuklah sahabat lama semasa study dulu di UKM iaitu Tn.Hj. Hasan Awang Mat kini selaku Pengetua SBP Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Juga Hj. Che Adnan selaku PK Ko di sekolah berkenaan. Wajah masih sama tetapi struktur badan dah banyak berubah.

Hadir melapor diri pada 1 April 2011, petang Jumaat sebagai salah seorang panel hakim untuk program ini. Kebanyakan hakim adalah 'hakim vateran' yang terlibat sejak dulu lagi. Pabel Hakim terdiri dari:
1. JPN Kelantan , saya dan Tn.Hj. Hilmi Abdullah (KPP Matematik)
2. JPN Johor , Tn. Hj. Sahilon Ab Halim
3. JPN Terengganu , En. Mohd Zuldin
4. JPN P.Pinang, En. Rizal
5. JPN Kedah, En. Rosli
6. BSBPSK - 2 orang pegawai
7. UniMAP - 5 pensyarah
Ketua Hakim ialah Tn.Hj. Hilmi Abdullah (selaku Tuan Rumah)

Senario Program

1 April 2011 (Jumaat)
6.00 petang-Lapor diri di SM Sains Machang
7.00 petang- Masuk ke tempat penginapan Kasadura sebelah JPJ Tok Bok
8.30 malam - mesyuarat penyelarasan panel hakim

2 April 2011 (Sabtu)
8.00 pagi - 5.30 petang : Penilaian
( Panel hakim menilai sebanyak 99 projek iaitu 49 Reka Cipta dan 50 Inovasi Sains)
hakim Rekacipta seramai 6 orang manakala Inovasi sains seramai 7 orang.

3 April 2011 (Ahad)
8.00 - 1.00 tengah hari : VIVA projek melibatkan 14 kumpulan terbaik dari semua kategori.

2.00 - 4.30 petang ; Majlis Penutup

Hakim bertolak pulang.

4 April 2011 (Isnin)

8.00 pagi - Kontingen SBP seluruh negeri berangjat pulang.

Banyak kenangan dengan pengalaman yang amat berguna sebagai panel hakim peringkat kebangsaan ini.

Thursday, March 31, 2011

Pusingan Kedua PAGI 2011

Penilaian Anugerah Guru Inovatif kini memasuki fasa kedua. Syukur Alhamdullilah, dari 4 kategori yang dinilai pada kali pertama kini 3 kategori didatangi untuk peniliain kali kedua. Kata orang mengikut kebiasaannya, penilaian ini lebih kepada menentukan kedudukan di peringkat kebangsaan sempena hari guru 2011 ini.

Kategori yang memasuki pusingan kedua ini ialah:

1. Kategoro Pra sekolah (SK Kedai Buloh 1)
Penilaian Kedua pada 30 hb Mac 20122 (Rabu)
Panel : 4 orang (2 Pegawai lelaki dan 2 Pegawai Perempuan), antaranya En. Shamsuddin dan En. Azhar
(tiba pagi jam 11.00 di airport dengan dismbut oleh pegawai pengiring JPN, En. Che Zulkepli dan Pn. Hjh. Nik Asiah)

2. Kategoro Individu Menengah (SMK Sering)
Penilaian Kedua pada 31 hb Mac 20122 (Khamis)
Panel : 3 orang (1 Pegawai lelaki dan 2 Pegawai Perempuan), Diketuai oleh Tn. Hj. Sofian Azmi Tajuil Arus, serta Pn. Azimah (ore Pasir Mas)dan Pn. Isbahana
(tiba pagi jam 10.00 di airport dengan dismbut oleh pegawai pengiring JPN, Tn. Hj. Mohd Husaini )
(Saya bersama dari pagi hingga selesai jam 2.30 petang kemudian menghantar Tn.Hj. Sofian Azmi ke airport kerana balik lebih awal, jam 4.50 petang ke KLIA)


3. Kategoro Individu Rendah (SK Ayer Merah )
Penilaian Kedua pada 3 April 20122 (Ahad)
Panel : 4 orang (2 Pegawai lelaki dan 2 Pegawai Perempuan), Antaranya ialah Pn. Rosita Mohd Zin , En Nadarajah
(tiba pagi jam di airport dengan dismbut oleh pegawai pengiring JPN, Tn. Hj. Daud Mohd Yusof )

Berbanyak terima kasih kepada semua
1. Tuan KSPA
2. Sahabat dari SPA
3. Sahabat dari PPD
4. Pengetua/ Guru Besar serta guru
yang begitu banyak membantu serta memberi khidmat dalam merealisasikan kejayaan ini.

Guru kita hebat dan boleh kelihatan hebat.. Tahniah atas kejayaan tuan mewakili sekolah, mewakili PPD dan mewakili Negeri.

Syukur Alhamdullilah,

Wednesday, March 30, 2011

Awas kita kini dalam bahaya yang tak disedari


Jangan pergi, bahaya...kita tak akan pergi kerana didepan mata jelas bahayanya yang mungkin mengancam diri dan nyawa. Akan tetapi bahaya yang tidak dirasai atau tidak kelihatan itu lagi bahaya.

25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -


CALIFORNIA - Kesan radiasi berpunca daripada loji nuklear Jepun ditemui dalam sampel air hujan yang diambil minggu lalu di Massachusetts, Amerika Syarikat (AS).


Bahan kimia radioiodin-131 pada tahap rendah di negeri itu sama seperti yang dikesan di tiga negeri lain di AS iaitu California, Washington dan Pennsylvania.


Namun, pegawai kesihatan menegaskan pencemaran itu tidak memberi sebarang bentuk ancaman kepada bekalan air.


Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Filipina turut melaporkan bahan radiasi dikesan pada permukaan udara di negara itu, semalam.


Selain itu, China dan Korea Selatan, dua negara paling hampir dengan Jepun turut melaporkan penemuan sama dalam sampel udara di negara masing-masing.


Sinar Harian/-

Mungkin kini udara kita turut tercemar kerana udara sentiasa bergerak bertukar arah haluan.. maka kita akan terkena radiasi

Monday, March 28, 2011

Bengkel Pembangunan Profesional Guru JPN-UPSI



Bengkel berkenaan yang berlangsung pada pagi ini disertai oleh seramai 82 Guru Pembimbing yang dilantik khas oleh pihak pengurusan UPSI di atas cadangan pihak pengurus sekolah untuk membantu guru pelatih dari UPSI yang ditempakan di sekolah
mereka.Melibatkan sebanyak 63 buah sekolah menengah dengan seramai 181 guru pelatih kebanyakan dari Kota Bharu. Ada juga dari Pasir Mas dan Tumpat.

Bermula majlis dengan ucap utama oleh Tn.Hj. Mohd. Adnan Mohd. Nor, Ketua Sektor Pengurusan Akademik yang mewakili Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan. Memfokuskan akan peranan guru memajukan generasi mendatang, mengharapkan agar semua Guru Pembimbing merupakan role model kepada guru pelatih yang ditempatkan di sekolah mereka. Bantu bimbing dari seorang Guru Terlatih kepada seorang Guru Pelatih amat diperlukan.

Suburkan kerjaya MENJADI GURU bukan TERJADI GURU @ DIJADIKAN GURU @ yang paling dhaifnya GURU JADIAN.

Dua penceramah seterusnya mengisi bengkel ini iaitu Dr. Ahmad Jazimin Jusoh, Ketua Unit Latihan Mengajar & Jalinan Indusri UPSI dan Dr. Talib Hashim, Ketua Jabatan Pengajian Pendidikan UPSI. Begitu banyak perkara yang disentuh melibatkan peranan dan tugas Guru Pembimbing serta Guru Pelatih.

Semestinya produk guru yang baik amat sangat diperlukan. Sepatah kata dari Tuan KSPA, kami sentiasa berusaha membantu agar P & P guru begitu berkesan.

Majlis selesai keseluruhannya jam 2.30 petang. Terima kasih kepada semua yang menjayakan bengkel ini.

Sunday, March 27, 2011

PBS bersama Pengarah Lembaga Peperiksaan



Hari ini berlangsunglah majlis yang dinamakan sebagai Taklimat Transformasi Pentaksiran Pendidikan (Pentksiran Berasaakan Sekolah) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2011. Program ini berlangsung di dewan utama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan dihadiri oleh semua guru besar seluruh sekolah rendah di negeri ini. Taklinat yang disampaikan sendiri oleh Tuan Pengarah Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia ini turut dihadiri oleh Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Sektor, Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah, serta pegawai-pegawai yang berkait rapat dengan PBS dan akademik. Sebahagian besar pegawai dari Sektor Pengurusan Akademik hadir menyertainya kerana terlibat secara langsung dalam menterjemahkan agenda pendidikan negara.

Majlis didahului dengan ucapan aluan Tuan Pengarah. Antara penryataanya ialah transformasi pendidikan perlu dihayati dan diterjemahkan oleh semua warga pendidik di sekolah di mana selaku pengurus sekolah, Guru Besar hendaklah sentiasa memantau perlaksananya di sekolah. Juga disentuh entang budaya kerja cemerlang oleh semua agar hasilnya semakin cemerlang dari semasa ke semasa.

Majlis seerusnya diisi dengan taklimat yang yang disampaikan sendiri oleh Tuan Pengarah Lembaga Peperiksaan. Agak sedikit sukar bagi kita untuk memperolehi peluang sebegini di mana pengarah sendiri turun padang menjelajah negeri menjelaskan apakh itu PBS.Di sini dicatatkan beberapa intipati utama mengenai PBS.

,,,

Majlis berakhir sekotar jam 1.00 tengah hari.
Semoga yang hadir semakin jelas kefahamannya dan dibawa balik untuk disebar dan dilaksanakan di peringkat sekolah.

Friday, March 25, 2011

Hakisan Nilai dan Pegangan Agama

Hari ini, khutbah Jumaat di Masjid Kubang Kacang, membicarakan keperihalan masyarakat terhadap nilai dan pegangan agama yang semakin terhakis sedikit demi sedikit. Dulu begitu ramai ilmuan agama yang sentiasa memandu ahli masyarakat untuk hidup bahagia di dunia dan di akhirat. Ilmu untuk memaju kehidupan di dunia, Ilmu untuk memaju kehidupan di akhirat dan ilmu juga untuk memajukan kedua-dua kehidupan di dunia dan di akhirat. Kini dahlah semakin berkurangnya ilmuan ini, tetapi juga ilmu dah dijadikan untuk memajukan dunia sahaja. Maka timbullah gejala buruk berlandaskan materialistik.

Manusia dah tak merasa takut akan dosa pahala, syurga neraka. Adu domba, fitnah merata,terkadang sanggup menjahnamkan darah keturunan sendiri.Semuanya aku yang punya. Cinta dunia dan dah tak takut mati. Harta aku, memang aku yang punya dan harta kau juga aku yang punya. Peduli apa syurga, takut apa neraka. Begitu angkuhnya manusia kini.

Kita manusia, makhluk yang kena jadi. Hadirnya kita dimuka bumi ini adalah makhluk terbaik untuk memajukan bumi. Didatangkan khas bukan untuk mencari masalah tetapi untuk menyelesaikan masalah. Sesungguhnya tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Cumanya kita perlu berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Semalam sewaktu balik dari lawatan kerja di Jeli, melalui pusat membeli belah KB Mall, Kota Bharu, di dapati jalan jem di depannya dengan dipenuhi oleh orang ramai yang memandang ke atas bangunan. Sempat juga memerhati seorang perempuan muda berusia 20'an berada di birai bangunan dalam cubaan membunuh diri dengan memegang pisau dan telefon bimbit.

Anggota polis, bomba, bulan sabit merah serta petugas keselamatan KB Mall dah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dalam suasana tegang ini. Kataku " mengapa dah sia-siakan usia semuda ini, membunuh diri itu berdosa besar seumpama juga dengan menabur fitnah ". Bermasalah ?.. semua manusia bermasalah. Juga binatang pun ada masalah tetapi tiada seekor binatang pun setahu saya setakat ini merelakan diri untuk membunuh dirinya sendiri. Bemnar sekali ajaran kita ada mengatakan bahawa manusia ini mungkin lebih mulia daripada malaikat atau mungkin lebih hina daripada binatang.

Bersama kita tontonkan kejadian ini.

Gempar !!! Gadis Nekad Cuba Bunuh Diri Dengan Terjun Dari Bangunan KB Mall
KOTA BHARU – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.

Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun.KOSMO


Buat teman, bersama kita teruskan tugas mendidik ini supaya generasi penerus kepimpinan ini adalah generasi yang hebat dan dikagumi. Bukan generasi yang sanggup menggadai maruah agama.Hinanya kita nanti.

Thursday, March 24, 2011

Kursus Kajian Tindakan Zon Utara 2011



Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Kursus Kajian Tindakan 2011-Zon Timur yang berlangsung di New Pacific Hotel, Kota Bharu Kelantan pada 22-24 Mac 2011.

Pengisian Kursus :

22.3.2011(Selasa)
8.30pagi - 4.30 petang : Perjalanan dan Pendaftaran
( En. Nasir Mohd Nor (Penolong Pengarah Sains) menjemput Dr. Soon Seng Thah(Ketua Sektor Penilaian dan Penyelidikan) dan Dr. Hjh. Bety Salwana Alias (ore klate) dari airport yang tiba jam 11.00 pagi- saya tak berkesempatan kerana tugas penilaian calon Guru Besar DG38)
Peserta terdiri dari pegawai dan guru dari negeri Kelantan,Terengganu, Pahang, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah

8.30 malam - 10.30 malam : Taklimat , Pengenalan dan Konsep Kajian Tindakan
( 7.00 malam, saya menjemput Timbalan Pengarah EPRD Tn.Hj. Rosland, yang tiba dari KLIA ke Hotel.Sempat bertemu secara tak sengaja dengan Timbalan Pengarah BPK, Tn.Hj. Zainal Dirin yang balik ke KLIA. Seterusnya ke restoran Nasi Kerabu YATI )

23.3.2011 (Rabu)
8.30 pagi - 9.00 pagi : Perasmian oleh Tuan Timbalan Pengarah EPRD ( saya berada bersama beliau), antara intipati ucapan perasmian ialah:
- Guru perlu berubah untuk mengubah dan memupuk kehebatan generasi akan datang
- Menguasai pelbagai 'skill': ICT, Thinking and Problem Solving, Self Oriented Skill
- Semua para guru perlu menjalankan Kajian Tindakan demi meningkatkan mutu dan keberkesanan P & P serta pengurusannya.
- Penghayatan Kajian Tindakan itu sendiri lebih penting dari melaksanakan Kajian Tindakan
- Jadikan diri " The real teacher"
- Kemenjadian pelajar amat berkait rapat dengan peranan guru
- Guru Cemerlang seharusnya mendepani dengan membudayakan Kajian Tindakan di sekolah
- Sasaran Kajian Tindakan berkait rapat dengan keupayaan pelajar, berbeza keupayaan sudah tentu berbeza juga pendekatan dalam P & P
- Kajian yang dibuat tidak semestinya yang betul-betul baru tetapi ada yang boleh dibuat pengubahsuai bergantung kepada sasaran pelajar dalam isu P & P.
- Kepimpinan pengurusan sekolah perlu caknakan dan membudayakan Kajian Tindakan samada dalam P & P atau pengurusan lain yang dapat meningkatkan kecemerlangan institusi.
- Jangan sekali-kali mengatakan punca ilmu segalanya dari kita seorang guru.
- Menggunakan 'my mapping' dalam keberkesanan penguasaan pelajar kerana kita tidak mampu untuk mengingatkan teks tetapi kita mampu mengaingatkan point.
- 'Best Practices' cara mudah menyebar ilmu lagi berpahala
- Negara maju telah mengamalkan Kajian Tindakan ini sejak lama dulu. Singapore hebat kerana gurunya pengamal Kajian Tindakan.
- Kajian Tindakan memudahkan pengajaran.

9.00 pagi - 10.30 pagi: Pembentangan
- Refleksi
- Perancangan
- Objektif dan Fokus Kjaian
- Sasaran Kajian

11.00 pagi - 1.00 t/hari : Pembentangan
- Tinjauan awal
- Aktiviti/ Intervensi
- Pemerhatian dan aktiviti-aktiviti penggumpulan data yang lain

2.30 petang - 4.30 petang : Pembentangan Format Penulisan
- Kertas Cadangan
- Kertas laporan
- Abstrak

8.30 malam - 10.30 malam : Bengkel Penulisan Kertas Cadangan

24.3.2011 (Khamis)
8.30 pagi - 10.30 pagi : Pembentangan Hasil Bengkel
11.00 pagi - 1.00 t/hari: Penilaian dan Majlis Penutup


Wakil Kelantan
1. Pn. Zurina bt Ripin - Penolong PPD Sains Matematik , PPD Pasir Puteh
2. Cik Ku Fatimah bt Che Ku Yen- SMK Zainab 2, Kota Bharu
3. En. Zarishma b. Zakaria - SK Gemang, Jeli
4. En. Hamzah b Hassan - SK Ayer Lanas, Machang
5. En. Ahairul Anuar b Ismail - SK Cherang Ruku, Pasir Puteh

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta dengan tidak melupai pegawai dari EPRD, Tuan Timbalan Pengarah, Dr. Soon, Dr. Hjh. Bety Salwana, Pn. Hjh. Nurliyana Husna dan Pn. Norasiah.

Terima kasih kerana memilih negeri kami untuk pelaksanaan kursus ini. Kami sentiasa mengalu-alukan kunjungan tuan.

Kepada peserta, tuan dengan ini merupakan salah seorang dari JU Kajian Tindakan Negeri. Maka bersamalah memperkasa dan membudayakan Kajian Tindakan.

" Teach Less, Learn More ".. itulah antara kata PM Singapore kepada golongan pendidik khususnya untuk memaju negaranya.

Golongan pendidik adalah mercu tanda pembangunan negara. Hebatnya kita maka hebatlah negara.

Wednesday, March 23, 2011

SPM 2010: 9239 semua A


Keputusan SPM terbaik sejak 2006
PUTRAJAYA: Seramai 10,488 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah itu, 9,239 calon membabitkan sekolah KPM dan keputusan itu meningkat berbanding 7,987 pada 2009. Seramai 403 calon memperoleh gred cemerlang tertinggi (semua A+) bagi semua mata pelajaran berbanding 255 calon pada 2009. Beliau berkata, pencapaian calon luar bandar juga menunjukkan peningkatan termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains yang lebih baik berbanding calon bandar, tetapi usaha perlu dipertingkatkan untuk merapatkan jurang antara pelajar di kedua-dua lokasi khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

“Pencapaian keseluruhan SPM 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun dengan 368,559 calon berjaya memperoleh sijil berbanding 364,046 calon pada tahun sebelumnya.

"Ini tahun kedua sistem penggredan baru diguna pakai dan ia dapat mendiskriminasi lebih tepat pencapaian calon yang memperoleh keputusan cemerlang, selain ia turut dipengaruhi pelaksanaan Dasar Mengehadkan Jumlah Maksimum 10 Mata Pelajaran dan Penambahan Dua Mata Pelajaran Tambahan Dalam SPM yang mula diperkenalkan tahun lalu," katanya pada sidang media mengenai analisis keputusan SPM 2010 di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Sufaat Tumin.
Abdul Ghafar berkata, satu majlis khas mengumumkan sekolah dan pelajar terbaik akan diadakan 1 April ini di Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur dan bakal dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran.

Sebanyak 467,970 calon mendaftar menduduki SPM di 3,594 pusat peperiksaan di seluruh negara pada 23 November hingga 20 Disember lalu.

Daripada jumlah itu, 410,083 calon sekolah KPM, MRSM dan Sekolah Perantis Tentera (7,216), Sekolah Menengah Agama Negeri (8,127), Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Sekolah Swasta (11,248) serta persendirian perseorangan (31,296).

Mengulas pencapaian sekolah, beliau berkata, ia dinilai berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dan 67 sekolah berjaya mencapai tahap cemerlang, baik (340), memuaskan (1,683) dan berpotensi (2,156).

Katanya, keputusan ini hasil tawaran baru antara sekolah dan kementerian dalam usaha meningkatkan prestasi akademik sekolah.

"Prestasi mata pelajaran kali ini juga amat membanggakan apabila 81 daripada 103 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi menggalakkan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan penilaian berdasarkan empat kategori iaitu cemerlang, kepujian, lulus dan gagal," katanya.

Bagi calon keperluan khas, Abdul Ghafar berkata, 319 daripada 629 calon SPM 2010, berjaya memperoleh sijil SPM berbanding 251 calon pada 2009.

Katanya, tujuh calon iaitu tiga calon rabun, buta (2) dan masing-masing satu calon pekak serta lain-lain kecacatan berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran.

Beliau berkata, pencapaian calon ini membuktikan mereka turut mendapat peluang sama seperti calon lain dengan adanya kemudahan termasuk kertas soalan braille, moderasi dan cetakan besar, selain diberi masa berbeza menjawab soalan berbanding calon norma.

Tahniah kepada semua pelajar yang menyumbang peningkatan kecemerlangan ini. Itulah usaha bersama antara guru-pelajar-murid memacu kejayaan. Kejayaan mu kejayaan ku jua. Anak ketiga, Wan Nur Syazana dari SMK Kota juga menunjukkan peningkatan. Tahniah

Tuesday, March 22, 2011

Semangat Berpasukan Menjalankan Tugas

Dalam minggu ini, minggu pertama persekolahan selepas cuti pertengahan penggal pertama, boleh dikatakan 'begitu sesak' dengan aktiviti penting yang perlu dibereskan.

1. Bengkel Sains Teras SPM
20 Mac 2011, Sesi petang di BTPN Kelantan bersama 9 panelnya

2. Pemantauan Guru Besar Cemerlang (DG 38)
Mulai bergerak pada 21-24 Mac 2011 bersama KSJK, Tn. Hj. Suffin Nor, melibatkan 10 GB di Jeli,Kuala Krai dan Bachok

2. Penilaian Anugerah Guru Inovatif Kategori Individu Menengah
Jemput 3 Panel penilai ( Tn. Hj.Kamaruzaman, Raja Amiruddin dan Datin Hamizah) jam 4.00 petang di airport, ke Grand Riverview. 22 Mac 2011 ( Selasa) , Tn. Hj. Husaini menjemput mereka ke SMK Sering. Malamnya sempat berjumpa mereka di airport sebelum bertolak ke KL, juga berkebetulan jemput Tuan Hj. Rosland Timbalan Pengarah EPRD yang hadir untuk Kurusu Kajian Tidakan Zon Utara di New Pacific Hotel, KB.Juga bertemu dengan Tn. Hj. Zainal Dirin , Timbalan Pengarah BPK yang balik ke KL dengan flight 7.50 malam.

2. Kursus Kajian Tindakan Zon Utara
En. Nasir Mohd Nor menjemput Dr. Soon dan Dr. Hjh. Bety dari airport jam 11.00 pagi ke Hotel pad pagi 22 Mac 2011.
Melibatkan seramai 35 peserta termasuk urusetia selama 3 hari 2 malam ,22-24 Mac 2011
Peserta Kelantan seramai 5 orang termasuk Pn. Zurina Rifin, Penolong PPD Sains Matematik Menengah, PPD Bachok.

3.
Penilaian Anugerah Guru Inovatif Kategori Individu Rendah
Tn. Hj. Husaini menjemput 2 Panel Penilai (En. Baharin dan En. Kashry Rani) ke SK Ayer Merah, Machang pada 24 Mac 2011.

6. Bengkel Profesionalisme Guru JPN-UPSI
Pengurusan untuk pelaksanaan pada 28 Mac 2011 di PPS Kota Bharu.

Antara faktor yang menyebabkan 'Begitu Sesak' ini ialah
1. Ramai kalangan pegawai Unit dan Sektor bermesyuarat dengan bahagian-bahagian KPM di luar negeri
( En. Mohd Razali - Mesyurat STF di Gambang, Kuantan)
( Hj. Hilmi Abdullah- KIK di KL)
( Hjh. Zalina Zakaria - KIK di KL)
( En. Che Zulkepli - Mesyuarat BPK di N. Sembilan)
( Hj. Daud bin Yusoff- Mesyuarat BPK di N. Sembilan)
( En. Saharuddin Abdullah- Mesyuarat LINUS di Grand Riverview bersama BPK)

2. Kepadatan aktiviti

Sehubungan itu, ucapan berbanyak terima kasih kepada En. Nasir Mohd Noor, Cik Halizah Mohd Zain, Hj. Mohd Husaini yang begitu banyak membantu menyelesaikan tugasan segera ini.

Begitu mudahnya apabila kerja berpasukan untuk kejayaan bersama.

Saturday, March 19, 2011

"Adi Bulan" Hari Ini

18 Mac 2011:OMBAK tsunami melanda pantai di Iwanuma, utara Jepun
LONDON - Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi, lapor sebuah akhbar semalam.

Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada 19 Mac ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun 1992.

Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.

Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi.

"Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen ABC minggu ini.

Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari 2005. - Agensi

Perbezaan hampir 30k km ini begitu jauh... bulan semakin mendekati. Jika antara dua magnet U dan S, apabila semakin dekat maka tarikan semakin kuat. Jadi kesan tarikan bumi-bulan akan menyebabkan banyak yang berubah... Bersama berdoa agar kita sentiasa dilindungi ALLAH dari segala musibah.Kerana alam ini milik NYA.

Wednesday, March 16, 2011

Bengkel Peningkatan Prestasi PPS 2011


Jam 8.30 malam ini, saya hadir bersama dengan pegawai Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengendalikan Bengkel Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran bagi Pusat Pembelajaran Sains untuk tahun 2011. Bertempat di Sutera Inn, Kota Bharu, bengkel ini disertai seramai 50 orang dan diketuai oleh guru-guru cemerlang dan berpengalaman dalam bidang masing-masing disamping penyelaras PPS Sekolah dari Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Hadir sama disamping Tn. Hj. Abu Hashim dari KPM,adalah En. Suhaimi (JPN Pahang), En. Mohd. Razali (JPN Kelantan), yang bertindak sebagai urusetia.

Majlis bermula dengan suai kenal antara peserta yang terdiri daripada guru Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Inggeris,Matematik dan Matematik Tambahan. Seterusnya masing-masing dipecahkan mengikut kumpulan disiplin mata pelajaran. Selesai jam 10.30 malam, saya bersama pegawai berkenaan termasuk sahabat lama Cikgu Zamri (GC Fizik) yang kini bertugas di Kemaman,Terengganu, keluar minum di sebelah hotel berkenaan. Panjang cerita bual mengenai isu semasa P&P dengan hasrat murni yang ingin dicapai tetapi sikap pengamal P&P yang tidak komited menyukarkannya.Jam 11.50 malam, kami bersurai untuk berehat malam bagi menyambung perbengkelan untuk esoknya. Memandu dan sampai ke rumah jam 12.00 tengah malam.

Pada hari Khamis, kumpulan bengkel mengenalpasti topik-topik penting yang perlu diutamakan dengan pendekatan terbaik semasa melaksanakan P & P. Fokus juga kepada kaedah dan teknik menjawab soalan dalam peperiksaan SPM. Guru-guru muda ini perlu dipandu oleh rakan guru veteran yang penuh pengalaman agar mutu P&P mereka menjadi hebat.

Bengkel ini berakhir pada hari Jumaat dengan pembentangan ringkas dari setiap ketua kumpulan mengenai kelebihan pengisian bengkel seumpama ini. Mereka begitu responsif dan mengharapkan agar dapat diteruskan untuk masa yang akan datang. Ada dimaklumkan masa 3 hari 2 malam dah tak menjadi cukup kerana banyak lagi yang perlu dibincang dan dikongsikan bersama.

Ada juga cadangan agar pengkongsian maklumat berkaitan disalurkan melalui Facebook. Juga "Lesson Study" perlu dijalankan ke arah mempertingkatkan mutu P&P dalam kalangan guru mata pelajaran.

Majlis penutup disempurnakan oleh Hjh. Juraida Umat, Ketua Unit Akademik Menengah, BPSH, KPM yang hadir bersama.

JPN Kelantan diwakili oleh Tn. Hj. Che Yaacob Che Amat (GC Biologi-SMK Pangkal Kalong, Kota Bharu) dan En. Mohd Jasmin (Fizik- SMK Manek Urai, Kuaal Krai)) sebagai fasilitator subjek.

Terima kasih kerana memilih Kelantan sebagai destinasi bengkel PPS tahun 2011.

( Mulai 15 hingga 17 Mac, ambil cuti rehat, tetapi sempat juga bersama menyertai bengkel ini )

Tuesday, March 15, 2011

Tsunami@Japan...Tiada Lagi Yang Tinggal



Kata orang....Malapetaka
Kata orang....Bencana
Kata orang....Musibah

Kata Tuan...apa ya ?

Tetapi kata ku....sehebat mana manusia tetapi tidak sehebat YANG MAHA KUASA yang menjadikan manusia.

Monday, March 14, 2011

Tsunami@Japan.. Satu Muhasabah Diri


semuanya berlaku dalam detik yang tak seberapa cuma

Antara Video dan Nota

KUJI, Japan (Reuters) - Survivors searched for loved ones on Monday in emergency centres across the northeast coast of Japan, with thousands of people still missing after an earthquake and tsunami that probably killed more than 10,000.

Kyodo news agency said 80,000 people had been evacuated from a 20-km (12-mile) radius around a stricken nuclear plant in Fukushima, joining more than 450,000 other evacuees from quake and tsunami-hit areas in the main island Honshu.

Many spent another freezing night huddled in blankets around heaters in shelters along the coast, a scene of devastation after the quake sent a 10-metre (33-foot) wave surging through towns and cities in the Miyagi region, including its main coastal city of Sendai.

About 2,000 bodies were found on the shores of Miyagi prefecture, Kyodo reported as the nation struggled with the worst disaster since World War Two.

Almost 2 million households were without power in the freezing north, the government said. There were about 1.4 million without running water.

Japanese Prime Minister Naoto Kan said food, water and other necessities such as blankets were being delivered by vehicles but because of damage to roads, authorities were considering air and sea transport.

Fewer subway trains ran in Tokyo because of a planned power outage on Monday, with commuters heading to work early in case they couldn't get there later in the day.

Several gas stations were closed in the capital because they had run out of stock.

Maka apabila diperintah jadilah maka jadilah...itulah kehebatan dan kekuasaan NYA.

Tsunami ini berlaku pada 11 Mac 2011 hari Jumaat, seingat dulu pun Tsunami@Sumatera 2004 berlaku juga pada hari Jumaat.. penghulu hari segala hari. Juga pada tahun 2010, kebanyakan hari sambutan utama jatuh pada hari Jumaat. Berkebetulan atau dah tersurat yang penuh tersirat bagi mereka yang yakin dengan kekuasaan pencipta...ALLAH SWT.

Friday, March 11, 2011

Tsunami ...Antara tanda kekuasaan NYA



11 Mac 2011, Jepun
Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.

Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.

Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter.

Agensi berita Kyodo melaporkan, gegaran kuat itu menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.

Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.

“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya.

Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.

Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada.

- Reuters

Bersama kita renungkan.. kerana semua yang ada di alam ini adalah dijadikan, bukan menjadi sendiri.

Thursday, March 10, 2011

PAGI Kumpulan Peringkat Kebangsaan


Sesi Bersama Penal juga dihadiri sama oleh GB

Bertempat di SK Cherang Ruku, saya hadir bersama dengan rakan sepejabat, Hj. Hilmi Abdullah dan Hjh. Zalina Zakaria menyertai pegawai BPK yang terlibat sebagai Panel Penilai PAGI bagi Kategori Kumpulan yang diwakili oleh 3 orang guru sekolah ini. Bahan inovatif yang dipersembahkan ialah kaedah cepat baca Alquran bagi murid tahun 1.

Program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari dengan sesi pembentangan dan soal jawab kekuatan inovatif yang dihasilkan.

Terima kasih kepada dua orang panel yang terlibat iaitu Ust. Azizan (0193314714) dan Ust. Najib yang banyak menyumbangkan soalan-soalan positif dalam memperkasakan inovasi yang dihasilkan oleh ustaz dan ustazah yang terlibat. Juga terima kasih kepada En. Che Zulkepli Abduulah yang sekali lagi bertindak sebagai pegawai pengiring dari jabatan ini.

Kami sempat juga berjumpa dengan guru tahun 1 bagi mendapat maklumat mengenai pelaksanaan KSSR. Terima kasih Tuan Guru Besar dan semuanya.

Wednesday, March 9, 2011

Bengkel Pembinaan Modul Kecemerlangan Prestasi Akademik

Hari ini dengan dihadiri hampir seramai 120 orang Guru Cemerlang dan Guru Sumber, bertempat di Bilik Amanah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan telah berlangsung bengkel pembinaan Modul Kecemerlangan Prestasi Akademik (MKPA). Program bersama antara Jabatan Pelajaran Kelantan melalui Sektor Pengurusan Akademik dengan Majlis Guru Cemerlang Kelantan dengan dibantu oleh Guru Sumber ini diadakan bertujuan untuk menghasilkan seberapa banyak bahan bantu yang berupa soalan-jawapan struktur esei buat Guru-Murid dalam memahami dan menghayati setiap topik dalam P & P.

Bermula jam 9.00 pagi didahului dengan ucapan perangsang oleh YBrs Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik. Antara lainnya ialah jadikan Guru Cemerlang ini ada dan kelihatan ada disekolah..model untuk guru lain dalam memperhebatkan P & P.
(Menjadi Guru Cemerlang @ Guru Cemerlang Menjadi@ Guru Cemerlang dijadi@ Guru Cemerlang Jadian)

Selepas ucapan oleh YDP MGCK, Tuan Hj. Borhan Ramli dan Pengerusi Biro Pendidikan MGC,En. Che Ramli Che Ismail, saya turut menyampaikan analisis peperiksaan 5 tahun sebelum sebagai asas untuk berkerja dengan lebih tekun teliti membantu anak generasi yang kini hampir 360k di semua peringkat sekolah di negeri ini. Fokus kecemerlangan dan GPN hendaklah disandarkan dalam pembinaan soalan yang amat bermutu sesuai untuk semua tahap kecerdasan murid.

Majlis juga mengambil ketetapan dengan penjadual penyediaan sehingga Mei 2011 dan selepas itu disebarkan kesemua sekolah untuk dimanfaatkan oleh guru dan murid bagi setiap mata pelajaran yang berkaitan. Juga lantikan pegawai JPN dari Unit Sains, Unit Matematik, Unit Bahasa Melayu dan Unit Bahasa Inggeris sebagai penyelaras mata pelajaran sebagaimana berikut:

A. SPM
Sains - Wan Mohamed Zuri Wan Abdullah
Fizik - En. Mohd Razli Abdul Talib
Kimia - En. Nasir Mohd Noor
Biologi - Hjh. Zalina Zakaria
Matematik - En. Saharudin Abdullah
Matematik Tambahan- Cik Halizah Mohd Zain
Bahasa Inggeris - En. Nor Azizi Sulaiman

B. PMR
Sains - En. Che Zulkepli Abdullah
Matematik - Hj. Daud Yusoff
Bahasa Inggeris- En. Mohd Najib Omar

C. UPSR
Sains - En. Che Zulkepli Abdullah
Matematik - Hjh. Mohd Husaini Husain
Bahas Melayu - En. Ehsham Mat Husain
Bahasa Inggeris- En. Mohd Najib Omar

Jam 2.30 petang kembali sebentar ke pejabat menyelesaikan beberapa tugasan dan jam 3.30 petang memandu balik ke Airport untuk menjemput 2 orang pegawai BPK, KPM yang hadir untuk menilai Guru Inovatif Kumpulan di SK Cherang Ruku pada 10/3/2011 (Khamis). Setelah menghantar Ust. Azizan (Ore Rantau Panjang ) dan Ust. Najib ke Grand Riverview, Kota Bharu, saya memandu pulang ke rumah.. Terasa penat juga hari ini, banyak pengerakan di luar pejabat.

Bersama berkerja mencapai kecemerlangan. Sumbangan Tuan didahului dengan berbanyak terima kasih.

Tuesday, March 8, 2011

PAGI Pra Sekolah Peringkat Kebangsaan


Hari ini berlangsung siri Penilaian Anugerah Guru Inovatif bagi Kategori Pra Sekolah di mana calon Jabatan yang diwakili oleh Guru Pra Sekolah SK Kedai Buloh 1 telah dikunjungi oleh 4 panel penilai diketuai oleh En. Suffian Mamat (0123211904).

Tiba jam 9.00 pagi bersama En. Che Zulkepli Abdullah selaku pegawai pengiring pegawai berkenaan, kami disambut oleh Tuan PK Pentadbiran yang mewakili Tuan Guru Besar, En. Wan Din yang berada dimedan perhimpunan bersama semua guru dan muridnya. Perhimpunan khas untuknya sempena tarikh akhir perkhidmatan selaku seorang guru besar apabila tiba tarikh persaraan wajib dengan usia genap 58 tahun.

Sebelum memasuki kelas untuk sesi penilaian, kami sempat bertemu dengan beliau. Banyak asam garam sepanjang menerajui kepimpinan sekolah ini. Suka duka dalam mendidik guru murid.

Selesai sesi jam 11.30 pagi dan pegawai berkenaan mengambil peluang untuk membeli sedikit sebanyak di Kota Bharu, untuk di bawa balik ke Putrajaya pada petang ini.Berlepas balik jam 4.50 melalui Airport Pengkalan Chepa.

Sepanjang bersama, banyak maklumat berguna diperolehi dalam memantapkan persediaan guru menyertai PAGI ini.

Monday, March 7, 2011

Mesyuarat JK Kurikulum Negeri Bil.1/2011

Pada hari ini, selaku urusetia, saya menghadiri Mesyuarat JK Kurikulum Negeri Kali Pertama untuk tahun 2011 bertempat di Bilik Gerakan JPN. Dengan dipengerusikan oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan, mesyuarat yang bermula jam 8.30 pagi dihadiri oleh 40 ahli yang terdiri dari semua Ketua Sektor @ wakilnya , semua PPD @ wakilnya dan turut disertai oleh Pengerusi MPSM Cawangan Kelaantan, Pengerusi MGB Negeri Kelantan, Wakil YIK , IPGM Kampus Kota Bharu dan BPNK yang disertai sendiri oleh KPP barunya.

Antara fokus yang dibincangkan ialah:

Dari KSPA (Tn. HJ. Mohd Adnan Mohd. Noor)
1. KSSR
2. LINUS
3. Pencapaian Peperiksan Awam 2010
4. e-Cakna

Dari KSPP (Tn. Hj. Jaafar Ismail)
1. Penaksiran Berasaskan Sekolah bagi KSSR Tahun 1

Dari KSPS (Wakil)
1. Penempatan Guru

Dari KSK (PN. Rosnah bt Wan Ibrahim )
1. Isu disiplin pelajar

Banyak buah fikiran yang bernas amat berguna dalam memperkasakan pendidikan. Cuma yang pentingnya bersama kita terjemahkan.... PERLU BANYAK KEBERANIAN

Jam 2.00 petang masuk ke ofis, selesaikan beberapa perkara termasuk pengurusan kedatangan 4 pegawai BPK untuk penilaian Guru Inovatif Pra Sekolah di SK Kedai Buluh 1, esok 8.3.2011.

Friday, March 4, 2011

Bila nak tidur.....



Hadith:

DIRIWAYATKAN daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.

Riwayat al-Bukhari

Huraian Hadith:

Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW.

Dalam suatu riwayat menerangkan: "Daripada 'Aisyah r.a katanya: "Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (at-Tirmizi)

Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur.

Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur.

Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula.

Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.

Barang tentu memang banyak fadilatnya...bersama amalkannya.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Wednesday, March 2, 2011

Sehari di SK Karangan




Jam 9.30 pagi mula bertolak dari Jabatan dengan pemanduan berhemah berhalaju purata 60 km/j. Singgah di PPD Kuala Krai menjemput sahabat, Tn. Hj. Mohd Yunus Yussof, Penolong PPD Sains Matematik (Menengah) bersama untuk memantau pelaksanaan KSSR Tahun 1 di SK Karangan, salah sebuah sekolah agak pendalaman di Kuala Krai, jauhnya dari Kota Bharu sekitar 100 km, dan jauhnya dari Kuala Krai, 30 km.

Masuk melalui kampung dengan suasana dingin nyaman dengan kehijauan dedaun pokok menyegarkan mata dan minda. Sebab oksijen yang padat di kawasan ini disamping aliran sungai berdekatan dengannya.. Tiba jam 11.20 pagi dengan disambut oleh Tuan Guru Besar dan Abang Din, PK Pentadbiran.

Ada bangunan baru tersergam indah bersama bangunan pra sekolah serta Apartmen Guru yang cantik di tengah hutan.

Pada kesempatan ini, Cikgu Saidi sebagai guru KSSR DST banyak memberi input yang begitu berguna kepada kami berdua. Beliau adalah merupakan salah seorang guru dari seramai 3700 guru yang telah dilatih khas tahun 2010 untuk KSSR pelaksanaan tahun ini. Dengan pelajar untuk 1 kelas beliau teleh cuba merealisasikan KSSR DST sebaik mungkin walaupun masih terdapat sedikit masalah dalam melaksanakannya termasuklah melaksanakan PBS. Maklumlah baru masuk bulan ketiga pelaksanaanya.

Jam 2.00 petang, kami meninggalkan SK Karangan dengan membawa maklumat penting untuk kami membuat penambahbaikan dalam menentukan pelaksanaaan KSSR mencapai matlamat. Sebelum bertolak, Tn. Guru Besar menjemput kami untuk hadir esok, 3/3/2011 sempena sambutan Maulidur Rasul dan majlis penyerahan bangunan baru kepada pihak sekolah.

Tahniah sekolah telah mendapat bangunan baru.. juga dapatkan dalam setiap warga sekolah ini dengan semangat baru mencapai kejayaan dalam segala aspek. Berkebetulan berjumpa dengan En. Nik selaku Pengerusi PIBG yang selalu berada di sekolah membantu guru dan ibu bapa bagai memastikan semuanya cakna pendidikan.

Sapaan seorang guru semasa menghampiri kelas pra.. " Cikgu, tak kenal saya ke ? saya dok kak rumah cikgu " . Oh rupanya anak sekampung dah jadi guru pra. Jawab saya mudah " maaf kerana dikampung hanya berkawan dengan semua kaum lelaki saya, yang perempuan orang rumah yang kawan "

Cuma yang agak bimbang, adakaah guru yang diberi kursus KSSR , dia sendiri yang balik mengajar di sekolah atau cikgu lain yang tidak diberi kursus?..Jika ini benar, penatlah.

Alhamdullilah selamat tiba dirumah jam 6.45 petang.

Tuesday, March 1, 2011

Mesyuarat JK Kerja KSSR Bil.2/2011

Bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 1.50 tengah hari telah berlangsung mesyuarat JK Kerja KSSR untuk kali keduanya bertempat di Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Kelantan. Dengan dipengerusikan oleh YBrs. Tuan KSPA, pelaporan dan dapatan hasil pemantaun telah dihebahkan kepada semua ahli mesyuara yang terdiri dari pegawai-pegawai SPA,pegawai SPI , pegawai PPD merangkaap penyelaras KSSR Daerah beserta pegawai ICT daerah.

Antara ketetapan yang diambil dari perjumpaan ini ialah:

1. Menyebarkan RPH KSSR meliputi semua disiplin ilmu kepada semua guru yang terlibat agar standard RPH ini ada dan kelihatan ada.

2. Memastikan semua pegawai yang terlibat memahami dan menghayati konsep KSSR termasuk menguasai perkara asas dalam EMK - TMK,KI dan KU.

3. Memastikan bahawa semua sekolah melaksanakan KSSR Tahun 1 dengan menepati Dokumen Standard yang ditetapkan oleh BPK - Semua guru dapat memahami Standard Kurikulum, Sandard Pembelajaraan, EMK, Penilaian Berasas Sekolah, Bahan Kurikulum, Bahan Sokongan dan yang lain berkaitan.

4. Memastikan semua pengurus sekolah memberi fokus utama dalam menjayakan KSSR ini, tiada sekolah yang tidak menubuhkan Jawatan kuasa Pelaksanaaan KSSR.

5. Tindakan secara kolaboratif akan dilaksanakan antara SPA, SPI dan SPP dalam menjelaskan lagi kepada semua guru mengenai KSSR dan PBS yang mula dilaksanakan semenjak Tahun 1 lagi.

6. Pemantauan secara profesional oleh pegawaiJPN/PPD amatlah diperlukan agar impak guru dalam KSSR semakin baik.

7. Semua pegawai sentiasa siap siaga sepanjang masa untuk membantu guru samaada dalam siri pemantapan profesionalisme atau khidma bantu.

8. Memastikan agar semua guru yang dilatih ditempatkan untuk mengajar di Kelas KSSR di sekolah.

9. Memastikan semua sekolah perlu melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan yang berkaitan KSSR secara "functional" tidak "generic" sebagaimana biasa.

Semoga hasrat kali ini dimakbulkan.. Insyaallah.

Monday, February 28, 2011

Sekiranya tak kelihatan..

Berkata bersih.. tetapi kelihatan kotor
Berkata baik..tetapi kelihatan buruk
Berkata cantik..tetapi kelihatan huduh
Berkata manis..tetapi kelihatan masam
Berkata cerdik..tetapi kelihatan bodoh
Berkata maju..tetapi kelihatan mundur
Berkata benar..tetapi kelihatan palsu
Berkata ....
Berkata ....
banyaknya berkata...

Itulah sekiranya berkata, zahirkan apa yang diperkatakan itu supaya semuanya kelihatan.

Sekiranya tak kelihatan,kita akan ditertawakan dan tidak akan dipercayai lagi.
Yang paling takut, dosa semakin menimbun.

Dalam sains, apa yang diteorikan akan diamalikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh