Dua tiga hari ini digemparkan dengan TELUR. Telur ori dan juga telur klon. Dulu pun kita didedahkan dengan pelbagai klon. Jika klon yang tidak boleh dimasukkan ke mulut itu mungkin agak ok lah walaupun disegi moralnya begitu rendah.. nak kaya cepat, klon lah duit, black money. Nak spare-part, belilah yang murah, barang tentu juga klon. Mungkin banyak untungnya tetapi ruginya mungkin juga lebih. Tetapi klon juga disengajakan timbul bukan saja untuk kegunaan luar badan tetapi untuk kegunaan dalam badan.Perwarna makanan tiruan, perasa tiruan dan lainnya sejak sekian lama berlegar dalam menu makanan kita.
04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa.
Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.
Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur).
Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.
Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.
Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.
Cara mengenal telur tiruan:
Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.
SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.
Mengapa manusia begitu mudah menjahnamkan sesama manusia dengan wujudnya perkara sebegini.Kerana wang tentunya. Juga kita pernah dengar sebelum ini, DNA boleh juga di klonkan untuk menghasilkan manusia yang serupa. Jika manusia boleh diklonkan apa lagi yang lain.
Teringat saya pada petang khamis, sedang mendengar Radio, ada seorang DJ selain mengulas telur tiruan ini, juga membicarakan robot manusia yang dihasilkan di negara maju. Robot wanita yang cantik, boleh membancuh kopi, boleh cuci rumah, boleh itu boleh ini. Cuma tak boleh makan minum, jika luka tak keluar darah tetapi keluar urat dawai.
Bolehlah dibeli nanti, bawa untuk menemani kita ke kedai membeli belah. Tuan tak akan bimbing kerana ia tak akan tunjuk itu ini untuk dimasukkan kedalam troli. Bajet tak akan lari. Juga tuan tak akan rungsing kerana anak tuan tidak akan diculik dan dibawa lari dengan mengemukan tuntutan yang banyak.
Cuma kini, janganlah dijadikan klon ini bertujuan merendahkan martabat sesama manusia kerana adanya hasad dengki iri hati. tak bolehkah kita hidup dalam suasana aman bahagia mengurus kehidupan didunia yang tak akan kekal lama.ingat bahawa Islam mengharamkan klon manusia.
Hanya kini nyawa @ roh saja yang tidak akan dapat diklonkan.. kerana itu hak milik kekal ALLAH SWT.
Perbezaan Rumpai dan Rumput Laut
2 days ago
No comments:
Post a Comment