Hari ini dengan dihadiri hampir seramai 120 orang Guru Cemerlang dan Guru Sumber, bertempat di Bilik Amanah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan telah berlangsung bengkel pembinaan Modul Kecemerlangan Prestasi Akademik (MKPA). Program bersama antara Jabatan Pelajaran Kelantan melalui Sektor Pengurusan Akademik dengan Majlis Guru Cemerlang Kelantan dengan dibantu oleh Guru Sumber ini diadakan bertujuan untuk menghasilkan seberapa banyak bahan bantu yang berupa soalan-jawapan struktur esei buat Guru-Murid dalam memahami dan menghayati setiap topik dalam P & P.
Bermula jam 9.00 pagi didahului dengan ucapan perangsang oleh YBrs Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik. Antara lainnya ialah jadikan Guru Cemerlang ini ada dan kelihatan ada disekolah..model untuk guru lain dalam memperhebatkan P & P.
(Menjadi Guru Cemerlang @ Guru Cemerlang Menjadi@ Guru Cemerlang dijadi@ Guru Cemerlang Jadian)
Selepas ucapan oleh YDP MGCK, Tuan Hj. Borhan Ramli dan Pengerusi Biro Pendidikan MGC,En. Che Ramli Che Ismail, saya turut menyampaikan analisis peperiksaan 5 tahun sebelum sebagai asas untuk berkerja dengan lebih tekun teliti membantu anak generasi yang kini hampir 360k di semua peringkat sekolah di negeri ini. Fokus kecemerlangan dan GPN hendaklah disandarkan dalam pembinaan soalan yang amat bermutu sesuai untuk semua tahap kecerdasan murid.
Majlis juga mengambil ketetapan dengan penjadual penyediaan sehingga Mei 2011 dan selepas itu disebarkan kesemua sekolah untuk dimanfaatkan oleh guru dan murid bagi setiap mata pelajaran yang berkaitan. Juga lantikan pegawai JPN dari Unit Sains, Unit Matematik, Unit Bahasa Melayu dan Unit Bahasa Inggeris sebagai penyelaras mata pelajaran sebagaimana berikut:
A. SPM
Sains - Wan Mohamed Zuri Wan Abdullah
Fizik - En. Mohd Razli Abdul Talib
Kimia - En. Nasir Mohd Noor
Biologi - Hjh. Zalina Zakaria
Matematik - En. Saharudin Abdullah
Matematik Tambahan- Cik Halizah Mohd Zain
Bahasa Inggeris - En. Nor Azizi Sulaiman
B. PMR
Sains - En. Che Zulkepli Abdullah
Matematik - Hj. Daud Yusoff
Bahasa Inggeris- En. Mohd Najib Omar
C. UPSR
Sains - En. Che Zulkepli Abdullah
Matematik - Hjh. Mohd Husaini Husain
Bahas Melayu - En. Ehsham Mat Husain
Bahasa Inggeris- En. Mohd Najib Omar
Jam 2.30 petang kembali sebentar ke pejabat menyelesaikan beberapa tugasan dan jam 3.30 petang memandu balik ke Airport untuk menjemput 2 orang pegawai BPK, KPM yang hadir untuk menilai Guru Inovatif Kumpulan di SK Cherang Ruku pada 10/3/2011 (Khamis). Setelah menghantar Ust. Azizan (Ore Rantau Panjang ) dan Ust. Najib ke Grand Riverview, Kota Bharu, saya memandu pulang ke rumah.. Terasa penat juga hari ini, banyak pengerakan di luar pejabat.
Bersama berkerja mencapai kecemerlangan. Sumbangan Tuan didahului dengan berbanyak terima kasih.
Perbezaan Rumpai dan Rumput Laut
2 days ago
No comments:
Post a Comment