Jam 11.15 pagi di
airport Kota Bharu, berada di sana untuk menyambut pasukan panel penilai PAGI ke SMK Sering , Kota Bharu untuk penilaian pusingan ketiga.. penentu juara keseluruhan di kalangan empat kategori yang dipertandingkan.
Panel ini diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Zanal Dirin. Timbalan Pengarah BPK, KPM yang tiba lebih awal melalui penerbangan FireFly dari Pulau Pinang. Katanya balik kampung seminggu sekali di Jitra, Kedah. Panel lainnya ialah Dr. Ang Soo Boon dan En. Nadaraja Muniandy selaku Urusetia Induk yang tiba dengan penerbangan MAS dari KLIA.
Dengan mengekori kenderaan Jabatan, kami tiba di SMK Sering jam 11.40 pagi dengan disambut oleh pengetua dan pasukannya. Penilaian juga dibuat dibilik muzik sekolah dengan sedikit perubahan di mana pelajar perempuan mendominasikan persembahan.
Majlis berakhir jam 4.00 petang dan pasukan panel bertolak ke
airport untuk kembali balik ke KLIA.
(4 Negri terlibat untuk pusingan ketiga ini iaitu Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak)
Semoga kemenangan memihak kepada kami.. Insyaallah.
Terima kasih semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan kali ini. Tahun depan jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment