Ingin maju?,,, tetapi sekiranya pemikiran kita masih jumud, sukar menerima perubahan maka kita akan ditinggalkan. Penguasaan bidang teknologi menyebabkan mereka ke hadapan.Setiap hari ada sahaja produk baru yang dihasilkan. Sebabnya mereka sentiasa berbincang hangat untuk menghasilkan yang terbaik. Berbeza pendapat itu adalah natijahnya.
Orang yang sukar menerima perubahan, maka orang itu akan ditinggalkan kebelakang dan sentiasa diperkotakkatikkan oleh orang yang berada didepannya.Mereka ini akan sentiasa menjadi pak turut.. tukang angguk walaupun yang dianggukkan itu mengundang dosa neraka.
Wahai sahabat, ayuhlah kita belajar berbeza pendapat untuk berkreativiti dan berinovasi dan seharusnya menghormati antara satu sama lain.. mengarah negara ke arah negara maju dengan pemikiran dan pembangunan ketamadunan insan yang berteraskan ajaran ALLAH SWT.
No comments:
Post a Comment