.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Sunday, November 20, 2011

Hujan dah mula menyirami


Bermula petang ini sekitar jam 3.00, hujan dah mulai turun mencurah air dari awam yang mengandungnya. Tanpa henti dengan renyai dan lebat bersilih ganti.Mengikut apa yang diramalkan oleh Jabatan Jabatan Meteorologi, angin dan laut mula bergolora di laut Cina Selatan mulai hari isnin ini.

Agak berbahaya kepada perahu kecil. Berdasarkan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi. hujan turun amat lebat ketika ini berbanding tahun lepas dan kemungkinan besar 40 peratus melebihi tahun lepas.

Ramalan Jabatan Meteorologi, antara 25 hingga 28 November ini air di sungai-sungai di mana-mana tempat dijangka tinggi.Tapi itu hanyalah ramalan berdasarkan data emperikal yang dicatatkan oleh aparatus moden sains. Korelasinya banyaklah kandungan hujan maka banyaklah air yang akan dicurahkan. Tetapi kita manusia wajib akur bahawa hujan ini diturunkan oleh Malaikat Mikail yang sentiasa menurut apa yang diperintahkan oleh ALLAH SWT.

Malam tadi hujan turun tanpa henti. Kadang-kadang berkumandang guruh dilangit lepas. Yang enak didengar ialah alunan sahutan sang kodok. Meriahnya suasana persekitaran rumah semacam sebuah orkestra philharmonic.Owng…. owng…. bersahutan.Kenapa katak berbunyi? Betul ke nak panggil hujan atau diri dah kesejukan atau dah lemas ditenggelami air ?

Betul ke penyataan ini
"Katak bernafas melalui paru-paru walaupun katak juga boleh bernafas melalui kulit. Pada musim hujan, kelembapan udara sangat tinggi , jadi katak sukar bernafas. Oleh sebab itu katak akan menggelembungkan lehernya untuk menyedut lebih banyak udara. Proses menggelembung dan mengerutkan leher akan mengeluarkan bunyi".

Sekiranya hujan berlarutan, banjir @ bah akan berlaku. Tanah digenangi air. Sekira tohor ok lah tetapi jika dalam terpaksalah mengambil langkah sewajarnya untuk keselamatan nyawa dan harta benda. Sematelahan buat anak pelajar yang kini menghadapi peperiksaan SPM dan STPM. Kelicinan dan keselesaan amat diperlukan. Sekiranya banjir akurkanlah arahan demi keselamatan.

Terkini Terengganu menjadi negeri pertama dilanda banjir tahun ini berikutan hujan lebat di negeri itu sejak semalam hingga pagi ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara yang dihubungi Bernama berkata, di Terengganu, sehingga jam 11 pagi ini dua daerah iaitu Setiu dan Hulu Terengganu mula dinaiki air.

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
• Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
• Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
• Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
• Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
• Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
• Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
• Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
• Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
• Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
• Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
• Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN
• Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
• Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
• Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.


SEMASA BANJIR - DI DALAM KENDERAAN
• Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
• Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat

SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH
• Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
• Bersedia dengan peralatan kecemasan.
• Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH
• Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
• Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
• Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
• Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
• Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
• Jangan minum air banjir.

SELEPAS BANJIR
• Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
• Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
• Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
• Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.

SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
• Pakai kasut.
• Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
• Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
• Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
• Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
• Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
• Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
• Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
• Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
• Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
• Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

Cuma janganlah bermain air banjir, banyak bahayanya. Selain kotaran ada juga hidupan lain seperti lintah. Jika diluar tubuh tak mengapa, tetapi jika dah masuk ke dalam tubuh boleh mengancamkan nyawa. Oleh itu awas bagi gologan wanita. Mengikut statistik yang di keluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan,pada musim banjir tahun 2010 seramai 13 orang pelajar telah dimasuki lintah dalam kemaluannya dan seorang telah meninggal dunia.

Hujan menyejukkan suasana, menyegarkan kehidupan makluk, tetapi banjir banyak yang tak elok.Maka marilah kita bersama bermunajat kepada ALLAH SWT agar musibah ini dijauhi dari kita semua. Doa orang yang ikhlas itu amat mustajab. Semoga malaikat Mikail terus menurun rezeki dan menurunkan hujan demi sejahteranya hidup ini.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
SEDIKIT INFO TENTANG LINTAH
INI BUKAN LINTAH DARAT..
Apabila disebut lintah, perasaan geli, takut dan gerun antara persepsi yang membayangi fikiran, khususnya wanita yang sememangnya alergi terhadap haiwan itu.

Bentuk tubuh sedikit berbulu, licin dan liat, malah dikenali sebagai penghisap darah cukup untuk menimbulkan mimik muka berkerut, apatah lagi jika diminta memegang atau bermesra dengannya.

Bagi yang biasa atau bermain dengan haiwan daripada kelompok Filum Annelida atau cacing itu, lintah boleh dikatakan sejenis haiwan unik.

Jika satu ketika dulu lintah hanya menghuni sawah padi, kini lebih 300 jenis atau spesies lintah dari seluruh dunia dicari, malah ramai menternaknya untuk tujuan komersiol.

Kelebihan yang ada pada lintah menjadikan haiwan itu sasaran dan perhatian ramai. Bukan hanya berupaya merawat sakit kepala (migrain), resdung atau kudis, tetapi juga pesakit kanser payu dara, sakit pinggang, senggugut, gout, strok, kencing manis dan darah tinggi.

Menyedari khasiatnya, lintah hari ini digunakan dalam bidang perubatan, termasuk untuk proses pembekaman. Melalui cara itu darah kotor atau yang tidak diperlukan dalam badan boleh dibuang tanpa rasa sakit dan menyusahkan.

Sama ada kepala, leher, badan atau kaki, lintah boleh diletakkan di mana saja untuk mengeluarkan darah kotor sambil seseorang itu melakukan pelbagai kerja sementara lintah menjalankan tugasnya.

Percaya atau tidak, melalui proses itu, daripada bersaiz sebatang rokok, lintah boleh membesar dan bertukar saiz sehingga tiga kali ganda atau mencecah 20 sentimeter dengan kandungan darah kotor.


Lintah ini ada juga baiknya ya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh