.................
................................................
....Hebatnya Pencipta..... -----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?
....Hebatnya Pencipta..... -----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?
Radio Islamik (Indonesia)
" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "
Suara Bacaan Yang Tetap Diingati
Berita Kepada Kawan
Pengorbanan
Logo KPM Kini
Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini
Monday, August 29, 2011
Makna 7.21 malam
Hari ini merupakan hari terahir umat Islam menunaikan ibadah puasa. Masih berkerja di pejabat dengan cuma 3 orang, yang lain majoriti ambil cuti, persiapan menjelang raya. Sekitar jam 9.30 pagi, Tuan Timbalan membuat kunjungan ke SPA untuk bertemu dengan ucapan hari raya dan sejam kemudian diikuti oleh Tuan Pengarah. Bersalaman dan saling bermaafan akan silap bicara tuturkata serta laku buat sepanjang tahun ini dan sebelumnya. Kerana kita makluk yang serba kekurangan sifatnya.
Jam 3.00 bertolak ke airport jemput anaknda yang baru balik dari Ireland untuk beraya bersama di kampung halaman yang berkebetulan musim cutinya. Sempat juga jumpa dengan Ustaz
Muhamad Haron bekas Mudir SMKA Melor, juga waris terdekat yang baru balik dari menunaikan umrah.
Juga dengan izin ALLAH dapat jumpa dengan Dato Prof Mohamad Shukry Yazid, Presiden dan CEO Management Science University (MSU) dan PTPL. Beliau merupakan sahabat lama semasa menutut di kelas yang sama Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 di SMK Kota. Berpisah sekejap dan bersama kembali menjadi penuntut Matrikulasi UKM di Sekolah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur. Sambung belajar di UKM Kampus Sains Lembah Pantai, Jalan Pantai baru, Kuala Lumpur dengan duduk satu dorm di Yayasan Pelajaran Mara, belakang NST Bangsar. Banyak kenangan kami bertiga termasuk Tn. Hj. Askury Kadir yang kini merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Petronas, Perak.
Setelah mengambil satay yang dah lama booking di Baung dengan harga kini 78 sen secucuk balik ke rumah untuk menikmati juadah berbuka yang ringkas, berbuka terakhir buat Ramadhan 1432 H ini. Sayu rasanya meninggalkan sebuah madrasah pendidikan membentuk insan kamil ini yang entah ada ke peluang untuk tahun-tahun mendatang. Hanya ALLAH sahaja yang tahu.
Tempat jam 7.21 malam, azan berkumandang maka bertandanglah 1 Syawal menandakan hari kegembiraan buat mereka yang lulus cemerlang dari madrasah Ramadhan ini. AidilFitri memanifestasikan orang baru yang bersih dosanya. Dan harapan agar untuk masa yang mendatang nanti, kita semua tidak akan mengulangi segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini dengan taubat nasuha. Jangan ada lagi dikalangan kita "menghina agama kita sendiri". Sentiasa bertanyalah kepada mereka yang tinggi ilmu agamanya agar kita bahagia hidup di sini dan di sana.
Selamat berpisah Ramadhan 1432 H, Semoga dapat berjumpa lagi dengan mu Ramadhan 1433 H. Dengan Izin NYA. Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mYcALeNdEr
TUAN ADALAH SAHABAT SAYA
BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN
"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"
KLIK SIARAN PILIHAN ANDA
mY pLAYLIST
&&&&&&&&&&&&&
POP Yeh Yeh
Ungu
No comments:
Post a Comment