.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Tuesday, August 2, 2011

Amalan-amalan di Bulan Ramadhan


Allah menjadikan bulan Ramadhan sebagai satu bulan yang mulia berbanding bulan-bulan yang lain dengan beberapa kelebihan dan keistimewaan, anataranya ialah:
- bau mulut orang yangberpuasa lebih wangi daripada haruman kasturi di sisi ALLAH
- para malaikat memohon keampunan untuk orang yang berpuasa sehingga dia berbuka
- syurga dihias setiap hari pada bulan Ramadhan
- syaitan-sayaitan dibelengu sepanjang bulan Ramadhan
- pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup
- terdapat pada bulan ini Lailatul Qadar yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan . Sesiapa yang tidak mengambil peluang untuk membuat kebaikan dan beramal padanya maka dia telah melepaskan semua peluang kebaikan.
- orang-orang yang berpuasa akan mendapat keampunan pada malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.
- Pada setiap malam Ramadhan tersenarai disisi ALLAH nama-nama hambaNYA yang bebas daripada api neraka.

Maka diantara amalan sepanjang bulan Ramadhan ini ialah:

1. BERPUASA
Amalan Wajib dimana satu kebaikan seumpama sepuluh hingga 700 kali ganda.Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketiak berbuka dan ketika bertemu dengan ALLAH. Berpuasa memberi banyak faedah kepada kehidupan jasmani dan rohani. Dalam konteks rohani, ia amat berfaedah untuk menjinakkan nafsu yang liar, melatih untuk bersabar, memahami erti kefakiran , kesusahan dan sebagainya.

2. MEMBACA AL-QURAN
Para ulamak bersungguh-sungguh memperbanyakkan bacaan al_Quran pada bulan Ramadhan. Sebahagian mereka mengkhatamkan al_Quran dalam tempoh 3 malam. sebahagian setiap satu minggu dan sebahagian mereka dalam tempoh 10 hari sekali. Mereka membacanya ketika di dalam solat dan juga di luar solat. Iman asy-Syafie akan mengkhatamkan al-Quran sebanyak 50 kali dalam bulan Ramadhan dan beliau membancanya diluar solat.

3. QIYAMULLAIL
Bagi seorang mukmin apabila berada pada bulan Ramadhan akan berhadapan dengan dua jihad di dalam dirinya. Pertama jihad di siang hari dengan berpuasa dan kedua jihad pada malam hari dengan Qiyamullail.Sesiapa yang berjaya melakukan dua jihad ini dengan melaksanakan hak-haknya dengan sabar dan sempurna maka ganjarannya amat besar tidak terhingga.

Qiyamullai adalah amalan kebiasaan Nabi dan para sahabat yang tidak pernah ditinggalkan oleh mereka. Khalifah Umar al_Khattab akan bersolat malam seberapa banyak. Setiap jemaah hendaklah menyempurnakan solat terawaih bersama iman supaya namanya tertulis dikalangan orang-orang yan Qiyam (orang yang berdiri solat)

4. BERSEDEKAH
Rasulullah adalah manusia yang sangat pemurah dan Banginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan. Takutlah apai neraka walaupun dengan bersedekah dengan sebelah tamar. Bersedekah dapat dibahagi kepada 2 iaitu,

a) Memberi Makan
Para ulamak salaf sangat menitikberatkan amalan memberi makan dan mendahulukannya daripada ibadat-ibadat lain. Iannya samada dengan memberu makan orang yang kelaparan ataupu kawan-kawan yang soleh dan tidak disyaratkan hanya kepada orang faqir.Ibadat memberi makan akan menjadi asas kepada banyak ibadat-ibadat lain, seperti rahmat dan kasih sayang terhadap sahabat yang diberi makan dan ini akan menjadi salah satu sebab untuk masuk syurga.

Sabda Rasulullah yang bermaksud
" Tidak masuk syurga seseorang itu sehingga ia beriman, dan tidak beriman sehingga ia saling mengasihi " (HR Al_Bukhari)

b) Memberi makan (berbuka) bagi orang yang berpuasa
" sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya dan iannya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun " (HR At-Tirmizi)

5. MENJAGA LIDAH, MENGURANGKAN KATA-KATA DAN MENJAUHI SIFAT DUSTA
Dengan berpuasa, sesorang perlu menahan daripada pembohongan dan kata-kata yang sia-sia dan tidak berfaedah apalagi mengumpat dan menipu.

6. DOA , ZIKIR DAN ISTIGHFAR
dalam bulan ramadhan, banyakkan doa, zikir dan istighfar khusunya pada waktu-waktu yang mustajab seperti;
- ketika hampir waktu berbuka
- di pertiga malam
- waktu sahur

7. UMRAH PADA BULAN RAMADHAN
Satu umrah dalam bulan Ramadhan ganjarannya senyamai satu haji.

8. BERIKTIKAT
Terumatamnya pada sepeluh terakhir Ramadhan.

9. LAILATUL QADAR
hdirnya sekali dalam setahun dengan pahala yang berganda-ganda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh