.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Saturday, April 30, 2011

Identiti Ketua Negara Malaysia

RAI...Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah turut memeriahkan perkahwinan William-Kate.
RAI...Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah turut memeriahkan perkahwinan William-Kate.Disebelah banginda ialah baginda Sultan Brunei dan Permaisuri.


29 April 2011
PUTERA William menyarung cincin perkahwinan ke jari Kate Middleton di depan Ketua Biskop Canterbury, Rowan Williams, pada upacara perkahwinan diraja di Westminster Abbey.

Ia turut disaksikan lebih dua juta penonton di seluruh dunia dan dihadiri kira-kira 1,900 tetamu diraja di gereja tersebut.

Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri, Tuanku Nur Zahirah turut dijemput majlis perkahwinan itu.

Patik menjunjung kasih Tuanku.. Indentiti Ketua Negara Malaysia

Thursday, April 28, 2011

Kursus Pemantapan Pedagogi MBMMBI

Pada hari ini saya berkesempatan untuk hadir di Crown Garden,Jalan Kebun Sultan Kota Bharu di mana berlangsungnya kursus Pemantapan Pedagogi Matematik (Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran) Bagi Jurulatih Utama Negeri Zon Timur 2011. Kursus dari 26-28 April ini dihadari oleh semua JU Negeri dari Kelantan , Terengganu dan Pahang melibatkan peringkat rendah dan menengah. Seramai 13 JU Sekolah Menengah dan 12 JU Sekolah Rendah dari Kelantan menjadi sebahagian pesertanya.

Antara pengisian ialah:
- Kreativiti dalam P & P
- Inkuari Penemuan
- Konstruktivisme
- Berasaskan Projek
- Penyelesaian masalah
- Membuat keputusan
- Penulisan Bahan P & P
- Pembentangan

Terima kasih kepada Cik Halizah, Tn. Hj. Daud, Tn. Hj. Mohd Husaini dari JPN Kelantan yang bertugas sebagai urusetia membantu BPG menjayakan kursus ini. Juga kepada En. Mohd Zuldin dari JPN Terengganu, En. Abdul Kamaludin dari JPN Pahang, juga kepada semua peserta.

Terima kasih tak terhingga kepada BPG, KPM yang diwakili oleh En. Mohd Khailruddin Ramli, Penolong Pengarah ( 012-6148046) yang memilih Kelantan sebagai distinasinya melaksanakan kursus ini.

Pada tarikh yang sama juga telah berlangsung kursus sains di Hotel Vista, Kuala Terengganu yang diwakili oleh 26 JU Negeri Kelantan termasuk Pn. Hjh. Zalina, En. Mohd Razali Ab Talib dan En. Che Zulkepli dari JPN Kelantan.

Tindakan selepas ini ialah menyebarluaskan kursus ini kepada semua guru sains dan matemtik di negeri masing-masing.

Terima kasih sekali lagi..

Wednesday, April 27, 2011

Teknologi yang mengubah

Kilang Mesin Taip Terakhir di dunia ditutup

23 Jamadilawal 1432H.
MUMBAI, India - Syarikat Godrej and Boyce yang menjadi pengeluar mesin taip terakhir di dunia terpaksa menghentikan operasinya dan hanya meninggalkan beberapa ratus buah mesin taip dalam stoknya sebelum dijual kepada orang ramai, lapor sebuah akhbar semalam.

Penutupan kilang itu dipercayai akibat permintaan terhadap mesin taip semakin berkurangan sejak 10 tahun lalu selepas orang ramai beralih kepada komputer.



TUGAS mesin taip sudah diambil alih sepenuhnya oleh gajet lebih canggih terutama komputer

Pengurus Besar Godrej and Boyce, Milind Dukle berkata kepada akhbar tempatan India, Business Standard: "Kami tidak menerima banyak permintaan sekarang. Sejak awal tahun 2000, penggunaan komputer terus mendominasi pengguna di seluruh negara. Semua syarikat yang mengeluarkan mesin taip menghentikan operasi masing-masing kecuali kami.

"Sehingga tahun 2009, kami hanya menghasilkan 10,000 hingga 12,000 mesin taip setahun. Mungkin sekarang adalah waktu terbaik buat pengguna mesin taip untuk mendapatkan produk terakhir kami."

Syarikat itu memulakan perniagaan sejak tahun 1950-an selepas bekas Perdana Menteri, Jawaharlal Nehru menganggap mesin taip sebagai simbol pengembangan kemerdekaan dan industri di India.

Terdapat sebanyak 200 buah mesin taip ada dalam stok syarikat tersebut. Majoritinya terdiri daripada model dengan aksara bahasa Arab.

Pada awal 1990-an, Godrej and Boyce menjual 50,000 unit mesin taip setiap tahun. Tetapi pada tahun lalu, ia hanya dapat menjual 800 unit sahaja.

Agensi

Maka terimalah hakikah bahawa kita perlu berubah..hanya yang tetap kekal dari dulu kini dan selamanya ialah Kitabulllah.. Al;Quran Karim

Tuesday, April 26, 2011

Sebuah Hidayah

Kisah Bagaimana Cat Stevens Peluk Islam




Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian.

Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.

Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus.

Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.

Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.

Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal.

Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.

Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.

Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.

Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.

Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.

Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi.

Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa.

Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Titik Permulaan

Kemudian satu keajaiban berlaku.

Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem.

Dia begitu kagum dengannya.

Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.

Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana.

Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.

Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang.

Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.

Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.

Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan.

Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim.

Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.

Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman?

Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.

Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan.

Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.

Inilah keindahan al-Quran.

Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.

Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.

Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia.

Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan.

Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.

Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."

Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.

Melawat Jerusalem

Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya).

Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk.

Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu.

Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim.

Dia bertanya lagi, apakah nama saya.

Saya jawab, "Stevens".

Dia kelihatan keliru.

Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.

Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.

Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan.

Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.

Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara.

Islam mengangkat semua halangan ini.

Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.

Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.

Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w..

Amin!

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Bil.2/2011

Hari ini bertempat di Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Kelantan bermula jam 9.00 pagi telah berlangsung mesyuarat antara Tuan Pengarah bersama semua Ketua Sektor dan Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Kelantan. Mesyuarat banyak membicarkan dan membincangkan mengenai pendekatan baru YABrs Dato KPPM serta laporan semua sektor yang terlibat dalam menjayakan dasar KPM.

Antara yang diberi fokus oleh YABrs. Pengarah selaku pengerusi majlis ialah penghayatan kepada saranan dari YABrs, Dato KPPM iaitu X-PLUS. Kepada semua penjawat yang bergelar guru dan bukan guru yang berada di bawah bumbung KPM , jadikan ia sebagai salah satu ciri dalam membudayakan kerja yang hebat.

X- execellent dengan :
P - pengetahuan
L - latihan
U - usaha
S - sinergi ( sepasukan)

maka , insyaallah kita boleh lakukannya.

(saya mewakili Tuan KSPA yang kini berada di SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu bersama dengan 5 Pengetua dan 3 Guru Besar dari Kelantan mengikuti mesyuarat bersama BPG Peringkat Zon Timur untuk melaksanakan Lesson Study bagi peningkatan status SIP dan kecemerlangan akademik sekolah berkenaan)

Monday, April 25, 2011

Pencipta Cakera Padat Pertama Meninggal

21 Jamadilawal 1432H.


TOKYO - Bekas presiden syarikat pengeluar barang elektronik Sony, Norio Ohga, meninggal dunia pada umur 81 tahun akibat kegagalan organ berganda, kelmarin.

Ohga, berkhidmat sebagai presiden syarikat dari 1982 hingga 1995.

Mendiang yang turut membantu mengubah industri muzik dengan mencipta cakera padat pertama, memimpin evolusi syarikatnya menjadi sebuah empayar hiburan global yang meliputi muzik, filem dan permainan komputer.

Beliau menerima pelbagai angugerah termasuk Legion d’Honneur daripada kerajaan Perancis.

Tetapi mengapa kita tak juga nampak hebat ?...di mana silapnya kita?

Sunday, April 24, 2011

Mesyuarat Kecemerlangan Tingkatan Enam

Bertempat di SMK Wakaf Baru, telah berlangsung mesyuarat penyelarasan dan pelaksanaan program/aktiviti untuk memantapkan pencapaian kecemerlangan pelajar Tingkatan Enam khususnya bagi yang bakal menghadapi STPM tahun 2011.

Friday, April 22, 2011

Kepimpinan adalah Amanah, bukan kebanggaan

Mimbar Jumaat hari ini begitu berkait rapat apabila kita ditugaskan sebagai seorang pemimpin. Pemimpin sebuah keluarga maupun sebuah organisasi. Kerana seorang pemimpin akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan kepada orang yang dipimpinnnya. Maka kita semua sebagai pemimpin perlu mentauladani perkara baik dan menolak perkara tak baik kepada semua yang kena pimpin.

Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar dan hala tuju organisasi dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat dapat dicapai dengan cemerlang.

Kepimpinan bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah .

عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.

Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."

(Riwayat Muslim)

Berasaskan realiti ini , janganlah ada sesiapa dikalangan penjawat organisasi memanjat tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus. Perhatikan bilah bilah anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain .

Apatah lagi dalam keadaan permukaan anak tangga yang licin dan mudah tergelincir. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu memperkasakan institusi kepimpinan ini.

عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما: يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام

"إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه

Maksudnya : Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki dari sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang tamak utk memperolehinya .

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)

(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)

Sesungguhnya AMANAH ini amat berat dipikul bagi orang yang merasainya.

Wednesday, April 20, 2011

Sebuah Kejayaan Dipersada Kebangsaan

Malam ini , hampir jam 11.30 tergerak minda untuk menulis sedikit bagi berkongsi maklumat ilmu yang baik sesama rakan. Terlebih dahulu dipanjatkan berbanyak syukur kepada ALLAH SWT yang mencurah nikmatnya kepada kita semua. Dengan bermulanya penilaian Pertandingan Anugerah Guru Inovatif, yang saya singkatkan sebagai PAGI ini pada awal Februari lalu di peringkat negeri, pencalonan untuk keempat-empat kategori telah dipanjangkan kepada Urusetia Peringkat Kebangsaan sebagai salah satu pengisian bagi program sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011.

Pencalonan terdiri dari:
1. Kategori Pra Sekolah di wakili oleh SK Kedai Buloh 1, Kota Bharu
2. Kategori Individu Rendah di wakili oleh SK Ayer Merah, Machang
3. Kategori Individu Menengah di wakili oleh SMK Sering, Kota Bharu
4. Kategori Kumpulan di wakili oleh SK Cherang Ruku, Pasir Puteh

Rombongan panel yang terdiri dari pegawai Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah bertandang ke sekolah yang mewakili setiap kategori berkenaan. Hasil dari kunjungan pertama, telah melayakkan 3 kategori untuk pusingan kedua. Kategori berkenaan ialah:

1. Kategori Pra Sekolah
2. Kategori Individu Rendah
3. Kategori Individu Menengah

Dan hasil dari kunjungan kedua pula telah menobatkan Kategori Pra Sekolah mendapat tempat ketiga di Peringkat Kebangsaan 2011 manakala ianya juga melayakkan 1 kategori untuk pusingan akhir. Kategori berkenaan ialah

1. Kategori Individu Menengah yang telah dinobatkan sebagai JOHAN Individu Menengah Peringkat Kebangsaan 2011.
Penilaian pusingan akhir ini hanya melibatkan JOHAN dari keempat-empat kategori iaitu Johan Pra Sekolah, Johan Individu Rendah, Johan Indivudu Menengah dan Johan Kumpulan. Panel penilaian untuk ini diketuai sendiri oleh YBrs. Tuan Hj. Mohd Zanal Dirin, Timbalan Pengarah BPK, KPM.

Dan pada hari ini secara rasminya, SMK Sering telah dinobatkan pula sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan Tahun 2011.

Sekalung tahniah dari saya untuk:
1. En. Asmawi - Johan Keseluruhan
2. Pn.- Tempat Ketiga
3. En.- Saguhati
3. En... - Saguhati

Juga tidak lupa kepada YABrs, Tuan Pengarah, Tuan KSPA serta sahabat dari SPA yang sentiasa pro aktif bermula dengan tugas sebagai panel hakim negeri seterusnya membantu nasihat bimbing untuk memacu kejayaan ini. Terima kasih juga kepada pegawai meja mata pelajaran yang berkaitan. Demikian kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah yang terlibat. Juga kepada Tuan Timbalan Pengarah BPK serta semua panel hakim KPM .Jasa tuan semua akan diingati dan sudilah kiranya untuk terus membantu guru-guru bagi PAGI musim depan.

Tuesday, April 19, 2011

Diabetes?

Kencing Manis?, Jangan Risau Ini 10 Makanan Power Untuk Kawal Diabetes !

Baik utk diabetes
Diabetes Type 2, boleh disimpulkan sebagai masalah kecelaruan sistem imunisasi dalam badan kita. Tahap kepekaan yang menurun dalam badan kita terhadap insulin, iaitu hormon yang diperlukan untuk menyerap gula ke dalam sel bagi ditukarkan kepada tenaga.


Setakat ini tak ada lansung ubat mujarab bagi menyembuhkan penyakit tersebut. Tapi ada banyak makanan yang mampu mengawal keadaan kita agar sentiasa sihat seperti biasa. Berikut adalah 10 makanan hebat yang patut penjadi amalan pengidap diabetes.


  1. Kulit kayu manis - mampu menurunkan tahap gula dalam darah sebanyak 20% hingga 30% kali ganda, bergantung kepada jumlah pengambilan.
  2. Chromium - Sejenis garam yang diperlukan oleh badan yang berfungsi sebagai bahan pengaktif insulin. Boleh didapati dalam bentuk makanan suplemen. Jika kita makan nasi atau karbohidrat lain, kandungan gula dalam badan akan naik dengan banyak. Dengan mengambil chromium ia mampu mempercapatkan proses penghadaman dan menurunkan tahap gula.
  3. Cuka - Cuka mampu mengawal tahap gula dalam darah yang naik selepas kita makan nasi atau karbohidrat lain.
  4. Kopi - Mereka yang minum kopi 2 atau 3 cawan selepas makan kurang risiko menghidapi diabetes lebih dari 30% daripada mereka yang tidak melakukannya.
  5. Susu - mengandungi TPA yang mampu mengawal pembentukan diabetes. TPA tidak dapat dihasilkan oleh badan, tapi ada pada susu.
  6. Sayuran hijau - Terbukti dapat mengawal diabetes
  7. Magnesium - Makanan yang banyak garam ini dapat mengurangkan risiko kena diabetes. Ia juga mampu mengawal tahap gula dalam darah.
  8. Bijirin - Jadikan bijirin sebagai makanan rutin anda waktu pagi atau malam. Ia mampu menngwal diabetes.
  9. Beras Perang (Brown Rice) - jauh lebih baik dari beras putih biasa dalam mengelakkan diabetes atau mengawal diabetes.
  10. Berries - Macam-macam berry ada, blue berry, red berry, wild berry. Mengandungi kandungan antioksidan tinggi dan mampu mengawal banyak penyakit.
Selain dari itu rajinlah periksa kesihatan dengan berjumpa doktor. Kawal pemakanan anda dan selalu bersenam. Insyallah hidup anda kembali sihat. Selamat mencuba.

Maka Katakanlah “Alhamdulillah”


15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
seutastasbih.blogspot.com

Apabila kita melakukan kebaikan yang terlihat oleh orang lain, pasti akan ada yang mengatakan, “wah, baguslah!” “awak memang baik” “jarang jumpa orang macam awak” “Hebatnya!”. Paling tidak pun, akan ada yang tersenyum menandakan sebuah penghargaan diberikan kepada kita. Lantas kita menjadi termotivasi dan bersemangat untuk terus melakukan kebaikan. Kita merasakan ada nilainya kebaikan tersebut pada pandangan mata manusia. Bagaimanakah pula keadaannya apabila ada yang mengatakan “eleh, tu nak tunjuk baik la tu” “buang masa awak saja buat macam tu” “jangan buat macam tu lagi lain kali!”, apakah kesannya kepada diri kita? Adakah kita masih terus melakukan kebaikan tersebut atau kita meninggalkannya? Kesan yang berlaku atas diri kita daripada respons positif dan negatif orang lain ini menjadi indikator kepada keikhlasan kita dalam beramal.

Nilai sesebuah amal itu tidak ditentukan berdasarkan kepada pujian manusia. Apa yang lebih penting adalah nilai yang telah Allah gariskan dalam Al-Quran atau yang ditekankan oleh Rasulullah dalam Hadith baginda. Apabila telah ada saranan untuk melakukan sesebuah amal daripada Allah dan Rasul, maka ia tetap mempunyai nilai yang tinggi sama ada orang lain memuji atau mengeji. Dalam ertikata lain, orang yang ikhlas tidak akan berganjak sedikitpun daripada sebuah amal yang baik, bahkan dia sentiasa istiqomah dengan kebaikan. Tidak bertambah kerana pujian, atau berkurang kerana kejian. Berbeza dengan seseorang yang mengejar pengiktirafan manusia, bila dipuji dia berbangga dan menambah lagi kebaikan, bila dikeji dia merasakan seolah-olah azab Allah menimpanya lalu dia meninggalkan amal baik tersebut. Konsistensi amalannya bergantung kepada respons manusia terhadapnya.

Seseorang yang saya maksudkan tersebut boleh jadi kita sendiri, termasuk saya yang menulis. Pernahkah kadang-kadang kita merasa kagum dengan mujahid Islam yang syahid lantas kita juga bercita-cita untuk syahid sepertinya? Namun jauh di sudut hati kecil kita bersuara, “tentu aku akan dikenang orang”. Pernahkah kita membaca karya agung Ulama’-ulama’ silam lantas kita ingin berkarya seperti mereka? Hati kecil kita masih lagi bersuara, “tentu orang akan menyanjung aku”. Tatkala kita melayani perasaan tersebut dan berusaha mengejar pengiktirafan manusia, maka amal kita telah dicemari dan tidak lagi ikhlas. Namun kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perasaan tersebut daripada timbul sama sekali, apa yang boleh kita usahakan ialah menentangnya dan melawannya.

Oleh itu, matlamat yang jelas perlu ditentukan sejak kita berniat melakukan sesebuah amal sehinggalah kita habis melaksanakannya. Keikhlasan itu perlu dijaga sebelum, ketika dan setelah melakukan sesebuah amal. Susah memang susah, sebab itulah perlunya mujahadah. Sampai bila? Sampai kita bertemu Allah. Saya masih ingat pesan ustaz kepada saya ketika dulu;

Berbuat baik ayuhai teman
ke dalam laut engkau campakkan
kalau tidak dikenal ikan
tuhanmu tahu iyakah, bukan


Bait syair di atas menyeru supaya kita ikhlas melakukan sesebuah amal hanya untuk keredhaan Allah dan hanya untuk mendapat ganjaran daripada Allah. Amal yang baik itu takkan sekali-kali disiakan oleh Allah. Bahkan apa yang terdetik di sudut hati kita juga tak pernah terlepas daripada pandangan Allah. Biarlah Allah yang menilai kebaikan kita dan memberikan ganjaran di akhirat. Firman Allah:

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (At-Taubah: Ayat 16)

Saya pernah mendengar sebuah kata hikmah, “jika kamu tamakkan apa yang ada di sisi manusia, kamu akan dibenci Allah. Jika kamu tamakkan apa yang ada disisi Allah, kamu akan disanjung manusia”


Bahkan dalam memuji juga kita harus berhati-hati. Boleh jadi pujian kita itu akan menghancurkan saudara seagama kita. Pujilah sekadar yang perlu dan kembalikanlah hak menilai itu kepada Allah. Dalam sebuah Hadith Rasulullah berpesan:

“Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a katanya,: “Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi s.a.w, lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya: “Celaka kamu. Bererti kamu memenggal leher saudara kamu. (Kata-kata itu diucapkan baginda berulang kali.)“Apabila seorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata: “Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilainya selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu.”


(HR Muslim)

Jika ada yang memujimu, katakanlah “Alhamdulillah” dengan sebenar-benarnya

Monday, April 18, 2011

Khasiat Cuka Buah

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318) Apa dia Cuka? Cuka boleh dihasilkan daripada buah-buahan seperti kurma, epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi cuka, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar. Cuka Kurma KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaBersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318) an kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya. KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909. Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233. CUKA Cuka boleh dihasilkan daripada buah-buahan seperti kurma, epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi cuka, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Saturday, April 16, 2011

PRN Penggal 10 Sarawak .. TAHNIAH


Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 70 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064).Undi popular BN Sarawak telah merosot teruk dari 62.93 peratus kepada 55.24 peratus.

Undi untuk BN : 372,379 (56%)
Undi untuk bukan BN : 300,288 (44%)
Undi majoriti BN : 72,091

Manakala seramai 71 calon telah hilang wang deposit.

Sumber : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

TAHNIAH KEPADA SEMUA

Friday, April 15, 2011

Amalkan Minum Air Panas Selepas Makan


Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas. Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. Baca ini... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

*** Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!! ***

Sumber : ikutsukaakuisa

Thursday, April 14, 2011

Kepatuhan Seorang Insan

Sebelum Terowong Resalat (macam Terowong Smart kita) yang membelah sebahagian besar kota Tehran dibuka kepada kenderaan, Dr Ahmadinejad melakukan solat hajat terlebih dahulu di dalamnya pada 15 Julai 2006.



Bang mana nak cari pemimpin begini bang? Sungguh-sungguh dia sayangkan rakyatnya!

Wednesday, April 13, 2011

Bengkel Pengurusan Data UBB/PKBS STF Gua Musang


Hari ini berlangsung bengkel sebagaimana semalam di SMK Chiku 2 melibatkan 6 SK dan 2 SMK. Bermula jam 9.30 dan berakhir hampir jam 2.00 petang. Penat sedikit memandu hari ini dengan jarak pergi balik 300 km.

Tuesday, April 12, 2011

Bengkel Pengurusan Data UBB/PKBS STF Tanah Merah

___________________________________________________________________________________
Renungan Bersama:

Allah memerintah kita agar bergabung diri dengan golongan yang berada di atas kebenaran, golongan yang menjunjung kebenaran, golongan yang menghayati kebenaran

يا أيها الذين أمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين

Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan beradalah bersama dengan orang-orang yang benar.
___________________________________________________________________________________



Berlangsunglah hari ini bengkel berkenaan yang dihadiri oleh semua Penyelaras Sekolah STF/PPS Bagi STF/PPS Felda Gugusan Kemahang,

Antara pengisiannya ialah pelaksanaam program kecemerlangan UPSR bagi mata pelajaran BM, BI, Sc dan Matematik yang akan berlangsung pada hari Sabtu 30 April 2011 dan 7 Mei 2011. Kos pelaksanaan akan dianggung sepenuhnya oleh pihak Pengurusan Felda Wilayah Gua Musang.

Se;aku pengerusi dan penyelaras STF/PPS Negeri, sekali lagi meningatkan semua penyelaras STF/PPS sekolah agar sentiasa update semua kerja yang berkaitan dengannya samada dalam tindakan dan pentadbiran.

Selaku penal penggubal BPSH, KPM bagi program Head Counts , En. Mohd Razali Abdul Talib telah memberi taklimat yang jelas mengenai penggunaan program ini dalam memudahkan pengurusan HC-3.

Harapan akan datang, semua penyelaras hendaklah sentiasa proaktif dalam bertindak merealisasikan kehendak kecemerlangan akademik waris felda ini.

Terima kasih kepada Felda Wilayah Gua Musang yang menaja makan minum kami semua.

Sunday, April 10, 2011

PAGI Pusingan Ketiga


Jam 11.15 pagi di airport Kota Bharu, berada di sana untuk menyambut pasukan panel penilai PAGI ke SMK Sering , Kota Bharu untuk penilaian pusingan ketiga.. penentu juara keseluruhan di kalangan empat kategori yang dipertandingkan.

Panel ini diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Zanal Dirin. Timbalan Pengarah BPK, KPM yang tiba lebih awal melalui penerbangan FireFly dari Pulau Pinang. Katanya balik kampung seminggu sekali di Jitra, Kedah. Panel lainnya ialah Dr. Ang Soo Boon dan En. Nadaraja Muniandy selaku Urusetia Induk yang tiba dengan penerbangan MAS dari KLIA.

Dengan mengekori kenderaan Jabatan, kami tiba di SMK Sering jam 11.40 pagi dengan disambut oleh pengetua dan pasukannya. Penilaian juga dibuat dibilik muzik sekolah dengan sedikit perubahan di mana pelajar perempuan mendominasikan persembahan.

Majlis berakhir jam 4.00 petang dan pasukan panel bertolak ke airport untuk kembali balik ke KLIA.

(4 Negri terlibat untuk pusingan ketiga ini iaitu Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak)

Semoga kemenangan memihak kepada kami.. Insyaallah.

Terima kasih semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan kali ini. Tahun depan jumpa lagi.

Friday, April 8, 2011

TIRU SANA tiru sini

Dua tiga hari ini digemparkan dengan TELUR. Telur ori dan juga telur klon. Dulu pun kita didedahkan dengan pelbagai klon. Jika klon yang tidak boleh dimasukkan ke mulut itu mungkin agak ok lah walaupun disegi moralnya begitu rendah.. nak kaya cepat, klon lah duit, black money. Nak spare-part, belilah yang murah, barang tentu juga klon. Mungkin banyak untungnya tetapi ruginya mungkin juga lebih. Tetapi klon juga disengajakan timbul bukan saja untuk kegunaan luar badan tetapi untuk kegunaan dalam badan.Perwarna makanan tiruan, perasa tiruan dan lainnya sejak sekian lama berlegar dalam menu makanan kita.





04 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa.

Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur).

Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.

Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.

Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:

Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,

Presiden CAP.

Mengapa manusia begitu mudah menjahnamkan sesama manusia dengan wujudnya perkara sebegini.Kerana wang tentunya. Juga kita pernah dengar sebelum ini, DNA boleh juga di klonkan untuk menghasilkan manusia yang serupa. Jika manusia boleh diklonkan apa lagi yang lain.

Teringat saya pada petang khamis, sedang mendengar Radio, ada seorang DJ selain mengulas telur tiruan ini, juga membicarakan robot manusia yang dihasilkan di negara maju. Robot wanita yang cantik, boleh membancuh kopi, boleh cuci rumah, boleh itu boleh ini. Cuma tak boleh makan minum, jika luka tak keluar darah tetapi keluar urat dawai.

Bolehlah dibeli nanti, bawa untuk menemani kita ke kedai membeli belah. Tuan tak akan bimbing kerana ia tak akan tunjuk itu ini untuk dimasukkan kedalam troli. Bajet tak akan lari. Juga tuan tak akan rungsing kerana anak tuan tidak akan diculik dan dibawa lari dengan mengemukan tuntutan yang banyak.

Cuma kini, janganlah dijadikan klon ini bertujuan merendahkan martabat sesama manusia kerana adanya hasad dengki iri hati. tak bolehkah kita hidup dalam suasana aman bahagia mengurus kehidupan didunia yang tak akan kekal lama.ingat bahawa Islam mengharamkan klon manusia.

Hanya kini nyawa @ roh saja yang tidak akan dapat diklonkan.. kerana itu hak milik kekal ALLAH SWT.

Thursday, April 7, 2011

Begitu banyaknya Laman Sosial.. ayuh manfaatkannya

Komunikasi zaman kini yang begitu canggih lagi sophisticated banyak memberi kemudahan kepada umat manusia. Dengan berada di depan komputer atau hand-phone di tapak tangan , perhubungan dekat jauh sesingkat cuma. Skype atau ooVoo mendekatkan bukan saja telinga tetapi juga mata. Begitulah sehingga dalam masa yang sama 6 sahabat atau rakan sekerja dapat bermesyuarat walaupun jarak beribu kilometer. Demikian juga 'Laman Sosial" yang begitu banyak bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Begitu popularnya Facebook, juga twitter bersama Myspace maupun Friendstar. Tetapi tahukah anda bahawa banyak lagi laman seumpamanya. Antara laman-laman ini ialah (mengikut abjad):

A. AIMShare, Add to BX
B. Nenp, Blogger, Blinklist, Blogmark
C. Current, Care2
D. Digg, del.icio.us, Dealspl.us, Diigo, Delicious
E. E-mail
F. Fark, Facebook, Furl, Fresqui. Faves, Formspring, FriendFeed, Funp
G. GBookmarks, Google Buzz, Google
I. Instapaper
K. Kirtsy
L. Linkedln, Livejournal
M. Mixx. Meneame, Messenger, Mr Wong, My Space,
N. Newsvine, N4G
Q. Oknotizie, Orkut
R. Reddit
S. Sphinn, Spurl, StumbleUpon, Simpy, Slashdot, Sonico, Sphinn
T. Twitter, Technorati, TypePad, Text, Twackle. Tumbir
X. Xanga
Y. Yigg, Yammer, Y!Bookmarks, Youtube
W. WordPress



Cuma yang perlu dan penting bagi kita yang meminatinya bagi tujuan komunikasi dan maklumat, sebar kongsikan untuk kebaikan, elakkan budaya jijik kotor menghina sesama sendiri yang akhirnya banyak merugikan nilai bangsa dan agama.

Sepatah kata dari para agamawan sentiasalah muhasabah diri dengan melihat kelemahan dan keburukan diri sendiri dari melihat sera memperbesarkan kelemahan atau keburukan orang lain serta sentiasalah melihat kehebatan oramg lain untuk dicontohi nanti.

Jangan nanti kita ketawa terbahak-bahak apabila sianu terkentuk tetapi kita tak sedar rupanya kita sendiri terberak.

Sunday, April 3, 2011

Pertandingan Inovasi Sains dan Reka Cipta SBPSK 2011




Hari ini berlangsunglah majlis penutup bagi pertandingan Inovasi Sains dan Reka Cipta Peringkat Kebangsaan kali ke 13 untuk Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan anjuran Bahagian berkenaan yang berlangsung pada 1 April 2011 dan berakhir pada 4 April 2011.

Majlis ini disempurnakan oleh YABrs. Pn. Asmah bt Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Turut bersama ialah YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan. Dalam majlis ini , pasukan atau individu sekolah yang berjaya dianugerah sijil dan medal mewakili kategori masing-masing. Hadir sama ialah beberapa orang pengetua sekolah berasrama penuh termasuklah sahabat lama semasa study dulu di UKM iaitu Tn.Hj. Hasan Awang Mat kini selaku Pengetua SBP Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Juga Hj. Che Adnan selaku PK Ko di sekolah berkenaan. Wajah masih sama tetapi struktur badan dah banyak berubah.

Hadir melapor diri pada 1 April 2011, petang Jumaat sebagai salah seorang panel hakim untuk program ini. Kebanyakan hakim adalah 'hakim vateran' yang terlibat sejak dulu lagi. Pabel Hakim terdiri dari:
1. JPN Kelantan , saya dan Tn.Hj. Hilmi Abdullah (KPP Matematik)
2. JPN Johor , Tn. Hj. Sahilon Ab Halim
3. JPN Terengganu , En. Mohd Zuldin
4. JPN P.Pinang, En. Rizal
5. JPN Kedah, En. Rosli
6. BSBPSK - 2 orang pegawai
7. UniMAP - 5 pensyarah
Ketua Hakim ialah Tn.Hj. Hilmi Abdullah (selaku Tuan Rumah)

Senario Program

1 April 2011 (Jumaat)
6.00 petang-Lapor diri di SM Sains Machang
7.00 petang- Masuk ke tempat penginapan Kasadura sebelah JPJ Tok Bok
8.30 malam - mesyuarat penyelarasan panel hakim

2 April 2011 (Sabtu)
8.00 pagi - 5.30 petang : Penilaian
( Panel hakim menilai sebanyak 99 projek iaitu 49 Reka Cipta dan 50 Inovasi Sains)
hakim Rekacipta seramai 6 orang manakala Inovasi sains seramai 7 orang.

3 April 2011 (Ahad)
8.00 - 1.00 tengah hari : VIVA projek melibatkan 14 kumpulan terbaik dari semua kategori.

2.00 - 4.30 petang ; Majlis Penutup

Hakim bertolak pulang.

4 April 2011 (Isnin)

8.00 pagi - Kontingen SBP seluruh negeri berangjat pulang.

Banyak kenangan dengan pengalaman yang amat berguna sebagai panel hakim peringkat kebangsaan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh