Sejak hari Khamis lepas, hujan turun tanpa henti, sekejap lebat sekejap renyai dengan langit diliputi awan mendung menyeluruh. Berada di pejabat dengan berbaju batik beralaskan kot, kesejukan yang teramat. Air teh panas sekejap saja menjadi sejuk.
Balik pejabat jam 4.00 petang sebab hari Khamis, balik lebih awal dari hari-hari yang lain, "jem" jalan agak teruk berbanding hari biasa tanpa hujan.Hujan sepanjang jalan.
Sebaik saja tiba dirumah, panggilan telefon dari anak Tingkatan 1 di SMK Kota menyuruh menjemputnya di sekolah kerana pihak sekolah membenarkan semua pelajar sesi petang balik lebih awal kerana kelas dipenuhi air. Jalan ke kampung dah digenangi air sedalam 10 cm. Kenderaan masih mampu merentasinya. Banyak sekolah lain juga diarahkan tutup demi keselamatan bersama.
Hujan terus mencurah dengan lebatnya menjelang malam dengan sekali sekala kedengaran dentuman guruh. Sejuknya lebih lagi. Gebar selimut tak mencukupi. Jika salji mungkin beku kita yang tak pernah merasainnya. Keesokan harinya iaitu Jumaat, jambatan tak boleh dilalui. Teringat masa kecil dulu,bila tibanya musim tengkujuh ini, maka aktiviti menangkap ikan air tawar rancak sekali.
Tahan tauk, tahan tual, jala, mukak, tahan bubu dan lainnya amat popular. Dapat ikan haruan, keli, sepat, puyu, sepila serta udang yang segar dari bendang. Dikala itu, sejuk ini tak terasa tanpa payung di kepala. Gementar menggigil tubuh tak dihiraukan...happy.
Itu semmuanya dah berlalu, hidupan di bendang dah tak banyak dek penggunaan baja buatan dan racun perosak. Semuanya dah menjadi kenangan terindah. Kadangkala timbul pertanyaan mengapa fenomena dulu tak boleh dikekalkan untuk aktiviti anak generasi akan datang walaupun di alaf yang serba canggih dan moden ini. Kini ramai yang dah tak mengenali pacat lintah lagi.
Hujan kini masih turun lagi tetapi agak reda dan sekali sekala. Air banjir dah semakin surut. Semoga kedatangan banjir yang telah di
program kan oleh ALLAH SWT ini akan banyak memberi rahmatnya.
No comments:
Post a Comment