Bermula sekolah dibuka mulai 3 Januari 2011, kini dah masuk minggu ke empat bererti program transisi telah selesai dilaksanakan oleh semua sekolah rendah di seluruh negara. Minggu ke empat bermulalah P & P Tahun 1 dengan sepenuhnya.
Dan dah sedia maklum murid tahun 1 inilah merupakan generasi pertama yang mengikuti apa yang dikatakan Transformasi Kurikulum..Generasi KSSR.
Sukalah diimbas kembali apakah dia Program Transisi ?
Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu di sekolah.
Program ini dilaksanakan dalam tempoh
3 minggu (dulu 3 bulan). Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal.
Tujuan Program Transisi
-Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
-Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses P & P secara formal.
-Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah.
-Membantu semua murid Tahun Satu yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu mereka melalui tahap pencapaian yang hampir sama.
Objektif Khusus
-Semua pihak yang terlibat dapat membuat persediaan yang sesuai untuk menerima kemasukan murid ke Tahun Satu.
-Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main sambil belajar.
-Murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang tinggi dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi dalam kehidupan sehariannya.
Harapan buat sahabat guru tahun 1, guru KSSR, kepada tuanlah perlu memainkan peranan kerana murid ini dah bersedia untuk ditunjukajar dengan pendekatan yang lebik berkreativiti dan inovasi menggunakan pelbagai sumber yang ada. Jangan perapkan potensi mereka .
Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran Malaysia
No comments:
Post a Comment