Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran (1)
Unit 1 :Pengenalan
Kemahiran Berfikir (KB) juga dikenali Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) telah lama diperkenallkan dalam memantapkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalalm kebanyakan mata pelajaran di sekolah. Penerapan KB ini amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi.
Unit 2: Apakah Berfikir
Berfikir .. .. melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. ( Mayer, 1977)
..merupakan pembentukan idea, pembentukan semual pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentyuk tertentu. (Fraenkel, 1980)
..ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep,memberi sebab atau membuat penentuan. (Beyer, 1991) Apa yang dapat dirumuskan dari pandangan berkenaan ialah " Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelelesikan masalah.
Proses Berfikir Pada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuautu perkara misalnya suatu objek, anda secara automatik akan mula menyoal diri sendiri?. Soalan-soalan yang anda mungkin bertanya ialah:-
1. Apakah objek itu 2. Apakah kegunaannya 3. Bagimanakah menggunakannya 4. Adakah ia memberi manfaat
Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jawapan , anda menggunakan aspek yang berikut:-
Pengetahuan ( apa yang anda tahu tentang objek itu) Kemahiran ( menyoal diri sendiri tentang objek itu) Sikap atau nilai ( keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)
Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai.
Model Kemahiran Berfikir 1. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evalautif 2. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk menerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif, idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.
Strategi berfikir Merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi n\beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengakaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir menaakul membantu kita sebagai pelincir dalam mambuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
Kemahiran berfikir sama ada kritis, kreatif, menaakul atau strategi berfikir semuanya saling berkait.
Kemhiran berfikir kritis membolehkan seseorang itu:- - Mencirikan - Membandingkan dan membezakan - Mengumnpul dan mengelas - Membuat urutan - Menyusun mengikut keutamaan - Menganalisis - Mengesan kecondongan - Menilai - Membuat kesimpulan
Kemhiran berfikir Kreatif membolehkan seseorang itu:- - menjana idea - Menghubung kaitkan - Membuat inferens - Meramalkan - Membuat hipotesis - Mensistesiskan - Mengitlaks - Membuat gambaran mental - Menganalogikan - Mereka cipta
Kemhiran berfikir Menaakul membolehkan seseorang itu:- - Logik - rasional
Manakala Strategi Berfikir membolehkan seseorang itu:- - Mengkonsepsikan - Menyelesaikan masalah - Membuat keputusan
No comments:
Post a Comment