

.................
................................................

....Hebatnya Pencipta..... -----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

....Hebatnya Pencipta..... -----------------------------------------------

Siapa kita untuk membangga diri?
Radio Islamik (Indonesia)
" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "
Suara Bacaan Yang Tetap Diingati
Berita Kepada Kawan
Pengorbanan
Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini
Wednesday, June 30, 2010
Gapo kita perlu make...
Insyaalllah sekiranya kita seorang yang berdisiplin, kita akur tentang panduan mudah ini, kita kekal sihat walafiat. AMIN
Sunday, June 27, 2010
Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran (1)
Unit 1 :Pengenalan
Kemahiran Berfikir (KB) juga dikenali Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) telah lama diperkenallkan dalam memantapkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalalm kebanyakan mata pelajaran di sekolah. Penerapan KB ini amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi.
Unit 2: Apakah Berfikir
Berfikir ..
.. melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. ( Mayer, 1977)
..merupakan pembentukan idea, pembentukan semual pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentyuk tertentu. (Fraenkel, 1980)
..ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep,memberi sebab atau membuat penentuan. (Beyer, 1991)
Apa yang dapat dirumuskan dari pandangan berkenaan ialah " Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelelesikan masalah.
Proses Berfikir
Pada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuautu perkara misalnya suatu objek, anda secara automatik akan mula menyoal diri sendiri?. Soalan-soalan yang anda mungkin bertanya ialah:-
1. Apakah objek itu
2. Apakah kegunaannya
3. Bagimanakah menggunakannya
4. Adakah ia memberi manfaat
Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jawapan , anda menggunakan aspek yang berikut:-
Pengetahuan ( apa yang anda tahu tentang objek itu)
Kemahiran ( menyoal diri sendiri tentang objek itu)
Sikap atau nilai ( keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)
Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai.
Model Kemahiran Berfikir
1. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evalautif
2. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk menerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif, idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.
Strategi berfikir
Merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi n\beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengakaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir menaakul
membantu kita sebagai pelincir dalam mambuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
Kemahiran berfikir sama ada kritis, kreatif, menaakul atau strategi berfikir semuanya saling berkait.
Kemhiran berfikir kritis membolehkan seseorang itu:-
- Mencirikan
- Membandingkan dan membezakan
- Mengumnpul dan mengelas
- Membuat urutan
- Menyusun mengikut keutamaan
- Menganalisis
- Mengesan kecondongan
- Menilai
- Membuat kesimpulan
Kemhiran berfikir Kreatif membolehkan seseorang itu:-
- menjana idea
- Menghubung kaitkan
- Membuat inferens
- Meramalkan
- Membuat hipotesis
- Mensistesiskan
- Mengitlaks
- Membuat gambaran mental
- Menganalogikan
- Mereka cipta
Kemhiran berfikir Menaakul membolehkan seseorang itu:-
- Logik
- rasional
Manakala Strategi Berfikir membolehkan seseorang itu:-
- Mengkonsepsikan
- Menyelesaikan masalah
- Membuat keputusan
Jumpa lagi dalam siri 2.. Terima kasih.
Friday, June 25, 2010
Macam mana ni ?

12 Rejab 1431 H
Oleh: ENTAHLER TAH
Buatlah pilihan sendiri.
Nak yang bersih atau nak yang kotor. Nak yang halal atau nak yang haram.Roti telur ke , Mee goreng telur ke , Char Kuey Teow ke dan macam-macam lagi makanan yang ada telur ayam.
Cuba tengok-tengok , yang menjual makanan ni , basuh atau tidak telor ayam.Cuba beli pula telur di kedai atau pasaraya. Memang banyak tahi ayam pelbagai warna yang dah kering dan keras melekat pada kulit telur.(WARNA TAHI-HITAM , HIJAU PEKAT)
Kalau nak juga makan telur ayam dengan tahi-tahinya sekali, apa boleh buat dah selera rakyat Malaysia macam tu, tak pentingkan kebersihan. Yang penting SEDAAAAP.
Justeru, carilah SEDAP yang HALAL.
Wednesday, June 23, 2010
Sepatutnya kita juga perlu tahu mengenainya
Mengenali Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia (“Perlembagaan”) adalah dokumen yang paling penting di dalam negara kita kerana ia menentukan landasan negara kita.
• Ia mewujudkan sistem demokrasi kita
• Ia menghadkan kuasa kerajaan
• Ia menyatakan hak-hak kita
Perlembagaan adalah undang-undang utama negara kita. Ini bermakna ia menentukan siapa yang boleh menggubal undang-undang, dan menghadkan undang-undang yang boleh digubal.
Mengapakah anda harus tahu apa yang terkandung di dalam Perlembagaan?
Ia adalah kerana Perlembagaan menentukan cara hidup kita dan bagaimana kita diperintah. Contohnya:
• Perlembagaan menyatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia
• Perlembagaan menyatakan bahawa kita boleh memilih pemimpin-pemimpin kita
• Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai Parlimen yang menggubal undang-undang
• Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai mahkamah dan para hakim
• Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai kerajaan persekutuan dan tiga belas kerajaan negeri
• Perlembagaan menyatakan bahawa hak asasi kita dijamin.
Apakah yang terkandung di dalam Perlembagaan?
Perlembagaan mengandungi 16 Bahagian.
Bahagian I: Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang Persekutuan
Negara kita adalah sebuah persekutuan yang dianggotai tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan.
Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni.
Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.
Bahagian II: Kebebasan Asasi
Bahagian ini menyatakan kebebasan-kebebasan asasi yang kita miliki:
• hak untuk hidup dan kebebasan
• kebebasan daripada kehambaan dan menjadi buruh paksaan
• kesamarataan di sisi undang-undang
• kebebasan bergerak
kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu
• kebebasan agama
• hak untuk berpendidikan
• hak untuk memiliki harta
Bahagian III: Kewarganegaraan
Seseorang itu menjadi warganegara Malaysia dengan cara:
• dilahirkan di sini
• berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia
• tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan
Bahagian III juga menyatakan bagaimana kita boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegeraan.
Bahagian IV: Persekutuan
Bahagian ini mewujudkan sistem kerajaan kita. Ketua Utama persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agongyang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan juga Yang Dipertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja.Bahagian IV juga mewujudkan Kabinet dan pejabat Perdana Menteri.Ia juga mewujudkan Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agongdan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Bahagian V: Negeri-Negeri
Setiap negeri mempunyai perlembagaannya sendiri dan badan perundangan yang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan mereka.
Bahagian VI: Hubungan di antara Persekutuan dan Negeri-Negeri
Bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara di mana Parlimen persekutuan boleh menggubal undang-undang, terdapat perkara di mana Dewan Undangan Negeri boleh menggubal undang-undang dan terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-duanya boleh menggubal undang-undang.
Bahagian VII: Peruntukan Kewangan
Bahagian VII menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.
Bahagian VIII: Pilihanraya
Bahagian VIII menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpin-pemimpin kita.
Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihanraya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai “Suruhanjaya Pilihanraya”. Suruhanjaya Pilihanraya ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agongdan sewajarnya menikmati keyakinan umum.
Bahagian IX: Badan Kehakiman
Bahagian IX mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia.Bahagian IX juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan akan dilantik.
Bahagian X: Perkhidmatan-perkhidmatan Awam
Bahagian ini mengenalpasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuklah:
• pasukan polis
• angkatan tentera
• perkhidmatan pelajaran
Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri.
Perlantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh “Suruhanjaya-suruhanjaya” dan anggota Suruhanjaya-suruhanjaya ini secara umumnya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Bahagian X juga mewujudkan pejabat Peguam Negara.
Bahagian XI: Kuasa Khas
Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan dan Jenayah yang Memudaratkan Orang Awam dan Kuasa Darurat
Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain di dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam.
Bahagian XIII: Am dan Pelbagai
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.
Yang di-Pertuan Agongbertanggungjawab untuk:
• memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak.
• memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain.
Bahagian ini juga menyatakan bagaimana pindaan boleh dilakukan ke atas Perlembagaan.
Bahagian XIIA: Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak
Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak, contohnya, perizaban tanah pribumi bagi masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak.
Bahagian XIII: Peruntukan Sementara dan Peralihan
Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum kemerdekaan masih berkuatkuasa sehingglah Parlimen menggubal undang-undang baru untuk menggantikan mereka.
Bahagian XIV: Kecualian bagi Kedaultan, dsb &
Bahagian XV: Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agongdan Raja-Raja.
Kedaulatan, kuasa, perogatif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara di dalam Bahagian XIV. Di bawah Bahagian XV, prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agongatau Raja-Raja harus dibawa di hadapan “Mahkamah Khas”.
Bagaimanakah Perlembagaan memberi kesan kepada kita?
Sepuluh contoh-contoh
1. Pada Pilihanraya Umum 2008, anda membuang undi untuk memilih ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri anda. Perkara 119(1) Perlembagaan menyatakan bahawa anda boleh mengundi sekiranya (a) anda seorang warganegara Malaysia (b) anda telah mencapai umur 21 tahun dan (c) anda telah mendaftar dengan daftar pemilih. Anda tidak boleh mengundi, contohnya, sekiranya anda sedang menjalani hukuman penjara atau ditahan sebagai seorang yang tidak waras.
2. Anda tinggal di Pulau Pinang dan bercadang untuk melawat saudara anda di Negeri Sembilan. Anda boleh memandu ke Negeri Sembilan dengan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (melalui Kedah, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan) tanpa memerlukan passport atau apa-apa bentuk dokumen pemberian kuasa. Anda boleh melakukan ini semua kerana Perkara 9(2) Perlembagaan menyatakan bahawa secara amnya, setiap warganegara boleh bergerak dengan bebas dan boleh tinggal di mana-mana tempat di Malaysia. Namun begitu, terdapat pengecualian tertentu berkenaan dengan Sabah dan Sarawak.
3. Anda dan suami anda adalah warganegara Malaysia tetapi anda telah melahirkan anak anda di Indonesia. Mengikut Perkara 14 Perlembagaan, anak anda adalah warganegara Malaysia kerana bapanya adalah warganegara Malaysia.
4. Anda tinggal di Kuching. Bagi anda, Kuching adalah bandar yang terunggul di Malaysia. Bagi anda, ia merupakan tempat yang paling baik untuk didiami, mempunyai warga yang paling ramah dan sungai yang paling bersih di Malaysia. Anda berpendapat bahawa Kuching seharusnya dijadikan ibu negara Malaysia. Malangnya, Perlembagaan menyatakan bahawa Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia “sehinggalah Parlimen menentukan sebaliknya”. Jika anda mahukan Kuching sebagai ibu negara Malaysia, anda terpaksa melobi Parlimen untuk membuat pindaan.
5. Anda menganut agama Buddha, jiran anda seorang Muslim, kawan baik anda adalah seorang Sikh dan rakan sekerja anda seorang Kristian. Di bawah Perkara 11 Perlembagaan, kita semua mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama kita sendiri.
6. Kerajaan merancang untuk membina sebuah lebuhraya baru di kawasan perumahan anda dan telah menyerahkan notis untuk mengambil tanah anda untuk tujuan tersebut. Perkara 13(1) Perlembagaan menyatakan bahawa tidak ada seorangpun yang boleh dilucutkan hartanya “kecuali mengikut undang-undang”. Oleh itu, kerajaan boleh mengambil tanah anda tetapi ia harus melakukannya mengikut proses undang-undang. Ini termasuklah memberi anda notis dan pampasan yang mencukupi.
7. Pahang baru sahaja memenangi Piala Malaysia. Untuk meraikan kemenangan itu, kerajaan negeri Pahang mengumumkan cuti bagi negeri Pahang. Anda tinggal di Perlis tetapi adalah seorang peminat pasukan bola Pahang. Anda juga ingin bercuti, tetapi anda tidak boleh memaksa kerajaan negeri Perlis untuk mengumumkan cuti kerana setiap kerajaan negeri mempunyai hak untuk mengumumkan cuti bagi negerinya sendiri.
[Tetapi anda boleh pindah ke Pahang! Sila lihat perenggan 2 di atas.]
8. Anda membayar cukai setiap tahun. Untuk menggunakan wang yang anda bayar, kerajaan persekutuan harus membentangkan bajet di Parlimen untuk menerangkan bagaimana ia akan menggunakan wang tersebut. Sebelum kerajaan persekutuan boleh menggunakan wang tersebut, Parlimen harus meluluskan bajet tersebut. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan cara kerajaan persekutuan akan membelanjakan wang, anda boleh menyuruh ahli Parlimen anda untuk mencadangkan pindaan kepada bajet di Parlimen.
9. Anda telah ditahan polis dan dibawa ke balai polis. Anda memaklumkan kepada polis bahawa anda mahukan khidmat seorang peguam untuk mewakili anda. Pihak polis harus membenarkan anda menghubungi peguam anda kerana Perkara 5(3) Perlembagaan menyatakan bahawa anda mempunyai hak untuk diwakili oleh seorang peguam.
10. Anda mempunyai hak untuk belajar, bertutur dan menggunakan bahasa lain walaupun Perkara 152(1) Perlembagaan menyatakan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.
Soalan-soalan Lazim mengenai Perlembagaan
1. Haruskah saya mematuhi Perlembagaan?
Ya, semua orang harus mematuhi Perlembagaan, termasuklah diri anda, ahli Parlimen anda, para hakim, pegawai-pegawai kerajaan, pasukan polis, syarikat-syarikat dan persatuan-persatuan.
Malahan, Perdana Menteri, Kabinet, ahli Parlimen, para hakim dan juga Yang di-Pertuan Agongmengambil ikrar bahawa mereka akan mematuhi Perlembagaan.
Anda sendiri berikrar untuk mematuhi Perlembagaan setiap kali anda melafazkan Rukun Negara.
2. Apa akan berlaku sekiranya seseorang itu tidak mematuhi Perlembagaan?
Perlembagaan secara amnya memberikan kuasa, meletakkan tanggungjawab dan menentukan peranan. Sekiranya seseorang atau sebuah institusi tidak bertindak mengikut kuasa atau peranan yang diberikan kepada mereka, maknanya tindakan mereka adalah bercanggah dengan Perlembagaan dan tidak sah.
3. Apa yang akan terjadi sekiranya terdapat perselisihan berkenaan dengan maksud peruntukan tertentu di dalam Perlembagaan? Siapa yang akan memutuskannya?
Mahkamah mempunyai kuasa untuk memutuskan segala perkara berkenaan dengan tafsiran Perlembagaan. Apabila Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan tentang maksud sesuatu peruntukan, keputusan itu berkuatkuasa ke atas semua sehinggalah ia diputuskan semula oleh Mahkamah Persekutuan.
Tafsiran Perlembagaan oleh Mahkamah Persekutuan mungkin bertukar mengikut peredaran masa dan mengambil kira perubahan keadaan.
4. Bolehkah Perlembagaan dipinda?
Ya, ia boleh dipinda, malahan Perlembagaan kita telah dipinda beberapa kali.
Perkara 159 Perlembagaan menyatakan bahawa secara amnya, Perlembagaan boleh dipinda sekiranya rang undang-undang (yakni cadangan untuk pindaan) diluluskan oleh tidak kurang daripada dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
5. Parliman tampak seperti mempunyai kuasa yang banyak untuk membuat pindaan ke atas Perlembagaan. Apakah caranya untuk kita memastikan bahawa kuasa tersebut tidak disalahgunakan?
Pertama, ahli-ahli Parlimen dipilih oleh rakyat Malaysia seperti kita. Sekiranya cadangan pindaan itu tidak disokong oleh rakyat, maka ahli-ahli Parlimen tidak mungkin menyokong pindaan tersebut. Jika tidak, mereka mungkin tidak dipilih semula ke Parlimen pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Sekiranya anda tidak berpuas hati dangan apa-apa cadangan pindaan, anda boleh menyuarakan pendapat anda kepada ahli Parlimen anda atau mana-mana ahli Parlimen.
Kedua, semua ahli Parlimen mengangkat sumpah bahawa mereka akan “memulihara, melindungi dan mempertahankan” Perlembagaan. Ada pihak berhujah bahawa sumpah ini bermakna ahli Parlimen tidak seharusnya membuat pindaan ke atas bahagian-bahagian penting dan perlu di dalam Perlembagaan.
6. Di mana saya boleh mendapatkan sesalinan Perlembagaan?
Anda boleh membeli sesalinan di keda-kedai buku utama. Sesalinan juga boleh didapati di laman sesawang kami: www.myconstitution.com
Apa Seterusnya?
Pelajari tentang Perlembagaan anda melalui Panduan Rakyat kami berkenaan dengan badan-badan Perlembagaan, hubungan Persekutuan-Negeri, Rakyat, Eksekutif, Parlimen, badan Kehakiman, Pilihanraya dan lain-lain!
PerlembagaanKu
Sumber :
Majlis Peguam
Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan
Monday, June 21, 2010
Tuan adalah antara tokoh yang hebat...

Y.Bhg. Tuan Haji Ab. Halim bin Haron (kanan) antara 4 Tokoh Guru Negeri Kelantan 2010
Semalam, Ahad, 20 Jun 2010 bertempat di SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan telah berlangsung satu majlis 'meraikan guru' dengan pelancaran sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan. Majlis yang bermula jam 11.00 pagi itu dengan dimulai dengan bacaan ayat suci Alquran Karim oleh Johan Qari Kebangsaan yang juga seorang pendidik di negeri ini, telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Mustapa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan pengisian antara lainnya ialah ucapan aluan oleh YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, Tuan Haji Hussain bin Awang, penyampaian sijil kepada pemenang pelbagai kategori pelajar-guru,nyayian lagu-lagu guru dan patriotik. Kemuncak acara ialah penganugerahan Tokoh Guru Negeri Kelantan Tahun 2010.
Antara intipati ucapan dari 2 tokoh ini ialah membina kekuatan modal insan untuk memaju dan memakmurkan negara. Kekuatan boleh memacu penghormatan, kita generasi Malaysia akan disegani oleh masyarakat antarabangsa sekiranya kita hebat dalam segala aspek. Kejayaan dalam penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menterjemahkan insan kamil yang akan diredai ALLAH hendaknya.
Kekuatan perlu kepada kerja buat yang berkualiti dengan penuh komitmen dan dedikasi.Berkualiti dalam mengenalpasti isu dan masalah, berkualiti dalam merancang,berkualiti dalam melaksana,berkualiti dalam mengenal kuat-lemah-peluang-tentangan, berkualiti dalam membuat penambahbaikan, maka natijahnya kita akan mendapat HASIL YANG BERKUALITI.
Kepada 4 Tokoh Guru, ucapan tahniah di atas penganugerahan ini kerana pemilihan Tuan kena pada tempatnya. Antara tokoh guru ini yang agak rapat dengan saya ialah Y. Bhg. Tuan Haji Ab. Halim bin Haron, mantan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan dan juga mantan Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan dari tahun 1999 hingga 2002. Jasa Tuan dan kesemua Ketua Sektor Pengurusan Akademik yang lain, yang begitu banyak memberi tunjuk ajar mengenai pengurusan dan pentadbiran akan saya tetap diingati dan amalkan.
Senarai Ketua Sektor Pengurusan Akademik yang mana saya mula berkhidmat di Jabatan ini sejak lapor diri pada 16 Januari 1998 adalah:
1. Tuan Haji Ab. Halim Hassan
2. Tuan Haji Ab. Halim Haron
3. Pn. Hjh. Nor Azidah bt Abd. Aziz
4. Tn. Hj. Nik Ariff
5. Tn. Hj. Mohd. Adnan bin Mohd. Noor (Kini)
Juga tidak pernah lupa kepada Tuan Haji Ab. Ghani bin Mat, peneraju Sains dan Teknikal di JPN Kelantan, yang merupakan guru di sekolah dan sifu di jabatan dalam mendidik saya menjadi orang sebegini. Semoga ALLAH sentiasa merahmati kehidupan Tuan semua.