.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Thursday, November 15, 2012

1434 H

Jaga Tangan
Jaga Kaki
Jaga Mulut
Jaga Mata
Jaga Hidung
Jaga Telinga
Jaga dari hujung rambut hingga hujung kaki
Semoga darjah ketaqwaan semakin meningkat
Menjadi Muslim Sejati

Wednesday, November 14, 2012

Akhir Tahun 1433H Awal Tahun 1434 H.. Semakin Bertaqwa

 
Dr. Maza


Doa Akhir Tahun
 Doa Awal Tahun

yang penting adalah kita memahami apa yang kita doakan..tak guna setiap tahun berdoa tetapi tak faham apa isi kandung doa sehinggakan kita sentiasa melakukan dosa nista yang sama saban tahun merosak diri, merosak keluarga, merosak masyarakat, merosak negara

"INSAFLAH WAHAI MANUSIA"

SEGALA DOA POHONKANLAH SETIAP MASA KERANA DOA ITU SENJATA PALING AMPUH BAGI ORANG MUSLIM SETELAH BERUSAHA TERBAIK DIIKUTI DENGAN SEPENUH TAWALKAL KEPADA ALLAH SWT

Tuesday, November 13, 2012

Evolusi Sang Beruk...

Semasa belajar dulu ada teori kejadian manusia ni.. kita semualah yang dipanggil manusia. Kata  Charles Robert Darwin kita ni berasal dari keluarga beruk. Tengoklah gambar evolusi di atas tu.. Lama kelamaan jadi manusia yang hebat penuh dengan kecanggihan teknologi.. zaman ICT.

Tetapi sejak dari kecil lagi hinggalah hampir setengah abad usia penulis ini, beruk yang berada di galah atau di dalam hutan atau zoo takpun berevolusi. Yang berada digalah pun, yang dipelihara untuk memetik kelapa, kadang kala masih pening , mana satukah kelapa tua dan kelapa muda.

Yang jelas , bahawa kita semua dari manusia pertama Adam dan Hawa yang dijadikan  ALLAH dari tanah...semulia makhluk kejadian di alam ini.

Dan amat bimbang ada dikalangan kita ni, yang berperangai seperti beruk ini.. perangai natang yang tak tahu dosa pahala halal haram.. semua di dunia ini aku yang punya.

Monday, November 12, 2012

Wow harganya cuma RM62.00 - Aakash 2 Tablet Termurah Di Dunia



28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


NEW DELHI 13 Nov. - India semalam melancarkan sebuah lagi komputer tablet terbaru dan mungkin yang paling murah di dunia apabila dijual pada harga AS$20 (RM62).
Tablet yang diberi nama Aakash 2 (gambar) itu mensasarkan golongan pelajar di negara ini sebagai pembeli utamanya.
Pembuat Aakash 2, Datawind menjelaskan tablet tersebut menggunakan perisian yang mampu berfungsi tiga kali ganda lebih cepat berserta skrin besar dan banteri yang mempunyai jangka hayat lebih lama. - AFP
Murahnya ..yang jenama lain kenapa mahal sedangkan materialnya hampir sama!!!

Sunday, November 11, 2012

Buat Zulfahmi : -RESPECT -PROUD TO BE MALAYSIAN' -PROUD TO BE MUSLIM

Pertamanya tahniah buat pelumba Moto 3 Malaysia Zulfahmi Khairuddin kerana berjaya menaiki podium di tempat ke 3 dalam perlumbaan di Grand Prix Velencia.
Lebih istimewa tahniah sekali lagi buat Zulfahmi kerana tidak meraikan kemenangan dengan Champange.Beliau dilihat meninggalkan pentas ketika acara penyampaian arak  itu dan datang semula ketika sesi bergambar.
Beliau melakukan perkara yang sama ketika meriah tempat ke 2 di Grand Prix Sepang pada Oktober lalu.Sebagai pelumba muslim beliau tahu batas halal dan haram dalam Islam walaupun beliau kini berada di pentas dunia dalam arena lumba motosikal.Satu contoh yang baik ditunjukkan Zulfahmi untuk kita semua. 
 

MURTAD : Kita Ilmiahkan

KUALA LUMPUR:Sepatutnya kedudukan Islam di kalangan orang Melayu, walaupun mempunyai takrif yang tersendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan namun ia tidak boleh memberi jaminan bahawa orang Melayu secara hakikatnya boleh kekal keislamannya.






“Kita boleh menegaskan bahawa orang Islam tidak boleh murtad mengikut hukum Islam tanpa dikenakan hukuman mengikut syariat Islam akan tetapi untuk selesa dengan hanya takrifan Perlembagaan mengenai definisi orang Melayu adalah berugama Islam adalah dangkal,” kata Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam satu kenyataan.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Majlis  Perundingan Pertubuhan Islam     Malaysia (Mapim) kesal dengan tabiat meraih ‘kesempatan politik’ (political mileage) dalam budaya politik di Malaysia. 
Dalam  hampir semua tutur kata, ahli politik mengambil kesempatan  untuk menyerang musuh politik walaupun maklumat yang sahih belum lagi diperolehi.


Cukup hanya melalui laporan akhbar, sudah memadai seluruh jentera media diguna untuk melancarkan kempen memburukkan imej seseorang yang menjadi musuh politik. Tidak cukup dengan itu agensi keselamatan juga diperalat untuk memberi tekanan kepada pihak yang dituduh.Pemimpin politik pula bergegas mahu memberi komen tanpa menunggu maklumat sepenuhnya dan tanpa bersedia mendapat penjelasan dari yang dituduh. Malang sekali pemimpin politik yang mahu mencuri peluang menghentam lawan juga menunjukkan tahap pemikiran rendah dan murah bila memberi komentar sangat dangkal dan sarat dengan prejudis politik yang memualkan.

Inilah yang kami perhatikan di kalangan kumpulan yang terlalu obses dengan  politik sehingga seluruh jentera,  tenaga dan fikiran tertumpu kepada kepentingan politik dan bukan kepentingan umat dalam ertikata yang sebenar.Politik di Malaysia nampaknya bukan lagi suatu aspek kehidupan yang bertujuan mengatur urustadbir dan membangun negara akan tetapi sudah menjadi suatu pertarungan, permainan dan percaturan yang sangat hodoh apabila aktor politik menyerang lawan dengan apa sahaja cara hatta menyebar maklumat palsu dan fitnah.

Media pencatur dan pencacar politik kian menonjolkan peranan menyebar fitnah tidak kira sama ada maklumat yang disebar itu betul atau di sebaliknya. Matlamatnya hanya satu. Rosakkan imej lawan atau paling tidak imej seorang musuh politik sekurangnya dapat dicalarkan. Itu sudah dianggap memadai untuk menjatuhnya. Walaupun ia termasuk menyebar fitnah.Kini sentimen yang cepat dimanipulasi ialah sentimen agama kerana ia dianggap paling sensitif kepada orang-orang Melayu Islam. Pada hal matlamat yang tersirat bukan mahu membela Islam akan tetapi hanya untuk meraih peluang menghentam musuh politik.

Semua sudah sangat maklum betapa kerosakan agama sudah menjadi parah bukan sekarang akan tetapi sudah sedemikian lama. Soal orang Islam rosak aqidah pernah berkali-kali diungkap dalam pelbagai ceramah dan kuliah oleh para ulama. Namun pihak berkuasa tidak mempedulikan perkembangan yang berlaku sehingga kini keadaan menjadi sangat parah.Sekarang apa yang sepatutnya menjadi tumpuan ialah bagaimana dengan ujudnya berbagai agensi agama yang punya kuasa yang diperundangkan, kedudukan Islam dan perlaksanaan hukumnya dapat dilaksanakan dengan berkesan. 

Sementara itu juga harus diberi perhatian  bagaimana program pendidikan dan dakwah perlu diperkukuhkan.Sebab itu bila pernyataan diungkap mengenai status Islam di kalangan orang Melayu, seharusnya yang perlu diberi tumpuan ialah bagaimana orang Melayu dapat mengatasi gejala terhakis keIslaman  mereka. Di samping itu juga ditumpukan apa yang perlu digerakkan untuk menyelamatkan pegangan Islam di kalangan orang Melayu.Semua pihak harus mengelak diri dari menjadikan ia sebagai polimik politik    dan saling menuduh, jauh sekali dijadi modal   politik  dengan meletakkan kepentingan politik kelompok lebih utama dari kepentingan Islam itu sendiri.

Sepatutnya kedudukan Islam di kalangan orang Melayu, walaupun mempunyai takrif yang tersendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan namun ia tidak boleh memberi jaminan bahawa orang Melayu secara hakikatnya boleh kekal keislamannya.Kita boleh menegaskan bahawa orang Islam tidak boleh murtad mengikut hukum Islam tanpa dikenakan hukuman mengikut syariat Islam akan tetapi untuk selesa dengan hanya takrifan Perlembagaan mengenai definisi orang Melayu adalah berugama Islam adalah dangkal.

Tidak dapat dinafikan betapa gejala orang Melayu sudah longgar pegangannya kepada Islam kini sangat mengkhuatirkan. Secara umum gejala murtad bukan suatu perkara yang dapat dinafikan sama ada diisytiharkan secara rasmi atau tidak.Oleh itu polemik mengenainya tidak seharusnya hanya tertumpu kepada persoalan undang-undang semata-mata tetapi juga kepada usaha yang berkesan untuk mendidik orang Melayu khasnya dan masyarakat Islam amnya mengenai bagaimana mengujudkan kehidupan Islamiyyah dalam semua aspek.

Kami dapati kini isu kebebasan beragama tersasar jauh dari apa yang sepatutnya dibincangkan. Sementara kita menegaskan bahawa orang Melayu tidak boleh bebas murtad dan boleh pilih agama lain, kini isunya terheret dalam arena pertarungan politik  bukan untuk menyelesaikan bagaimana hendak memulihkan orang Melayu yang telah mengisytiharkan diri keluar dari agama Islam.Kami sangat kesal isu ini berlarutan dibincangkantidak bertujuan untuk menangani isu melaksanakan apa yang sepatutnya untuk memulihkan pegangan Islam di kalangan orang Melayu tetapi menyerang lawan politik di luar batas kebenaran.Padahal yang jelas menghina hukum hudud pula dilepaskan hanya kerana beliau berada dalam kem politik yang sama. 

Lebih malang lagi   kami mendapati ada pula ahli agama menjadi jurucakap bagi pihak beliau untuk mengesahkan bahawa pernyataan beliau tidak salah akan tetapi disalahertikan Kami menuntut agar semua pihak menghentikan perdebatan yang merugikan Islam dan umat Islam sendiri. Pihak agensi agama Islam yang berwewenang hendaklah memperbetulkan persepsi orang bukan Islam terhadap Islam dan bekerja keras untuk mengangkat martabat Islam secara murni  bukan hanya dengan mewujudkan program yang bersifat kosmetik.

Titah Tuanku




KOTA BHARU: Sultan Muhammad V melahir rasa sukacita di atas kejayaan kerajaan negeri mengimbangi pembangunan fizikal dan rohani secara berterusan dalam membangunkan negeri ini.

Baginda bertitah, kerajaan negeri mewujudkan urus tadbir berteraskan konsep ‘Ubudiyyah, Masu’uliyyah dan Itqan.

“Pelbagai program dilaksanakan kerajaan termasuk program ‘Qiam With Me’ pada Ramadan lalu.

“Pada hemat beta program itu mendapat sambutan seluruh rakyat jelata dan merupakan program julung kali diadakan di negeri ini,” titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Program tersebut diadakan sempena perayaan ulangtahun Hari Keputeraan baginda ke-43.

Sultan Kelantan juga bertitah, usaha dalam bidang pertanian bukan semata-mata mengaut keuntungan, tetapi sebahagian ibadat bagi mendapat keredhaan Allah swt.

Oleh itu baginda berharap sumber asli seperti tanah, sungai dan laut serta kawasan tadahan hujan terus terpelihara bagi mempastikan bumi Kelantan terus subur.

Mengenai pembangunan Tok Bali titah baginda, kawasan seluas 2,600 ekar dilulus untuk pembangunan kawasan industri dan bandar baru yang membabitkan pelaburan hampir RM600 juta.

“Beta berharap pihak terbabit menaik taraf infrastruktur asas terutama jalan raya sedia ada Kota Bharu-Pasir Puteh-Tok Bali untuk menjadikan Tok Bali pelabuhan komersial.

“Beta merasa sukacita dengan perkembangan projek “Central Spine Road” sedang giat dilaksanakan di sempadan Pahang–Kelantan dan akan dibina persimpangan bertingkat di Bandar Baru Gua Musang,” titah baginda.

Baginda berharap agar projek itu dipanjangkan sehingga ke Kota Bharu bagi melengkapkan rangkaian jalan raya bertaraf lebuh raya sebagaimana terdapat di negeri-negeri lain.

“Ini bagi merangsangkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri ini. Kelantan tidak harus dibiarkan ketinggalan kerana ia sebahagian daripada Malaysia,” titah baginda.

Mengenai Tahun Melawat Kelantan 2012 baginda bertitah, sehingga Ogos lalu difahamkan seramai 3.4 juta pelancong berkunjung ke Kelantan.

Menurut baginda, perkhidmatan penerbangan empat kali seminggu Kota Bharu– Singapura bermula Ogos lalu dapat memacu perkembangan sektor pelancongan di Kelantan.

Sultan Kelantan mengulangi lagi supaya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dinaik taraf dan dijadikan hab penerbangan serantau ke Malaysia Timur dan negara Asean serta negara Arab.

Keputeraan Sultan Muhammad V

Hari ini hadir memenuhi jemputan di istana bagi meraikan bersama penerima  darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan pelantikan Jaksa Pendamai sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan,  .
Tahniah kepada penerima termasuk beberapa sahabat dari JPN Kelantan. Juga kepada Dato KSU KPM, rakan sesekolah dulu.
 Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V kali ke-43 tahun ini dengan cogan kata “Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat” manakala temanya 
Islam Dimartabat, Raja Didaulat, Negeri Berkat”.
KOTA BAHARU, 11 Nov — Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengetuai senarai 636 penerima darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan pelantikan Jaksa Pendamai sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke-43.
Pada istiadat penganugerahan di Istana Balai Besar di sini, Ali adalah penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk. Pada majlis sama, Setiausaha Sulit Kepada Sultan Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan @ Nik Yahya dianugerahkan Datuk Perwira Raja. Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK) yang membawa gelaran Datuk kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. 
Seramai 12 penerima dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) membawa gelaran Datuk. Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa Dan Bioteknologi Negeri Che Abdullah Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains Dan Teknologi Negeri Dr Mohamed Fadzli Hassan,  Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal Dr Nik Mazian Nik Mohamad.  Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar.  dan   Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Rosli Mohamed  
Seramai 11 individu dianugerah Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK), Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK/5 orang), Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK/44 orang), Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK/52), Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (ASK/83). 
Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK/49 orang), Bintang Seri Kelantan (SK/55 orang), Bintang Ahli Kelantan (AK/69 orang), Pingat Bakti (PB/57  orang), Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS/63 orang), Pingat Taat (PT/60 orang), Pingat Perangai Baik (PPB/41 orang), Surat Kepujian (3 orang) dan Jaksa Pendamai (JP/5 orang). — Bernama

Saturday, November 10, 2012

ASK 2012..Hebatnya Artis Malaysiawood

Semalam berlansungnya ASK 2012   atau Anugerah Skrin 2012 'live' kepada peminatnya di seluruh negara. Sempat juga tengok tetapi dek kepenatan terlampau, lantas tertidur di depan TV... TV pula tengok kita. Tetapi hebatnya  artis kita boleh mengalahkan artis Hollywood maupun  Bollywood. Itulah artis  Malaysiawood. 





Lawak Rosyam Nor membawakan watak Captain Hook yang berganding bahu dengan Erra Fazira sungguh terkesan  
"Nasib baik kita kat TV3 boleh cuit-cuit, kalau dekat TV Al-Hijrah Cuit un tak boleh"
Antara cuit-cuit...


Tahu tak dia punya Likes di Fb ialah 13469 cuma satu malam sahaja.

Setakat Petang Ini Likes Fb GM1M hanya 2781


Setakat petang ini, Likes dalam Facebook Guru Muda 1 Malaysia hanyalah 2781 orang sahaja. Tertanya penulis, kenapa himpunan gm1m telah berlangsung dalam siri ke duanya setelah selesainya Zon Selatan di Johor sebelum ini tidak memaksimum like ini.   

Penyertaan untuk Zon Selatan melibatka seramai 4000 guru muda dan begitu juga penyertaan bagi Zon Timur yang berlangsung pada hari Khamis. 8/11/2012  di SMK Padang Eanggang, Kota Bharu juga seramai 4000 guru muda. Bererti tak sampai 30 % yang Likes FB gm1m ini .. Tak sepatutnya guru muda ini jauh dari perkembangan dunia ICT ini.

Sekiranya begitu senarionya, maka tak salahlah penulis mengatakan bahawa setiap bahan yang di portal kan itu tidak dilihat pun oleh guru ini, lebih-lebih lagilah  guru yang bukan muda. Penulis. Alhamdullilah ada juga Fb sendiri tetapi terasa juga nak Likes tetapi lebih terasa lagi kerana penulis dan sahabat sewaktu dengannya dalam dalam kategori gt1m @ Guru Tua 1 Malaysia.


Friday, November 9, 2012

Hari ini bermulanya cuti panjang persekolahan 2012


Selamat bercuti..buat anak didik dan guru pendidik..gunakan masa sebaiknya untuk mencari pahala menghindar dosa.

jeans trends-kini di kaki

Hilang penat

Malam ini badan dah rasa agak ok  dari kepenatan kerana dah banyak perkara dapat diselesaikan . Antara perkara  utama tersebut ialah:

- Persiapan berdasarkan tugasan untuk menjayakan Himpunan Guru Muda 1 Malaysia 
- Persediaan Booth Inovasi JPN Kelantan di mana saat akhirnya dapat bersama pada malam 7/11/2012

Tak dapat bersama dengan YAB Timb. Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, memeriahkan sambutan ini pada 8/11/2012 kerana wajib berada di Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM di Putrajaya dalam membicarakan HOTsSM ( Higer Order Thinking Skill Science Mathematics). Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Ong pada sebelah pagi manakala di sebelah petang oleh  YBrs. Dr. Azizn Ts Abdullah, Timbalan Pengarah BPK. Pada rehat tengah hari, jumpa sahabat yang banyak terlibat dalam PPSMI, yang kini dah menjawat Timb. Pengarah BPK iaitu Tn. HJ. Samsuri Sujak ( sama di SMS Kelantan dulu)

Begitu juga pada hari ini sekali lagi di awal pagi, juga ke Putrajaya di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian untuk bersama YBrs. Tuan Haji Sufaat Tumin,  Timb. KPPM membicarakan pelaporan MMI yang akan menjadi tagline KPPM dalam memperkasakan PdP.. Balik petang tanpa menambah penat terus merehatkan badan yang dah beberapa hari lari dari jadual rutin ridur berkesan.

Berkatalah rakan yang terlibat dalam kedua mesyuarat berkenaan, 'Hebat.. lepas meeting balik tidur di kampung tetapi datang balik ke sini hari ini !!! (ps: kedua-dua permit perjalanan dah dikeluarkan..akur walaupun agak penat)... menjaga amanah.

Yang baik ambil...




Belajar dari pilihan raya presiden Amerika


 
Pilihanraya Presiden Amerika 2012 menyaksikan pertembungan sengit antara penyandangnya Barrack Obama dari Parti Demokrat dengan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney.

Dunia memberikan tumpuan khusus bagaimana perjalanan pemilihan Amerika Syarikat dan menonton penuh minat proses berkempen dan pemilihan presiden Amerika Syarikat yang berlangsung secara penuh demokratik.

Keputusan terkini menunjukkan Barrack Obama mengekalkan kedudukannya sebagai presiden Amerika Syarikat buat penggal kedua berturut-turut.

Umum mengetahui bahawa Amerika Syarikat memang terkenal sebagai negara yang mengamalkan dasar luar yang keras terhadap negara-negara lain. Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam menjatuh dan menaikkan pemimpin negara-negara tertentu. Mereka jugalah yang menentukan dasar negara-negara sasarannya supaya negara-negara tersebut ikut telunjuknya.

Namun sikap angkuh Amerika Syarikat di negara luar tidak pula diterjemahkan dalam negaranya. Rakyat di negara tersebut masih  menikmati kebebasan berpolitik dan demokrasi yang sebenarnya.

Buktinya, dalam pilihan raya presiden semalam rakyat AS berpeluang menggunakan  kuasa mereka menentukan pemimpin nombor satu negara tersebut dengan penuh demokratik.

Sebagai seteru politik, meskipun Obama adalah presiden Amerika, dalam menghadapi pemilihan presiden, kedua-dua pihak diberikan peluang dan ruang yang sama. Obama tidak menggunakan jawatannya untuk berkempen dengan menafikan hak kepada lawan politiknya.

Pentas di mana beliau berucap disitu juga Mitt Romney berpeluang berucap. Mitt Romney bebas mengkritik dasarnya, berdialog malah berdebat dalam ruang terbuka. Seluruh rakyat menjadi penonton melihat kehebatan kedua-dua tokoh mengemukakan hujah balas.

Media pula tanpa berpihak memberikan liputan sama adil kepada semua penyokong. Tidak kelihatan media menjalankan propaganda memburukkan mana-mana pihak. Untungnya Mitt Romney kerana sedikitpun beliau tidak difitnah oleh media dengan pelbagai propaganda yang direka-reka.

Malah, tidak kedengaran juga suruhanjaya pilihanraya AS dicemuh atau dicurigai rakyatnya kerana menimbulkan penipuan dalam senarai daftar pemilih, atau menjalankan sistem pilihanraya yang pincang.

Wednesday, November 7, 2012

Medan Minyak Kelantan


NONEMinggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan  kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Anak Mahathir - Datuk Mokhzani - adalah naib pengerusi SapuraKencana.

azlanSapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa saham pada 1 November - satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and 

Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.Dua kontrak berkenaan  berjumlah RM836 juta. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah merupakan penasihat Petronas,syarikat minyak negara ini.

Dipilih buat kali kedua

Obama dipilih semula presiden US setelah beberapa siri perdebatan isu panas negara dilangsungkan.
12:45PM Nov 7 2012  
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah dipilih semula, demikian mengikut unjuran rangkaian televisyen utama US.
NONEKemenangan itu dianggap bersejarah kerana ini adalah kali kedua dalam beberapa dekad ini calon Demokrat menang penggal kedua di White House.

Semua rangkaian televisyen utama US mengunjurkan Obama akan menang sekurang-kurangnya 274 undi - cukup untuk mengalahkan pencabarnya Mitt Romney dari parti Republican.

Manakala persaingan sengit berlaku di tiga lokasi penting - Ohio, Florida dan Virginia - Obama telah meraih kemenangan di Wisconsin, Michigan, Pennsylvania dan New Hampshire, dan sekaligus mengecut peluang Republikan.

Tuesday, November 6, 2012

Besarnya Ikan Patin

Ikan patin ni amat popular gulai masak asam pedasnya.. Di Temerloh..harga makan semeja dengan menu ini boleh mencecah beratus RM. Tetapi yang biasa penulis beli..... yang fresh sangkar sungai 1 kg sekitar 7@8 RM sahaja.  Beli seekor dua dah cukup. Tetapi tak terlarat nak beli yang ni... ada bapak patin yang jisimnya 51 kg. Sedap ke rasanya ?

Nelayan Kutai Barat Menangkap Ikan Patin Raksasa Dengan Berat 51 Kg

Nelayan Kutai Barat berjaya menangkap ikan patin raksasa yang  beratnya 51 kg. di Teluk Noan, Muara Pahu Kutai Barat.
Ikan tersebut sedang timbul di permukaan kerana  pening  dipercayai akibat  ada orang yang tidak dikenali menuba sungai tersebut.
“Banyak  ikan yang mabuk akibat  terkena tuba  lalu tenggelam timbul dipermukaan sungai," kata Innal Rahman, seorang pemancing dari Kukar yang  sering memancing di sungai itu.
Ikan tersebut  masih mepunyai  tenaga untuk melawan dan mengambil masa sekitar 30 minit  untuk berjaya membawanya ke pinggir sungai.
Ikan yang ditangkap itu , memecahkan rekor hasil tangkapan ikan patin di indonesia. Sebelumnya ada nelayan dari palembang yang berhasil menangkap ikan patin di sungai musi seberat 43 kg dan panjang 1.3 meter pada 16 desember 2010 silam.

Monday, November 5, 2012

Banyaknya cukai judi...

Hasil cukai judi RM9.3 bilion

KUALA LUMPUR 6 November:   
 
Kerajaan mendapat hasil dalam bentuk cukai sebanyak RM9,317,068,054.74 daripada syarikat-syarikat perjudian berlesen.Perkara itu dimaklumkan oleh YAB Menteri Kewangan dalam pertanyaan lisan di Parlimen.

Anggaran hasil itu dicatatkan untuk tempoh empat tahun bermula 2008 sebanyak RM2,202,054,597.67, 2009 (RM2,292,892,729.5), 2010 (RM2,335,160,184.27) dan 2011 (RM2,486,975,543.29).

Daripada hasil tersebut, sebanyak 1,818 lesen perjudian dikeluarkan oleh kerajaan kepada sembilan syarikat termasuklah, Genting Malaysia Berhad, Sport Toto Sdn Bhd, Magnum Corporation Sdn Bhd, Sarawak Turf and Equestrian Club dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd.

Katagori perjudian yang dibenarkan adalah kasino, pertaruhan nombor ramalan, pertaruhan lumba kuda, loteri awam dan permainan mesin slot.
Amboi..banyaknya.

"Superstorm" Sandy

Minggu lepas "Superstorm" Sandy menghentam dan menghancurkan Pantai Timur Amerika

 
                           
Korban akibat badai Sandy sampai saat ini tercatat sudah menewaskan 103 orang di Amerika Syarikat, termasuk 41 korban di New York City dan setengahnya dari Staten Island.
                            
Kematian juga dilaporkan telah direkodkan di bahagian New Jersey, Pennsylvania, North Carolina, West Virginia, dan Maryland.
 
Apabila kita berfikir mendalam maka  "Superstorm" Sandy tidak akan terjadi dengan sendirinya kecuali ada arahan dari Penciptanya.

SPM 2012 dah bermula hari ini...

Terima kasih sahabat yang banyak membantu anak didik dalam peperiksaan SPM kali ini..Semoga ALLAH SWT sentiasa memberkati segala usaha kita.

472,541 pelajar mula menduduki SPM hari ini

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Cuaca cerah di kebanyakan tempat pada sebelah pagi memudahkan perjalanan 472,541 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) untuk ke dewan peperiksaan di seluruh negara bagi menghadapi hari pertama peperiksaan itu.

Calon-calon mula menduduki peperiksaan SPM itu di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini hingga 6 Disember. 

© Utusan Melayu (M) Bhd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh