.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Sunday, August 12, 2012

Mesyuarat Jana Gemillang Kumpulan 2

Pada pagi ini, jam 8.30 pagi bermulalah  mesyuarat Jana Gemilang Kumpulan 2 yang melibatkan 50 orang Pengetua dan PKP masing-masing , membicarakan topik yang sama sebagaimana Kumpulan 1 ( sebanyak 30 buah sekolah) yang telah berlangsung pada 2 Ogos 2012 yang lepas. Bertempat di Bilik Bestasi 2, BTPN dimulai dengan Ucapan YBrs. KSPA dan diikuti oleh YABr. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan. 

Antara intipati ucapan Tuan Pengarah ialah memastikan halatuju kecemerlangan akademik berlandaskan komitmen untuk maju kehadapan.. membantu pelajar yang menjadi calon PMR , SPM dan STPM bagi tahun 2012 ini. Kejayaan , Insyaalah lebih baik dari capaian tahun 2011 yang lalu.

Majlis seterusnya diisi dengan taklimat program-program 'on-line' pelbagai kehendak KPM kepada pihak pengurusan sekolah seperti SAPS yang disampaikan oleh En. Mohd Razali Abdul Talib, PP Sains.. Kemudian disusuli dengan pembentangan capaian SPM tahun semasa berdasarkan AR1 dan AR2 terkini oleh KPP Matematik. Sebagimanan ucapan Tuan KSPA, mengenalpasti kelemahan dan mengatasinya dengan tindakan yang bertepatan.. intevensi yang bermakna lagi berimpak tinggi.

Sekitar jam 12.00 tengah hari, saya diberi ruang untuk membentangkan capaian AR1 danm AR2 bagi STPM Terminal 2012 dengan perbandingan ETR 2012. Gerak kerja dengan penuh aksi dari orang no. 1 dan no. 2 ini amat penting supaya aksi hebat kecemerlangan akademik dirasai seterusnya oleh guru P D P yang akan secara totalnya membantu pelajar mereka dengan program intervensi sedemikian. Satu latihan minda turut diberikan pada semua hadirin untuk memahami apa itu yang dimaksudkan dengan program intervensi yang betul lagi berkesan.

Akhir bicara bersama jemputan , dinukilkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Pengacara Majlis, Pn. Zalina Zakaria menutup majlis jam 1.00 tengah hari. 

Terima kasih semua.

( Ria hati apabila dapat bertemu dan berinteraksi dengan sahabat Pengetua dan PK P yang hadir... Kerja dalam Pasukan )



Saturday, August 11, 2012

Tidur Berlampu Bahaya


Saturday, August 11, 2012

Matikan lampu ketika tidur, tinjauan Sains dan pesanan Rasulullah SAW

Semakin malam semakin gelap tubuh kita akan merasa lelah dan mengantuk. Ini jelas wajar, sintesis dan sekresi hormon melatonin oleh kelenjar pineal meningkat seiring dengan semakinnya malam.

Hormon inilah yang menyebabkan kita menjadi mengantuk di malam hari. Fungsi dari rasa kantuk adalah sebagai isyarat positif tubuh agar segera mengistirahatkannya. Hormon yang mempengaruhi irama sirkadian ini kemudian akan menyesuaikan sehingga terjadi penyegerakan antara kitaran tidur dengan kitaran pergantian siang dan malam di alam sekitar.


Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:

"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim)

Seorang biolog, Joan Roberts mencari rahsia setelah melakukan percubaan pada haiwan. Ketika haiwan tersebut diberi cahaya buatan pada malam hari, melantonin nya (salah satu hormon dalam sistem kekebalan yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat) menurun dan sistem kekebalan tubuhnya lemah.

Rupanya, cahaya Lampu - seperti juga TV - menyebabkan hormon menjadi sangat lelah. Keadaan malam yang gelap diam-diam bekerjasama dengan tubuh. Hanya dalam keadaan yang benar-benar gelap tubuh menghasilkan melantonin. Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari - sekecil apapun sinarnya menyebabkan Pengeluaran hormon melantonin terhenti.

Tidur yang berkualiti dalam erti bahawa dalam selang masa selama kita tidur, otak kita benar-benar dalam keadaan berehat. Sinar cahaya saat kita tidur menjadikan kualiti tidur kita kurang baik, ini kerana sinar tersebut masih berperanan sebagai perangsang stimulator kerja otak.

Secara ilmiah, cahaya yang ada dalam bilik tidur akan menembus sampai bahagian mata kita walaupun dalam keadaan terlelap, sinar tersebut akan memasuki bilik stimulator yang nantinya direspon oleh otak. Dengan kata lain walaupun mata kita terpejam, tetapi jika ada cahaya yang bersinar maka otak kita akan bekerja untuk bertindak balas atau mengartikan cahaya yang masuk tersebut.

Tidur yang berkualiti di malam hari merupakan usaha pengoptimuman dalam detoksifikasi untuk meneutralkan toksin yang mengontaminasi tubuh. Detoksifikasi tubuh, terjadi terutama pada hati, tercapai optimum saat tidur. Mekanisme tersebut berkaitan erat dengan diproduksinya antioksidan sebagai penetral toksin. Pada tidur yang berkualiti, detoksifikasi hati dapat berjalan optimum, khususnya dalam pembentukan asid amino glutathione sebagai antioksidan yang meneutralkan stres oksidatif dan radikal bebas.


Mencegah Kanser Payudara
Tidur malam dalam bilik yang gelap benar-benar bermanfaat buat tubuh. Ahli biologi Joan Robert mengatakan tubuh baru boleh menghasilkan hormon melatonin ketika tidak ada cahaya. Hormon ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat.

Malangnya, hormon melatonin ini tidak akan muncul jika orang tidur malam hari dengan lampu menyala. Adanya cahaya atau sinar membuat pengeluaran hormon melatonin akan berhenti.

Dengan mematikan lampu ketika tidur malam hari, bukan hanya menjimatkan tenaga tetapi juga meningkatkan kesihatan tubuh. Maka itu tidur malam sambil nonton TV juga sangat tidak disyorkan.

Pengamal kesihatan yang lain, Lynne Eldridge MD yang juga penulis buku 'Avoiding Cancer One Day At A Time' juga menuliskan perempuan buta 80 peratus lebih kecil terkena risiko kanser payudara berbanding rata-rata perempuan lain. Diduga faktor hormon melatonin yang banyak ditubuhnya kerana penglihatan yang gelap membuatnya punya daya tahan tubuh yang lebih tinggi.

Pentingnya tidur malam hari dengan mematikan lampu baru-baru ini juga diteliti oleh para saintis dari Inggeris dan Israel. Penyelidik mendapati ketika cahaya dihidupkan pada malam hari, boleh menyebabkan ekspresi berlebihan dari sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel kanser.

Para saintis mendakwa jika seseorang terbangun di malam hari dan menyalakan lampu selama beberapa saat, maka boleh menyebabkan perubahan biologi yang mungkin mengarah ke kanser.

Jika pada penelitian sebelumnya tidur malam dengan lampu terang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara dan kanser prostat. Maka pada penelitian terbaru ini menunjukkan paparan jangka pendek juga boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser.

"Orang-orang yang bangun di malam hari disyorkan untuk tidak menyalakan lampu. Kami percaya bahawa setiap kali menyalakan cahaya buatan pada malam hari akan mempunyai kesan pada biologi tubuh, kerana ini adalah mekanisme yang sensitif," ujar Dr Rachel Ben-Sclomo dari University of Haifa.

Dr Rachel menambah bahawa ini adalah penemuan terbaru dan masih sebatas penelitian pendahuluan. Namun kini ia dan pasukan tengah menganalisa wilayah ini secara lebih terperinci. Keputusan ini juga telah dilaporkan dalam jurnal Cancer Genetics and Cytogenetics.

Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala berisiko mengidap leukemia.
Para saintis mendapati bahawa tubuh perlu suasana gelap dalam menghasilkan bahan kimia pelawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu toilet, begadang, mengembara melintas zon masa, lampu-lampu jalan boleh menghentikan pengeluaran zat melatonin.

Tubuh memerlukan zat kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan zat melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang mengetuai kajian tersebut mengatakan "Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit. Otak anda akan mengesan bahawa lampu menyala seharian dan pengeluaran zat melatonin menurun ".

Jumlah anak-anak pengidap leukimia naik menjadi dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda di bawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan kira-kira 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa orang menderita kanser akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur dimalam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan pengeluaran melatonin di mana biasanya terjadi antara pukul 21.00 9 s / d pukul 20.00. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift yang mempunyai risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah kepada melatonin mempunyai risiko yang lebih rendah menghidap kanser. Maka orang-orang tua disyorkan utk menggunakan bola lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.
sumber dari jurnalhajiumroh.com

Tong Gas Masak Anda Ada Tarikh Luput Juga

 
Beringat itu baik..

Friday, August 10, 2012

Qiam With Me



Semalam 9 Ogos 2012 bersamaan 21 Ramadhan 1433H (Malam Jumaat) , DYMM Sultan Kelantan,Sultan Muhammad V membuka pintu Istana untuk bersama-sama pemimpin dan rakyat menunaikan solat tarawih, mendengar tazkirah dan qiamulllail. Dewan Jubli Intan di istana itu penuh sesak sehinggakan ada yang terpaksa sembahyang di luar dewan. Kehadiran sungguh merujakan sekaligus menunjukkan bahawa menggunungkan kasihnya rakyat kepada Tuanku Sultan.

Program julung-julung kali diadakan itu menerima sambutan luar biasa rakyat yang mahu bersama sultan kesayangan mereka Sultan Muhammad V.

Program Qiam With Me bermula dengan Solat Isyak kemudian diteruskan dengan solat Terawih bersama Sultan Muhammad V.

Turut hadir pada program itu, saf kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus sebelum masing-masing diberikan masa untuk berehat.

Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah.

Peristiwa ini begitu mengharukan bukan sahaja kepada kami rakyat Kelantan tetapi umat Islam di negara ini juga. Semua rakyat Kelantan tentu sekali berbangga dan bertuah kerana mempunyai Raja yang alim. 
 
Berikut Adalah Antara Petikan Foto Dari Pelbagai Sumber
 
Ketibaan YAB MB di Istana
Orang kenamaan kelihatan Dato Nasaruddin Daud dan Dato  Mustapa Mohamed.
Tok Guru Nik Aziz bersalam dengan penyambut tetatamu.
 Ustaz Azhar Idrus sedang memberi kuliyyah
Dato Mustapa Mohamad berbual-bual sementara menanti majlis bermula.
Abdullah Yaacob Adun Air Lanas antara wakil rakyat yang hadir.
Pemandangan dalam dewan Jubli Perak istana Kubang Kerian.
Hadirin mendengar kuliyyah Ustaz Azhar Idrus.
Tuanku bersalaman dengan rakyat selepas solat.
Di dalam penuh terpaksa solat di luar dewan.


Thursday, August 9, 2012

Meeting Bil.1/2012 Sains Matemaik Bersama BPK

Bermula 7 Ogos 2012, setelah tiba dengan penerbangan Air Asia menaiki teksi dari LCCT di Mines Wellness Hotel, Seri Kembangan, jam 3.00 dengan mesyuarat bersama BPK, KPM. Mesyuarat kali pertama tahun ini melibatkan 4 pegawai JPN setiap negeri iaitu KPP Sains, KPP Maematik, Penyelian Pelajaran Sains dan Penyelia Pelajaran Matematik.  Kronologi mesyuarat dan pengisiannya adalah seperti berikut
7 Ogos 2012 (Selasa)
3.00 petang - Taklimat Urusetia
3.30  petang - Perbengkelan dalam kumpulan
4.30 petang - Masuk Bilik206 Berehat tunggu Buka Puasa
7.30 malam - Berbuka dengan Kambing dan lembu Panggang dan BBQ
(Dibuka dari 7.30 malam - 10.00 malam: banyak menu yang tak larat nak dikunyahkan )

8 Ogos 2012 (Rabu)

8.00 pagi - Perasmian & Pengesahan Minit Mesyuarat 2011 (Federal Hotel) oleh Datin Dr. Og Soon Boon KS Sains Matematik dan Teknologi BPK
10.30 pagi - Pembentangan Dasar 60:40 dan Penggunaan Makmal dan Bilik SSains dari Urusetia Interim 60:40 EPRD (En. Taufek)
2.30 petang - Dapatan Rintis KSSR dan KSSM Sains
3.00 petang - Dapatan Rintis KSSR dan KSSM Matematik

Ketibaan Tuan Timbalan Pengarah BPK iaitu Pn. Dr. Azian TS Abdullah yang lama dikenali sewaktu beliau menjadi pegawai Bahagian Sekolah dan sering memantau sekolah di negeri Kelantan. Hotel Mawar kegemaran beliau di mana semasa itu ada pasar malam di padang parking, kini tersergam dengan Parkson Grand. Beliau menyentuh mengenai memperkasakan guru dan GTP2 yang bermula tahun 2013-2015.

4.30 petang - Penaakulan & Kemahiran Proses Matematik dan LDP Guru
7.30 malam - Berbuka lagi dengan Kambing dan lembu Panggang dan BBQ
(Dibuka dari 7.30 malam - 10.00 malam: banyak menu yang tak larat nak dikunyahkan )

9 Ogos 2012 (Rabu)
8.00 pagi - Sesi Perbincangan
Sains Tambahan - Status dan Halatuju
Projek Kerja Matematik
Protim
Linus
Kemahiran Proses Sains

Pada sesi hari in, setiap topik yang disamping diteerangkan oleh Pegawai BPK , juga dibentangkan oleh peserta mengenai isu dan cadangan penambahbaikan. Saya sendiri telah diamanahkan untuk membentangkan KPS di mana Power Point disediakan oleh En. Lau dari JPN Sarawak.

12.00 tamat dan check-out dengan mengambil teksi En. Zul ke LCCT. Berlepas jam 5.30 petang dan 7.25 berada di rumah berkebetulan masa berbuka. ( Surau kat rumah ada majlis berbuka puasa tetapi tak sempat hadir..juga tak dapat hadir Qiam With Me di Istana Negeri... penat.







Monday, August 6, 2012

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran




Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al- Alaq. maksudnya:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (al- alaq:1-5)
Bersama menghayati pengajarannya...aman dunia aman akhirat

Sunday, August 5, 2012

Nuzul Al-Quran

 
 

Pendahuluan:

Nuzul Al-Qur’an merupakan satu peristiwa penting berhubung sejarah Al-Qur’an itu sendiri. Justeru, ia mendapat tempat khusus dalam karya-karya Ulum Al-Qur’an (Ilmu-ilmu berkaitan Al-Qur’an ). Tumpuan diberikan untuk menjelaskan hakikat nuzul dan tahap-tahap penurunan Al-Quran.

Al-Syaikh Muhammad Abd Al-‘Azim al-Zarqani ada menyatakan bahawa Nuzul al-Qur’an adalah asas keimanan terhadap al-Qur’an itu sendiri dan juga keimanan terhadap Nabi SAW.[1]
Nuzul al-Qur’an bermaksud penurunan al-Qur’an. Ia terbahagi kepada dua tahap utama:

Pertama: Nuzul al-Qur’an dari Lauh Mahfuz ke langit dunia di Bait al-Izzah secara sekaligus.

Kedua: Nuzul al-Qur’an dari Bait al-Izzah di langit dunia kepada Nabi SAW secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Berhubung isu Nuzul Al-Qur’an yang dibincangkan ini, apakah maksud penurunan ( Nuzul )? adakah ia bermaksud Nuzul Al-Qur’an pada tahap pertama atau pada tahap kedua?

Jika kita mengumpulkan pendapat para ulama’ Islam dalam isu ini kita akan memperolehi pelbagai pendapat dan huraian.


Pendapat Pertama:

Pendapat yang agak masyhur memilih tanggal 17 Ramadhan sebagai tarikh Nuzul Al-Qur’an. Pendapat ini dipegangi sebahagian ulama’ sirah. Antara ulama’ sirah yang kuat berpegang kepada pendapat ini ialah Syaikh al-Khudhari dalam karyanya; Muhadharat Tarikh al-Umam al-Islamiyyah.[2]Pendapat ini merujuk kepada suatu riwayat daripada al-Waqidi menerusi Abu Ja’far al-Baqir yang mengatakan bahawa (penurunan ) wahyu kepada Rasulullah s.a.w bermula pada hari Isnin, 17 Ramadhan ( dan dikatakan pada 24 Ramadhan). Riwayat ini dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah:

روى الواقدي بسنده عن أبي جعفر الباقر أنه قال: كان ابتداء الوحي إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الاثنين لسبع عشرة ليلة خلت من رمضان وقيل في الرابع والعشرين منه[3]

Maksudnya: Al-Waqidi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Ja’far al-Baqir bahawa dia berkata: Permulaan wahyu kepada Rasulullah SAW adalah pada hari Isnin 17 Ramadhan, dan dikatakan juga pada 24 Ramadhan.

Ada suatu hal yang agak menarik dalam kita membincangkan pendapat yang menyatakan 17 Ramadhan sebagai tanggal Nuzul Al-Qur’an. Setelah saya meneliti kitab Sirah Ibn Hisyam berhubung tajuk “ Ibtida’ Tanzil Al-Qur’an” ( Bermulanya Penurunan Al-Qur’an ), terdapat semacam satu kekeliruan apabila Ibn Hisyam ada membuat catatan berikut:

قال ابن إسحاق: فابتدئ رسول الله صلى الله عليه وسلم بالتنزيل في شهر رمضان، يقول الله عز وجل: ( شهر رمضان الذي أنزل فيه القرءان هدى للناس وبينت من الهدى والفرقان )

وقال الله تعالى ( إنا أنزلنه في ليلة القدر… )…وقال تعالى ( إن كنتم آمنتم بالله وما أنزلنا على عبدنا يوم الفرقان يوم التقى الجمعان ). وذلك ملتقى رسول الله صلى الله عليه وسلم والمشركون ببدر.

قال ابن إسحاق: وحدثني أبو جعفر محمد بن علي بن حسين: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم التقى هو والمشركون ببدر يوم الجمعة، صبيحة سبع عشرة من رمضان.[4]
Maksudnya: Ibn Ishaq berkata: Rasulullah SAW mula diturunkan wahyu kepadanya pada bulan Ramadhan. Allah Azza Wajalla berfirman ( maksudnya ): Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Qur’an sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan-keterangan kepada petunjuk itu,juga sebagai pembeza ( antara yang haq dan yang batil ). Dan Allah Ta’ala berfirman ( maksudnya ): Sesungguhnya Kami menurunkannya ( Al-Qur’an ) pada malam al-Qadr …Dan Allah berfirman ( maksudnya ): Sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada hari al-Furqan, hari pertembungan dua kumpulan… Itulah ( yang dimaksudkan) pertemuan(peperangan ) Rasulullah SAW dengan golongan musyrikin di Badr. Berkata Ibn Ishaq: Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Husain menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah SAW bertemu ( memerangi) golongan musyrikin pada hari Juma’at, pagi 17 Ramadhan

Jika diperhatikan dan dihalusi, kenyataan di atas semacam mengaitkan elemen ‘al-furqan’ yang terdapat dalam al-Qur’an ( pada ayat 185, Surah Al-Baqarah ) dengan ‘yaum al-furqan’ ( hari al-Furqan, pada ayat 41, Surah al-Anfal ) yang merujuk kepada hari Peperangan Badr yang berlaku pada 17 Ramadhan. Oleh kerana perkara ini disebut di bawah tajuk “ Ibtida’ Tanzil al-Qur’an”, berkemungkinan ada pihak yang memahami bahawa Nuzul Al-Qur’an juga berlaku pada tarikh yang sama.

Pendapat Kedua: Nuzul Al-Qur’an berlaku pada 7 Ramadhan.

Pendapat Ketiga: Nuzul Al-Qur’an berlaku pada 18 Ramadhan.

Pendapat kedua dan ketiga ini dinyatakan oleh Syaikh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri dalam kitab sirahnya.

Pendapat Keempat:

Syaikh Safiyy al-Rahman sendiri membuat pilihan dan tarjih yang berbeza dengan ulama’ lain. Menurut beliau, Nuzul Al-Qur’an jatuh pada 21 Ramadhan. Antara alasan yang dikemukakan seperti berikut:

1- Semua ulama’ sirah atau majoriti dari kalangan mereka sepakat mengatakan bahawa Nabi SAW dibangkitkan pada hari Isnin berdasarkan hadith Abu Qatadah r.a dalam Sahih Muslim dan lain-lain.

2- Hari Isnin pada tahun Nabi SAW dibangkitkan jatuh sama ada pada hari 7 Ramadhan, 14 Ramadhan, 21 Ramadhan dan 28 Ramadhan. Hadith-hadith yang sahih ada menyebut bahawa malam al-Qadr tidak berlaku melainkan pada malam-malam ganjil, sepuluh malam terakhir Ramadhan.

3- Setelah dibuat perbandingan antara firman Allah:

(إنا أنزلنه في ليلة القدر) dan riwayat Abu Qatadah tentang penentuan hari Isnin sebagai hari Nabi SAW dibangkitkan serta dipadankan dengan perhitungan taqwim yang tepat bilakah sebenarnya jatuh hari Isnin pada bulan Ramadhan tahun kebangkitan Nabi SAW, jelaslah bahawa baginda dibangkitkan pada malam 21 Ramadhan.[5]

Pendapat Kelima: Pendapat seterusnya, Nuzul Al-Qur’an jatuh pada 24 Ramadhan. Pendapat ini berdasarkan hadith berikut:

قال الإمام أحمد: حدثنا أبو سعيد مولى بني هاشم، حدثنا عمران أبو العوام عن قتادة عن أبي المليح عن واثلة بن الأسقع أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أنزلت صحف إبراهيم عليه السلام في أول ليلة من رمضان، وأنزلت التوراة لست مضين من رمضان، والإنجيل لثلاث عشرة خلت من رمضان، وأنزل الله الفرقان لأربع وعشرين خلت من رمضان.[6]

Maksudnya: Berkata Imam Ahmad: Abu Sa’id Maula Bani Hashim memberitakan kepada saya, katanya: ‘Imran Abu al-‘Awwam memberitakan daripada Qatadah daripada Abi al-Malih daripada Wathilah bin Al-Asqa’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: Suhuf Nabi Ibrahim AS diturunkan pada malam pertama Ramadhan, Taurat pula diturunkan pada 6 Ramadhan, Injil diturunkan pada 13 Ramadhan. Dan Allah menurunkan al-Furqan (Al-Qur’an ) pada 24 Ramadhan.

Hadith di atas dihukumkan hasan oleh Syaikh al-Albani, manakala Syaikh Ahmad Shakir menghukumkan sanad hadith ini sebagai sahih.

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, hadith di atas bertepatan dengan firman Allah SWT ( Surah al-Baqarah: Ayat 185 ):

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ

Dan firmanNya ( Surah al-Qadr: Ayat 1 ):

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Kata beliau, berkemungkinan Lailah al-Qadr berlaku pada tahun kebangkitan Nabi SAW pada malam tanggal 24 Ramadhan di mana Al-Qur’an diturunkan secara sekaligus ke langit dunia dan pada masa yang sama ( 24 Ramadhan ) wahyu pertama diturunkan, iaitu firman Allah SWT:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ [7]

Al-Tabari juga ada menyebut satu riwayat dengan sanadnya menerusi Sa’id Bin Jubair daripada Ibn Abbas r.a katanya: Al-Qur’an diturunkan sekaligus dari Lauh Mahfuz pada malam 24 Ramadhan, kemudiannya ia ditempatkan di Bait al-‘Izzah.[8]

Al-Qurtubi pula menyebut hadith Wathilah Bin Al-Asqa’ di atas dan menyatakan bahawa hadith tersebut merupakan dalil atau hujah terhadap pendapat Hasan al-Basri yang menegaskan bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam 24 Ramadhan.[9]

Al-Hafiz Ibn Kathir juga ada membawa hadith Wathilah ini dalam mentafsirkan maksud ayat 185, Surah al-Baqarah, kemudian beliau menyatakan bahawa Ibn Mardawaih ada meriwayatkan hadith daripada Jabir Bin ‘Abdullah r.a seumpama hadith Wathilah dengan sedikit perbezaan pada matan hadith berkenaan.[10]Beliau juga ada menyebut hadith ini dalam al-Bidayah wa al-Nihayah dan menyatakan bahawa berdasarkan hadith Wathilah ini, sebahagian ulama’ dari kalangan para sahabat dan tabi’in berpendapat bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam 24 Ramadhan.[11]

Turut menyebut hadith Wathilah ,Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di mana beliau mengambil hadith ini bagi menjelaskan Nuzul Al-Qur’an berlaku pada tanggal 24 bulan Ramadhan.[12]

Kesimpulan yang dapat dibuat setelah meneliti pendapat-pendapat yang dikemukakan di atas berhubung tanggal Nuzul Al-Qur’an seperti berikut:

1- Pendapat yang menyebut Nuzul Al-Qur’an jatuh pada 17 Ramadhan bersandarkan riwayat al-Waqidi. Menurut ulama’ al-Jarh wa al-Ta’dil, al-Waqidi ( m. 207 H ), nama penuh beliau: Muhammad Bin Umar Bin Waqid al-Aslami seorang perawi yang sangat lemah ( matruk ) dan tidak diterima riwayatnya[13]. Pendapat ini juga ditolak oleh Syaikh al-Zarqani kerana ia bercanggah dengan pendapat yang masyhur lagi sahih.[14]

2- Pendapat Syaikh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri yang menyatakan Nuzul Al-Qur’an jatuh pada tanggal 21 Ramadhan merupakan cetusan ijtihad beliau semata-mata berdasarkan penelitian beliau terhadap hadith Abu Qatadah dan perkiraan taqwim yang dipegangi beliau dengan mengambil kira malam ganjil untuk Malam al-Qadr. Malam al-Qadr boleh berlaku pada malam-malam genap dan juga boleh berlaku pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir Ramadhan.
3- Pendapat yang menyebut bahawa Nuzul Al-Qur’an jatuh pada 24 Ramadhan adalah kuat. Ini berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

I- Pendapat ini bersandarkan hadith marfu’ yang sahih dan diperakui oleh tokoh-tokoh dalam bidang hadith. Sebagaimana yang termaklum, apa jua permasalahan dalam Agama Islam perlu dirujuk kepada nas Al-Qur’an dan hadith. Dalam hal ini, hadith Wathilah Bin al-Asqa’ adalah rujukan utama dalam menentukan bilakah berlakunya Nuzul Al-Qur’an.

II- Matan hadith dengan jelas menyebut bahawa al-Qur’an diturunkan pada 24 Ramadhan.

III- Maksud atau mafhum hadith diterima pakai oleh ulama’ muktabar dari kalangan ahli hadith dan para mufassirin dan dijadikan hujah bagi menetapkan tanggal 24 Ramadhan sebagai tarikh tepat bagi Nuzul Al-Qur’an. Rujuk kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar, Imam al-Qurtubi dan al-Hafiz Ibn Kathir.

Penutup:

Kepelbagaian pandangan para ulama’ dalam membincangkan tarikh Nuzul Al-Quran membuktikan keprihatinan dan kecintaan mereka yang mendalam terhadap Al-Qur’an Al-Karim. Setiap pendapat ada sandaran hujah yang dipegangi. Ruang untuk perbincangan masih terbuka asalkan hati bertekad mencari kebenaran. Dan perbezaan pendapat dalam hal sebegini janganlah sampai membawa kepada pertelingkahan yang boleh meruntuhkan ummah.

Sumber : Abu Anas Madani
 
(Seperti biasa sempena Nuzul Al_Quran ini, esok 6 Ogos 2012, Isnin cuti umum)

RM Ehsan Vs RM Royalti


Logo Isu Royalti




Sehari dua ini semua orang membicarakan ini. 
Pengkisahan mengenainya dah lama terjadi. 
Dari Rakyat hinggalah ke pembesar negeri
Dari DUN ke Parlimen

Sehinggalah bertitah Tuanku Duli
Dalam Persidangan DUN baru ni
4k hektar telah tersedia sejak tahun 90 an lagi
Tapak Prasarana untuk proses Emas Hitam ini

Semunya gara-gara antara Wang Ehsan dan Wang Royalti
Masih ada Ku Li
Yang bersama merangka  Akta Kemajuan Petroleum 1974 Carigali ini
Kali ini disebut oleh PM sendiri
Mengiyakan apa yang dibuat oleh Ayahndanya sebelum ini

Mengapa tidak dulu tetapi hanya kini
Sehingga bertegang leher sesama sendiri
Berebut hasil bumi
Pemberian Illahi

Sesungguhkan perbanyaklah rezeki yang turun dari langit dan perut bumi 
Emas hitam, emas, tembaga besi
Serta bermacam lagi
Untuk umatMU dinegeri ini
Yang suka mengaji dan mengamali
Suka memuji kebesaranMU Ya Rabbi

"Pada 12 November 1975, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein telah berjanji di dalam Parlimen membayar royalti dalam bentuk tunai sebanyak lima peratus kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang mengeluarkan hasil minyak.
 


"Perjanjian  juga  dibuat dengan Petronas pada tahun  yang  sama  di mana  Petronas  memberi komitmen  untuk  membayar  royalti  tunai sebanyak lima peratus setahun bagi hasil minyak yang ditemui di di kawasan pantai Kelantan dan pesisirnya di mana perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pas senyum respons PM, BN menanti PRU 
5 Ogos 2012
Najib: Kerajaan Pusat adil, telus tidak nafikan hak rakyat Kelantan




BACHOK (Ahad, 5 Ogos 2012) - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Pusat tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan dalam apa jua perkara termasuk dalam isu tuntutan bayaran tunai daripada hasil petroleum.

"Sebagai kerajaan pimpinan BN, kita mesti ikut perintah Allah. Antaranya kita mesti berlaku adil bila kita memerintah, kerajaan BN memang berlaku adil kepada rakyat Malaysia," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Kebajikan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di sini, malam ini.
  .
Kita berlaku adil kepada rakyat Malaysia. Kita takut kepada Allah, kita tidak takut kepada yang lain. Kita tidak tipu sebab itu bila timbul isu royalti minyak, isu petroleum...isu ini tidak dapat kita selesaikan sehingga ini.
  
"Kita nak berlaku adil, telus, nak buka buku baru kepada rakyat Kelantan bahawa kerajaan pusat tidak menafikan hak walau satu tong minyak pun," katanya.
  
Perdana Menteri berkata bagi menyelesaikan isu tuntutan bayaran tunai itu kerajaan Pusat menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi mengkaji secara adil dan telus berhubung isu itu kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.

 "Bertindak mesti berdasarkan Perlembagaan Negara, mengambil kira telaga minyak di mana, Petronas akan beri penjelasan, telaga minyak ada di lautan luas milik kerajaan pusat. Tapi kita memutuskan lima peratus dibayar sebagai bayaran tunai supaya rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang dapat," katanya.

Najib berkata beliau sudah mengutus surat kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memilih seorang wakil bagi menganggotai jawatankuasa itu. 
Beliau mahukan wakil itu seorang yang tidak berpihak kepada mana-mana parti sebaliknya mempunyai semangat dan jiwa rakyat Kelantan.
   
Yang berjiwa pendidik selalu melakukan yang terbaik... elak dosa neraka dapatkan pahala syurga.

Friday, August 3, 2012

Al-Sultan Kami


 






















Apakah  yang dititahkan oleh Tuanku Selaku Timbalan Yang Di Pertuan Agong kepada Dato Seri ?


(Gambar: Pertemuan  antara YAB DS Najib dengan Tuanku Sultan Kelantan baru-baru ini)

Rahsia Waktu Solat Dengan Warna Alam



Cuba ingat semula, seawal mana kita menunaikan solat.Adakah seawal 5 minit selepas usai azan menandakan masuknya waktu solat atau 5 minit lagi nak masuk waktu solat berikutnya.

Tepuk dada, tanyalah iman.
tuan yang menulis ni pun kadang2, lalai jugak.
bila dah duduk depan laptop, semua benda tak ingat,.tapi bila terbaca tentang artikel ni, barulah tersedar tentang pentingnya solat di awal waktu.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Ketika ini alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Sumber : smant

 

Thursday, August 2, 2012

AL-QURAN - KITAB MANUAL MANUSIA

“Setiap produk yang dihasilkan ada manual pengguna diberi bersama. Sebuah Injin kereta mempunyai manualnya sendiri. Apabila melibatkan baiki , manual dirujukkan  agar pembaikan itu memenuhi speknya yang betul.Jika tidak, entah hidup ke injinnya .Dan itulah analogi kejadian manusia ciptaan ALLAH SWT , ada manualnya tersendiri. Jika terpesong, kita mesti kembalikan mengikut jalan yang lurus  berpandukan Manual Pengguna iaitu AL-QURAN KAREEM ”


 


13 Ramadhan 1433H. [MOD] -

قُل لَّئِنِ ٱجْتَمَعَتِ ٱلْإِنسُ وَٱلْجِنُّ عَلَىٰٓ أَن يَأْتُوا۟ بِمِثْلِ هَـٰذَا ٱلْقُرْءَانِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِۦ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍۢ ظَهِيرًۭا ﴿٨٨﴾



Katakanlah: (Wahai Muhammad) Sesungguhnya, jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri (surah al-Isra’ ayat 88)
Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT, dengan sebenar-benar takwa, kerana sesungguhnya hanya orang yang bertaqwa sahajalah yang akan diwariskan dunia ini untuknya. Mudah-mudahan taqwa kita semakin hari semakin bertambah, dengan melakukan amal kebajikan, dan menjauhi perkara-perkara maksiat, yang mengundang kemurkaan Allah Taala.
Al-Quran adalah kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah Taala kepada umat terakhir sebelum datangnya hari kiamat. Al-Quran merupakan Kalam Allah yang diturunkan kepada umat Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril. Ianya mengandungi 114 surah, 6,236 ayat, 77,437 kalimah, dan 335,989 huruf. Membacanya adalah ibadat, dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas.
Al-Quran telah dijamin keasliannya di bawah pemeliharaan Allah Taala kerana ianya diriwayatkan secara mutawatir dari satu generasi ke satu generasi. Nabi Muhammad SAW menerima al-Quran melalui perantaraan Jibril AS, seterusnya Nabi Muhammad SAW membacanya dan menyampaikan kepada para sahabat baginda, seterusnya melalui para tabien sehinggalah kepada kita hari ini. Tidak terdapat sebarang pindaan walaupun satu titik dan huruf dalam al-Quran.

Kita akan dapati di dalam kitab suci al-Quran, tidak terdapat sebarang percanggahan dan perselisihan antara ayat-ayatnya, kerana setiap ayat berkehendakkan kepada ayat yang lain untuk menerangkan maksud dan kehendak yang pelbagai, di samping penjelasan oleh Rasulullah sendiri terhadap sebahagian ayat al-Quran.

Al-Quran telah diturunkan oleh Allah Taala pada bulan Ramadhan. Nabi Muhammad telah menerima wahyu yang pertama pada bulan Ramadhan. Wahyu yang pertama iaitu ayat 1 hingga ayat 5 dalam surah al-‘Alaq yang berbunyi :

ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ﴿٣﴾ ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥﴾

Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku, bacalah dan tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia dengan pena (tulisan), Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.

Wahyu yang pertama ini, merupakan detik permulaan tugas baginda sebagai rasul pesuruh Allah, yang memberi khabar gembira dengan nikmat syurga kepada manusia, yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan pemberi ancaman dengan azab dan seksa neraka, kepada manusia yang menyembah berhala dunia, termasuklah bertuhankan hawa nafsu.

Sesungguhnya setiap orang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, yang beriman kepada kitab-Nya, mempunyai kewajipan dan tanggungjawab terhadap al-Quran. Al-Quran hendaklah dijadikan sebagai sahabat dan teman rapat, yang sentiasa mengiringi dan berdampingan dengan kita, di mana sahaja kita berada. 
Antara ciri-ciri kita bersahabat dengan al-Quran adalah seperti berikut:

1. Menyibukkan diri dengan membaca al-Quran.
Kita hendaklah memusatkan perhatian dan berazam bersungguh-sungguh untuk membaca al-Quran sehingga khatam. Bacalah al-Quran dengan roh kita, dan jangan kita membaca al-Quran dengan jasad kita, kerana jasad kita mudah letih dan bosan. Sungguh beruntung dan bertuah, kalau sekiranya dalam setahun kita dapat khatam 30 juzuk al-Quran. Untuk permulaan, cuba kita biasakan membaca dua atau tiga ayat setiap kali selepas solat.

Setelah kita terbiasa dan menjadi kebiasaan, membaca dua atau tiga ayat setiap kali selepas solat, tambahkan lagi bilangan ayat sehingga empat halaman muka surat setiap selepas solat. Ini bermakna dalam sehari, kita telah berjaya membaca sejuzuk al-Quran, dan dalam tempoh sebulan, kita berjaya mengkhatam al-Quran 30 juzuk!!! Dapatkan naskhah al-Quran bersaiz kecil, untuk kita mudah membawa ke mana-mana sahaja.

Jika sekiranya, kita tidak mampu, beli CD al-Quran untuk mendengar bacaan Qari atau Imam.

2. Membaca dengan perlahan dan tadabbur maknanya.
Al-Quran perlu dibaca dengan perlahan-lahan untuk memudahkan kita menghayati dan tadabbur makna ayat-ayatnya. Hindarkan perbuatan berlumba-lumba untuk cepat khatam al-Quran, dengan meninggalkan hukum-hukum tajwidnya. Setiap huruf mempunyai hak-haknya yang perlu diberikan oleh pembacanya meliputi makhraj huruf, sifat huruf, hukum mad, hukum ghunnah, hukum tebal dan nipis dan sebagainya. Elakkan membaca al-Quran dalam keadaan tergopoh-gapah dan tergesa-gesa kerana ia boleh memesongkan kita memahami makna-maknanya. Eloklah kita memiliki terjemahan al-Quran peribadi, kerana ia memudahkan kita untuk memahami makna ayat-ayat al-Quran.

3. Bertindak balas dengan ayat yang dibaca.
Ayat-ayat al-Quran terdiri daripada ayat nikmat syurga, ayat ancaman seksa dan azab neraka, ayat teguran, ayat sindiran, ayat kiasan, ayat doa, ayat memohon perlindungan daripada azab seksa neraka, ayat kisah-kisah umat terdahulu dan sebagainya. Setiap ayat memerlukan tindak balas yang berbeza mengikut kehendak ayat. Ayat-ayat berbentuk doa dan nikmat syurga hendaklah dilafazkan dengan penuh pengharapan rahmat Allah, ayat-ayat azab hendaklah dipohon agar terselamat daripada azab tersebut dan sebagainya.
Demikianlah kita dituntut untuk bertindak balas kepada setiap ayat yang kita baca. Mudah-mudahan al-Quran akan memilih kita sebagai teman dan sahabatnya di hari yang tiada pertolongan dan syafaat selain syafaat Rasulullah SAW, syafaat al-Quran dan syafaat puasa.

4. Mengamalkan kehendak setiap ayat al-Quran.
Al-Quran diturunkan kepada manusia yang mempunyai akal fikiran yang jernih, yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah Taala. Ayat al-Quran didatangka,n berbentuk perintah dan larangan. Ada perintah yang berbentuk wajib, harus dan sunat. Begitu juga larangan, ada yang berbentuk haram dan ada yang berbentuk makruh.

Al-Quran ditujukan secara langsung kepada manusia dan jin. Setiap manusia dan jin tidak terlepas daripada kewajipan dan tanggungjawab setiap ayat al-Quran. Ketika datang perintah dan ketetapan daripada al-Quran, manusia tidak perlu berlengah-lengah, bertangguh, malas, tunggu dulu atau membuat pilihan untuk melakukan ketetapan tersebut atau pun tidak.

Umat Islam yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah akan terus melaksanakan ketetapan tersebut walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan diri sendiri. Ketika kita sedang berada di padang mahsyar, setiap manusia akan ditanya adakah kamu beriman kepada ayat-ayat-Ku yakni al-Quran??? Adakah kamu melakukan apa yang Aku perintahkan kepada kamu??? Adakah kamu meninggalkan apa yang Aku tegahkan kepada kamu???.

Sebagai seorang Islam, yang beriman kepada Allah dan Kitab-Nya, marilah kita tanamkan azam dan tekad untuk menjadikan al-Quran sebagai pendamping kita yang setia, sahabat rapat yang seringkali kita berbual-bual dengannya, penyembuh segala duka dan sengsara, pengubat jiwa kita yang gersang, yang mengharapkan limpah rahmat Allah Taala, penyejuk mata setiap kali kita memandang ayat-ayat al-Quran yang mempersonakan, penyedap telinga setiap kali kita mendengar kalimah-kalimah-Nya, perangsang kepada kita dalam melakukan amal kebajikan sebagai bekalan hari akhirat, memberi semangat dan nasihat untuk kita bersabar menghadapi ujian dan musibah untuk meningkatkan iman dan taqwa kita.

Ketahuilah, tiada yang selayak-layaknya yang boleh akrab dan rapat dengan kita selain al-Quran. Jadikanlah al-Quran sebagai sahabat kita di dunia, nescaya al-Quran akan menjadikan kita sebagai sahabatnya di akhirat kelak. Tinggalkan masa lalu yang tidak diisi dengan al-Quran untuk berdamping erat dengan al-Quran, penuhkanlah masa lapangmu untuk mengucapkan kata-kata Tuhanmu, isilah masa malammu untuk memerhati keindahan kalam tuhanmu, lunakkanlah suara-suaramu menyebut ayat-ayat al-Quran, amalkan perintah tuhanmu, kelak kamu akan bahagia dunia akhirat, tinggalkan tegahan tuhanmu kelak kamu akan menjadi orang beruntung dunia akhirat.

خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العاَلَمِين
أَشْهَدُ أَن لاَ ِإلــهَ إلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وأَشهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
فيا عبادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
طه ﴿١﴾ مَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ لِتَشْقَىٰٓ ﴿٢﴾ إِلَّا تَذْكِرَةًۭ لِّمَن يَخْشَىٰ ﴿٣﴾ تَنزِيلًۭا مِّمَّنْ خَلَقَ ٱلْأَرْضَ وَٱلسَّمَـٰوَ‌ٰتِ ٱلْعُلَى ﴿٤﴾ ٱلرَّحْمَـٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ ﴿٥﴾


Thaa Haa, Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya engkau menanggung kesusahan, hanya untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut melanggar perintah Allah, diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi, iaitu Allah al-Rahman yang bersemayam di atas ‘Arasy (Surah Thaahaa ayat 1-5)

Saidina Umar bin al-Khattab sebelum keislamannya, merupakan orang yang keras menentang, orang yang paling lantang menghina dan mengejek agama yang dibawa oleh Muhammad SAW. Setelah mendengar ayat-ayat permulaan surah Thaahaa ini, hatinya terus rebah tersunggur mengakui kehebatan Allah, telinganya ditusuk kata-kata yang indah yang datangnya dari tuhan yang menciptakan manusia dan seluruh alam, yang Maha Agung dan Maha Bijaksana. Secara terus, peribadi yang buruk Saidina Umar al-Khattab bertukar menjadi sahabat yang paling berani mempertahankan agama Muhammad SAW, paling bertaqwa dan takut kepada Allah dan paling sensitif membezakan perkara yang haq dan perkara yang batil. Setiap perkara akan diletakkan pada hak dan kedudukan yang sepatutnya.

Begitu juga sahabat-sahabat Rasulullah yang lain, mereka terpesona dan terpaut dengan ayat-ayat al-Quran. Hati dan jiwa para sahabat sentiasa berdampingan dan berpaut dengan al-Quran setiap waktu dan saat. Tiada hari-hari mereka diluangkan begitu sahaja, selain membaca dan tadabbur ayat-ayat al-Quran. Al-Quran sentiasa terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari mereka. Merekalah sebaik-baik generasi al-Quran, yang pernah dilahirkan di atas muka bumi ini. Setiap perkara kebaikan walaupun sebesar biji sawi, mereka akan tetap lakukan apabila telah diperintahkan oleh al-Quran. Manakala setiap perkara keburukan walaupun sebesar biji sawi, apabila telah mendapat ketetapan daripada al-Quran mereka akan jauhi dan elakkan.

Marilah kita jadikan sahabat-sahabat Rasulullah sebagai contoh dan tauladan, untuk kita ikuti amalan-amalan mereka, supaya kita juga akan menjadi sebaik-baik umat manusia dan menjadi sebaik-baik pendamping dan sahabat rapat dengan al-Quran.

Rasulullah saw bersabda dalam hadis riwayat Abu Umamah al-Bahili yang berkata :

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

Daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran, kerana sesungguhnya al-Quran pada hari Kiamat akan datang sebagai syafaat kepada sahabatnya”.

Mudah-mudahan Allah Taala melapang dada kita untuk menerima nur al-Quran, melunakkan lidah kita untuk menyebut kalimah-kalimah al-Quran, meringankan anggota badan kita untuk menyelak lambaran-lambaran naskhah al-Quran, mengasyikkan kita mendengar ayat-ayat al-Quran, menerangkan mata kita untuk membaca ayat-ayatnya, memudahkan kita mengamalkan isi kandungan ayat-ayat al-Quran.
 
Ya Allah kurniakanlah sepenuhnya taufiq dan hidayahmu kepada kami semua..AMIN

5 Rahsia Ramadhan

5 Rahsia Ramadhan -Dr Yusuf Qardhawi
KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK)
DR Yusuf Qardhawi dalm kitabnya 'al-Ibadah Fil Islam' mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

1. Menguatkan jiwa
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya. Bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi.

Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabdiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia kepada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firmanNya bermaksud :
  • "Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya." (Surah Al-Jaathiyah : 23)

Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai hawa nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga seala doanya dimakbulkan Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda :
  • "Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi." (Hadith Riwayat At-Tirmizi)

2. Mendidik keinginan ke arah kebaikan
Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.
Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :
  • "Puasa itu sebagai benteng." (daripada serangan keburukan)
Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohai unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan melupakan diri, meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi. Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.


3. Menyihatkan badan
Di samping kesihatn dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.

4. Mengenal nilai keknikmatan dan bersyukur.

Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat keran menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.


Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenugn nikmat Allah kepada kita. Di sini, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita mnejadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.


Allah berfirman bermaksud :
  • "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kami mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih." (Surah Ibrahim : 7)


5. Mengingati dan merasakan penderitaan 0rang lain.
Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaiman beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.


Dari sini puasa akan melahirkan dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.


Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadhan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Hal ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya abgi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.


Allah berfirman bermaksud :
  • "Ambillah zakat daripada sebahagian harta merekan dengan zakat itu, kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah At-Taubah : 103)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh